Monday, December 31, 2007

Pengorbanan dan rasa dihargai?

Em, bagi aku pengorbanan dan rasa dihargai itu memanglah berbeza. Tapi apalah erti pengorbanan kalau kita tak dihargai? Setuju tak? Entahlah...zaman sekarang ni banyak orang tak faham erti pengorbanan yang sebenarnya...malah tak tahu menilai pengorbanan orang lain. Antara ego atau memang betul-betul 'sengal' tak tahu lah nak cakap apa. Lagi bertambah sakit, bila susah atau terdesak baru nak cari kita, masa senang tak reti-reti pulak. Perlukah diberi muka pada orang macam ni? Tepuk dada, tanyalah jiran sebelah. Cet, tak ada kena-mengena la pulak. Tanyalah sapa-sapa yang berkenan di hati tu...

Orang yang benar-benar ada 'hati' je yang pandai menilai. Buat insan yang tidak tahu menilai, ubahlah paradigma anda tu. Hidup ni ibarat roda...ada masanya kita di bawah, ada masanya kita di atas. Pengorbanan tu bukan maksudnya korbankan semuanya yang ada, cukuplah yang memadai. Maksud aku sesuatu yang memberi makna buat si pemberi dan penerima. Hargailah sebuah pengorbanan terutama sekali pengorbanan mak bapak dan ahli keluarga lain yang sanggup bersusah-payah kerana anda. Kadang-kadang sedih rasa hati ni bila mengenangkan golongan-golongan yang tak paham erti kehidupan ni. Tidak perlulah ditanya siapa, di mana dan kenapa. Apa-apapun, ingatlah...semasa kita susah, siapa yang ada disisi, siapa yang sudi menghulurkan bantuan, dialah yang sanggup bersama anda di kala suka dan duka. Sekiranya masih tidak tahu menilai, terpulanglah. Sebagai manusia, memanglah tak dinafikan kita ni memang tak sempurna. Tapi, jangan gunakan ia sebagai alasan untuk tidak mahu berubah.

Belajarlah daripada pengalaman lalu. Lagi bagus kalau cuba mendalami pengalaman orang lain yang boleh dijadikan teladan. Hidup ni kena belajar daripada pengalaman orang lain juga. Jadi, lakukan sesuatu sebelum terlambat. Jangan ditangisi apabila ia sudah tidak dapat dipulihkan. Sekadar mengingatkan, untuk diri sendiri dan buat anda pembaca yang setia. Sekian...

Friday, December 28, 2007

Cerpen aku 2: Berakhirnya Detik Lalu...


“Rezeki masing-masing Nina. Awak kena ingat, ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya datang daripada Allah,”ujar Sakinah lembut sambil menepuk perlahan bahu Ainina. Wajah Sakinah yang berseri-seri itu meyakinkan Ainina bahawa hati yang suci dan ikhlas membawa keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

“Kak, terima kasih banyak-banyak. Nina terhutang budi dengan akak,”rasa terharu menyelubunginya. Tubuh Sakinah dipeluk erat, air matanya menitis kerana di saat dia kesusahan masih ada orang yang sudi membantunya.

Sakinah menyambut pelukan itu dengan penuh rasa kasih sayang. Baginya wanita muda yang berada di depannya seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Seorang janda beranak 3 yang terpaksa memikul beban menjaga ketiga-tiga anaknya selepas bercerai dengan suaminya lebih 3 tahun dulu. Kehidupannya bertambah sukar apabila dirinya ditimpa kemalangan setahun yang lepas lalu menyebabkan kaki kirinya hampir hancur digilis kereta. Disebabkan itu, dia hanya menggunakan tongkat untuk menyenangkan pergerakannya. Hendak membeli kaki palsu, dia masih belum mampu lagi untuk memilikinya.

“Em, tak mengapa Nina. Hari ini hari awak. Esok-esok mana tahu hari saya pula. Lagipun, saya memang sedang mencari pekerja di kedai saya tu,”jelas Sakinah kepada Ainina.

Sakinah terserempak dengan Ainina semasa dia hendak mengeluarkan zakat di salah sebuah institusi kebajikan yang berfungsi membantu golongan yang memerlukan. Semangat yang kental wanita muda yang dilihatnya itu benar-benar menarik perhatiannya. Wanita muda itu, Ainina sedang asyik menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan sambil mengait sesuatu di tangannya. Mungkin wanita muda itu mencari nafkah dengan mengait kot. Detik hati kecilnya. Sakinah menghampiri wanita muda yang sederhana mengenakan baju kurung sedikit lusuh dan mengikat tudung ringkas bersahaja menampakkan sedikit rambutnya yang terjulur keluar.

“Assalamualaikum, dik,”Sakinah memberi salam kepada Ainina.

“Waalaikummussalam,”jawab Ainina lembut. Dia menyambut huluran tangan Sakinah sambil tersenyum. Manis kakak ni. Wajahnya seperti orang yang baik-baik. Gerutu Ainina seorang diri. Sakinah terus duduk disebelah wanita muda itu. Lagaknya mesra supaya Ainina berasa selesa.

“Dah lama ke sakit?”tanya Sakinah tatkala melihat wanita muda itu dengan tongkatnya.

“Em, saya accident setahun yang lepas kak. Tu yang jadi macam ni,”ringkas Ainina menjawab soalan Sakinah.

“Oh, nama akak Sakinah. Panggil Kak Kinah pun ok je. Adik nama apa?”soal Sakinah lagi. Terasa dia mahu mengenali wanita muda itu lebih rapat.

“Ainina. Panggil Nina je cukup. Akak buat apa kat sini? Nak kata datang ambil bantuan, rasanya tak. Kak Nampak macam orang berada,”ujar Ainina sambil meletakkan kain yang dikaitnya di atas riba.

“Em, akak bayar zakat kat sini. Nina kerja mengait ke?”soal Sakinah lagi.

“Sambilan je kak. Nak cari duit lebih. Tapi Nina biasa dapat tempahan nasi lemak kat sebuah kantin satu kilang ni. Harapkan hasil tulah Nina menyara keluarga,”jelas Ainina. Tangannya menampakkan urat-urat yang timbul menunjukkan yang dia gigih bekerja menampung kehidupannya.

“Maaf ye kalau akak asyik bertanya je. Nina sara keluarga? Ada suami tak?”sengaja Sakinah menanya akan hal itu.

“Nina ni janda kak. Anak tiga. Harapkan bekas suami, jangan haraplah akak. Saya yang masih muda, sihat lagi ditinggal-tinggalkan. Apatah lagi dalam keadaan saya yang sekarang ni, dah tak mampu nak buat kerja berat-berat lagi. Mungkin ini semua balasan Tuhan atas kekhilafan saya yang dulu kak,”ujar Ainina panjang lebar. Dia mengesat matanya yang mula menitiskan air mata. Sebak mungkin.

“Akak niat ikhlas nak tolong Nina. Itupun, jika Nina tak kisah. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua,”beritahu Sakinah bersungguh-sungguh. Wajah Ainina yang manis itu ditatapnya lama. Dia teringat kepada arwah adiknya yang meninggal dunia akibat kanser otak. Kalau usianya masih panjang, mungkin sebaya dengan Ainina sekarang.

