Sunday, November 11, 2007

Tuhan Manusia???


Salam...

Tuhan manusia? Waa...macam menarik je kan tajuk die...sebenarnya, tajuk novel Faisal Tehrani yang terbaru ni. Aku agak tertarik sebenarnya dengan sinopsis cerita ni bila aku baca dalam blog beliau sendiri. Ada sahaja bahasa-bahasa yang aku belajar bila aku baca novel beliau ni..contoh 'westoksikasi', 'pengaruh fahaman diffusionisme' dan sebagainya.

Teringat pulak masa zaman sekolah menengah dulu, aku ni suka sangat menggunakan gaya bahasa yang boleh dikatakan berbunga-bunga dan bersastera la, sampaikan cikgu BM aku sendiri terpinga-pinga. huhu...ini la penangan cikgu Anis aku masa aku belajar kt PTU dulu. Cikgu Anis banyak mengajar aku menggunakan gaya bahasa dalam membuat karangan. Dengan mempraktikkan gaya bahasa yang tertentu, aku selalu dapat markah tinggi dalam membuat esei ni laa...siap karangan aku pasal 'masalah sosial di kalangan remaja' masuk dalam majalah sekolah...terharu sangat! Dah lama sangat aku tak menulis esei ayat berbunga ni...rindu pulak.. InsyaAllah diizinkan waktu, aku nak menulis lagi, tapi kefahaman kena tinggi laa dengan banyak membaca.

Em, tak sabar-sabar nak baca novel terbaru Faisal Tehrani ni..dah pesan kat kawan beli arini. Lepas exam nanti, ingat nak baca, ialah cuti sebulan bukan buat apa sangat...ni aku nak kongsi dengan korang sinopsis cerita dia...

Novel ini mengenai seorang pemuda, Talha yang murtad dan menukar nama kepada Thomas setelah terpengaruh dengan idea kemodenan yang keliru, westernisasi (baca westoksikasi) dan pluralisme yang disarankan oleh seorang pemikir liberalis Aris Iskandar. Kemurtadan Talha menggoncang adiknya Ali Taqi yang mulai menelusuri pelbagai wacana dan pemikiran Islam yang beragam-ragam. Pertanyaan Ali Taqi ialah mengapa umat Islam seperti abangnya amat lemah, mudah kalah, dan akhirnya tewas murtad atau menyerah diri bulat-bulat kepada Barat? Dan apakah penawar kepada racun yang telah diminum oleh abangnya, iaitu westoksikasi yang membunuh ini? Dua pertanyaan tersebut membawa Ali Taqi kepada satu kembara intelektual yang turun naik.

menarikkan?? Nanti lepas habis baca, aku kongsi dengan korang semua...=)

untuk info lebih lanjut lagi, ble la tengok blog beliau sendiri...

http://tehranifaisal.blogspot.com

0 comments :