Tuesday, January 29, 2008

Universiti Menjana Ummah Terbilang...=)

Salam...

Hari ini merupakan pengalaman yang paling bernilai dan meninggalkan kesan buat aku. Aku sangat bertuah kerana dapat mendengar ceramah khas daripada Dato' Dr. Haji Fadilah Kamsah secara live sempena maal hijrah di Dwn Budaya petang tadi. Cepatnya masa berlalu, tak puas rasanya tadi. Syukur sangat-sangat sebab aku rasa banyak ilmu dan info berguna disampaikan oleh beliau tadi. Dapat jugalah aku tengok beliau dekat-dekat coz beliau duduk selang sebaris dengan aku tadi. Aku sangat menyukai cara penyampaiannya yang bersahaja tapi mendalam maksudnya. Dengan humour sense yang natural, menyebabkan hadirin yang datang tak kering gusi dibuatnya. I really love his style and appearance...and da most thing I adore about him is how he tried to motivate people using his skills and styles. Entahla, seperti ada magnet yang menarik hadirin untuk terus mengikuti ceramahnya tadi termasuklah aku. Daya penarik karisma yang ada pada beliau, keyakinannya merangsang hadirin untuk melakukan suatu perubahan, lawak jenaka yang bersahaja beserta sindiran yang mendalam maksudnya memberikan ruang untuk hadirin berfikir dan memahami isi yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Temanya adalah "Universiti menjana ummah terbilang" saling berkaitan juga dengan tema sebenar maal hijrah kali ini iaitu "Menjana kegemilangan ummah". Apalah gunanya ilmu yang aku dapat kalau tak dikongsikan bersama betul tak? Em, majlis tadi mula agak lewat dari waktu yang sepatutnya. Lebih kurang hampir pukul tiga jugalah mulanya. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh Ustaz Zayd Zhari iaitu ayat an-nahl ayat 1-7. Kemudian, diikuti pula dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nur Irfan (KAFA USM). Comel-comel budaknya...sweet suara mereka. Terpegun jugalah...adakalanya ketawa kecil juga melihat gelagat mereka. Selepas itu, adalah ucapan ringkas daripada TNC- Y. Bhg Dato' Muhammad Idiris Saleh dan juga ucapan alu-aluan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Y. Bhg Dato' Yahaya Abdul Hamid. Em, bercakap pula pasal ucapan TNC tadi, aku teringat ucapan NC masa aku pergi untuk perutusan NC hari tu. Beliau ada bercakap tentang KPI iaitu Key Performance Indicator. Aku terlupa nak masukkan dalam post ari tu...Sebenarnya banyak kaitannya seperti elemen-elemen 'values, culture, ideas, academic, management, R&D, consultancy, students, staffs, leadership, accountability, relationship' dan banyak lagi. Kalau nak diikutkan, ada rajah ringkas yang menerangkan hubungkait elemen-elemen ini...tapi minta maaflah aku tak berapa nak ingat semuanya...Huhu...Lepas ucapan itu, adalah upacara penyampaian penghargaan khas maal hijrah pusat islam 1428, anugerah kecemerlangan maal hijrah 1428, dan juga anugerah tokoh maal hijrah 1428...Akhir sekali, barulah ceramah daripada Dr Fadilah Kamsah.


Em, aku teruskan dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah la ye. Mula-mula lagi beliau sudah menekankan konsep kebahagiaan iaitu kita wajar bersyukur kerana masih hidup dan beriman, insyaAllah. Kita juga perlu sentiasa ingat mati dan bersedia untuk mati. Tapi bersediakah kita? Aku melihat diri aku sendiri...aku sendiri belum bersedia...masih samar-samar lagi. Aku berharap, aku dapat menjadikan diri aku lebih baik daripada hari-hari sebelumnya... insyaAllah. Selain itu, beliau juga menekankan supaya kita sentiasa maafkan semua orang untuk mencapai kebahagiaan itu sendiri. Aku tertarik dengan langkah-langkah meraih kebahagiaan yang diperkatakan oleh beliau iaitu memaafkan orang lain, mendoakan yang terbaik untuk semua, saling bantu-membantu, menceriakan orang yang berada di sekeliling kita dan cuba membangunkan orang lain(maksudnya di sini...memberi sedikit kesedaran dan perangsang). Beliau sangat menekankan konsep saling maaf-memaafkan antara satu sama lain terutamanya bagi pasangan yang sudah berumah tangga ataupun yang sudah bekeluarga...dan untuk sahabat-sahabat juga. Di samping itu, beliau juga menggalakkan hadirin supaya rajin menunaikan solat taubat memohon keampunan Allah setiap kali membuat dosa, selain memperbanyak solat hajat dan beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali. Beliau juga menekankan bahawa pentingnya menanamkan sifat bersyukur dan berterima kasih dan memetik sedikit daripada hadis riwayat tirmizi iaitu: barangsiapa yang tak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Tuhan. Semoga ini menjadi pedoman hendaknya.

Di samping itu, ada juga langkah-langkah lain yang disyorkan oleh beliau dalam meraih kebahagiaan. Pertama; pasang niat untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa berdoa. Hal ini kerana doa adalah senjata orang yang beriman. Sekurang-kurangnya dengan melafazkan bismillah pun memadai. Sekiranya kita tak membaca doa ketika memasuki rumah mahupun dengan bacaan bismillah, syaitan akan bermaharaja lela...Itulah kadang-kala terjadinya masalah dalam keluarga, pergaduhan, keadaan yang tak aman disebabkan gangguan syaitan ni tadi dan akhirnya menyebabkan keluarga itu tidak mencapai kebahagiaan. Nampak macam remeh saja, tapi kesannya sangat mendalam. Yang kedua; berlapang dada dan bersihkan hati. Beliau ada memetik ayat peribahasa cina yang menyebut "Siapa yang memuji saya, dia musuh saya. Dan sesiapa yang menegur saya, dia adalah sifu saya"-maafkan kalau aku tersilap. Rasanya inilah peribahasa yang dimaksudkan. Kita hendaklah sentiasa menerima teguran dan kritikan orang lain untuk menjadi insan yang lebih baik dan terbilang. Yelah, kadang-kala kita ni tak suka teguran...berfikiran tertutup. Jadi, pentingnya kena lapangkan dada menerima segala teguran membina untuk kebaikan diri sendiri juga, betul tak? Beliau juga mengatakan "ilmu itu cahaya, dan ia tak boleh diturunkan kalau hati gelap"...mendalam maksud ungkapan itu..fikir-fikirkan!Ketiga; bertindak dan berubah sekarang. Orang yang bijaksana ialah orang yang menjadi lebih baik dari semalam dan hari-hari yang terdahulu. Berbuat baik dan bekerja bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan mati keesokan harinya. Mengikut kajian, sekiranya kita tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam tempoh 48jam, 95% daripada memori kita terpadam..(tak silap aku berdasarkan kata-kata beliau)...maafkan kalau aku tersilap...
Apa SAKIT??? Em, antaranya ialah;
  1. Ingkar perintah( perintah Allah, parents,ketua dsb)
  2. Tak kenal diri yang sebenar (ada 15 cara untuk mengenali diri tapi tak sempat diucapkan oleh beliau tadi....frust gak!)
  3. Enggan berubah
  4. Niat tak baik
  5. Bodoh sombong
  6. Tiada semangat kerjasama
  7. Banyak masalah peribadi
  8. 3G dan malas(cth G-gemuk istilah untuk orang yang kuat makan,tidur tapi malas)
  9. Tak ikut peraturan
  10. Tak disiplin
  11. Enggan berfikir di luar kotak
  12. Selekeh ( dari segi penampilan, iman, sikap)
  13. Terlalu stress (hati kotor)
  14. Ada ilmu tapi tak amal
  15. Tak bertanggungjawab
  16. Lemah hubungan kemanusiaan
  17. Tak istiqamah
  18. Sabotaj diri sendiri (cth; aku ni mulut je jahat,tapi hati baik)-not good actually...cth je..ok
  19. Ulang kesalahan
  20. Menyalahkan orang lain
  21. Parasit(cth;mahu lebih tapi kurang memberi)
  22. Tak bermoral-hati kotor gagal menarik hidayah dari Allah...
Apakah ciri-ciri ummah terbilang???
  • Bentuk matlamat dan pasang niat untuk jadi yang lebih baik
  • Menjaga ibadah
  • Berdisiplin
  • Sentiasa memperbaik diri
  • Mencari keberkatan(dari sudut rezeki,ilmu dan masa)
  • Sentiasa menghormati orang lain
  • Bertanggungjawab dan setia pada organisasi
  • Semangat kerja berpasukan yang mantap(Tuhan tidak memandang kumpulan yang tidak bersatu hati!)
  • Sentiasa bersemangat, ceria dan memberi lebih daripada yang dipinta
  • Sentiasa berintegriti
Info-info tambahan:
  • Apabila menghadiri majlis ilmu, mencari rezeki yang halal(sepanjang perjalanan),sekiranya berlaku sesuatu seperti kematian...dikira sebagai mati syahid.
  • Sekiranya ada ilmu tapi tidak mengamalkannya...500tahun dicampakkan ke neraka terlebih dahulu sebelum orang yang sepatutnya...
  • Siapa anda adalah tidak penting; yang penting adalah HATI dan AMALAN.
  • Ada baiknya sekiranya badan kita sakit (dapat mencuci dosa-dosa)
  • Kena kenal diri sendiri, salahkan diri sendiri...sebelum salahkan orang lain.
  • Buang air kecil( duduk jangan berdiri-especially untuk lelaki!). Ia akan menyempitkan rezeki, otaknya mudah jadi pelupa, mudah kena penyakit batu karang dan mengalami masalah *****(masalah seksual)
  • Orang yang asyik bercakap, tapi tak buat akan dimurkai...
  • 5 golongan orang yang susah nak solat 5 waktu berdasarkan kajian Dr Fadilah Kamsah;
  1. Golongan artis
  2. Ahli sukan
  3. Pasukan beruniform
  4. Usahawan
  5. Orang yang terlampau aktif dalam politik
(wallahualam)
  • Bagi kaum perempuan; sekiranya anda seorang yang menjaga solat, puasa dan sentiasa mendapat redha suami...InsyaAllah mudah masuk syurga tanpa hisab
  • "Ada orang bermati-matian mendaki gunung, kemudian menyedari dia mendapat gunung yang silap"-bermakna dia meletakkan fokus di tempat yang salah...
  • Rahmat: pemberian Tuhan atas asas kasih sayang Tuhan
  • Istidraj: pemberian Tuhan dalam keadaan benci
  • Pegang tangan dengan penuh rasa kasih antara suami isteri- semua dosa gugur dicelah-celah jari...
  • Kelebihan menghadiri majlis ilmu; niat yang ikhlas menuntut ilmu (dosa-dosanya gugur), tersedia padanya taman-taman syurga Allah ( Jannatul Firdaus), sekiranya mati dalam perjalanan pulang-mati syahid.
  • 4 doa yang dimakbulkan oleh Allah
  1. Doa mak bapak
  2. Pemimpin yang adil
  3. Musafir
  4. Orang yang dizalimi
  • Tak elok kencing berdiri, baik lelaki mahupun perempuan...bagi perempuan; urut bawah pusat 3 kali( untuk toskan air kencing)-tidak seperti lelaki( berdehem)