“Akak nak tolong apa?”tanya Ainina lembut. Sakinah menerangkan niatnya mengambil pekerja-pekerja yang terdiri daripada wanita-wanita tunggal. Mungkin dengan niatnya yang tulus ini, sedikit sebanyak dapat membantu golongan-golongan ini supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Sakinah juga merupakan wanita tunggal yang kematian suami. Arwah suaminya meninggalkan harta yang melimpah-ruah. Hal ini kerana arwah suaminya merupakan seorang hartawan yang terkenal. Gelaran Datin tidak pernah melalaikan Sakinah daripada hanyut dalam dunia yang sementara ini. Dia menggunakan peluang yang ada dengan rezeki yang dimilikinya untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan. Hasratnya menyambung niat arwah suaminya untuk melibatkan diri dalam urusan kebajikan. Sakinah cuba menyibukkan diri supaya tidak berasa kesunyian. Hal ini kerana dengan cara ini, dia dapat merawat kesedihan atas kehilangan suami yang tersayang selain tidak mempunyai anak yang dapat menjadikan kehidupan seorang wanita itu terasa lengkap. Walau apa-apapun, Sakinah tidak pernah menyalahkan takdir yang menimpa dirinya. Baginya, sudah ketentuan Allah dan dia harus terima walaupun hakikatnya perit sekali. Masanya banyak dihabiskan dalam menguruskan syarikat peninggalan arwah suaminya, selain memiliki perniagaan kedai roti dan kek dan juga memiliki sebuah Butik Formula Anggun yang menyediakan perkhidmatan jual beli, tempahan dan sewa pakaian-pakaian muslimah.

“Syukur, alhamdulillah. Allah masih sayangkan saya kak. Dulu saya ni teruk kak. Sanggup ikut jantan sampai lupa tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya ni dikutuk orang-orang kampung kerana berkahwin dengan seorang penagih. Mungkin saya ni buta, jahil kak masa dulu. Kadang-kadang bila fikir balik terasa menyesal sangat-sangat. Kalaulah saya sambung belajar awak-awal dulu, mungkin tak jadi macam ni,”ujar Ainina panjang lebar. Sakinah hanya mendengar dengan penuh perhatian.

“Semua yang berlaku ada hikmahnya, Nina. Mujurlah kita di antara orang yang mendapat petunjuk dariNya, yang penting sekarang Nina dah berubah,”beritahu Sakinah bersungguh-sungguh.

Salah seorang lelaki yang sedang mengagih-agihkan beras sempat mencuri pandang ke arah Ainina yang sedang asyik bersembang. Sakinah yang menyedari akan hal itu, mengangkat kening kepada lelaki itu. Lelaki itu tersedar dirinya diperhatikan bingkas mengangkat beras ke tempat yang sepatutnya. Merah padam mukanya.

“Nina, nampaknya ada yang berkenan kat kamu tu,”usik Sakinah sambil menjuihkan mulutnya ke arah lelaki yang asyik memerhatikan Ainina dari tadi.

“Hei, akak ni. Kan dah segan dia,”bisik Ainina. Lelaki itu memandang lagi. Dia merupakan salah seorang pekerja yang berkhidmat di institusi tersebut.

“Kalau ditakdirkan bertemu jodoh yang sesuai nanti, jangan serik untuk berkahwin lagi. Tak semestinya semua lelaki tu sama, Nina,”Sakinah sekadar mengingatkan.

“Saya tau akak. Dalam keadaan saya yang macam ni, kalau ada lelaki yang sanggup terima keadaan saya seadanya yang kurang upaya, ibu tunggal lagi, saya dah sangat bersyukur tu,”jelas Ainina. Dia membalas senyuman lelaki tadi yang mula menguntumkan senyuman terhadapnya dulu. Sakinah hanya tersenyum melihat gelagat Ainina.

Kelihatan lelaki itu datang menghampiri Ainina dan Sakinah yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk itu sejak mula bersembang tadi.

“Assalamualaikum,”lelaki itu memberi salam.

“Waalaikummussalam,”salam lelaki itu disambut Ainina dan Sakinah dengan senyuman yang terukir dibibir.

“Boleh tahan pemuda ni, Nina,”bisik Sakinah kepada Ainina. Ainina hanya tersengih.

“Awak Ainina bt Abdullah kan?”tanya lelaki itu. Ainina sedikit terkejut. Dia berpandangan sesama sendiri dengan Sakinah. Eh, macam mana dia kenal aku ni? Siap dengan nama ayah aku lagi.

“Jangan terkejut. Terus terang saya katakan, sudah lama saya memerhatikan saudari. Sejak awal-awal saudari datang mendapat bantuan di sini,”jelas lelaki itu lagi. Wajahnya bersih. Rupa-rupanya ada juga yang perasan kewujudan aku! Gerutu Ainina.

“Ya, boleh saya tahu awak ni siapa?”soal Ainina pula.

“Saya Haikal, awak mungkin tak berapa kenal saya kot. Saya memang berkhidmat di sini. Lama jugalah, adalah dekat 5 tahun,”balas Haikal.

“Oh,”Ainina tersipu-sipu malu.

“Saya ikhlas hendak berkawan dengan awak, kalau awak tak kisah lah. Awak seorang yang cekal. Saya suka melihat ketabahan yang ada pada awak, Nina,”puji Haikal. Sakinah sempat mencuit lengan Ainina.

“Peluang datang sekali, apa-apapun…Nina kena pandai jaga diri, jaga maruah kita sebagai seorang wanita muslimah. Ingat pesan akak,”bisik Sakinah lalu meminta diri untuk pulang.

“Akak balik dulu. Ini kad akak, InsyaAllah kita jumpa lagi, assalamualaikum,”Sakinah sempat menghulurkan kad perniagaannya kepada Ainina dan juga Haikal sebelum berlalu pergi.

“Waalaikummussalam,”kedua-duanya membalas salam serentak. Satu titik permulaan bagi sebuah perkenalan. Indahnya saat itu. Bisik hati Ainina. Semoga detik perkenalan ini diberkati olehNya. Perkenalannya dengan Kak Sakinah walaupun hanya seketika membibitkan harapan yang mula berkembang mekar di dalam hidupnya.

Cerpen aku 1 : Kau Tercipta Untukku

“Siapa dalam hati saya? Awak tak perlu tahu Lisa,”ujar Haris sambil menatap wajah Lisa dengan penuh perhatian.

“Saya tak faham…kenapa awak bersusah-payah mendapatkan saya…sesudah awak miliki hati saya, awak biarkan ianya terluka,” Lisa memegang tangan Haris lembut merenung ke dalam matanya dengan penuh pengharapan.

“Awak terlalu baik untuk saya Lisa. Saya bukan untuk awak! Sayangilah orang yang benar-benar menyayangi awak, yang pasti orang itu bukan saya,”kata-kata Haris begitu meluluhkan hatinya.

Tiba-tiba wajah Taufiq muncul dalam ingatannya. Lelaki itu terlalu mengambil berat terhadapnya. Sahabat Haris yang juga merupakan kawan rapatnya. Lisa mengetahui bahawa Taufiq menyukainya. Dia mendapat tahu hal itu daripada Johanna, yang merupakan teman rapat Taufiq. Lisa amat menyenangi Johanna walaupun gayanya tak ubah seperti gadis tomboy yang lincah. Namun, Lisa mengerti bahawa Johanna mempunyai hati yang sangat mulia.

“Saya sangat cintakan awak Haris! Dalam hati saya cuma awak seorang sahaja, tiada yang lain,” pujuk Lisa. Haris terdiam seketika. Dia melangkah setapak demi setapak menjauhi Lisa lalu menoleh ke belakang seketika sebelum meneruskan langkahnya.

“Mulai sekarang, awak perlu belajar melupakan saya,”kata Haris lalu berlalu pergi meninggalkan Lisa sendirian. Lisa tidak dapat membendung perasaannya lagi lalu berlari mendapatkan Haris kemudian memeluknya daripada belakang.

