Thursday, January 24, 2008

Cerpen aku: Kau Tercipta Untukku 2

“Fiq, aku rasa macam tak sedap hati je,”ujar Johanna sambil berpeluk tubuh. Matanya asyik menatap wajah Taufiq, lelaki idamannya itu. Taufiq hanya tersenyum memerhatikan air muka Johanna yang kelihatan resah.

“Joe, kadang-kala kehidupan ni tak selalunya indah. Kau kena faham hakikat kehidupan…semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kenapa nak memaksa diri menyukai sesuatu yang belum pasti?”jelas Taufiq bersungguh-sungguh.

“Lisa…kawan aku, kau juga. Kau nampakkan muka Lisa macam mana hari tu? Kecewa, hampa…aku serba salah,Fiq!”sambung Johanna. Matanya kelihatan sedikit berair dikesatnya segera supaya Taufiq tidak menyedarinya. Menangiskah dia?

“Joe, aku tetap anggap Lisa teman istimewa aku…,”kata-kata Taufiq membuatkan Johanna terdiam membisu. Aku cemburukah? Kali ni wajahnya sedikit muram.

“Cemburu? Kalau Lisa teman istimewa aku, kau pulak bakal isteri angkat aku. Ok tak ni?”Taufiq cuba melawak. Kelihatan Johanna tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang tersusun itu.

“Hah, macam tulah Johanna yang aku kenal. Cool dan suka senyum. Hehe…,” Taufiq sempat mencuit dagu Johanna yang berlekuk itu. Senyuman Johanna sememangnya manis ditambah pula dengan adanya lesung pipit ala-ala Pretty Zinta, pelakon Bollywood tu.

“Yelah…kau ni sajakan Fiq! Em, jom kita pergi main paintball. Geng-geng kita dah sedia menunggu tu,”ajak Johanna sambil menarik lengan baju Taufiq.

“Ok, kejap je tau. Aku ada hal lepas tu,”jawab Taufiq lembut.

Tangan Johanna digapainya. Mereka kelihatan seperti belangkas. Masa yang terluang banyak dihabiskan melakukan aktiviti-akiviti luar seperti paintball, bermain go-cart, wall climbing, flying fox, abseiling dan sebagainya. Taufiq dan Johanna memang sehati sejiwa. Boleh dikategorikan rock campur jiwang sikitlah. Tapi mereka masih dalam proses saling mengenali antara satu sama lain. Bagi Taufiq, Johanna seorang yang luarannya nampak kasar tapi hatinya sangat lembut. Perkenalannya dengan Johanna membibitkan rasa kasih yang sangat mendalam. Aku akan melindungi dan menyayangi kau, Joe! Detik hati Taufiq. Senyumannya kembali terukir. Haris? Di mana kau? Lisa sangat memerlukan kau sekarang!

Mata Haris asyik menatap wajah foto seseorang yang sangat disayanginya suatu ketika dulu. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya. Tanpa disedari air matanya menitis membasahi pipi. Raihana hanya memerhati. Kat dah mati, Haris! Tak guna kau menangis lagi! Ingin sahaja Raihana mengatakan tentang hal itu kepada suaminya, tetapi dia tak sampai hati. Bimbang suaminya akan memberontak kerana tekanan jiwa yang semakin menghimpit dirinya. Raihana melangkah perlahan masuk ke bilik dengan wajah yang hampa. Ekor mata Haris sempat menangkap kelibat Raihana. Rai, maafkan aku! Aku masih tak dapat melupakan Kat. Kematiannya benar-benar memberikan kesan mendalam pada aku, Rai! Aku seakan-akan lemah tak berdaya. Cinta ini memang menguji aku.

Loceng apartmen dibunyikan beberapa kali menyebabkan Haris terjaga dari lamunannya. Dengan langkah yang lemah, Haris membuka pintu tanpa melihat siapa yang datang.

“Taufiq?”

“Kenapa? Kau terkejut?”Taufiq terus memasuki ruang tamu tanpa dipelawa lalu duduk bersilang kaki. Matanya liar memerhati keadaan di apartmen itu sambil tangannya asyik mengusap dagu.

“Err, aku…aku…,”Haris seolah-olah kehilangan kata. Dia buntu, serba salah dan memang tak tahu nak cakap apa dah.

“Aku ingat kau dah berubah. Tak sangka kau masih buat perkara yang jijik ni, Haris! Hah, Rai mana? Atas katil tunggu kau ke?”soal Taufiq. Nadanya tegas.