wallahualam....itu saja nak disampaikan...sekiranya ada salah dan silap...jemputlah tegur....apa yang aku dapat, aku kongsi dengan semua....berdasarkan apa yang aku dengar tadi...

anyway...4 those who attend da talk...who knew better than me...you're allow to add some in dis page....do some comment...I'll read it later...or maybe I'll reply as soon as posible....em, thanx and forgive me if I got U trouble...haha...hopelly not...k...salam...=)

Thursday, January 24, 2008

Cerpen aku: Kau Tercipta Untukku 2

“Fiq, aku rasa macam tak sedap hati je,”ujar Johanna sambil berpeluk tubuh. Matanya asyik menatap wajah Taufiq, lelaki idamannya itu. Taufiq hanya tersenyum memerhatikan air muka Johanna yang kelihatan resah.

“Joe, kadang-kala kehidupan ni tak selalunya indah. Kau kena faham hakikat kehidupan…semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kenapa nak memaksa diri menyukai sesuatu yang belum pasti?”jelas Taufiq bersungguh-sungguh.

“Lisa…kawan aku, kau juga. Kau nampakkan muka Lisa macam mana hari tu? Kecewa, hampa…aku serba salah,Fiq!”sambung Johanna. Matanya kelihatan sedikit berair dikesatnya segera supaya Taufiq tidak menyedarinya. Menangiskah dia?

“Joe, aku tetap anggap Lisa teman istimewa aku…,”kata-kata Taufiq membuatkan Johanna terdiam membisu. Aku cemburukah? Kali ni wajahnya sedikit muram.

“Cemburu? Kalau Lisa teman istimewa aku, kau pulak bakal isteri angkat aku. Ok tak ni?”Taufiq cuba melawak. Kelihatan Johanna tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang tersusun itu.

“Hah, macam tulah Johanna yang aku kenal. Cool dan suka senyum. Hehe…,” Taufiq sempat mencuit dagu Johanna yang berlekuk itu. Senyuman Johanna sememangnya manis ditambah pula dengan adanya lesung pipit ala-ala Pretty Zinta, pelakon Bollywood tu.

“Yelah…kau ni sajakan Fiq! Em, jom kita pergi main paintball. Geng-geng kita dah sedia menunggu tu,”ajak Johanna sambil menarik lengan baju Taufiq.

“Ok, kejap je tau. Aku ada hal lepas tu,”jawab Taufiq lembut.

Tangan Johanna digapainya. Mereka kelihatan seperti belangkas. Masa yang terluang banyak dihabiskan melakukan aktiviti-akiviti luar seperti paintball, bermain go-cart, wall climbing, flying fox, abseiling dan sebagainya. Taufiq dan Johanna memang sehati sejiwa. Boleh dikategorikan rock campur jiwang sikitlah. Tapi mereka masih dalam proses saling mengenali antara satu sama lain. Bagi Taufiq, Johanna seorang yang luarannya nampak kasar tapi hatinya sangat lembut. Perkenalannya dengan Johanna membibitkan rasa kasih yang sangat mendalam. Aku akan melindungi dan menyayangi kau, Joe! Detik hati Taufiq. Senyumannya kembali terukir. Haris? Di mana kau? Lisa sangat memerlukan kau sekarang!

Mata Haris asyik menatap wajah foto seseorang yang sangat disayanginya suatu ketika dulu. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya. Tanpa disedari air matanya menitis membasahi pipi. Raihana hanya memerhati. Kat dah mati, Haris! Tak guna kau menangis lagi! Ingin sahaja Raihana mengatakan tentang hal itu kepada suaminya, tetapi dia tak sampai hati. Bimbang suaminya akan memberontak kerana tekanan jiwa yang semakin menghimpit dirinya. Raihana melangkah perlahan masuk ke bilik dengan wajah yang hampa. Ekor mata Haris sempat menangkap kelibat Raihana. Rai, maafkan aku! Aku masih tak dapat melupakan Kat. Kematiannya benar-benar memberikan kesan mendalam pada aku, Rai! Aku seakan-akan lemah tak berdaya. Cinta ini memang menguji aku.

Loceng apartmen dibunyikan beberapa kali menyebabkan Haris terjaga dari lamunannya. Dengan langkah yang lemah, Haris membuka pintu tanpa melihat siapa yang datang.

“Taufiq?”

“Kenapa? Kau terkejut?”Taufiq terus memasuki ruang tamu tanpa dipelawa lalu duduk bersilang kaki. Matanya liar memerhati keadaan di apartmen itu sambil tangannya asyik mengusap dagu.

“Err, aku…aku…,”Haris seolah-olah kehilangan kata. Dia buntu, serba salah dan memang tak tahu nak cakap apa dah.

“Aku ingat kau dah berubah. Tak sangka kau masih buat perkara yang jijik ni, Haris! Hah, Rai mana? Atas katil tunggu kau ke?”soal Taufiq. Nadanya tegas.

“Rai ada kat bilik…aku sebenarnya dah kahwin, Fiq! Dengan Raihana…maafkan aku sebab tak beritahu kau,”tersentak Taufiq mendengarnya. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Haris sebentar tadi.

“Sampai hati kau tak beritahu aku! Aku ni siapa ye dalam hidup kau? Bila susah, baru kau nak cari aku ke? Well, congrate sebab kau dah kawin dengan Rai, sekurang-kurangnya kau dah tak tanggung dosa besar tu!”kata-kata Taufiq berbau sindiran. Pedih!

“Aku tahu kau akan marah…tapi aku buat ni semua demi kebaikan bersama. Lisa tak layak untuk lelaki yang jahat macam aku. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, Fiq!”jelas Haris. Dahinya berkerut seribu. Pening kepala memikirkan masalah peribadinya itu.

“Jadi, Rai perempuan jahatlah?”duga Taufiq.

“Bukan itu maksud aku, em…kau kena faham! Aku tak nak sia-siakan dia lagi. Cukuplah dosa yang aku tanggung selama ni, takkan kau nak galakkan aku buat dosa lagi?”ujar Haris sedikit keras supaya Taufiq dapat memahaminya.

“Aku faham..saja je aku menduga kau. Em, sejak kejadian petang tu…Lisa menghilangkan diri. Tak tahu ke mana…tapi aku pasti dia sedang mencari ketenangan jiwa,Haris!”beritahu Taufiq. Haris kelihatan blur. Dia masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Taufiq. Kejadian petang itu? Apa yang sudah berlaku?