“Tolonglah Haris, berikan saya peluang untuk menyintai awak!”suara Lisa sedikit bergetar menahan sebak yang kian bergelora di dalam hatinya itu.
Haris dibelenggu rasa bersalah. Dia membiarkan sahaja Lisa memeluknya. Di dalam fikirannya, wajah Lisa, Raihana dan Katrina silih berganti. Adakah aku terlalu kejam terhadap mereka? Ya, aku terlalu kejam! Aku tak berguna! Aku selalu mempermainkan perasaan orang dan mementingkan diri sendiri tapi aku tak pernah berniat melukakan hati sesiapa. Aku keliru! Hati Haris rancak berkata-kata. Seolah-olah ada suatu sinar keinsafan mula meresap ke dalam setiap urat sarafnya itu. Dia dirundum perasaan berbelah bahagi. Kalau boleh, dia ingin menghentikan semua ini dan memulakan kehidupan baru yang lebih sempurna. Katrina, gadis yang selalu dipujanya tapi dia memang tidak akan dapat memiliki gadis itu seumur hidupnya! Raihana,hanya teman sosial yang mungkin sejiwa dengannya tapi dia bukan untuk perempuan untuk perhubungan yang serius walaupun perempuan itu sangat mahukan Haris dalam hidupnya. Ditenung wajah Lisa. Kau terlalu naïf Lisa! Aku bukan untuk kau, kenapa kau masih tak mengerti?

“Saya sanggup jadi orang yang kedua dalam hati awak! Asalkan awak sudi terima saya,”pujuk Lisa. Dia benar-benar berharap Haris dapat menerima cintanya walaupun dia tahu, Haris menyintai gadis itu. Ya, gadis itu! Aku pernah bersemuka dengannya, dia memang sempurna di mata setiap orang yang memandangnya. Aku tidak terkecuali. Mungkin kejelitaannya menyebabkan Haris jatuh hati ditambah pula dia seorang gadis yang senang didekati. Aku benar-benar tewas dengannya! Walaupun aku sedikit hampa kerana Haris menyintainya, aku tak pernah berniat untuk merosakkan hubungan mereka. Cuma aku sedikit cemburu kerana dia berjaya menambat hati Haris.

“Awak tak perlu menjadi orang kedua kerana orang yang awak sangkakan mempunyai kedudukannya yang teratas dalam hati saya, tak sepatutnya ada. Malah, kami tak layak untuk bersama,”beritahu Haris dengan nada bersahaja.
Kata-kata Haris sedikit sebanyak mengejutkan Lisa. Air muka Lisa berubah. Apa maksud semua ini? Bukankah gadis itu selalu dipujanya? Malah, menjadi pesaing terhebat untuk aku memiliki Haris? Tak layak untuk bersama? Arghh! Kau membuatkan aku kusut, Haris!

“Apa sebenarnya berlaku antara awak dengan dia? Maksud saya gadis itu…,”Lisa benar-benar inginkan kepastian.

“Dia adik tiri saya,”dengan selamba Haris mengatakan tentang hal itu. Lisa tergamam seketika, matanya terpaku melihat Haris yang betul-betul berdiri di hadapannya. Kali ini dia benar-benar terkejut dan hampir longlai kakinya memijak tanah. Gila ke apa?

“Hah? Adik tiri? Kenapa mesti awak menyintai adik awak sendiri? Awak dah hilang akal ke?”tegas Lisa sambil menggoyang-goyangkan bahu Haris. Haris membatukan diri.

“Awak takkan faham, Lisa! Saya menjadi mangsa keadaan…daripada dendam yang terbuku dalam hati ni ia bertukar menjadi suatu perasaan yang sukar diungkapkan! Percayalah Lisa, pada mulanya saya tidak tahu dia tu adik tiri saya. Sehingga pada suatu malam, ketika saya mahu melunaskan dendam, semuanya terbongkar!”ujar Haris dengan bersungguh-sungguh. Lisa cuba untuk memahami kata-kata Haris kerana dia masih samar-samar lagi.

“Kenapa awak nak balas dendam?”tanya Lisa ingin tahu.

“Saya fikir dia perempuan simpanan ayah saya. Ternyata pertemuan kami yang pertama, menbuahkan perasaan yang luar biasa. Mula-mula lagi saya sudah tewas dalam permainan yang saya cipta sendiri,huh! Pada mulanya, saya sukar untuk menawan hati dia atau emm…Katrina. Pada suatu hari, saya membuat kejutan untuknya dengan menghadiahkan potret wajahnya hasil lukisan saya kepadanya. Dia benar-benar terharu dan dari situ kami mula mesra dan lama kelamaan kami menjalinkan hubungan cinta seperti sepasang kekasih yang lain. Dia sangat sempurna pada mata saya, Lisa! Pada masa yang sama, niat saya untuk membalas dendam akan diteruskan juga. Saya cuba untuk merosakkan diri dia pada malam itu, memang saya sudah nekad…apa nak jadi, jadilah! Tiba-tiba dia bercerita tentang keluarganya sewaktu kami makan malam bersama di rumahnya. Saya tergamam, buntu! Rasa bersalah mula menjalar dalam diri,”jelas Haris panjang lebar.

“He is really nice men I never met before. My dad always remind me of you Haris,”kata-kata Katrina membuatkan perasaan Haris bersilih ganti.

Nice? Huh! Kau tak tahu, disebabkan dia, mak aku meninggal dunia! Dan disebabkan kau juga, Katrina!

Pada hari ketika mak Haris sedang nazak, nama ayahnya tak pernah putus disebutnya berulang kali. Walaupun Haris sangat membenci ayahnya ketika itu, dia nekad untuk menghubungi ayahnya demi emaknya yang sedang nazak itu. Hatinya makin berapi-api tatkala mendapat tahu daripada setiausaha ayahnya bahawa ayahnya tidak mahu diganggu kerana pada ketika itu dia mempunyai urusan peribadi. Saat-saat emak Haris mempertaruhkan nyawanya, ayahnya pula sedang berseronok meraikan hari jadi perempuan itu dengan majlis yang sangat meriah. Hati mana yang tidak sakit? Emaknya sangat menderita ketika hidup bersama lelaki itu, ayah kandungnya sendiri!

“Oh, really? Kirim salam pada Datuk Borhan bin Haji Abdullah tu ya. Pengurus besar Syarikat Daya Maju Berhad, dan juga seorang lelaki yang mungkin berkarisma dengan kerjayanya tetapi bukan dengan realiti kehidupan yang sebenarnya,”suara Haris sedikit lantang mengejutkan Katrina yang baru hendak menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Hah? Apa maksud you, Haris? Macam mana you boleh kenal father I? I never mention about him to you before this!” Katrina memandang tepat wajah Haris yang agak serius itu. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Rasa tidak sedap hati mendengar kata-kata Haris sebentar tadi.

“Hahaha...,”ketawa Haris dibuat-buat. Kelihatan dahi Haris berkerut sedikit, matanya merah seolah-olah menahan air matanya yang seakan-akan mahu menitis. Dia menampar-nampar kepalanya beberapa kali, kemudian memegang erat kedua-dua tangan Katrina.

“I’m your brother, Kat! I abang tiri you, you faham tak? Kita adik beradik berlainan ibu…,”perlahan-lahan Haris meluahkannya kepada Katrina yang masih sukar menerima keadaan itu.

“Argghh!,”jerit Katrina lalu menolak tangan Haris, diterbalikkan meja makan bulat itu sekuat hatinya. Semua benda di atas meja itu terpelanting jatuh ke atas lantai. Air mata Katrina deras mengalir sehingga dia tidak sedar apa yang dilakukan sebentar tadi. Hatinya bertambah sakit apabila Haris menyatakan hasratnya untuk membalas dendam terhadapnya atas apa yang berlaku kepada arwah emaknya. Sengaja Haris meluahkannya walaupun pada hakikatnya, dia sedar bahawa hal itu tidak perlu diketahui oleh Katrina. Dia menyatakan hal itu supaya Katrina segera membencinya dan dapat melupakan perasaan cinta terlarang itu secepat mungkin.
Haris merapati Katrina lalu memegang bahu gadis itu.