“Rai ada kat bilik…aku sebenarnya dah kahwin, Fiq! Dengan Raihana…maafkan aku sebab tak beritahu kau,”tersentak Taufiq mendengarnya. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Haris sebentar tadi.

“Sampai hati kau tak beritahu aku! Aku ni siapa ye dalam hidup kau? Bila susah, baru kau nak cari aku ke? Well, congrate sebab kau dah kawin dengan Rai, sekurang-kurangnya kau dah tak tanggung dosa besar tu!”kata-kata Taufiq berbau sindiran. Pedih!

“Aku tahu kau akan marah…tapi aku buat ni semua demi kebaikan bersama. Lisa tak layak untuk lelaki yang jahat macam aku. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, Fiq!”jelas Haris. Dahinya berkerut seribu. Pening kepala memikirkan masalah peribadinya itu.

“Jadi, Rai perempuan jahatlah?”duga Taufiq.

“Bukan itu maksud aku, em…kau kena faham! Aku tak nak sia-siakan dia lagi. Cukuplah dosa yang aku tanggung selama ni, takkan kau nak galakkan aku buat dosa lagi?”ujar Haris sedikit keras supaya Taufiq dapat memahaminya.

“Aku faham..saja je aku menduga kau. Em, sejak kejadian petang tu…Lisa menghilangkan diri. Tak tahu ke mana…tapi aku pasti dia sedang mencari ketenangan jiwa,Haris!”beritahu Taufiq. Haris kelihatan blur. Dia masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Taufiq. Kejadian petang itu? Apa yang sudah berlaku?

“Mungkin petang tu, sedang aku asyik bersama Johanna…dia mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya yang lara itu. Tapi kebetulan, dia terdengar luahan perasaan aku terhadap Johanna sesampainya dia kat kedai aku petang tu. Hatinya yang terluka disebabkan kau dan ia kembali menjadi luka yang lebih dalam lagi disebabkan kejadian petang itu, Haris. Takkan aku perlu dipersalahkan dalam hal ini? Salahkah aku menyintai orang yang lebih menghargai aku? Walaupun hakikatnya, dulu aku pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi itu dulu, sekarang aku dah bahagia bersama Johanna dan yang pasti aku takkan lukakan hati dia sebagaimana kau lukakan hati Lisa,”luah Taufiq panjang-lebar.

“Cukup! Semuanya dah berlaku,Fiq! Kau fikir aku suka-suka ke buat semua ni? Aku sayang Lisa sebagaimana aku sayangkan Rai. Tapi aku fikir Lisa sepadan dengan kau, dan aku tahu kau sukakan Lisa sejak dulu. Jadi, aku lepaskan dia untuk kau, Fiq…untuk kau!”ujar Haris sambil memegang kedua-dua bahu Taufiq. Taufiq terkesima. Benarkah? Aku tak percaya semua ini!

“Huh!”keluh Taufiq. Dia melepaskan bahunya daripada terus dipegang Haris kemudian melangkah keluar dari apartmen itu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lisa termenung. Pandangannya kosong. Dia membelek-belek album gambarnya bersama Haris sewaktu mereka mula-mula bercinta dulu. Bercinta kah aku dengannya? Hatinya rancak berkata-kata. Dia terus membelek lagi. Matanya tertumpu pada satu gambar yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Gambar Taufiq yang sedang mencekik Haris di sebuah restoran makanan laut sewaktu mereka berempat keluar makan bersama sekali dengan Johanna. Kelakar muka Taufiq masa tu, Haris pun sama. Mereka macam adik-beradik tapi Haris tak seperti Taufiq yang lebih memahami. Kenapalah dari awal lagi aku tak memilih Taufiq? Em, tak mengapalah…dah jodoh mereka agaknya. Bertuah Johanna kerana dapat memiliki hati Taufiq!Detik hati Lisa.

Haruskah ku mati karenamu…terkubur dalam kesedihan...sepanjang waktuku…haruskah kurelakan hidupku…hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku…hentikan denyut nadi jantungku…tanpa kau tahu betapa suci hatiku…untuk...memilikimu. Nada dering lagu Ada Band berjudul Haruskah Ku Mati kian berkumandang menyedarkan Lisa dari lamunannya. Haris? Hah! Apa hal pulak makhluk menyakitkan hati ni telefon aku? Gila talak apa? Lisa terus menjawab panggilan itu bersahaja tanpa memikirkan hatinya yang kian tersiat disebabkan lelaki itu.

