Thursday, August 21, 2008

Konvokesyen d USM...('',)


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi kerana majlis konvokesyen aku berjalan dengan lancar hendakNya walaupun ada beberapa dugaan kecil aku lalui sebelum nak berkonvo. Perasaan aku bercampur-campur…gembira…sedih pun ada…macam-macam laa…sukar untuk digambarkan. Kadang-kadang nak tergelak pulak bila ingat balik detik-detik nak memasuki Dewan Tuanku Syed Putra tu. Nak dijadikan cerita lawak, aku boleh mengalami sakit perut yang teramat sangat sih, (nak wat investment lak time tu…hampeh!) =p

Kawan2 n family aku dah risau bangat melihat keadaanku yang tak seberapa tu…hampir melenyapkan mood aku jea. Itulah dugaan namanya. Aku p la toilet…tapi tak boleh lak nak invest…cis! Kelakar siot. Pastu terus la masuk dewan, marshal dah bising semua kena masuk dewan la tu jugak. Perut tengah tak stabil time tu, aku berzikir jelah sepanjang waktu bagi meredakan sakit perut. Pagi-pagi aku memang camtu, bukan kira ada event ke tak, dah memang time dia. Huhu=p Bukan menggelabah or watsoeva..berdebar-debar tu biasa laa…dah masuk dewan dah mula ok cket…n kadang2 memulas balik…last2 alhamdulillah dah stabil berkat doa aku yang tak putus2 semasa dalam dewan. Actually aku xberapa sihat disebabkan sesuatu!!! Orang2 tertentu yang tau..huhu…hampir seminggu aku menanggung keperitan, skunk dah kurang cket. Huhu…wateva laa..kepada yang tau tu, reti2 la zip mulut k! Hahaha=)

Cepat je masa berlalu aku kat USM selama seminggu. Jutaan terima kasih aku ucapkan kat Mira-ex rumate coz bagi aku menumpang kat bilik dia n tanggung aku breakfast sekali..eh, tak lupa jugak coz bagi saya surf dengan sepenuh hati masa berada kat Harapan....hehe=) sayang awak! Well, kenangan kite p tengok Meet Dave kt Queensbay ari2 akan tersemat dihati. (Sedihnyer berpisah dengan awak! U’r really nice fren,dear!) Em..well, thanks la kat fiza n shima coz tolong aku kenakan pe yang patut untuk persediaan memakai jubah n so on..tak mintak tolong marshal pun. Thanks gak kat Diha coz tolong aku pulangkan jubah n amik skrol n transkrip. Huhuhu...sayang kat ko gak! Semualah aku sayang...Nida juga...n banyak lagi laa. Kepada Ja @ Ashari, thanks belanja makan kat Hammer Bay malam 2..aku doakan ko semoga murah rezeki n aku doakan jodoh ko dengan Nida hendakNya...hehe=)

Syukur sangat2 coz waktu konvo ari2 cuaca ok...even panas bangat! Riso gak kot2 hujan...alhamdulillah. Berpeluh-peluh n berminyak2 muka time 2...maklumlah dengan cuaca yang panas ditambah pula dengan memakai jubah, ke hulu ke ke hilir berjalan n bergambar. Di sini, aku nak mengambil kesempatan mengucapkan berbilion n jutaan terima kasih dengan penuh kasih sayang kepada famili aku yang sudi datang meraikan konvokesyen aku...terharu sangat! Thanks for da beautiful roses n bear! I really appreciate it. Sayang kat Ayong, Nyah n Abg Caloi coz memberikan aku secebis kegembiraan yang bermakna dalam hidup aku. Abg Mamat tak dapat datang coz jaga Mak kat rumah, sayang kat dieorang gak! Sayangku melebihi lautan dan langit yang terbentang luas! Tak dapat diungkapkan dengan kata2. Kalo arwah abah ada, mesti die tumpang gembira n terharu dengan konvokesyen aku. Teringat kat dia...sedihnye...Thanks gak kat Abg Wan n Abg Sham call ucap tahniah. Including Nanie(maduku...haha), Abg Bedi, Dr Hashim, Kak Nor, Kak Yanti, Kak Fary, Faiz n byak lagi la weiii yang msg wish...thankz=) (Maaf kalo nama anda tak disenaraikan di sini...huhu..byk sgt!@ maybe da blacklisted? Haha...gurau je deh!)

