Thursday, March 27, 2008

KOKOLOGY 2: Ramalan Personaliti Jepun?

Sediakan kertas, pensil ataupun sediakan otak cukup! Jawab soalan-soalan ni dengan jujur. Huhu...tak payah fikir lama bebeno...jap je...ok? Deal? One...two...go...=p



1) Kamu tersesat dalam sebuah gua. Kamu tercari-cari jalan keluar dan tiba-tiba seekor kelawar terbang ke arah kamu. Kelawar tersebut seakan-akan berbisik kepada kamu. Apakah yang dibisikkannya?

a) "Aku tahu jalan keluarnya."
b) "Mari aku tunjukkan jalan keluar."
c) "Berusaha mencari jalan keluar?"
d) "Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini."

2) Kamu sedang berjalan santai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apa tindakan kamu?

a) Mencari tempat berteduh dan menanti hujan berhenti.
b) Kamu tidak tahu bilakah hujan akan berhenti dan mengambil keputusan untuk meredah hujan.
c) Kamu tercari-cari sekiranya ada sesiapa di sekitarmu yang membawa payung atau beli sahaja di kedai berhampiran.
d) Mujurlah kamu sering membawa payung walau ke mana sahaja. Sediakan payung sebelum hujan!

3) Bayangkan diri kamu berada berhampiran dengan kawasan gunung berapi. Apa yang kamu fikirkan sewaktu melihat pemandangan itu?

a) Mengingati kepada kekuasaan Tuhan dan berhenti dari terus merosakkan bumi.
b) Letusan mungkin disebabkan tekanan.
c) Bagi kamu, ia adalah pemandangan yang menakjubkan.
d) "Hebatnya!"

4) Suatu hari, ada seekor burung berwarna biru terbang masuk ke dalam pejabatmu dan tidak dapat keluar. Keesokan harinya, ia bertukar warna menjadi kuning. Pada hari yang berikutnya, pula bertukar menjadi merah dan hitam. Pada hari berikutnya, apakah warna yang berada difikiranmu?

a) Kekal hitam.
b) Kembali menjadi warna biru.
c) Bertukar menjadi warna putih.
d) Bertukar warna keemasan.

5) Ketika kamu sedang bergembira di sebuah bandar kecil, kamu telah masuk ke sebatang laluan yang agak kecil. Tiba-tiba, perutmu terasa lapar. Kelihatan juga sebuah sebuah ladang strawberi yang berbuah lebat dan cuma pagar yang memisahkan kamu dengan ladang itu.
  • Berapa tinggi pagar itu?
  • Setelah kamu memasuki ladang tersebut, berapa biji strawberi yang kamu petik?
  • Tiba-tiba pemilik ladang itu muncul. Apa perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulutmu?
  • Bagaimana rasa strawberi yang kamu petik itu? Bagaimanakah perasaan kamu ketika mencuri strawberi itu?



Jawab....jangan tak jawab...haha....


Jawapannya:

Soalan 1: "Cara kamu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..."

a) Aku tahu jalan keluarnya
- menunjukkan sikapmu yang sentiasa ingin tahu dan gemar dengan kesibukan tugas. Kamu juga sedia menolong sesiapa sahaja.

b) Mari aku tunjukkan jalan keluar
- Kamu sentiasa bersifat pemurah dan individu sekeliling kamu senang untuk bergantung pada kamu.

c) Berusaha mencari jalan keluar
- Kamu sentiasa berpada-pada sekiranya membantu seseorang. Kamu hanya akan membantu bila seseorang itu meminta pertolongan darimu.

d) Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini
- Ego atau sombong, itulah gambaran peribadi kamu. Kamu perlu berubah kerana bimbang sukar mendapat teman kelak.

Soalan 2: "Reaksi kamu bila berhadapan dengan konflik.."

a) Cari tempat berteduh
- Kamu tidak gemar bermusuh. Jika berhadapan dengan sebarang masalah@ dengan sesiapa sahaja, kamu lebih gemar berbincang secara empat mata.

b) Meredah hujan
- Kamu tidak gemar untuk berdebat dengan lawanmu. Seboleh-bolehnya, kamu akan cuba menegakkan kebenaran.

c) Tumpang berpayung
- Kamu tidak gemar dengan konflik. Kamu sedaya upaya akan cuba berdamai dengan pihak lawan. Kamu perlu berubah! Kamu juga perlu menegakkan kebenaran untuk kepentingan diri sendiri.

d) Memiliki payung
- Keras kepala dan degil. Kamu gemar berdebat kerana bagi kamu itu adalah cara yang terbaik untuk mengembalikan hak kamu yang sebenar!

Soalan 3: "Cara kamu berhadapan dengan kemarahan orang lain..."

a) Kekuasaan Tuhan & berhenti merosakkan bumi
- Kamu sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bersikap terbuka untuk mengakui kesilapan diri.

b) Disebabkan tekanan dalam bumi
- Kamu sering menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri sendiri.

c) Pemandangan yang menakjubkan
- Teguran dan kemarahan orang lain, kamu terima dengan hati yang terbuka. Kamu sentiasa berfikiran positif untuk kebaikan diri sendiri.

d) Hebatnya!
- Kamu tidak gemar dengan kritikan dan kamu tidak suka diperintah. Tiba masanya kamu berubah!

Soalan 4: "Gambaran kepada respon kamu apabila berhadapan dalam situasi sulit..."

a) Hitam
- Kamu terlalu berfikiran negatif dan terlalu mudah risau sekiranya berhadapan dalam sesuatu masalah. Kamu perlu bijak menangani kesulitan yang melanda kerana setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

b) Biru
- Kamu sentiasa berfikiran realistik dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Setiap masalah yang dihadapi akan kamu cuba tangkis dengan tenang.

c) Putih
- Walau dalam keadaan tertekan dan bersedih, kamu tetap tenang. Kamu tidak panik apabila berhadapan dengan krisis. Setiap masalah yang dihadapi akan dicari jalan keluarnya dengan bijak.

d) Keemasan
- Tiada istilah tekanan dalam hidupmu! Namun perlu berhati-hati kerana ada sesetengah perkara yang kamu tidak patut ambil mudah!

Soalan 5: "Cara kamu bercinta..."

a) Ketinggian pagar
- Ketinggian pagar itu menunjukkan kemampuan untuk menahan segala godaan. Jika kamu membayangkan pagar itu dari kawat berduri, ia bermaksud kamu tidak mudah goyah dengan godaan. Sekiranya kamu membayangkan pagar itu hanya setinggi paras lutut, ini bermaksud kamu bukanlah individu yang setia!

b) Jumlah buah yang diambil
- Ia menggambarkan jumlah individu yang kamu sayangi. Jika anda hanya mengambil sebiji buah, jelaslah bahawa kamu adalah insan yang setia. Kalau lebih, sebaliknya pula!

c) Alasanmu
- Ini adalah cara kamu untuk melepaskan diri sekiranya tertangkap oleh pasanganmu ketika sedang melakukan perkara yang salah. Sekiranya kamu berbohong sewaktu memberi alasan untuk melepaskan dirimu ketika itu, perkara yang sama akan kamu lakukan dalam hubungan percintaanmu!

d) Yang kamu rasa
- Rasa tersebut menggambarkan perasaan kamu ketika melakukan kesalahan terhadap pasanganmu. Sekiranya kamu rasa seperti tidak tenteram dan menyesal, ia bererti kamu berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang pernah kamu lakukan. Tapi sekiranya kamu rasa sesuatu yang mengasyikkan, sudah tentu kesilapan itu akan berulang!

0 comments :