“Maafkan aa…maafkan abang!”ditepis tangan Haris. Wajah kesal Haris terpampang dengan jelas.

“Stop it! Please, jangan cakap apa-apa lagi ok? I don’t want to hear any words from you…damn you!”bentak Katrina sekuat hati lalu menampar pipi Haris.

“Kat…dengar dulu. Please listen to me!”Haris sedikit berkeras lalu memegang kedua-dua belah bahu Katrina. Katrina tergamam.

“Semua telah ditakdirkan, kita menjadi mangsa keadaan Kat!”ujar Haris lembut lalu melepaskan tangannya daripada menyentuh gadis itu.

“You can go now. Thanks for everything, dear!”Katrina membuka pintu rumahnya dan menunjukkan isyarat mata supaya Haris lekas beredar. Tanpa memandang wajah Katrina, Haris berlalu pergi meninggalkan Katrina.


“Begitulah ceritanya, Lisa. Jadi, kenapa awak masih lagi mahu menaruh harapan kepada saya? Saya bukan lelaki yang baik,Lisa. Awak terlalu mudah untuk dilukai, saya tak layak untuk awak,”kata-kata Haris sangat menyentuh perasaan Lisa yang sememangnya seorang yang agak sensitif.

“Emm, sekarang macam mana dengan Kat?”Lisa seolah-olah mahu mengubah topik pula. Dia tidak mahu menjawab persoalan yang baru ditujukan kepadanya sebentar tadi.

“Dia menghilangkan diri. Puas saya menghubunginya. It takes time to heal the pain, Lisa! Selang 2 minggu selepas itu, Datuk Borhan menghubungi saya. Memaki hamun saya sesuka hatinya. Dia menuduh saya merosakkan kehidupan Kat, kerana Kat sudah mula berjinak-jinak mengambil dadah. Mungkin Kat sudah menceritakan segala-galanya kepada Datuk, maklumlah Kat hanya rapat dengan Datuk setelah kematian ibunya. Saya rasa berdosa kerana melukai orang yang menyayangi saya termasuk awak Lisa, saya tak berguna!”kata Haris sambil menyalakan api rokoknya. Hembusan demi hembusan menghasilkan kepulan-kepulan asap kecil menyelubunginya. Haris benar-benar tertekan. Lisa dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh Haris.

“Maafkan saya sekiranya membuatkan jiwa awak makin tertekan. Haris, awak perlu bina kehidupan yang lebih bermakna dan buktikan awak bukan seorang yang tidak berguna. Saya akan sentiasa di samping awak, di saat awak suka dan duka. Percayalah,”Lisa cuba meniupkan semula semangat Haris. Haris tersenyum kelat.

“Berikan saya masa. Em, Lisa…I got to go now, bye!”Haris cepat-cepat beredar. Fikirannya bercelaru. Lisa hanya membiarkan Haris berlalu pergi. Benar katanya. Aku perlu memberikan dia masa. Memberikannya masa untuk menghargai aku. Bisik hati kecilnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

“Hey, lupakan saja niat you tu nakkan si Lisa. Don’t you know that your Lisa fall in love with Haris? Jangan cakap you tak tahu pula,”sindir Johanna kepada Taufiq.

“Haha…I tak kisah semua tu Joe. As long as I love her, I won’t take it as a burden, ok? Love could be an awesome story if you are able to take the risk! Aku akan melindungi dia dalam senyap even dia tak pernah tahu kewujudan aku disisinya, Joe!”bersungguh-sungguh Taufiq menjelaskan kepada Johanna. Air muka Johanna berubah. Huh! Zaman sekarang ada juga lelaki seperti Taufiq ya? Kau lurus Taufiq! Buta! Hati Johanna rancak berkata-kata.
Fikiran Taufiq melayang seketika. Dia yang seolah-olah berkhayal itu sempat menyanyikan lagu Elliott Yamin berjudul ‘Wait for you’ sambil diperhatikan Johanna.

“So baby I will wait for you…cause I don''t know what else i can do…don't tell me I ran out of time…if it takes the rest of my life…baby I will wait for you...if you think I'm fine it just aint true…I really need you in my life…no matter what i have to do I'll wait for you,”suara Taufiq yang sumbang itu memecah suasana. Walaupun begitu, Johanna teliti dengan setiap baris lirik lagu yang dinyanyikan oleh Taufiq itu.

“Sanggup kau rampas cinta sahabat kau sendiri?”Johanna sengaja menduga.

“Apa maksud kau? Kau fikir, aku cuba menikam Haris dari belakang? Joe, buka minda kau luas-luas! Salahkah aku menyintai Lisa? Kalau boleh, aku nak saja belasah Haris tau tak? Sebab dia tak pandai langsung menjaga hati Lisa dan selalu permainkan perasaan dia. Playboy lagi!Pernah sekali aku bergaduh dengan dia, bertumbuklah juga. Tapi, aku sayangkan dia. Kami dah macam adik-beradik, Joe. Dia jadi macam tu sebab dia kurang kasih sayang. Kau sendiri tahu latar belakang keluarganya bukan?”ujar Taufiq dengan panjang lebar.

“Habis, yang aku tak faham tu…kenapa Haris boleh couple dengan Lisa sedangkan dia tak menyintai Lisa?”tanya Johanna ingin tahu.

“Kami bertaruh untuk dapatkan dia sebab Haris selalu perlekehkan aku kerana tak pandai tackle perempuan. Malangnya, Haris yang berjaya menambat hatinya. Em, kau jangan fikir yang negatif pulak. Kami bukan bertaruh dengan wang, hanya suka-suka sahaja. Aku tak nafikan Haris memang ada aura, tu yang ramai perempuan tergila-gilakan dia,”balas Taufiq sambil mengikat semula tali kasutnya yang longgar.

“Kau ni bodoh lah!”Johanna menolak kuat kepala Taufiq.

“Woit, apa lah main kepala ni!”Taufiq memukul kepala Johanna pula.

“Kau ni tak pandai hargai perempuan langsung!”kata-kata Johanna membuatkan Taufiq berkecil hati. Air muka Taufiq berubah.

“I can’t believe you were the one…to build me up and tear me down…like an old abandoned house!”Taufiq sempat lagi menyanyikan 3 baris lagu Over You nyanyian Daughtry kepada Johanna.

“Weh, sorry lah! Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau,”Johanna memohon maaf kepada Taufiq.

“Kita masing-masing ada kelemahan, Joe! Kau pun! Aku tak pernah kisah apa-apa pun cerita yang aku dengar tentang kau sebelum ni…terutama sekali apabila mereka mengaitkan kau dengan lesbian!”Johanna terpaku seketika. Dia menundukkan kepalanya perlahan-lahan.

“Apa yang kau dengar tu betul, Taufiq. Ya, aku memang lesbian! Itu dulu Taufiq, sekarang aku dah insaf. Aku bencikan lelaki yang hampir-hampir merosakkan kehidupan aku dulu. Lelaki yang membawa aku ke alam percintaan tapi dia melenyapkan segala harapan aku bina selama ni. Di sebabkan hal itu, aku anti lelaki. Tapi persepsi aku terhadap lelaki berubah bila aku mengenali kau,Taufiq!”kata-kata Johanna benar-benar mengejutkan Taufiq.