“Assalamulaikum, ye Haris. Ada perkara apa nak cakap ni?”tanya Lisa lembut dibuat-buat. Haris terkedu seketika.

“Lisa, we need to talk,”

“Why? Give me the reason for that purpose. Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak berminggu-minggu yang sudah masa awak kahwin dengan Raihana dulu?”kata-kata Lisa membuatkan Haris terdiam beberapa saat.

“Hah, kenapa diam?”sambung Lisa. Kali ni suaranya sedikit tegas.

“Lisa, please understand me,”kata-kata Haris seolah-olah merayu.

“Yes, I do. And you know that I really love you…emm…dululah…but what I get from all this things? I get nothing! Nothing Haris!”bentak Lisa sekuat hatinya. Kalaulah ada Haris di depan matanya, sudah tentu ditumbuknya lelaki itu sekuat hati. Apa gunanya aku dapat tali pinggang hitam untuk tae-kwan-do sekiranya aku tak mempraktikkannya? Lisa mengomel sendiri. Walaupun nampak lembut, tidak semestinya Lisa tidak mampu melakukannya.

“I knew that...please forgive me. Lisa, saya tahu awak masih marahkan saya tapi tolonglah maafkan saya. Hati saya tak tenang sekiranya awak tak dapat maafkan saya, Lisa,”kata-kata Haris masih tidak mendapat respon yang positif daripada Lisa. Dengan pantas Lisa mematikan talian lalu dihempaskan telefon bimbitnya ke atas katil. Kemudian dia tersenyum sendiri. Padan muka dia! Padan muka aku jugak! Entah apa yang bermain di benak fikirannya sekarang. Lisa seperti tidak mempedulikan lelaki itu lagi. Tapi jauh di sudut hatinya, dia telah memaafkan lelaki itu walaupun hatinya kecewa! Aku tak sekejam itu Haris…puas diri ini disakiti, tapi aku terlalu mudah untuk memberi kemaafan. Aku bersyukur kerana dikurniakan sifat sebegini. Sepatutnya kau bersyukur juga Haris kerana mengenali aku! Gerutu Lisa.

“Lisa, Kimi datang ni nak!”jerit Puan Mona, emak Lisa di ruang tamu rumahnya.

“Ok…suruh dia tunggu kejap. Lisa nak bersiap ni,”jawab Lisa sambil mengenakan secalit gincu nipis berwarna Chestnut dan menyapu bedak padat dengan sepantas mungkin. Kemudian dia bergegas turun ke ruang tamu menemui Hakimi yang segak mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack berwarna hitam itu. Puan Mona hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang kelam-kabut itu.

“Makcik, saya bawak Lisa keluar dulu ya,”Hakimi meminta kebenaran daripada Puan Mona. Lisa hanya tersenyum kecil.

“Baiklah, jaga diri baik-baik. Jangan balik lewat sangat,”Puan Mona memberi peringatan kepada Lisa dan Hakimi. Mereka berdua hanya mengangguk perlahan tanda faham.

Lisa senang mendampingi Hakimi. Bos tempatnya bekerja. Buat pertama kali mereka keluar berdua, sebelum ni mereka keluar beramai-ramai bersama pekerja yang lain. Bagi Lisa, Hakimi seorang yang sempurna di mata setiap wanita. Barangkali Katrina versi lelaki mungkin! Tapi, Hakimi hatinya sangat luhur. Budi pekertinya lembut dan wajahnya yang tenang membuatkan mata ni sejuk melihatnya. Hakimi menyukai Lisa sejak dari mula lagi. Hajatnya untuk mendekati Lisa dengan lebih dekat terhenti tatkala mengetahui bahawa Lisa sudah berpunya. Apabila mendapat tahu Lisa sudah putus dengan Haris, cepat-cepat Hakimi cuba mencucuk jarum, manalah tahu, Lisa sudi menerimanya. Nasibnya baik, Lisa sudi menyambut lamaran cintanya sekelip mata saja. Pelik! Semudah itu dia menerima aku? Detik Hakimi dalam hati.

“Kadang-kadang saya tak faham…Awak ni betul-betul ke serius dengan saya sekarang?”soal Hakimi. Nadanya sedikit ragu-ragu. Lisa hanya tersenyum.

“Kenapa? Kimi ingat Lisa main-main?”balas Lisa selamba.

“Mungkin saya perlu beri awak sedikit masa lagi,”ujar Hakimi lembut.

