Tuesday, January 29, 2008

Universiti Menjana Ummah Terbilang...=)

Salam...

Hari ini merupakan pengalaman yang paling bernilai dan meninggalkan kesan buat aku. Aku sangat bertuah kerana dapat mendengar ceramah khas daripada Dato' Dr. Haji Fadilah Kamsah secara live sempena maal hijrah di Dwn Budaya petang tadi. Cepatnya masa berlalu, tak puas rasanya tadi. Syukur sangat-sangat sebab aku rasa banyak ilmu dan info berguna disampaikan oleh beliau tadi. Dapat jugalah aku tengok beliau dekat-dekat coz beliau duduk selang sebaris dengan aku tadi. Aku sangat menyukai cara penyampaiannya yang bersahaja tapi mendalam maksudnya. Dengan humour sense yang natural, menyebabkan hadirin yang datang tak kering gusi dibuatnya. I really love his style and appearance...and da most thing I adore about him is how he tried to motivate people using his skills and styles. Entahla, seperti ada magnet yang menarik hadirin untuk terus mengikuti ceramahnya tadi termasuklah aku. Daya penarik karisma yang ada pada beliau, keyakinannya merangsang hadirin untuk melakukan suatu perubahan, lawak jenaka yang bersahaja beserta sindiran yang mendalam maksudnya memberikan ruang untuk hadirin berfikir dan memahami isi yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Temanya adalah "Universiti menjana ummah terbilang" saling berkaitan juga dengan tema sebenar maal hijrah kali ini iaitu "Menjana kegemilangan ummah". Apalah gunanya ilmu yang aku dapat kalau tak dikongsikan bersama betul tak? Em, majlis tadi mula agak lewat dari waktu yang sepatutnya. Lebih kurang hampir pukul tiga jugalah mulanya. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh Ustaz Zayd Zhari iaitu ayat an-nahl ayat 1-7. Kemudian, diikuti pula dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nur Irfan (KAFA USM). Comel-comel budaknya...sweet suara mereka. Terpegun jugalah...adakalanya ketawa kecil juga melihat gelagat mereka. Selepas itu, adalah ucapan ringkas daripada TNC- Y. Bhg Dato' Muhammad Idiris Saleh dan juga ucapan alu-aluan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Y. Bhg Dato' Yahaya Abdul Hamid. Em, bercakap pula pasal ucapan TNC tadi, aku teringat ucapan NC masa aku pergi untuk perutusan NC hari tu. Beliau ada bercakap tentang KPI iaitu Key Performance Indicator. Aku terlupa nak masukkan dalam post ari tu...Sebenarnya banyak kaitannya seperti elemen-elemen 'values, culture, ideas, academic, management, R&D, consultancy, students, staffs, leadership, accountability, relationship' dan banyak lagi. Kalau nak diikutkan, ada rajah ringkas yang menerangkan hubungkait elemen-elemen ini...tapi minta maaflah aku tak berapa nak ingat semuanya...Huhu...Lepas ucapan itu, adalah upacara penyampaian penghargaan khas maal hijrah pusat islam 1428, anugerah kecemerlangan maal hijrah 1428, dan juga anugerah tokoh maal hijrah 1428...Akhir sekali, barulah ceramah daripada Dr Fadilah Kamsah.