“Hah?”terbeliak sedikit mata Taufiq tatkala mendengar luahan Johanna sebentar tadi. Biar betul?

“Hati kau terlalu suci, Taufiq! Aku tak faham kenapa Lisa buta dalam menilai kau…memang cinta itu buta! Masakan Lisa masih mengharapkan Haris walaupun dia mungkin merasakan perhubungan mereka tidak akan sekekal mana pun,”tegas Johanna.

“Uh, well…thanks for being such a good friend!”Taufiq tersipu-sipu malu apabila Johanna memujinya. Tak pernah-pernah Johanna memujinya sebegitu rupa. Lantak kau lah bekas seorang lesbian ke atau apa sahaja. Bagi aku, kau sangat istimewa. Sahabat yang sangat memahami aku dan selalu di samping aku dalam suka dan duka. Bisiknya dalam hati. Tetapi Taufiq sedikit musykil apabila merasakan sesuatu kelainan dalam hubungannya dengan Johanna. Entahlah…mustahil aku dengan Johanna ada something kot?

“Aku akan tolong kau dapatkan Lisa,” ujar Johanna bersungguh-sungguh. Taufiq membulatkan matanya yang memang sedia bulat itu.

“No need…biarlah masa yang menentukan. Apa-apapun, aku sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Kebahagiannya, kebahagiaan aku juga,”Johanna begitu kagum dengan kata-kata Taufiq. Alangkah bahagianya jika aku yang menjadi Lisa! Aku akan terima cinta Taufiq seadanya. Johanna memendam perasaannya yang terbuku itu. Biarlah masa yang menentukannya! Dia memegang kata-kata Taufiq.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Loceng apartmen Raihana dibunyikan beberapa kali. Agak lama juga Haris menunggu di luar. Selepas 15 minit, barulah pintu dibuka. Kelihatan Raihana sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala. Mukanya masam mencuka.

“Ingat pula nak datang ke sini,”sindir Raihana sambil memberikan isyarat mata menyuruh Haris masuk. Wajah Haris sedikit muram disebabkan fikirannya yang makin bercelaru itu. Dia hanya senyap sahaja lalu duduk di atas sofa di ruang tamu itu sambil diperhatikan Raihana.

“Hei, I cakap dengan you ni! I tak faham betul dengan you ni tau tak? Bila you rasa you perlukan I, baru you datang jumpa I! You ingat I ni apa? Perempuan yang tak ada perasaan ke? You are useless! Hopeless!”bentak Raihana sekuat hatinya. Dia membaling majalah yang ada di atas meja ke arah Haris. Tahap kesabaran Raihana sudah mencapai tahap maksimum. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sandiwara Haris.

“Rai…,”nama itu disebut sangat perlahan. Raihana terdiam. Dia merapati Haris kemudian duduk disebelahnya.

“Now you are facing the real problem, am I right? You should make a good decision for yourself, and last but not least for us too!”Raihana memberi kata dua kepada Haris. Nadanya lembut tidak setegas tadi. Haris memandang Raihana dengan pandangan yang amat mendalam. Kemudian dia memegang erat tangan Raihana.

“Will you marry me?”Haris melamar Raihana untuk memperisterikan perempuan itu. Raihana tergamam dengan tindakan Haris. Seolah-olah dia tidak mempercayai apa yang baru didengarnya tadi.

“Uh, I can’t believe it! Are you serious?”tanya Raihana inginkan kepastian.

“Yup, I’m determined. You are the right person for me,”tegas suara Haris.

“So, how’s about Lisa?”soal Raihana lagi. Dia rasa tidak puas hati dengan penjelasan Haris.

“It’s all over!”Haris berlalu meninggalkan Raihana seorang diri di ruang tamu. Dia kemudian masuk ke dalam bilik sambil diperhatikan Raihana.

Agak lama juga Haris di dalam bilik. Apa yang dibuatnya di dalam bilik? Tertanya-tanya Raihana yang menunggunya di ruang tamu. Raihana bingkas lalu terus melangkah menuju ke biliknya. Pintu tidak dikunci. Dilihatnya Haris sedang menadah tangannya berdoa. Air mata lelaki itu kelihatan mengalir dengan penuh kesedihan dan kekecewaan. Rasanya Haris baru sesudah solat walaupun tanpa menggunakan sejadah memandangkan di biliknya itu tidak ada sejadah mahupun telekung kerana Raihana tidak pernah menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Adakah Haris sudah berubah? Raihana tunduk membisu lalu menutup semula pintu biliknya. Setelah beberapa minit kemudian, Haris keluar.

“Mulai sekarang, I tak akan masuk ke dalam rumah ini lagi,”terkejut Raihana mendengarnya. Raihana fikir, hubungannya dengan Haris akan berkubur begitu sahaja.

“You nak putuskan hubungan kita ke?”soal Raihana bersungguh-sungguh. Haris hanya tersenyum.

“I tak nak hidup kita bergelumang dengan dosa lagi Rai! You fahamkan maksud I? Minggu depan, I nak jumpa keluarga you. Kita mulakan kehidupan baru yang lebih bermakna,”ujar Haris dengan yakin. Raihana tersenyum. Dalam hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia. Sudah lama dia menantikan detik ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Haris pulang ke rumah yang disewanya bersama Taufiq agak lewat pada malam itu. Seperti biasa, Taufiq sudah menjangkakan yang Haris mungkin menghabiskan masa bersama dengan ‘kekasih gelapnya’, tak lain tak bukan si Raihana tu lah! Meluat rasa hati Taufiq mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh Haris. Entah bila agaknya dia nak berubah? Hati Taufiq terdetik bertanyakan soalan itu.

“Fiq, kalau aku ditakdirkan mati esok lusa…kau jagalah Lisa baik-baik ek,”pesan Haris kepada Taufiq. Muka Taufiq kelihatan sedikit blur.

“Kau merepek apa ni Haris? Kau disyaki kena penyakit kronik ke? Ataupun kau nak pergi terjun bangunan?”sindir Taufiq.

“Hei, kau ingat aku nak suicide ke? Aku waras lagi lah! Em, aku ambil cuti sebulan start esok,”beritahu Haris sambil membuka baju kemejanya yang berbelang putih biru lalu dicampakkan ke muka Taufiq yang masih blur itu.

“Oit, kurang asam betul! Masam tau tak baju kau ni!”mengamuk Taufiq dibuatnya. Haris ketawa berdekah-dekah.

“Tulah, blur lagi! Jangan ditanya ke mana aku pergi dan dengan siapa. Aku akan jelaskan semuanya selepas tempoh sebulan tu untuk mengelakkan daripada segala bentuk provokasi atau kontroversi. Faham tak?”Taufiq mengangkat kening sebelah setelah mendengar penjelasan Haris sebentar tadi.

“Ok. Tapi ingat ya wahai Encik Haris, jangan menyusahkan aku di kemudian hari. Aku warning awal-awal ni,”pesan Taufiq dengan suara serius yang dibuat-buat. Haris hanya tersenyum lalu melangkah menuju ke biliknya sambil diperhatikan Taufiq. Apa halnya mamat ni? Pelik!
------------------------------------------------------------------------------------------------

Air mata Haris mengalir dengan deras. Batu nisan kubur arwah emaknya dipegang erat. Dia sangat merindui emaknya itu tapi apakan daya…arwah emaknya sudah semestinya tidak akan hidup semula, menjaga dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Raihana berdiri disebelah Haris turut menyedekahkan al fatihah kepada arwah emak Haris.