“Untuk apa? Supaya saya pasti 100% dengan keputusan saya menerima cinta awak sekelip mata? Begitu?”soal Lisa sambil membetulkan lengan bajunya.

“Em, bukan begitu…maksud saya…,”

“Kimi, orang yang buta saja yang menolak cinta awak. Kalau boleh, saya tak nak lagi menjadi seorang yang buta menilai insan yang baik seperti awak. Percayalah, saya tetap dengan pendirian saya dan saya akan cuba menyayangi awak seperti mana saya pernah menyayangi Haris,”belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, Lisa terus memotong. Kali ni kata-katanya mencerminkan keikhlasan yang benar-benar terpancar dari wajahnya yang bercahaya itu. Wajah Taufiq silih berganti dengan wajah Hakimi. Teringat pula pada Taufiq, insan yang memiliki hati yang sangat luhur seperti Hakimi tetapi langsung tidak disedari kewujudannya sebelum ini. Kejamnya aku dulu terhadap kau Taufiq! Maafkan aku! Hati Lisa rancak berkata-kata.

“Terima kasih Lisa….,”Hakimi tersenyum penuh makna.

“Kasihmu diterima, Kimi! Hehe,”Lisa ketawa kecil. Kini dia tersenyum puas. Aku yakin dengan pilihan aku kali ni! Gerutu Lisa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taufiq mengelamun sendirian memikirkan baris-baris ayat yang dituturkan Haris malam tadi. Pagi ini dia tidak bekerja, tiba-tiba sahaja dia mengumumkan cuti kepada pekerja bawahannya sesudah subuh tadi. Entah apa mimpinya malam tadi yang membuatkannya tergerak hati nak bagi cuti bergaji kepada pekerjanya. Haris…Haris…pening aku! Kahwin tak bagi tahu! Lepas tu cakap dia lepaskan Lisa untuk aku…apakah maksud semua ini? Habis, Johanna aku nak letak kat mana? Nak Johanna dan Lisa bermadukah? Merepek je aku ni! Lisa, aku doakan kau berbahagia dengan seseorang yang boleh menjaga dan menyayangi kau sebagaimana apa yang kau harapkan sebelum ni. Hatinya rancak berkata-kata.

“Fiq, morning!”

Kedatangan Haris benar-benar mengejutkan lamunan Taufiq yang masih sedap berbaring di atas katil empuknya.

“Oit, terkejut aku tau! Macam mana kau…,”

“Hei, aku kan ada kunci pendua. Kau tak ingat ke kita pernah jadi housemate dulu? Nah, breakfast untuk kau,”pantas Haris mencelah. Dia meletakkan 2 bungkusan nasi lemak dan teh tarik panas di atas meja berhampiran dengan katil di mana Taufiq sedang berbaring.

“Kau ni pelik bin ajaib betul! Tak makan saman. Aku tengah marah ni…marah sangat-sangat. Kau boleh buat muka poyo dengan aku ye,”sindir Taufiq. Dia cuba hendak marah, tapi tak berjaya. Tatkala melihat muka Haris yang asyik tersengih macam kerang busuk, menggagalkan misinya itu.

“Aku kan dah mintak maaf…kau nak aku buat macam mana lagi? Emm, kau ada tau citer pasal Lisa tak? Aku betul-betul menyesal kerana mempermainkan perasaan dia, tapi dalam hati ni…aku still sayangkan dia…macam adik aku sendiri, kau jugak! Kalau boleh, aku nak ubah semuanya, tapi dah terlambat!”ujar Haris bersungguh-sungguh.

Taufiq tersentuh dengan kata-kata Haris yang luhur itu. Kau mangsa keadaan Haris. Kalau aku jadi seperti kau…aku pun keliru! Dipeluknya Haris dengan erat. Haris menyambut pelukan Taufiq dengan menepuk perlahan belakang Taufiq.

“Kaulah sahabat aku dunia, akhirat Fiq!”air mata lelaki Haris jatuh membasahi pipinya. Dia benar-benar mengharapkan Taufiq. Tiada tempat lain untuk mengadu kecuali dengan Taufiq yang dianggap seperti adiknya sendiri.

“Insyallah aku akan jadi sahabat yang baik untuk kau, tapi ingat…kau dah kahwin…ada tanggungjawab lagi berat. Kau kena jaga Raihana sebaik mungkin, menyayangi dan membimbing dia, Haris!”nasihat Taufiq ikhlas.