Em, aku teruskan dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah la ye. Mula-mula lagi beliau sudah menekankan konsep kebahagiaan iaitu kita wajar bersyukur kerana masih hidup dan beriman, insyaAllah. Kita juga perlu sentiasa ingat mati dan bersedia untuk mati. Tapi bersediakah kita? Aku melihat diri aku sendiri...aku sendiri belum bersedia...masih samar-samar lagi. Aku berharap, aku dapat menjadikan diri aku lebih baik daripada hari-hari sebelumnya... insyaAllah. Selain itu, beliau juga menekankan supaya kita sentiasa maafkan semua orang untuk mencapai kebahagiaan itu sendiri. Aku tertarik dengan langkah-langkah meraih kebahagiaan yang diperkatakan oleh beliau iaitu memaafkan orang lain, mendoakan yang terbaik untuk semua, saling bantu-membantu, menceriakan orang yang berada di sekeliling kita dan cuba membangunkan orang lain(maksudnya di sini...memberi sedikit kesedaran dan perangsang). Beliau sangat menekankan konsep saling maaf-memaafkan antara satu sama lain terutamanya bagi pasangan yang sudah berumah tangga ataupun yang sudah bekeluarga...dan untuk sahabat-sahabat juga. Di samping itu, beliau juga menggalakkan hadirin supaya rajin menunaikan solat taubat memohon keampunan Allah setiap kali membuat dosa, selain memperbanyak solat hajat dan beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali. Beliau juga menekankan bahawa pentingnya menanamkan sifat bersyukur dan berterima kasih dan memetik sedikit daripada hadis riwayat tirmizi iaitu: barangsiapa yang tak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Tuhan. Semoga ini menjadi pedoman hendaknya.