“Haris, jom kita balik,”dengan lembut Raihana menarik tangan suaminya itu. Haris hanya menurut sahaja. Mujurlah Raihana banyak berubah selepas berkahwin dengannya. Haris sangat bersyukur kerana doanya dimakbulkan. Isterinya, Raihana sudah banyak berubah. Dia sudah mula menunaikan solat dan mahu menurut kata. Cuma dia belum bersedia memakai tudung, dan meminta Haris memberikannya sedikit masa lagi untuk berubah. Baginya, perkara yang baik haruslah istiqamah. Dia tidak mahu berubah untuk seketika sahaja. Apabila dia sudah bersedia, dia akan melakukannya.

“I lapar lah, kita singgah makan kat mana-mana dulu,”ujar Haris sambil meneruskan langkah seiring dengan Raihana.

“No…I dah masak kat rumah sebelum kita keluar tadi. So, kita terus balik rumah saja,ok,”kata Raihana sedikit manja.

“Yelah…you masak apa hari ni?”soal Haris sambil mencuit pipi isterinya itu.

“Uh, ikan tilapia merah stim cicah dengan air asam. Then, I masak kari ayam rendah lemak and also your favourite salad. Em, ada yang kurang ke?”tanya Raihana.

“Perfect!”puji Haris. Dia tersenyum penuh makna. Raihana memang pandai memasak, sebelum berkahwin lagi Haris selalu makan di apartmennya apabila tiba waktu lunch. Haris menaruh harapan agar dia dapat mengecapi kebahagiaan yang hakiki walaupun dia berasa agak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengahwini Raihana. Maafkan aku, Lisa! Sudah 3 minggu Haris mengahwini Raihana tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau Taufiq dapat tahu, mampus aku! Gerutu Haris.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Haris asyik termenung di ruang tamu tanpa menyedari telefon bimbitnya berdering. Raihana yang sibuk mengelap meja makan menyedari akan hal itu lalu memanggil nama Haris dengan kuat supaya suaminya itu menjawab panggilan itu. Namun, Haris berdegil tidak mahu menjawab panggilan itu. Dia berasa serba salah kerana Lisa yang cuba menghubunginya. Sudahlah Taufiq hampir setiap hari bertanyakan tentang dirinya. Naik rimas dibuatnya! Susah betul jadi orang popular ni! Haris buat-buat tersengih macam orang kurang siuman pula. Dalam hatinya, tuhan sahaja yang tahu. Kusut memikirkan masalah peribadi yang tak berkesudahan.

“Helo. Ya, nak cakap dengan Haris? Dia tengah sibuk memasak kat dapur. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”Raihana terus menjawab panggilan telefon itu tanpa kebenaran Haris. Sakit hatinya mendengar deringan telefon bimbit Haris yang berdering dari tadi. ‘Kumencintaimu lebih dari apapun, meskipun tiada satu orang pun yang tahu, kumencintaimu sedalam-dalam hatiku, meskipun engkau hanya kekasih gelapku’, lagu Kumpulan Ungu berjudul ‘Kekasih Gelapku’ itu berkumandang setiap kali Lisa menghubungi suaminya itu. Dia nekad menjawab panggilan itu walaupun panggilan itu daripada Lisa, bekas bakal isteri tak jadi suaminya itu. Haris tersentak. Kes naya ni!

“Hei, apa you buat ni?”Haris cuba merampas telefon itu daripada Raihana. Raihana sempat mengelak.

“Sampai bila you nak berdiam diri, hah? Tak puas ke you menyeksa si Lisa tu? Why not I je yang explain semuanya!”bentak Raihana sekuat hatinya. Geram rasanya dengan tingkahlaku Haris yang tidak matang itu. Lisa terdengar suara lantang Raihana itu terkelu untuk berkata-kata.

“Fine!”Haris meluru masuk ke dalam bilik lalu dihempaskan pintu bilik itu hingga bergegar dibuatnya. Raihana mencebik.

“Em, awak Lisa kan? Saya Raihana, isteri Haris. Mungkin awak tak mengenali saya, tapi saya sangat mengenali awak. Suami saya selalu bercerita tentang awak,”kata-kata Raihana membuatkan Lisa terasa dirinya diperdayakan. Hatinya remuk bagaikan dilanggar lori lalu terdampar di atas jalan tar yang hitam. Wajah Haris bertukar menjadi seekor raksasa pemusnah yang merobek segala impian dan harapannya selama ini. Taufiq! Kenapa di saat ini aku teringatkan kau!

“Err…maafkan saya. Semoga awak berbahagia hendaknya,”Lisa terus memutuskan talian. Air matanya deras mengalir. Huh! Aku tak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini! Kenapalah aku ni bodoh sangat menyintai orang yang tak pernah menghargai aku? Cerita cinta Lisa dan Haris hanya meninggalkan luka yang dalam! Dalam…jauh tak terselam! Air mata menjadi teman yang setia Lisa sejak mengenali Haris. Aku perlu hentikan semua ini! Tak guna jika aku terus melayan perasaan yang mengundang virus-virus menyakitkan hati ini daripada terus-menerus menelan sel-sel kesabaran aku! Tapi mampukah aku? Bisik hatinya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Haris buntu. Jiwanya tertekan lagi. Ingin diketuk-ketuk sahaja si Raihana itu. Tapi dia sedar, ada benarnya kata isterinya itu. Cuma dia belum bersedia untuk berterus-terang kepada Lisa mahupun Taufiq. Dia hanya memerlukan masa yang sesuai untuk menyatakan kedudukan yang sebenarnya.

“Hei, bukak la pintu. Ada orang nak jumpa you ni. Dia tunggu kat ruang tamu,”jerit Raihana yang memanggilnya sambil mengetuk pintu bilik. Haris tertanya-tanya dalam hati siapa yang mencarinya malam-malam buta ni? Dia terus membuka pintu biliknya dan melangkah dengan perlahan-lahan ke ruang tamu. Langkahnya terhenti tatkala melihat wajah lelaki berusia lewat 40an yang sedang memerhatikannya dengan penuh tumpuan. Ayah?

“Papa tahu kau mungkin terkejut atau benci melihat muka Papa kat sini. Em, tak terlambat rasanya kalau Papa ucapkan selamat pengantin baru pada kau. Cantik juga menantu Papa tu,”ujar Datuk Borhan sambil membelai janggutnya.

“Em, tak payahlah nak bersandiwara kat sini. Datuk boleh keluar sekarang! Saya tak perlukan Datuk dalam hidup saya lagi!”tegas Taufiq sambil membukakan pintu rumahnya. Jijik rasanya memanggil gelaran ‘papa’ kepada ayahnya itu.

“Kau keras kepala macam arwah ayah kau juga,”beritahu Datuk Borhan selamba. Haris tergamam. Arwah ayah? Habis yang depan aku ni siapa? Hantu kah?

“Apa semua ni, hah?”herdik Haris. Lagaknya seperti samseng pula. Angin satu badan dibuatnya. Cerita apa pula yang direkanya?

Datuk Borhan duduk tanpa dipelawa lalu menyilang kakinya. Haris ikut duduk bertentangan dengan renungan yang tajam. Tanpa melengahkan masa, Datuk Borhan memulakan bicara. Apa?!!! Aku bukan anaknya? Apa semua ni? Aku anak luar nikah hasil hubungan mak dengan Johari, yang merupakan sahabat ‘papa’! Datuk Borhan bertindak sebagai Pak Sanggup demi menyelamatkan maruah mak daripada terus tercela! Mak tak pernah mengatakan tentang hal ini pada aku. Sampai hati mak!