Haris menggangguk faham. Dia tekad untuk membahagiakan Raihana dan ingin membina keluarga yang bahagia. Dia tidak mahu masa depannya bersama Raihana berkecai seperti kehidupan arwah ibunya dahulu. Baginya, masalah penceraian kadang-kadang seperti warisan turun-temurun pula. Dia tidak mahu menghadapi situasi yang perit itu kerana ia bakal menghancurkan harapan orang lain terutama bagi pasangan yang mempunyai anak-anak.

“Lisa?”tanya Haris. Taufiq terkelu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Lisa, saya nekad untuk memperisterikan awak. Sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”Hakimi cuba melamar Lisa. Ini kali kedua mereka berdua keluar berdua.

Lisa terharu. Matanya sedikit berair. Benarkah Hakimi melamar aku? Patutlah dia ajak aku pergi candle light dinner malam ni. Gerutu Lisa seorang diri. Tiada cincin tanda lamaran. Hanya sejambak mawar merah di atas meja pemberiannya.

“Betul ke ni Kimi? Lisa macam tak percaya!”Lisa meluahkan rasa di jiwanya.

“Mungkin Lisa rasa, Kimi terlalu drastik. Tapi percayalah, Kimi tak nak berfikir panjang lagi. Perkara yang baik, eloklah disegerakan untuk mengelakkan diri daripada fitnah, Lisa. Lagipun, saya dah bersedia,”terang Hakimi bersungguh-sungguh. Nampaknya dia benar-benar mahu memperisterikan Lisa.

Lisa tunduk seketika memikirkan kata-kata Hakimi. Tuhan cepat sahaja membuka pintu hatinya untuk Hakimi. Tidak tahu kenapa. Mungkin Hakimi jodohnya. Kalau hendak difikirkan kebanyakan orang yang baru saja putus cinta, mereka mengambil masa untuk menerima cinta orang lain. Tidak seperti situasi yang menimpa dirinya. Perhubungan serius antaranya dengan Hakimi hanya mengambil masa 2 minggu saja. Kalau hendak dikira perkenalan mereka sudah melebihi setahun.

Lisa perlahan-lahan mengangkat muka, “Saya setuju,”ringkas saja jawapannya. Yang pasti jawapan itu membuka satu lembaran baru buatnya kelak. Lisa tersenyum memerhatikan Hakimi yang seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan daripadanya tadi.

“Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Lisa. Saya akan cuba bahagiakan Lisa, dan membimbing Lisa kelak. Insyallah dalam masa terdekat keluarga Kimi datang jumpa dengan mak Lisa, bincangkan tentang perkahwinan kita,”Hakimi bersemangat.

“Baiklah, jom makan. Dah sejuk dah ni,”balas Lisa.

“Haah…huhu, nanti rasa tak sedap pulak kan…jemput makan,”Hakimi mula menyuapkan potongan daging ke dalam mulutnya. Kegemarannya adalah stik daging sos lada hitam. Lisa pula mengemari spaghetti. Mereka berdua terus menjamah makanan masing-masing tanpa memandang keadaan sekeliling. Lapar mungkin. Lagipun, makanan di restoran mewah itu terkenal dengan menu yang menambat selera pengunjung yang selalu datang ke sana walaupun harganya sedikit tinggi berbanding restoran lain. Kelihatan Lisa dan Hakimi pasangan yang paling ideal pada malam itu. Semua pengunjung tertumpu kepada mereka. Ada aura mungkin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Rai, maafkan I sekiranya selama ni I selalu menyakiti you tanpa I sedari. Maafkan I...,”Haris cuba memujuk Raihana yang kelihatan sedikit dingin dengannya akhir-akhir ni.

Tangan Raihana digenggam erat. Dikucupnya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Raihana terpegun seketika. Sebenarnya ada berita yang agak gembira hendak disampaikan kepada suaminya itu. Memandangkan suaminya yang memulakan dulu, dia senang untuk meluahkan apa yang hendak disampaikan. Egonya dilupakan seketika.

“I’m ok. You don’t have to worry about it. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kita, I pun nak minta maaf pada you. Nanti I tak cium bau syurga pula.”Raihana cuba untuk senyum. Haris kemudian memeluk isterinya. Didakapnya dengan lembut. Raihana menyambut pelukan suaminya.