Di samping itu, ada juga langkah-langkah lain yang disyorkan oleh beliau dalam meraih kebahagiaan. Pertama; pasang niat untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa berdoa. Hal ini kerana doa adalah senjata orang yang beriman. Sekurang-kurangnya dengan melafazkan bismillah pun memadai. Sekiranya kita tak membaca doa ketika memasuki rumah mahupun dengan bacaan bismillah, syaitan akan bermaharaja lela...Itulah kadang-kala terjadinya masalah dalam keluarga, pergaduhan, keadaan yang tak aman disebabkan gangguan syaitan ni tadi dan akhirnya menyebabkan keluarga itu tidak mencapai kebahagiaan. Nampak macam remeh saja, tapi kesannya sangat mendalam. Yang kedua; berlapang dada dan bersihkan hati. Beliau ada memetik ayat peribahasa cina yang menyebut "Siapa yang memuji saya, dia musuh saya. Dan sesiapa yang menegur saya, dia adalah sifu saya"-maafkan kalau aku tersilap. Rasanya inilah peribahasa yang dimaksudkan. Kita hendaklah sentiasa menerima teguran dan kritikan orang lain untuk menjadi insan yang lebih baik dan terbilang. Yelah, kadang-kala kita ni tak suka teguran...berfikiran tertutup. Jadi, pentingnya kena lapangkan dada menerima segala teguran membina untuk kebaikan diri sendiri juga, betul tak? Beliau juga mengatakan "ilmu itu cahaya, dan ia tak boleh diturunkan kalau hati gelap"...mendalam maksud ungkapan itu..fikir-fikirkan!Ketiga; bertindak dan berubah sekarang. Orang yang bijaksana ialah orang yang menjadi lebih baik dari semalam dan hari-hari yang terdahulu. Berbuat baik dan bekerja bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan mati keesokan harinya. Mengikut kajian, sekiranya kita tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam tempoh 48jam, 95% daripada memori kita terpadam..(tak silap aku berdasarkan kata-kata beliau)...maafkan kalau aku tersilap...
Apa SAKIT??? Em, antaranya ialah;
  1. Ingkar perintah( perintah Allah, parents,ketua dsb)
  2. Tak kenal diri yang sebenar (ada 15 cara untuk mengenali diri tapi tak sempat diucapkan oleh beliau tadi....frust gak!)
  3. Enggan berubah
  4. Niat tak baik
  5. Bodoh sombong
  6. Tiada semangat kerjasama
  7. Banyak masalah peribadi
  8. 3G dan malas(cth G-gemuk istilah untuk orang yang kuat makan,tidur tapi malas)
  9. Tak ikut peraturan
  10. Tak disiplin
  11. Enggan berfikir di luar kotak
  12. Selekeh ( dari segi penampilan, iman, sikap)
  13. Terlalu stress (hati kotor)
  14. Ada ilmu tapi tak amal
  15. Tak bertanggungjawab
  16. Lemah hubungan kemanusiaan
  17. Tak istiqamah
  18. Sabotaj diri sendiri (cth; aku ni mulut je jahat,tapi hati baik)-not good actually...cth je..ok
  19. Ulang kesalahan
  20. Menyalahkan orang lain
  21. Parasit(cth;mahu lebih tapi kurang memberi)
  22. Tak bermoral-hati kotor gagal menarik hidayah dari Allah...
Apakah ciri-ciri ummah terbilang???
  • Bentuk matlamat dan pasang niat untuk jadi yang lebih baik
  • Menjaga ibadah
  • Berdisiplin
  • Sentiasa memperbaik diri
  • Mencari keberkatan(dari sudut rezeki,ilmu dan masa)
  • Sentiasa menghormati orang lain
  • Bertanggungjawab dan setia pada organisasi
  • Semangat kerja berpasukan yang mantap(Tuhan tidak memandang kumpulan yang tidak bersatu hati!)
  • Sentiasa bersemangat, ceria dan memberi lebih daripada yang dipinta
  • Sentiasa berintegriti
Info-info tambahan:
  • Apabila menghadiri majlis ilmu, mencari rezeki yang halal(sepanjang perjalanan),sekiranya berlaku sesuatu seperti kematian...dikira sebagai mati syahid.
  • Sekiranya ada ilmu tapi tidak mengamalkannya...500tahun dicampakkan ke neraka terlebih dahulu sebelum orang yang sepatutnya...
  • Siapa anda adalah tidak penting; yang penting adalah HATI dan AMALAN.
  • Ada baiknya sekiranya badan kita sakit (dapat mencuci dosa-dosa)
  • Kena kenal diri sendiri, salahkan diri sendiri...sebelum salahkan orang lain.
  • Buang air kecil( duduk jangan berdiri-especially untuk lelaki!). Ia akan menyempitkan rezeki, otaknya mudah jadi pelupa, mudah kena penyakit batu karang dan mengalami masalah *****(masalah seksual)
  • Orang yang asyik bercakap, tapi tak buat akan dimurkai...
  • 5 golongan orang yang susah nak solat 5 waktu berdasarkan kajian Dr Fadilah Kamsah;
  1. Golongan artis
  2. Ahli sukan
  3. Pasukan beruniform
  4. Usahawan
  5. Orang yang terlampau aktif dalam politik
(wallahualam)
  • Bagi kaum perempuan; sekiranya anda seorang yang menjaga solat, puasa dan sentiasa mendapat redha suami...InsyaAllah mudah masuk syurga tanpa hisab
  • "Ada orang bermati-matian mendaki gunung, kemudian menyedari dia mendapat gunung yang silap"-bermakna dia meletakkan fokus di tempat yang salah...
  • Rahmat: pemberian Tuhan atas asas kasih sayang Tuhan
  • Istidraj: pemberian Tuhan dalam keadaan benci
  • Pegang tangan dengan penuh rasa kasih antara suami isteri- semua dosa gugur dicelah-celah jari...
  • Kelebihan menghadiri majlis ilmu; niat yang ikhlas menuntut ilmu (dosa-dosanya gugur), tersedia padanya taman-taman syurga Allah ( Jannatul Firdaus), sekiranya mati dalam perjalanan pulang-mati syahid.
  • 4 doa yang dimakbulkan oleh Allah
  1. Doa mak bapak
  2. Pemimpin yang adil
  3. Musafir
  4. Orang yang dizalimi
  • Tak elok kencing berdiri, baik lelaki mahupun perempuan...bagi perempuan; urut bawah pusat 3 kali( untuk toskan air kencing)-tidak seperti lelaki( berdehem)

wallahualam....itu saja nak disampaikan...sekiranya ada salah dan silap...jemputlah tegur....apa yang aku dapat, aku kongsi dengan semua....berdasarkan apa yang aku dengar tadi...

anyway...4 those who attend da talk...who knew better than me...you're allow to add some in dis page....do some comment...I'll read it later...or maybe I'll reply as soon as posible....em, thanx and forgive me if I got U trouble...haha...hopelly not...k...salam...=)

0 comments :