“Mungkin petang tu, sedang aku asyik bersama Johanna…dia mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya yang lara itu. Tapi kebetulan, dia terdengar luahan perasaan aku terhadap Johanna sesampainya dia kat kedai aku petang tu. Hatinya yang terluka disebabkan kau dan ia kembali menjadi luka yang lebih dalam lagi disebabkan kejadian petang itu, Haris. Takkan aku perlu dipersalahkan dalam hal ini? Salahkah aku menyintai orang yang lebih menghargai aku? Walaupun hakikatnya, dulu aku pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi itu dulu, sekarang aku dah bahagia bersama Johanna dan yang pasti aku takkan lukakan hati dia sebagaimana kau lukakan hati Lisa,”luah Taufiq panjang-lebar.

“Cukup! Semuanya dah berlaku,Fiq! Kau fikir aku suka-suka ke buat semua ni? Aku sayang Lisa sebagaimana aku sayangkan Rai. Tapi aku fikir Lisa sepadan dengan kau, dan aku tahu kau sukakan Lisa sejak dulu. Jadi, aku lepaskan dia untuk kau, Fiq…untuk kau!”ujar Haris sambil memegang kedua-dua bahu Taufiq. Taufiq terkesima. Benarkah? Aku tak percaya semua ini!

“Huh!”keluh Taufiq. Dia melepaskan bahunya daripada terus dipegang Haris kemudian melangkah keluar dari apartmen itu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lisa termenung. Pandangannya kosong. Dia membelek-belek album gambarnya bersama Haris sewaktu mereka mula-mula bercinta dulu. Bercinta kah aku dengannya? Hatinya rancak berkata-kata. Dia terus membelek lagi. Matanya tertumpu pada satu gambar yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Gambar Taufiq yang sedang mencekik Haris di sebuah restoran makanan laut sewaktu mereka berempat keluar makan bersama sekali dengan Johanna. Kelakar muka Taufiq masa tu, Haris pun sama. Mereka macam adik-beradik tapi Haris tak seperti Taufiq yang lebih memahami. Kenapalah dari awal lagi aku tak memilih Taufiq? Em, tak mengapalah…dah jodoh mereka agaknya. Bertuah Johanna kerana dapat memiliki hati Taufiq!Detik hati Lisa.

Haruskah ku mati karenamu…terkubur dalam kesedihan...sepanjang waktuku…haruskah kurelakan hidupku…hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku…hentikan denyut nadi jantungku…tanpa kau tahu betapa suci hatiku…untuk...memilikimu. Nada dering lagu Ada Band berjudul Haruskah Ku Mati kian berkumandang menyedarkan Lisa dari lamunannya. Haris? Hah! Apa hal pulak makhluk menyakitkan hati ni telefon aku? Gila talak apa? Lisa terus menjawab panggilan itu bersahaja tanpa memikirkan hatinya yang kian tersiat disebabkan lelaki itu.

“Assalamulaikum, ye Haris. Ada perkara apa nak cakap ni?”tanya Lisa lembut dibuat-buat. Haris terkedu seketika.

“Lisa, we need to talk,”

“Why? Give me the reason for that purpose. Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak berminggu-minggu yang sudah masa awak kahwin dengan Raihana dulu?”kata-kata Lisa membuatkan Haris terdiam beberapa saat.

“Hah, kenapa diam?”sambung Lisa. Kali ni suaranya sedikit tegas.

“Lisa, please understand me,”kata-kata Haris seolah-olah merayu.

“Yes, I do. And you know that I really love you…emm…dululah…but what I get from all this things? I get nothing! Nothing Haris!”bentak Lisa sekuat hatinya. Kalaulah ada Haris di depan matanya, sudah tentu ditumbuknya lelaki itu sekuat hati. Apa gunanya aku dapat tali pinggang hitam untuk tae-kwan-do sekiranya aku tak mempraktikkannya? Lisa mengomel sendiri. Walaupun nampak lembut, tidak semestinya Lisa tidak mampu melakukannya.

“I knew that...please forgive me. Lisa, saya tahu awak masih marahkan saya tapi tolonglah maafkan saya. Hati saya tak tenang sekiranya awak tak dapat maafkan saya, Lisa,”kata-kata Haris masih tidak mendapat respon yang positif daripada Lisa. Dengan pantas Lisa mematikan talian lalu dihempaskan telefon bimbitnya ke atas katil. Kemudian dia tersenyum sendiri. Padan muka dia! Padan muka aku jugak! Entah apa yang bermain di benak fikirannya sekarang. Lisa seperti tidak mempedulikan lelaki itu lagi. Tapi jauh di sudut hatinya, dia telah memaafkan lelaki itu walaupun hatinya kecewa! Aku tak sekejam itu Haris…puas diri ini disakiti, tapi aku terlalu mudah untuk memberi kemaafan. Aku bersyukur kerana dikurniakan sifat sebegini. Sepatutnya kau bersyukur juga Haris kerana mengenali aku! Gerutu Lisa.

“Lisa, Kimi datang ni nak!”jerit Puan Mona, emak Lisa di ruang tamu rumahnya.

“Ok…suruh dia tunggu kejap. Lisa nak bersiap ni,”jawab Lisa sambil mengenakan secalit gincu nipis berwarna Chestnut dan menyapu bedak padat dengan sepantas mungkin. Kemudian dia bergegas turun ke ruang tamu menemui Hakimi yang segak mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack berwarna hitam itu. Puan Mona hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang kelam-kabut itu.

“Makcik, saya bawak Lisa keluar dulu ya,”Hakimi meminta kebenaran daripada Puan Mona. Lisa hanya tersenyum kecil.

“Baiklah, jaga diri baik-baik. Jangan balik lewat sangat,”Puan Mona memberi peringatan kepada Lisa dan Hakimi. Mereka berdua hanya mengangguk perlahan tanda faham.

Lisa senang mendampingi Hakimi. Bos tempatnya bekerja. Buat pertama kali mereka keluar berdua, sebelum ni mereka keluar beramai-ramai bersama pekerja yang lain. Bagi Lisa, Hakimi seorang yang sempurna di mata setiap wanita. Barangkali Katrina versi lelaki mungkin! Tapi, Hakimi hatinya sangat luhur. Budi pekertinya lembut dan wajahnya yang tenang membuatkan mata ni sejuk melihatnya. Hakimi menyukai Lisa sejak dari mula lagi. Hajatnya untuk mendekati Lisa dengan lebih dekat terhenti tatkala mengetahui bahawa Lisa sudah berpunya. Apabila mendapat tahu Lisa sudah putus dengan Haris, cepat-cepat Hakimi cuba mencucuk jarum, manalah tahu, Lisa sudi menerimanya. Nasibnya baik, Lisa sudi menyambut lamaran cintanya sekelip mata saja. Pelik! Semudah itu dia menerima aku? Detik Hakimi dalam hati.

“Kadang-kadang saya tak faham…Awak ni betul-betul ke serius dengan saya sekarang?”soal Hakimi. Nadanya sedikit ragu-ragu. Lisa hanya tersenyum.

“Kenapa? Kimi ingat Lisa main-main?”balas Lisa selamba.

“Mungkin saya perlu beri awak sedikit masa lagi,”ujar Hakimi lembut.

“Untuk apa? Supaya saya pasti 100% dengan keputusan saya menerima cinta awak sekelip mata? Begitu?”soal Lisa sambil membetulkan lengan bajunya.

“Em, bukan begitu…maksud saya…,”

“Kimi, orang yang buta saja yang menolak cinta awak. Kalau boleh, saya tak nak lagi menjadi seorang yang buta menilai insan yang baik seperti awak. Percayalah, saya tetap dengan pendirian saya dan saya akan cuba menyayangi awak seperti mana saya pernah menyayangi Haris,”belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, Lisa terus memotong. Kali ni kata-katanya mencerminkan keikhlasan yang benar-benar terpancar dari wajahnya yang bercahaya itu. Wajah Taufiq silih berganti dengan wajah Hakimi. Teringat pula pada Taufiq, insan yang memiliki hati yang sangat luhur seperti Hakimi tetapi langsung tidak disedari kewujudannya sebelum ini. Kejamnya aku dulu terhadap kau Taufiq! Maafkan aku! Hati Lisa rancak berkata-kata.

“Terima kasih Lisa….,”Hakimi tersenyum penuh makna.