“Maafkan Papa. Itulah sebabnya Papa tak dapat menerima kehadiran kau dalam hidup Papa dan Papa berlaku tidak adil pada mak kau kerana hatinya masih pada lelaki itu! Johari sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan,”jelas Datuk Borhan panjang lebar. Haris terkesima. Jiwanya meronta-ronta. Wajah Katrina terbayang-bayang! Ya Allah…hebatnya dugaan yang Kau berikan kepada aku yang lemah ini! Hatinya luluh, berkecai. Katrina di manakah kau sekarang?

“Kat dah tiada lagi, Haris!”Haris tersentak. Datuk Borhan seolah-olah dapat meneka apa yang bermain difikirannya ketika itu. Rasa hendak pitam dibuatnya. Terasa ingin dia menjerit sepuas hatinya. Air matanya menitis setitik demi setitik.

“Dia…dia terlalu kecewa dengan tindakan kau dan mungkin kecewa dengan sikap papa lalu dia nekad membunuh diri. Papa kesal atas apa yang telah berlaku. Maafkan Papa sekali lagi,”Datuk Borhan bingkas bangun lalu memeluk Haris. Jelas air mukanya benar-benar kesal atas apa yang telah berlaku.

Haris membiarkan sahaja Datuk Borhan memeluknya. Dia terasa dirinya lemah tidak berdaya. Kesal yang teramat sangat! Kat…kenapa jalan itu yang kau pilih? Raihana hanya memerhati. Dia turut merasakan kepedihan dan sengsaranya jiwa Haris ketika itu. Ya Allah, tabahkanlah hati suamiku!
------------------------------------------------------------------------------------------------

“Joe, aku rasakan…kita ni ada chemistry la. Banyak persamaan. Aku rasa bahagia sangat bila bersama kau walaupun aku dengan kau suka bergaduh kan?”kata-kata Taufiq mencetuskan getaran yang mengetuk setiap ruang dalam hati Johanna. Jantungnya berdegup dengan kencang.

“Uh…kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba je…,”Johanna hampir kelu berkata-kata. Mukanya merah padam. Mata Taufiq merenung ke dalam mata Johanna membibitkan suatu perasaan yang luar biasa. Johanna cepat mengalihkan pandangannya daripada terus mengadap muka Taufiq. Malu! Kenapa ditenung aku macam tu? Tangan Johanna dicapainya. Johanna terpana.

“Aku tak pernah silap dalam membuat pilihan, Joe! Setiap detik yang aku habiskan bersama kau, membuatkan aku terasa lebih dihargai. Kau terlalu istimewa dalam hidup aku. Selama ni, aku buta! Buta dalam menilai cinta, Joe! Adakah kau merasakan apa yang aku rasakan sekarang?”soal Taufiq penuh makna.

“Maksud kau?”Johanna buat-buat tidak mengerti. Kalau boleh, dia mahu Taufiq meluahkan perasaannya terlebih dahulu. Risau juga sekiranya dia yang bertepuk sebelah tangan.

“Aku sebenarnya menyintai kau, Joe! Bukannya Lisa. Lisa hanya sekadar bayang-bayang yang muncul dalam mimpi aku dan lenyap begitu sahaja. Lagipun, aku tiada tempat dalam hatinya,”ujar Taufiq dengan bersungguh-sungguh.

Drama itu terhenti seketika tatkala kedua-duanya tersedar bahawa mereka telah diperhatikan. Lisa? Buat apa kau di sini? Kehadiran Lisa tanpa disedari membuatkan Johanna dan Taufiq berpandangan sesama sendiri. Adakah kau mencari aku setelah kau dilukai? Maafkan aku Lisa! Kau tak pernah menghargai aku selama ni! Detik Taufiq di dalam hati.

“Maafkan aku. Aku tak patut datang ke sini,”Lisa cepat-cepat melangkah keluar dari kedai menjual aksesori kereta milik Taufiq itu. Dengan pantas, Taufiq mencapai tangan Lisa.

“Kita tetap macam dulu, Lisa. Takkan disebabkan hal ini, kita putus sahabat?”kata-kata Taufiq memberikan suatu sinar baru buat Lisa. Perlahan-lahan Lisa tersenyum tapi yang pastinya hati Taufiq sudah dimiliki. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua walaupun pada hakikatnya hatinya hampa!

Thursday, December 27, 2007

Cerjang or novel???

Hai...salam...

Aku sebenarnya on da way buat novel...tp malangnye tak siap2 lagi...Kene ada feel baru ble wat sebenarnya...haha=p...
Tentang (cerita panjang)...aku akan post sok lusa...baru je siap setelah aku berjaya mengambil mood menyiapkannya...hehe...cerpen (cerita pendek) aku payah cket laa....sebab excited sangat terbuat cerjang. huhu...Kalo ble aku memang nk cipta kelainan...n xnk stereotaip...n of cos aku kalo ble xnak bg korang tau ape ending die...baru besh cket kn? hehe

Pasal novel tu...tunggula dulu...lama lg nk siap...cerpen2 ble je...coz aku mmg suke buat cerpen2 ni...sejak skolah rendah lg...xpcaye tanya yanie member aku satu skool dl. Kami siap buat cerpen sendiri n tukar2 baca..best gak...=) Well, cerjang aku yg terbaru bjudul "Kau Tercipta Untukku"....maybe ada kelainan yg aku cube tnjolkan...tp persepsi org kn bbeza...so nt korg komen la ek...hehe

k..aku chow dl....wsslm..jmpa lg...=)

Monday, December 24, 2007

EGO VS EMO

EGO VS EMO
A: Awak tu ego tak bertempat! Meluatlah saya dengan awak ni!
B: Eh, tolonglah! Awak tu emo sangat! Semua yang saya buat semuanya tak kena. Cakap saya ego pulak!

Haha…persoalan yang ingin aku kupas kali ni adalah emo atau emosional vs ego! Wah, menarik bukan? Bagi aku, semua orang ada persepsi yang tersendiri apabila membicarakan tentang isu yang menarik untuk dikupas ini. Sedar atau tidak, terimalah hakikat yang kita ni memang mempunyai sifat-sifat ini. Cuma lebih atau kurang sahaja. Mungkin ego lebih sinonim dengan kaum lelaki, manakala emo pula lebih sinonim dengan kaum wanita. Tetapi tidak dinafikan, ada juga segelintir daripada kaum wanita yang egonya lebih daripada kaum lelaki begitulah sebaliknya untuk sifat emosional. Kalau boleh, biarlah sifat ini berada dalam keadaan yang terkawal dan tidak memudaratkan si polan tersebut dan orang yang berada di sekelilingnya. Apa-apapun, adalah penting untuk kita amalkan sifat ‘give and take’ iaitu bertoleransi. Hal ini adalah penting dalam menelurkan molekul-molekul keharmonian dalam sesebuah perhubungan yang berkekalan. Selain itu, sabar juga menjadi tunggak utama dalam sesebuah perhubungan. Tanpa kesabaran, alamat pincanglah segalanya.
Apabila si emo bertemu dengan si ego, aduh! Dah jadi kes berat tu. Bayangkanlah, si emo yang sememangnya beremosi, angin semacam saja, cepat sensitif, dan si ego pula tak mahu mengaku kalah dan bertolak ansur, kadang-kala memprovokasikan si emo ini tadi menjadikan keadaan bertambah kusut. Boleh dikatakan virus-virus menyakitkan hati mula menular menelan segala sel-sel kesabaran dalam diri. Jadi, titik tolaknya, adalah kesabaran. Dalam Islam sendiri mengatakan, sabar itu separuh daripada iman. Oleh itu, kita perlulah mencambahkan sifat itu dalam diri supaya lebih tenang dalam berhadapan dalam sebarang situasi. Manusia itu tidak sempurna, hanya Allah saja yang sempurna. Jadi, kita haruslah belajar menerima kelemahan dan kelebihan diri dan orang lain agar dapat menikmati kehidupan dengan lebih bahagia.