“Thanks sayang. I really need you in my life! Kenangan I dengan Kat dah hancur. I dah bakar semua kenangan bersama dia. I betul-betul insaf. I love you more than anyone else right now!”pujuk Haris bersungguh-sungguh. Raihana tersenyum puas. Akhirnya Haris benar-benar telah melupakan Katrina. Tapi dia tidak pernah menghalang sekiranya Haris hendak melawat pusara Katrina.

“I...hamil Haris…about 3 weeks. Actually, I nak bagitau you sebelum ni, tapi I tak kesampaian,”kata-kata Raihana mengejutkan Haris. Haris benar-benar terharu dan kegembirannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

“Really? Alhamdulillah…I bakal jadi papa and you akan jadi mama..haha,”sorak Haris kegirangan. Raihana mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat suaminya itu.

Sinar kebahagian kembali menerpa buat Haris dan Raihana. Dengan pantas saja, Haris menelefon Taufiq memberitahu akan hal itu. Taufiq tumpang gembira mendengar berita kehamilan Raihana itu. Dia memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang tidak ternilai harganya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Johanna, Haris dan Taufiq saling berpandangan. Kenapa Lisa mengajak mereka keluar makan bersama-sama? Haris lagilah terasa pelik, sudahlah panggilannya dengan Lisa terputus sebelum ni disebabkan Lisa yang mungkin mengamuk dengan sikapnya. Tiba-tiba Lisa tersenyum lebar memanggil kesemuanya berkumpul beramai-ramai, macam reunion pula. Apa motif kejadian di sebalik tindakan Lisa ni?

“Em, first of all…Lisa nak tujukan pada Haris tentang suatu perkara yang mungkin Haris tertunggu-tunggu jawapannya,”ujar Lisa sambil merenung sekilas wajah Haris yang duduk bertentangan dengannya. Haris tersentak.

“Lisa dah lama maafkan Haris, Cuma Lisa tak berkesempatan menyatakan tentang hal itu. Mungkin kerana Lisa masih terluka disebabkan kisah kita dulu. Terus-terang Lisa katakan, Lisa tak menyesal sepenuhnya dengan apa yang berlaku ni. Sebab, Lisa pasti semua yang berlaku ada hikmahnya,”terang Lisa panjang lebar.

“Thanks Lisa…I really appreciate it,”kata Haris sambil tersenyum. Lega hatinya.

“Joe, Fiq…you’re really nice friend I ever had before! Semoga kamu berdua bertemu jodoh…huhu,”Lisa tak tahan ketawa melihat muka Taufiq yang masih blur tu.

“Insyallah,”Johanna dan Taufiq jawab serentak. Mereka saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki segak menghampiri mereka berempat. Lelaki itu memberi salam lalu berjabat tangan dengan Taufiq dan Haris. Kemudian, lelaki itu terus duduk di sebelah Lisa sambil tersenyum penuh makna. Kepelikan mula melanda Haris, Johanna dan Taufiq.

“Perkenalkan…ni bakal suami Lisa, Hakimi namanya. Doakan kebahagiaan kami ek. Insyallah bulan depan kami akan diijabkabulkan,”ujar Lisa sambil memegang bahu Hakimi. Haris, Johanna dan Taufiq terpana.

“Tahniah…semoga berbahagia hendaknya,”balas Haris tersenyum.

“Insyallah,”balas Hakimi.

“Congrate, hey ni bukan Tuan Hakimi ke? Bos tempat Lisa kerja?”tanya Taufiq.

“Haah. Sudah jodoh kami…thanks,”jawab Lisa bersahaja.

“Jaga Lisa baik-baik Kimi…semoga dipermudahkan segalanya. Hah, Lisa…Haris ni bakal jadi bapak tahu,”ujar Johanna sambil diperhatikan Haris.

“Iya? Syukurlah, congrate Haris,”Lisa tersenyum lagi.

“Heii, Joe ni…tak sempat-sempat nak bagitahu…well, thanks Lisa,”balas Haris.

“Want to take order?” pelayan di restoran itu mula bertanya.

“Ok, wait yaa…hah, order je apa-apa. Hari ni saya yang belanja,”kata Hakimi. Semua bersorak. Mereka kelihatan gembira sekali. Semua mata tertumpu melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berlima. Akhirnya Lisa mendapat kebahagiaan yang ingin dikecapinya, yang pasti bukan dengan Haris mahupun Taufiq. Tetapi dengan Hakimi yang sememangnya tercipta untuk dirinya. Alhamdulillah, Kau temukan jodoh yang terbaik untukku,”bisik hati kecil Lisa.

0 comments :