“Kasihmu diterima, Kimi! Hehe,”Lisa ketawa kecil. Kini dia tersenyum puas. Aku yakin dengan pilihan aku kali ni! Gerutu Lisa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taufiq mengelamun sendirian memikirkan baris-baris ayat yang dituturkan Haris malam tadi. Pagi ini dia tidak bekerja, tiba-tiba sahaja dia mengumumkan cuti kepada pekerja bawahannya sesudah subuh tadi. Entah apa mimpinya malam tadi yang membuatkannya tergerak hati nak bagi cuti bergaji kepada pekerjanya. Haris…Haris…pening aku! Kahwin tak bagi tahu! Lepas tu cakap dia lepaskan Lisa untuk aku…apakah maksud semua ini? Habis, Johanna aku nak letak kat mana? Nak Johanna dan Lisa bermadukah? Merepek je aku ni! Lisa, aku doakan kau berbahagia dengan seseorang yang boleh menjaga dan menyayangi kau sebagaimana apa yang kau harapkan sebelum ni. Hatinya rancak berkata-kata.

“Fiq, morning!”

Kedatangan Haris benar-benar mengejutkan lamunan Taufiq yang masih sedap berbaring di atas katil empuknya.

“Oit, terkejut aku tau! Macam mana kau…,”

“Hei, aku kan ada kunci pendua. Kau tak ingat ke kita pernah jadi housemate dulu? Nah, breakfast untuk kau,”pantas Haris mencelah. Dia meletakkan 2 bungkusan nasi lemak dan teh tarik panas di atas meja berhampiran dengan katil di mana Taufiq sedang berbaring.

“Kau ni pelik bin ajaib betul! Tak makan saman. Aku tengah marah ni…marah sangat-sangat. Kau boleh buat muka poyo dengan aku ye,”sindir Taufiq. Dia cuba hendak marah, tapi tak berjaya. Tatkala melihat muka Haris yang asyik tersengih macam kerang busuk, menggagalkan misinya itu.

“Aku kan dah mintak maaf…kau nak aku buat macam mana lagi? Emm, kau ada tau citer pasal Lisa tak? Aku betul-betul menyesal kerana mempermainkan perasaan dia, tapi dalam hati ni…aku still sayangkan dia…macam adik aku sendiri, kau jugak! Kalau boleh, aku nak ubah semuanya, tapi dah terlambat!”ujar Haris bersungguh-sungguh.

Taufiq tersentuh dengan kata-kata Haris yang luhur itu. Kau mangsa keadaan Haris. Kalau aku jadi seperti kau…aku pun keliru! Dipeluknya Haris dengan erat. Haris menyambut pelukan Taufiq dengan menepuk perlahan belakang Taufiq.

“Kaulah sahabat aku dunia, akhirat Fiq!”air mata lelaki Haris jatuh membasahi pipinya. Dia benar-benar mengharapkan Taufiq. Tiada tempat lain untuk mengadu kecuali dengan Taufiq yang dianggap seperti adiknya sendiri.

“Insyallah aku akan jadi sahabat yang baik untuk kau, tapi ingat…kau dah kahwin…ada tanggungjawab lagi berat. Kau kena jaga Raihana sebaik mungkin, menyayangi dan membimbing dia, Haris!”nasihat Taufiq ikhlas.

Haris menggangguk faham. Dia tekad untuk membahagiakan Raihana dan ingin membina keluarga yang bahagia. Dia tidak mahu masa depannya bersama Raihana berkecai seperti kehidupan arwah ibunya dahulu. Baginya, masalah penceraian kadang-kadang seperti warisan turun-temurun pula. Dia tidak mahu menghadapi situasi yang perit itu kerana ia bakal menghancurkan harapan orang lain terutama bagi pasangan yang mempunyai anak-anak.

“Lisa?”tanya Haris. Taufiq terkelu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Lisa, saya nekad untuk memperisterikan awak. Sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”Hakimi cuba melamar Lisa. Ini kali kedua mereka berdua keluar berdua.

Lisa terharu. Matanya sedikit berair. Benarkah Hakimi melamar aku? Patutlah dia ajak aku pergi candle light dinner malam ni. Gerutu Lisa seorang diri. Tiada cincin tanda lamaran. Hanya sejambak mawar merah di atas meja pemberiannya.

“Betul ke ni Kimi? Lisa macam tak percaya!”Lisa meluahkan rasa di jiwanya.

“Mungkin Lisa rasa, Kimi terlalu drastik. Tapi percayalah, Kimi tak nak berfikir panjang lagi. Perkara yang baik, eloklah disegerakan untuk mengelakkan diri daripada fitnah, Lisa. Lagipun, saya dah bersedia,”terang Hakimi bersungguh-sungguh. Nampaknya dia benar-benar mahu memperisterikan Lisa.

Lisa tunduk seketika memikirkan kata-kata Hakimi. Tuhan cepat sahaja membuka pintu hatinya untuk Hakimi. Tidak tahu kenapa. Mungkin Hakimi jodohnya. Kalau hendak difikirkan kebanyakan orang yang baru saja putus cinta, mereka mengambil masa untuk menerima cinta orang lain. Tidak seperti situasi yang menimpa dirinya. Perhubungan serius antaranya dengan Hakimi hanya mengambil masa 2 minggu saja. Kalau hendak dikira perkenalan mereka sudah melebihi setahun.

Lisa perlahan-lahan mengangkat muka, “Saya setuju,”ringkas saja jawapannya. Yang pasti jawapan itu membuka satu lembaran baru buatnya kelak. Lisa tersenyum memerhatikan Hakimi yang seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan daripadanya tadi.

“Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Lisa. Saya akan cuba bahagiakan Lisa, dan membimbing Lisa kelak. Insyallah dalam masa terdekat keluarga Kimi datang jumpa dengan mak Lisa, bincangkan tentang perkahwinan kita,”Hakimi bersemangat.

“Baiklah, jom makan. Dah sejuk dah ni,”balas Lisa.

“Haah…huhu, nanti rasa tak sedap pulak kan…jemput makan,”Hakimi mula menyuapkan potongan daging ke dalam mulutnya. Kegemarannya adalah stik daging sos lada hitam. Lisa pula mengemari spaghetti. Mereka berdua terus menjamah makanan masing-masing tanpa memandang keadaan sekeliling. Lapar mungkin. Lagipun, makanan di restoran mewah itu terkenal dengan menu yang menambat selera pengunjung yang selalu datang ke sana walaupun harganya sedikit tinggi berbanding restoran lain. Kelihatan Lisa dan Hakimi pasangan yang paling ideal pada malam itu. Semua pengunjung tertumpu kepada mereka. Ada aura mungkin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Rai, maafkan I sekiranya selama ni I selalu menyakiti you tanpa I sedari. Maafkan I...,”Haris cuba memujuk Raihana yang kelihatan sedikit dingin dengannya akhir-akhir ni.

Tangan Raihana digenggam erat. Dikucupnya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Raihana terpegun seketika. Sebenarnya ada berita yang agak gembira hendak disampaikan kepada suaminya itu. Memandangkan suaminya yang memulakan dulu, dia senang untuk meluahkan apa yang hendak disampaikan. Egonya dilupakan seketika.

“I’m ok. You don’t have to worry about it. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kita, I pun nak minta maaf pada you. Nanti I tak cium bau syurga pula.”Raihana cuba untuk senyum. Haris kemudian memeluk isterinya. Didakapnya dengan lembut. Raihana menyambut pelukan suaminya.

“Thanks sayang. I really need you in my life! Kenangan I dengan Kat dah hancur. I dah bakar semua kenangan bersama dia. I betul-betul insaf. I love you more than anyone else right now!”pujuk Haris bersungguh-sungguh. Raihana tersenyum puas. Akhirnya Haris benar-benar telah melupakan Katrina. Tapi dia tidak pernah menghalang sekiranya Haris hendak melawat pusara Katrina.

“I...hamil Haris…about 3 weeks. Actually, I nak bagitau you sebelum ni, tapi I tak kesampaian,”kata-kata Raihana mengejutkan Haris. Haris benar-benar terharu dan kegembirannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

“Really? Alhamdulillah…I bakal jadi papa and you akan jadi mama..haha,”sorak Haris kegirangan. Raihana mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat suaminya itu.

Sinar kebahagian kembali menerpa buat Haris dan Raihana. Dengan pantas saja, Haris menelefon Taufiq memberitahu akan hal itu. Taufiq tumpang gembira mendengar berita kehamilan Raihana itu. Dia memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang tidak ternilai harganya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Johanna, Haris dan Taufiq saling berpandangan. Kenapa Lisa mengajak mereka keluar makan bersama-sama? Haris lagilah terasa pelik, sudahlah panggilannya dengan Lisa terputus sebelum ni disebabkan Lisa yang mungkin mengamuk dengan sikapnya. Tiba-tiba Lisa tersenyum lebar memanggil kesemuanya berkumpul beramai-ramai, macam reunion pula. Apa motif kejadian di sebalik tindakan Lisa ni?

“Em, first of all…Lisa nak tujukan pada Haris tentang suatu perkara yang mungkin Haris tertunggu-tunggu jawapannya,”ujar Lisa sambil merenung sekilas wajah Haris yang duduk bertentangan dengannya. Haris tersentak.