Em, Kak Ima n Kak Maz....thanks sebab sudi menjenguk aku. Sayang kat kakak2ku tu...Thanks untuk Froggy n oso buku Keajaiban Al-Quran oleh Dr.Gary Miller pemberian Kak Ima. Fina hargainya...n of coz I’ll read it ok. Dun worry, tengah baca skunk. Well, thanks jugak kat member yang wish masa kami dok bergambar2…Arip, Nuar, Fizi, Abg Faizal, Cikgu Man n len2. Uhhh…sebenarnya ada gak rasa frust dihati ni..well, tak sesuai untuk aku ceritakan di sini. The main things is *******! Diha n Mira bengang ngan aku coz aku asyik cakap frust…frust… without telling them wat is actually in my mind at dat time! Haha..cian dieorang, tapi ayong aku dah tau weh! Tak boleh aku rahsia pe2 kat beliau!Ada laa beberapa perkara yang aku frust, tapi takpe laa…I should try to forget bout it…Only Allah understand me well! ‘La Tahzhan!’ Dun b sad, dear!

Kepada member2 yang aku tak sempat nak wish n bergambar, maaf bebanyak ek. Maklumlah, mengejar masa…lagipun, masing2 dengan famili masing2, so payah gak nak meet kan? Takpelah, sok2 ada rezeki jumpa la ek…hehe=) Well, ada member2 dah ada kerja…rezeki masing2 kan? Doakan la kami yang masih mencari2 ni…hehe=) Ari2 ada interview aku x p lak, jauh cket. Wat masa ni, aku jaga mak sementara tidak bekerja n mencari2 orang untuk jaga mak b4 aku kerja nanti. Jadi surirumah yang berdedikasi n komited. Haha=pDoakan aku semoga sukses selalu yaa…=)

Seperti biasa sebelum aku menutup bicara, ada ayat-ayat yang ingin aku kongsikan bersama. Ayat ni mungkin biasa kita dengar or kita pernah membacanya sebelum ini; thanks again Kak Ima coz mengingatkan Fina kembali akan baris2 ayat yang penuh bermakna nie…ayat2 ni Kak Ima tulis kat buku yang K.Ima bagi masa konvo ari2 laa. Ayatnya berbunyi;

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah kepada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.=)”

Ayat ni akan selalu kupegang…InsyaAllah. Dengan setiap dugaan yang mendatangi diri ini sebelum, sekarang dan selepas ini, membuat aku lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa...Semoga aku dapat meraih keberkatan dariNya, InsyaAllah.

Dalam sebuah hadith ada menyebut: “Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan untuk setiap kesempitan dan jalan keluar untuk setiap kesulitan.”. Jadi, sama2 lah kita sentiasa beristighfar bagi meraih kehidupan yang lebih baik hendakNya.

Sampai di sini sahaja buat masa ini, doakan kejayaan dan kebahagiaan bersama. InsyaAllah, niat nak sambung master ada…mungkin 2 tahun akan datang, InsyaAllah. Doakan aku agar dikuatkan semangat dan diberikan kecekalan hati bagi menempuh perjalanan yang mendatang. Ameen…=)

Wassalam=) C yaa!

Msg: Kepada yang terasa, (ntahlaa..sape ek?) Y u do dis 2 me, hah? Frust tau….frust sangat2!!! By da way, it’s ok…=) I’m hepi 4 now…uweksss=p (Macam budak2 je aku ni kan? Kuikuikuikui (“,). Mira…diha…nida…juz 4get jela pe yang aku ckp ek, xguna frust2 ni actually…huhu..aku je ter’emo time 2..haha=) “Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung2 tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi”-Imam Malik…Well, aku da lega skunk…(“,)

1 comments :

  1. mohd arif said...

    lam..weii...aku xdak idea mcm ang la nk taip pjg2 nihh
    huhuhu....nk cilok sikit dari ang..yohohoho