Aku dan Kehidupan...

Detik waktu yang berlalu…
Mengajarku erti hidup yang berliku-liku,
Saat kurebah, longlai dan kaku,
Membuatkan diriku tabah mengikis kesilapan lalu.

Dalam celahan rentetan sisa-sisa semalam,
Kuteruskan perjuangan walaupun jiwaku kadang-kala kelam,
Meneroka kehidupan yang bermacam ragam,
Ada kalanya indah, ada kalanya membangkitkan perasaan geram.

Terlenakah aku dibuai mimpi-mimpi semalam?
Mampukah aku berdiri teguh, seteguh gunung yang mencecah langit nan biru?
Arghh…adakalanya sukar dimergerti…
Makna hidup ini…

Siapalah yang sudi memahami?
Kau? Aku? Dia? Mereka?
Tanyalah pada hati, apa mahunya?
Tanyalah pada akal, apa katanya?

Hidup ini mesti diteruskan…
Walau apa kata mereka, dia atau sesiapa,
Jadilah diri sendiri yang penuh pengertian,
Apalah ertinya hidup jika tidak dimengertikan?

Saturday, December 15, 2007

MUZIK SEIRING DENGAN JIWA?

Muzik? Aku pasti semua kebanyakan orang tahu definisi muzik itu sendiri walaupun tidak begitu mendalam pengertiannya dalam diri mereka. Marcapada dunia di ambang pascamodenisme ini, gelombang muzik sering bermain-main dalam sanubari kita semua. Ada yang mengatakan muzik itu adalah sebahagian daripada jiwa mereka. Bahkan, mereka yang tertentu terlalu mengagung-agungkan genre muzik kegemaran mereka itu khususnya para bunga harapan bangsa kita, iaitu golongan belia. Alunan melodi dan irama seiring dengan mereka yang sememangnya dahagakan suatu pengisian jiwa yang ada pro dan kontranya. Pengisian jiwa yang berbentuk kepuasan sementara yakni sudah menjadi ‘trend’ masa kini. Genre-genre muzik kian berkembang seiring dengan arus kemodenan dan menyediakan alternatif kepada penggemarnya. Antara genre muzik yang mendapat tempat di kalangan masyarakat masa kini ialah R&B, Hip Hop, Ska, Rock, Punk, Pop, Alternatif, Jazz, Grunge, Metal Core, Heavy Metal dan sebagainya. Boleh dikatakan banyak juga genre muzik ini ibarat makanan yang kian rancak dipelbagaikan.
Aku tidak terkecuali apabila membicarakan tentang muzik. Secara jujurnya, aku memang penggemar muzik dan muzik memang sudah sebati dalam diriku sejak kecil lagi. Tidak didorong oleh sesiapa, hal ini kerana muzik adalah minat aku selain membaca, mengarang, aku gemar mendengar lagu tidak kisahlah genre apa pun. Janji sedap didengar dan liriknya memberi makna. Apa-apapun ia terpulang kepada individu tersebut untuk menilainya dan paling penting bagaimana kita mencernakan apa yang dihadam itu. Baik buruknya kita sendiri yang tentukan. Pemilihan lagu yang memuatkan lirik yang bermutu adalah sangat penting.

Aku tidak menafikan bahawa sesetengah lagu mungkin memberikan impak yang negatif pada pendengarnya. Hal ini mungkin disebabkan liriknya yang tidak bersesuaian ataupun muzik yang diminati itu agak keras sehingga terbawa-bawa dalam pengaplikasian peribadi yang agak kasar. Apabila menyentuh tentang lirik yang tidak bersesuaian, aku teringat semasa aku membaca akhbar Berita Harian bahagian komen sms dihantar oleh pembaca iaitu seorang bapa yang tidak berpuas hati apabila anaknya menggelarkannya ‘papa jahat’. Secara tersiratnya lelaki itu mungkin mengatakan lagu tersebut tidak baik untuk budak-budak. Hakikatnya, lirik lagu itu secara keseluruhan memberi makna cuma mungkin tajuknya menjadi ikutan pula. Pada pendapat aku, penghasilan lirik lagu perlu ditapis supaya polemik sebegini dapat dielakkan.

Apabila membicarakan tentang lirik yang baik dan bermutu, aku teringat lagu Too Phat berduet dengan Yasin iaitu Alhamdulillah. “merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang maha esa, kumelihat kehidupan dari sudut berbeza…”, lagu ini menyelitkan unsur-unsur yang positif mengajak pendengarnya bersyukur dengan kurnian Tuhan. Contoh lain yang memberikan nilai adalah lagu Rock nyanyian kumpulan Nickelback yang berbunyi,

“And as we lie beneath the starsWe realize how small we areIf they could love like you and meImagine what the world could beIf everyone cared and nobody criedIf everyone loved and nobody liedIf everyone shared and swallowed their pride
We'd see the day when nobody died"

Sebenarnya lagu ini mengupas isu peperangan, keganasan yang memberikan impak negatif kepada manusia iaitu kesengsaraan. Selain itu, ia juga menekankan pentingnya
sifat kasih sayang supaya gejala sebegini dapat diatasi.

Di samping itu, muzik juga dapat mengubah penampilan dan personaliti seseorang individu itu. Mana tidaknya, penggemar muzik sebagai contohnya emo, punk yang sememangnya ‘crush’ dengan muzik ini sanggup berhabis duit membeli aksesori dan pakaian yang menunjukkan mereka adalah peminat sejati genre muzik tersebut. Begitu besarnya pengaruh muzik dalam kehidupan khususnya terhadap remaja.
Memandangkan pengaruh muzik kian mendapat tempat di hati para penggemarnya, maka wujudlah program-program yang berkaitan dengan muzik yang muncul ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’. Selain program realiti tv yang mencungkil bakat menyanyi dan menghibur, ada juga rancangan yang memaparkan muzik, kehidupan dan persahabatan. Kiranya macam ‘3 dalam 1’ lah, pokok pangkalnya menekankan muzik sebagai tema utama. Contoh cerita KAMI yang pernah ditayangkan di saluran 8 sebelum ini. Pada pendapat aku, ada pro dan kontra cerita ini, terpulanglah pada individu untuk menilai sejauh mana keberkesanan jalan ceritanya. Mungkin nilai persahabatan yang cuba ditonjolkan dalam cerita ini menunjukkan nilai yang positif, tetapi budaya ‘gig’ yang diterapkan sedikit sebanyak bakal memberikan impak yang negatif kepada remaja masa kini yang gemar bersosial di kelab-kelab, menari terkinja-kinja mengikut irama lagu dan ada yang berpakaian seksi. Tambahan lagi, ia memaparkan kehidupan remaja yang masih lagi bersekolah tetapi sudah mula berjinak-jinak dengan budaya sebegini memberikan contoh yang tidak baik sama sekali.

Aku pasti semua orang mempunyai persepsi masing-masing tentang muzik, peranan dan pengaruhnya. Siapalah aku untuk menilainya? Cuma unsur-unsur genre muzik itu perlu ditapis sebaik mungkin supaya ia tidak melawan arus kehidupan kita. Bagi aku, muzik adalah satu cabang seni yang sangat unik dan memberikan kepuasan kepada penggemarnya. Ternyata kesannya memang sangat mendalam dan menggamit rasa. Titik tolaknya, kita sendiri yang mencorakkannya. Cukup sampai di sini sahajalah aku berbicara tentang isu ini. Sebenarnya, ada lagi isu yang tidak dikupas sepenuhnya tetapi jika berkesempatan kita sambung untuk ‘Muzik seiring dengan jiwa 2’ pula…(“,)