“Lisa dah lama maafkan Haris, Cuma Lisa tak berkesempatan menyatakan tentang hal itu. Mungkin kerana Lisa masih terluka disebabkan kisah kita dulu. Terus-terang Lisa katakan, Lisa tak menyesal sepenuhnya dengan apa yang berlaku ni. Sebab, Lisa pasti semua yang berlaku ada hikmahnya,”terang Lisa panjang lebar.

“Thanks Lisa…I really appreciate it,”kata Haris sambil tersenyum. Lega hatinya.

“Joe, Fiq…you’re really nice friend I ever had before! Semoga kamu berdua bertemu jodoh…huhu,”Lisa tak tahan ketawa melihat muka Taufiq yang masih blur tu.

“Insyallah,”Johanna dan Taufiq jawab serentak. Mereka saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki segak menghampiri mereka berempat. Lelaki itu memberi salam lalu berjabat tangan dengan Taufiq dan Haris. Kemudian, lelaki itu terus duduk di sebelah Lisa sambil tersenyum penuh makna. Kepelikan mula melanda Haris, Johanna dan Taufiq.

“Perkenalkan…ni bakal suami Lisa, Hakimi namanya. Doakan kebahagiaan kami ek. Insyallah bulan depan kami akan diijabkabulkan,”ujar Lisa sambil memegang bahu Hakimi. Haris, Johanna dan Taufiq terpana.

“Tahniah…semoga berbahagia hendaknya,”balas Haris tersenyum.

“Insyallah,”balas Hakimi.

“Congrate, hey ni bukan Tuan Hakimi ke? Bos tempat Lisa kerja?”tanya Taufiq.

“Haah. Sudah jodoh kami…thanks,”jawab Lisa bersahaja.

“Jaga Lisa baik-baik Kimi…semoga dipermudahkan segalanya. Hah, Lisa…Haris ni bakal jadi bapak tahu,”ujar Johanna sambil diperhatikan Haris.

“Iya? Syukurlah, congrate Haris,”Lisa tersenyum lagi.

“Heii, Joe ni…tak sempat-sempat nak bagitahu…well, thanks Lisa,”balas Haris.

“Want to take order?” pelayan di restoran itu mula bertanya.

“Ok, wait yaa…hah, order je apa-apa. Hari ni saya yang belanja,”kata Hakimi. Semua bersorak. Mereka kelihatan gembira sekali. Semua mata tertumpu melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berlima. Akhirnya Lisa mendapat kebahagiaan yang ingin dikecapinya, yang pasti bukan dengan Haris mahupun Taufiq. Tetapi dengan Hakimi yang sememangnya tercipta untuk dirinya. Alhamdulillah, Kau temukan jodoh yang terbaik untukku,”bisik hati kecil Lisa.

Saturday, January 12, 2008

Hari ini dan semalam ('',)


Salam mesra buat pembacaku yang setia... Hari ini aku boleh dikatakan agak hepi jugelaa...dalam kol 11lebih pg td bertolak ke Queensbay Mall....dengan tujuan utama untuk survey pasal satu produk yg boleh dikategorikan produk farmasi gak la namanya Vichy!Bukan sesuka hati ajer nk survey benda alah ni, coz aku terlibat dengan L'oreal Brandstorm dan aku kene wat serba sedikit ttg produk ni(under L'oreal). Ia merangkumi SWOT analysis, business performance, defining da market, product packaging, understand da consumer, identify da trend n so on. Buat untuk pre-case je, ni pon da pening-pening lalat...ialah tanya kt Guardian n Watson...dieorg yg keje 2 bukan tau sgat...dh la produk ni agak limited kat certain tempat je...hanya di farmasi2 tertentu n di Mall2 yg tertentu je ada. Agk susah la kalo nak wat penilaian di pasaran Malaysia...coz produk ni masih baru lagi d sini. Aku pon xpenah dgar...stakat Lancome, Clinique, Clarins, Biotherm 2 dah biasa...em, entahlah hopefully aku dapat wat yg terbaik...submit 18hb ni...xsiap lagi, baru mencari2 bahan...terhad! Survey jap je, bukan dpt info sgt pon...pas survey 2, g la makan dgn member kt foodcourt. Huh,kenyang tahap dh xmampu bernafas sih...haha...ku bernafas dlm lumpur je...(",) order set utk 2 orang(2nasi putih+sayur campur+sup ayam cendawan+ayam blackpepper). Xsgka begitu pmurahnya pniaga tu bg byk gle...xlarat nk abes sih...makan berempat pon ble 2...huhu...yg kelakarnya...ada la sorg member ni...nk oder nasi goreng thai n telur bistik, tp org tu tsilap bg nasi+telur bistik n nasi gorg thai...xpasal2 ada dua nasi untuk sorg mkn...hoho. kelakar gak la td, dia amik gak, yg nasi gorg 2 dia wat tapau...huhu.

Pas solat zohor, lepak2 kat Borders...antara tmpt feveret aku la kt sna...xbeli buku pon, suke dok bersila kt situ n belek2 buku sambil membaca n bersembang dgn member. Kalo kt sana, xsedar je masa cpt berlalu...kadg2 kt sejam lebih kt sna je. Tp xpelah, ilmu dapat jea...bukan melepak xtentu hala macam budak2 skunk ni...bnyk org gak kt sana...siap yg ada famili 2, bwk anak2 mbaca kt situ, mcm library pulak...diha,kawan aku sorg ni beli buku soklan PMR n UPSR untuk adik2 die tmasuklah untuk adik die ms jd FC kt Bedaya ari2...tp xbyk pilihan sangat untuk soklan2 exam ni...Hah, masa nk balik 2, sempat singgah mkn lagi..mkn ala2 ais kacang 2 laa, tp aku mkn dessert len cket...ais kepal+buah segar+ais krim...sedapnye...(",)

Em, bercerita pasal ais krim,teringat semalam sewaktu aku hadir di DTSP utk perutusan NC. Rupe2nya NC suke makan ais krim...huhu...samalah kiter...hehe...actually banyak info yang aku dapat semalam, mmg xdapat dinafikan kehadiran xla segempak masa SMS dtg mggu lepas...siap NC ckp, kalo die jd angkasawan...mybe org yg hadir akan ramai gak(tersirat). huhu...well, NC best...pndai wat lawak even nmpak selamba saja....
Kalo nk citer detail kat sini, bnyk sgt...aku juz wat ringkas2 je kalo boleh...ada beberapa istilah ditekankan seperti: "ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk", "menjangkau bintang, meraih mercu", "menjulang ke langit biru" dan "kami memimpin". NC gak bckp ttg mengantarabangsakan universiti dan juga negara...di mana penyelidikan dan inovasi diperkembangkan untuk mencapai matlamat tu. Selain tu, bckp ttg inovasi, 'sustainability"(kelestarian yg ditekankan) seperti kampus sejahtera(u dlm tmn), 'green office', s'safety n security aspects, 'usm carbon neutral' dan sebagainya. Beliau juga menyebut ttg "localization"-bagaimana kita respon terhadap globalisasi dan juga 'internationalization', mmbentuk 'local strength' dan 'competence', 'mainstreaming indigenous knowledge n wisdom dan sebagainya. "Hikmah" byk ditekankan semasa beliau berucap...sgala2nya bdasarkan cara yg brhikmah,"the need of local wisdom in a modern realities"! Perlunya penekanan terhadap intelek dan budaya selain faktor ekonomi.

Di samping tu, ada juga beliau mengatakan ttg 'post materialistic' di mana ia menekankan kualiti bkn shaja kekayaan, percaya pada sistem nilai individu( individual value system),selain percaya pada ekspresi diri dan juga kreativiti. Huh, berbelit2 juga laa...agk2 faham tak pe yg aku ckp ni? Hurm, apa yang lagi penting aku nk kongsi kat sini ialah ttg "Apex University"...nk tau tak ni? Mgikut kefahaman aku semasa beliau berucap, Apex University ni ttg mgatakan yg terbaik sahaja berada di universiti...ada 4 perkara pnting di sini, iaitu pertama: pemimpin yg bagus( best leader) iaitu menekankan integriti dan etika selain membina modal insan, kedua: fakulti yg bagus( best faculties) iaitu menggunakan "eclictic methodology" iaitu mggunakan kaedah dgn mmilih pelbagai sumber, ketiga: pelajar yg bagus( best student) dan terakhir yg keempat: kemudahan yg bgus( best facilities).

Selain itu, ia menerapkan elemen spt 'lifelong learning', leadership, academia,R&D dan governance(tadbiran).
Aku tertarik dgn suatu ungkapan ni, tp xpasti dr siapa...sempat aku menyalin sedikit dr slide yg dtunjukkan oleh beliau iaitu, "....not rocking the boat,not straying outside the accepted paradigms or limits, make yourself marketable and above all presentable!" Ungkapan yang mendalam maksudnya...hayatilah bersama2...huhu. Sebenarnya ada lagi yang diutarakan oleh NC, tp untuk jelaskannya...baik tanya beliau sendiri...sape suh xpegi...hehe...k laa...jumpa lagi untuk post yg seterusnya....wassalam(",)

Sunday, January 6, 2008

Pengalaman di BEDAYA


Salam…

Semalam aku dengan member KPRS yang lain pegi ke kulim atas tujuan lawatan ke Persatuan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA). Pelajar USM yang bukan ahli pun join gak. Kami bertolak dalam 8.45 pagi dan tiba ke USM pada malamnya, lebih kurang pukul 8 lebih.

Em, sebenarnya sebelum ni kami penah gak pegi lawatan ke rumah anak yatim kat kulim gak tapi dekat rumah anak yatim Perajurit sem lepas. Di sana, pengurusan adik-adik tu agak teratur dan sistematik gak la masa kami pantau tempat tu sebelum wat program dan semasa program berlangsung. Seronok gak lah bersama adik-adik kat sana. Yang canggihnya, banyak juga adik-adik yang ada handset. Wah, camana tu? Huhu…ape2 aje laa. Kalau nak dibandingkan masa aku pegi Sungai Siput dulu, lagilah kasihan. Rumah ala-ala macam rumah kampung dijadikan tempat untuk anak-anak yatim tu, agak daif gak la. Yang tak bestnya, kami pegi kejap je, kerana kesuntukan masa sebab tujuan ke sana join kem.

Pengalaman aku kat Bedaya sesuatu yang luar biasa jugalah. Lain sikit dari pengalaman lepas pegi kat Perajurit tu. Adik-adik pun macam-macam ragam. Aku bertindak sebagai CC dan MC( bidan terjun, weii). For da 1st time la aku jadi CC, sesuatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Mula-mula, aku tak nak jadi CC sebenarnya. YDP aku suh jugak. Pe-pe pun aku juz accept je cabaran tu. Bukannya apa, aku ni tak pandailah nak tegas-tegas sangat, or nak garang-garang. CC kan kena tegas dan all out gak la untuk program macam 2…tapi ada gak la yang membantu…well, thanx a lot! Yang kelakarnya, aku tak expect pulak ada majlis rasmi masa nak mula program tu..em, tak la formal sangat, semi-formal kot. Aku lak jadi MC mengejut, bukan tak biasa sangat jadi MC, coz aku penah jadi sebelum ni..masa EKSPEN pun jadi MC, tapi MC ada skrip laa. Sepatutnya, bahagian protocol yang arrange. Tapi tak pelah, belajar dari kesilapan. Kita kena bersedia untuk tidak bersedia…cet!

Rasanya, tak puas kalo wat program sehari je kat sana. Actually, banyak perkara lagi nak diterapkan kat sana. Aku rasa, kalo bab-bab makan atau dari sudut luaran yang lain…kebajikan adik-adik kat sana agak terpelihara. Cuma, pengisian jiwa mereka agak kosong. Kadang-kadang aku tak paham gak, bukannya mereka tak penah dimotivasikan sebelum ni. Banyak je IPTA dan IPTS yang wat program kat sana, perubahan pada adik-adik untuk menjadi lebih positif still tahap bawah. Sedih jugalah. Bab-bab pengisian rohani pun, tak diterapkan sepenuhnya. Baca Quran bila ustazah suruh, kalo tak berhabuklah. Solat, ada yang tak tinggal, ada juga yang tinggal. Kalo kes-kes lain,macam tendang-tendang tu, biasalah budak-budak. Aku ada gak la pantau tiap-tiap kumpulan, bersembang dengan adik-adik tu. Kebetulan petang tu hujan jap, aku tanya lah, hujan-hujan selalu buat apa? Dieorang cakap pegi main bola. Huh, ble pulak men bola hujan lebat tu….semua geng lelaki la. Lagipun, tempat tu semua budak lelaki, kecuali ada sorang budak perempuan…tapi dok dengan kerani kat situ. Warden tak marah pulak. Macam-macam, tak tahu la betul ke tak. Tanya kat budak-budak lain, jawapan sama gak.

Hah, bila cakap bab cara berfikir…sangat lemah. Aku tak ada niat perlekehkan sesiapa. Mungkin, mereka tak didedahkan dengan cara berfikir yang kreatif, kritis dan lebih terbuka. Atau mungkin, mereka malas nak berfikir. Bila ditanya tentang kesimpulan aktiviti, banyak yang blur. Tapi aku tak nafikan, ada juga budak-budak yang sangat kreatif dengan kesimpulan masing-masing, so kena provoke lagi dan beri dorongan yang penuh untuk budak-budak macam tu. Dieorang tu sebenarnya memang ada masa depan yang cerah, Cuma pendedahan kurang. InsyaAllah, kalo ada wat program macam tu lagi akan datang, ingat nak wat tempat yang sama dan follow up selalu. Tak payah la, nak pegi try tempat ni la, tu la…baik fokuskan satu tempat dulu, tengok progress macam mana. Masa nak balik petang tu, rasa macam tak nak balik je. Tengok muka adik-adik, macam tak nak melepaskan kiteorang pulak. Kenangan kat sana takkan dapat aku lupakan. Ada sorang adik, nama dia Ashan…bagi number phone dia senyap-senyap kat aku dan pada FC yang tertentu. Ada henset rupanya. Aku pun bagi number aku kat dia gak, comel budaknya, adik dia pun duk kat situ. Siap bagi bunga kayu kat aku…akak akan simpan elok-elok, ye adik.

Em, yang kelakarnya lagi, aku telah tertipu! Malu giler…aku ingat ada sorang boy ni antara adik-adik yang ada kat sana…so, aku treat la die macam adik-adik. Masa tu, time sharing moment. Aku siap motivate die lagi. Yang die ni pun satu, bagilah tahu awal-awal yang die ni peserta dari usm, boleh pulak die dok layan je pe aku cakap. Malu!!! Rumate Naim rupenya, exco kprs la, aku tak perasan yang die ada nek bus sekali dgn kiteorang semalam. Gaya pun macam adik-adik kat situ gak, sori ek…cakap. Huhu…kena gelak aku semalam. Hampeh!

Masa makan tengahari, lauk special sangat. Tak sangka pulak semewah itu, kami juz mention katering untuk lunch n minum petang untuk harga tertentu. Lunch saja, nasi minyak plus masak daging, sambal udang(besar+ byk),jelatah, ayam merah, tembikai. Memang berselera wa cakap sama lu...huhu...petang pulak menu dia bihun goreng. Ramai yang cakap sedap, tapi malangnya petang tu aku tak sempat makan, sibuk. Dapat merasa sesuap je...petang tu jugak, kami bawak kek sebagai kejutan untuk adik-adik yang lahir pada bulan Januari...mula-mula juz buat gempaq la...kononnya dieorang ada wat salah masa program..=p...cian dieorang..hehe=)

Kami bertolak pulang ke USM kat pukul 7 petang lewat sejam dari waktu yang sepatutnya. Singgah seberang, solat maghrib dulu…pastu teruskan perjalanan ke USM semula. Sampai kat pukul 8 lebih gak lah.. sampai-sampai wat post mortem program kat IK. Kat pukul 12 baru sampai bilik. Penat gak lah, dah mandi, solat pastu baru makan. Itupun tak abes, perut dah masuk angin kot. Lagipun, eee…nasi ayam die tak bape sedap..pelik rasanya.Tak lalu nak makan….sori nasi…kalo paksa makan, terkeluar balik…hurm…itu saja coretan aku untuk kali ni…wassalam…

Tuesday, January 1, 2008

Cerpen aku 3: Kalau Itu Sudah Suratan...

“Huh!”Pak Kadir mengeluh. Dia duduk bersahaja di atas lantai sambil menhisap rokok udang garamnya itu. Mak Jijah hanya memerhati. Hatinya rancak berkata-kata. Apalah dia rungutkan dalam hati tu? Mesti ada yang tak kena.! Dia menghampiri suaminya itu dengan membawakan secawan air kopi susu panas kegemaran suaminya.

“Bang, air,”pelawa Mak Jijah sambil menepuk perlahan belakang suaminya.

“Letak je kat situ,”suara Pak Kadir sedikit tegas. Mak Jijah hanya menurut. Apa kenalah orang tua ni? Pelik!

“Kenapa dengan abang ni, hah? Balik-balik dari kerja muka macam ada masalah. Sejak akhir-akhir ni abang dah lain,”tanya Mak Jijah. Suaranya agak mendatar. Mata Pak Kadir bertentang dengan mata Mak Jijah. Kaku!

“Mak, Aiman pergi dulu ya. Ayu nak ikut sekali boleh tak?”tanya Aiman sopan. Dia mengendong adiknya Ayu yang terencat itu dengan penuh kasih sayang.

Pada setiap petang selepas pulang dari sekolah, Aiman pasti membawa adiknya itu bermain di taman permainan berhampiran dengan sekolahnya. Walaupun jarak rumahnya dengan taman permainan agak jauh, namun bagi Aiman dia sudah biasa dengan keadaan itu. Baginya, adiknya Ayu perlu didedahkan dengan dunia luar supaya dia tidak berasa tertekan jika asyik berada di rumah.

“Em, pergilah. Jaga adik kamu baik-baik,”pesan Mak Jijah acuh tak acuh. Pandangannya tertumpu semula kepada Pak Kadir. Aiman mencapai tangan ayah dan ibunya. Tangan itu selalu dikucup setiap kali keluar dari rumah. Aiman terus melangkah.

“Apalah nasib kita, Jijah!”Pak Kadir mengeluh lagi. Dahinya berkerut seribu. Mak Jijah terdiam. Dia pasrah!

Ada anak tapi seorang pun tak boleh diharap! Hakimi…harap saja pandai, tapi tak membantu langsung. Ayu cacat…sorang lagi tu lembab pula!”Pak Kadir melepaskan keluhan yang berat. Raut wajahnya sedikit kecewa! Ya, kecewa yang teramat!

Aiman tersentak. Ayah marahkan aku ke? Menyesalkah dia mempunyai anak yang bodoh macam aku? Bisik hati kecilnya. Dikesat perlahan matanya yang mula menitiskan manik-manik kaca. Ayu hanya memerhatikan abangnya yang sedang memakaikan kasut untuknya. Mereka masih berada di laman rumah pada ketika itu. Belum sempat Aiman terus melangkah, dia terdengar baris-baris ayat yang terpacul keluar daripada ayahnya itu. Kecil hatinya. Tapi apakan daya. Dia terima hakikat itu. Benar kata ayah, aku ni lembab! Tak berguna! Air matanya menitis lagi, kali ni lebih deras.

Kehidupan mereka sekeluarga sememangnya daif. Ayahnya hanya bekerja di Kilang Simen milik Tuan Rasyid, kenalan ayahnya. Abangnya, Hakimi masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Walaupun abangnya itu mempunyai kelebihan dikurniakan akal yang bijak, dia hanya dengan dunianya sahaja. Dia langsung tidak mengambil berat terhadap hal yang melibatkan keluarga. Apatah lagi untuk menjaga adik perempuannya yang terencat itu. Hakimi sendiri malu mengakui mempunyai adik yang cacat sebegitu. Bukan itu sahaja, apabila berada di rumah ketika cuti semester, dia langsung tidak mahu membantu untuk meringankan beban keluarga. Dia hanya tahu melepak bersama kawan-kawan dan tidur sahaja di rumah. Lain benar sifatnya dengan adik lelakinya, Aiman. Aiman seorang anak yang patuh pada keluarga. Malah, dia rajin menolong emak dan ayahnya pada masa lapang. Cuma dia ditakdirkan kurang cerdas berbanding dengan abangnya. Hendak dikatakan tidak mengulangkaji pelajaran, dia selalu sahaja membuat latihan apabila ada waktu lapang. Mungkin takdirnya! Tidak semua perkara dapat dikecapi walaupun kita berusaha mendapatkannya. Jika itu sudah suratan buatnya, dia akur. Pasrah!

Di rumah, Aiman rapat dengan neneknya iaitu mak kepada Pak Kadir. Nek Timah selalu menemani Aiman, teman untuk berbual-bual dan tempatnya untuk bermanja. Mak Jijah dan Pak Kadir tidak begitu memanjakan Aiman. Kadang-kala Aiman terasa terasing dalam dunianya sendiri. Mujur ada nenek dan Ayu! Peneman aku di kala sunyi! Gerutunya seorang diri. Abang Kimi? Huh, dia hanya tahu bermain dengan telefon bimbit yang baru dibelinya itu. Tit Tit…mesej masuk! Mak Jijah berbuih-buih mulutnya menyuruh Hakimi ke kedai membeli barang dapur. Haram dia pergi! Alih-alih, Aiman yang baru darjah enam itu juga yang pergi. Aduh! Apa nak jadi dengan anak aku ni? Hati Mak Jijah memendam rasa. Dugaan…dugaan! Ayu? Uwek…wek…yeaa…uuu…yek. Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya! Sepatah perkataan pun tak tahu cakap! Mak ke, ayah ke…haram! Tak boleh sebut langsung! Pak Kadir termanggu sendirian. Kimi, Ayu, Aiman! Bila kamu nak menyenangkan aku?! Hati Kadir memberontak. Fikirannya melayang seketika. Kini dia mula memikirkan keadaan maknya yang sedang terlantar sakit di rumah. Kakinya dah macam hendak dimakan ulat! Luka yang agak teruk kerana mengidap penyakit kencing manis tahap serius. Hendak di hantar ke hospital, dia tidak mampu membiayai kos perubatan emaknya itu. Dia mengeluh lagi! Terasa ingin meraung sekuat hatinya! Arghhhhhh!!!!

“Biar saja saya yang kerja pulak!”suara Mak Jijah kian meninggi seolah-olah mencabar suaminya pula.

“Awak jangan nak merepek! Sudah, abang lapar! Nak makan!”bentak Pak Kadir. Dia lantas meraba-raba rokok di dalam kotak kecilnya itu.

“Abang ni dah hilang akal, apa!”Mak Jijah melawan. Dia merampas kotak rokok yang dipegang suaminya lalu dilontar jauh ke luar rumah.

“Eh, apa yang awak tak puas hati ni Jijah? Abang dah bosan tahu!”tengking Pak Kadir. Angin satu badan dibuatnya! Bini aku ni bukan nak meredakan aku, malah menaikkan api kemarahan aku saja! Hatinya berbisik.

“Daripada abang habis duit beli rokok, baik abang simpan saja duit tu untuk mak abang yang menyusahkan tu! Saya dah penat tahu! Penat layan karenah mak abang tu!”bebel Mak Jijah tidak puas hati. Hubungannya dengan mertuanya itu tidak pernah erat. Ada saja yang tak kena. Hanya Aiman saja yang selalu melayan Nek Timah. Baik memberinya makan mahupun memimpinnya ke bilik air apabila neneknya hendak buang air kecil atau besar.

“Awak jangan bagi saya hilang sabar, Jijah! Aiman tak merungut, awak yang lebih-lebih tu kenapa? Tak payah awak sibuk-sibuk nak kerja, saya ketua keluarga. Pandai-pandailah saya cari duit!”suara Pak Kadir semakin meninggi bersama dengan egonya itu. Mak Jijah mencebik. Dia kembali ke dapur untuk memasak. Malas aku nak layan egonya! Kata Mak Jijah dalam hati.

-----------------------------------------------------------------------------------

“Aiman…aiman…nenek nak minum ni!”Nek Timah memanggil-manggil nama Aiman. Mahu sahaja Mak Jijah menutup mulut mertuanya itu. Bingit telinga aku ni! Bising betul! Bebel Mak Jijah. Dia ke dapur menuangkan air ke dalam gelas dengan tergesa-gesa. Matanya merah menahan air matanya dari terus mengalir. Dia tidak sanggup menghadapi keadaan itu lagi! Bahunya terasa terbeban dengan segala masalah. Buntu! Kaku! Kecewa! Kesal! Itu sahaja perkataan yang bermain-main dalam fikirannya sekarang. Adakah aku melawan takdir? Berdosanya aku!

Pap! Gelas kaca itu jatuh berderai di atas lantai.

“Adoi! Ada saja yang tak kena! Penat aku!”bentak Mak Jijah. Dikutipnya serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Aiman yang kebetulan baru pulang terus mendapatkan emaknya.

“Biar Aiman yang buat,”dicapainya penyapu dan penyodok lalu disapunya serpihan kaca itu perlahan-lahan. Mak Jijah membiarkan Aiman membantunya.

“Air…air…mana air ni, Aiman!”Nek Timah memanggil lagi. Kali ni suaranya lebih kuat. Mak Jijah mengetap bibir. Aiman hanya memerhati.

“Tunggu jap ye nek. Nanti Aiman ambilkan,”jerit Aiman supaya neneknya dapat dengar dengan jelas memandangkan neneknya juga mengalami masalah pendengaran.

“Aiman, terus je menyapu tu. Biar mak saja yang melayannya,”ujar Mak Jijah sambil menuangkan air ke dalam gelas yang lain pula. Kemudian, dia bingkas menuju ke bilik Nek Timah.

“Nah, lain kali jangan memekak macam tu! Jah bukan pekak macam mak!”jerkah Mak Jijah selamba. Sudah biasa dia berkelakuan begitu, sejak Nek Timah mula terlantar sakit. Perangai orang tua ni makin menjadi-jadi! Bebel Mak Jijah lagi.

“Jah, mak teringin nak makan kuih koci. Teringin sangat! Boleh tak Jah belikan untuk mak,”pinta Nek Timah lagi. Buang Tabiat ke apa orang tua ni? Sakit kencing manis dah tahap kritikal lagi mahu makan kuih koci yang manis tu! Melampau sungguh! Rungut Mak Jijah dalam hati.

“Mak, janganlah menyusahkan saya lagi! Kaki mak tu dah nak berulat tahu! Nanti kena potong baru tahu. Eeee…ngeri! Paham tak?”ujar Mak Jijah sambil meletakkan gelas yang berisi air itu di atas meja berdekatan Nek Timah.

“Mak nak sikit je, secubit pun jadilah,”rayu Nek Timah.

“Tak boleh!”tegas Mak Jijah lalu melangkah keluar dari bilik itu. Aiman merenung emaknya yang ‘angin semacam itu’. Nek Timah terdiam. Dia tidak meminta-minta lagi. Dicapainya gelas yang berisi air itu lalu diminum perlahan-lahan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hakimi tersedar daripada tidur. Cuti-cuti duduk kat rumah pun tak tenang! Bising! Baik aku tak payah balik! Gerutunya dalam hati. Hakimi bangun dari tidur agak lewat hampir pukul 1 tengahari, bangun-bangun saja terus ke dapur mencari makanan untuk dimakan.

“Mak, nasi mana? Orang lapar ni,”rungut Hakimi.

“Kau tu, bangun-bangun tidur terus melantak. Tak reti-reti bangun awal sikit tolong mak kat dapur ke, pergi tolong ayah kau kat kilang tu ke. Dapat juga duit poket cuti-cuti ni,”bebel Mak Jijah.

“Mak, Kimi dah la penat belajar. Masa ni lah Kimi nak berehat, tenangkan otak. Alih-alih, kusut fikiran Kimi ni bila balik sini!”balas Hakimi acuh tak acuh.

“Apa-apa aja lah kau tu. Mak ada banyak benda nak fikir, bukan pasal kau sorang je tahu!”Mak Jijah terus berlalu meninggalkan Hakimi terpinga-pinga.

Aiman menggeleng-gelengkan kepala. Abangnya ni memang dah tahap melampau. Mengada-ngada sungguh! Aiman kemudiannya mendapatkan Ayu yang sedang duduk di atas lantai berhampiran ruang tamu yang sempit itu.

“Ayu, nak makan? Nanti abang Aiman suapkan,”tanya Aiman sambil mengusap-usap rambut adiknya itu.

“Wek…yeaa…uuuu…aaaa,”balas Ayu. Kepala Ayu terangguk-angguk tanda mahu namun dia tidak mampu untuk berkata-kata.. Aiman faham bahasa adiknya itu, memandangkan dia seorang sahaja yang rajin melayan adiknya itu.

“Huh! Aiman, Aiman…kau ni dahlah sengal. Apa yang kau faham apa si Ayu tu nak?”perli Hakimi. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk sahaja. Harap muka saja kacak, perangai mengalahkan jin bertendang!

“Sudahlah, abang Kimi. Sengal-sengal Aiman ni, ada hati dan perasaan. Bukan macam abang, harapkan ada otak, akal tak ada,”balas Aiman. Geram rasanya mendengar sindiran Hakimi. Aiman biasanya hanya menurut, tidak pernah melawan. Tetapi kali ni, dia sudah hilang sabar.

“Hei, budak kecik! Kau jangan nak mengajar aku pula. Kecik-kecik dah nak mampus, bila besar menyusahkan orang,”hendik Hakimi sesuka hatinya.

“Cukup!”Pak Kadir tiba-tiba muncul. Mukanya merah menahan marah. Ada sesuatu yang lebih membangkitkan kemarahannya.

Pang!

Satu tamparan hinggap ke pipi Hakimi. Berdarah bibirnya. Tersentak Aiman melihat abangnya ditampar dengan sebegitu kuat. Jantungnya berdegup dengan kencang. Apa pula tindakan ayah selepas ini?

“Ayah tak sangka, selama ni kau menipu ayah dan mak kamu tu!”suaranya bergetar. Sebak Pak Kadir ketika itu. Mak Jijah pelik. Penipuan apa pula yang dicipta Hakimi?

“Apa yang ayah cakap ni? Kimi tak faham,”Hakimi bingung. Dia tidak dapat menangkap baris ayat yang dikatakan oleh Pak Kadir.

“Kamu dah berhenti belajar, bukan? Sejak bila kamu dah pandai menipu ni,hah? Ayah dan mak tak pernah ajar! Kenapa dengan kamu ni, hah? Kau yang ayah harapkan, tapi lain jadinya!”air matanya menitis. Mak Jijah tergamam. Benarkah kata-kata suaminya itu? Air muka Hakimi tiba-tiba berubah. Bagaimana ayah tahu?

“Maafkan, Kimi…Kimi tak mampu nak teruskan. Kimi sering gagal dalam peperiksaan. Nak sambung, tak ada duit. Kimi tak nak susahkan ayah dan mak lagi!”Hakimi dihantui rasa bersalah.

Dia berlutut mencium kaki Pak Kadir. Dia benar-benar menyesal. Kemudian dia berlutut pada kaki Mak Jijah pula. Dikucup kaki Mak Jijah berkali-kali sambil meminta maaf. Mak Jijah menepuk-nepuk dahinya! Apalah nasib keluarga aku ni?

“Maafkan, Kimi!!!”air matanya turut mengalir. Ayu hanya memerhati. Dia masih tidak mengerti tentang kehidupan.

“Maa…maak…ayaahh…,”semua mata tertumpu kepada Ayu. Ayu boleh memanggil ayah dan juga mak? Ya Allah, akhirnya Kau kabulkan juga doaku! Detik hati Mak Jijah. Pak Kadir tersenyum penuh makna walaupun dia baru saja bersedih tadi. Nek Timah mula mengesot-esot menghampiri depan pintu bilik. Dia kuatkan semangat untuk melawan kelemahan diri disebabkan sakitnya itu.

“Aiman yang ajar Ayu bercakap mak, ayah. Selama ni, yang Aiman bawa dia keluar petang-petang tu, Aiman cuba ajar dia bercakap. Alhamdulillah, Ayu dah boleh sikit-sikit,”terkesima Pak Kadir, Mak Jijah dan Hakimi mendengarnya.

“Aiman…maafkan ayah kerana selalu mengecil-ngecilkan kebolehan kamu! Ayah silap dalam menilai kamu, maafkan ayah!”Pak Kadir memeluk erat anaknya itu. Timbul rasa kekesalan kerana selalu mengabaikan Aiman yang selama ini banyak berjasa kepada keluarga.

“Maafkan, mak juga. Mak sayangkan kamu Aiman! Mak sayangkan kamu!” air mata Mak Jijah mengalir. Aiman dan Ayu dipeluknya erat. Dirinya benar-benar menyesal. Aku selalu mengabaikan tanggungjawab aku selama ni. Ya Allah! Maafkan aku! Hakimi turut memeluk adiknya itu. Sudah timbul rasa kasih dalam dirinya. Penyesalannya mula menghimpit diri kerana mengabaikan peranannya sebagai abang dan anak lelaki dalam keluarga!

“Jah…,”Nek Timah memanggil dengan suara yang lemah. Mak Jijah terkejut melihat Nek Timah sudah berada di depan pintu bilik.

“Mak, macam mana boleh jadi macam ni?”dipapah Nek Timah kembali ke katil.

“Mak nak ke dapur. Mak nak cuba bangun sendiri tapi tak mampu,nak!”ujar Nek Timah bersungguh-sungguh. Mak Jijah terpana. Hakimi dan Pak Kadir cepat-cepat membantu. Aiman pula membawa Ayu ke tandas kerana adiknya itu hendak membuang air besar.

“Maafkan Jah, mak! Selama ni Jah selalu berkasar dengan mak. Jah mintak maaf sangat-sangat!”wajah Nek Timah dikucupnya berkali-kali sambil tangan mentuanya itu digenggam erat. Rasa keinsafan mula menular ke segenap tubuhnya. Dia dapat rasakan sinar kebahagian kian menerpa ke dalam hidupnya setelah sekian lama.

“Mak dah lama maafkan kamu, Jah!”balas Nek Timah. Dia tersenyum kecil. Tangannya cuba menyatukan tangan Pak Kadir dan Mak Jijah. Mata Mak Jijah dan Pak Kadir saling berpandangan. Rasa kasih kembali bertaut. Kalau itu sudah suratan, aku terima seadanya! Bisik hati kecil Mak Jijah.


p/s: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Al-Baqara :: 286