Saturday, September 27, 2008

Sayangilah Pasangan Anda!!!!


“Masihkah aku punya harapan?”tanya Aleeya sambil menatap gambar Shah yang masih terpegang erat.

Timbul rasa penyesalan yang mencengkam jiwanya, seolah-olah menusuk ke dalam sanubarinya sehingga dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipinya yang halus itu. Kelihatan dia mengetap bibir…mulutnya seakan-akan ingin berkata-kata lagi tetapi hatinya kini dirundum kecewa, sesalan yang tidak berkesudahan. Shah, suamiku! Maafkan Leeya, bang!

Dia begitu setia menyintaiku…dia memberikan apa saja yang aku impikan selama ini…tetapi aku telah menyalahgunakan kebaikan yang telah dia curahkan…Aku berlaku tidak adil padanya! Ya Allah, berdosanya aku! Terasa bahang kepanasan mula menyelubungi diri! Aku tak nak masuk neraka kerana ketidaktaatan aku pada suamiku! Aku sayangkan dia! Tetapi aku kerap kali menghampakan dia! Mengecewakan dia! Menyakitkan hatinya dalam senyap! Masih ada sinar kemaafan baginya untukku????

Tut…Tut…Tut…( Cerpen aku tergantung…)

Sebenarnya, saja-saja buat gimik je ni. Ala…cerita macam ni dah biasa kita dengar kan? Berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Ketidaksetiaan, kecurangan..(eh, sama la kan? Huhu). Tak kiralah, baik suami ke isteri ke, ada je kes-kes disloyalty ni…meranapkan rumah tangga. Ada pulak yang suami isteri yang ada kekasih masing-masing…MasyaAllah, dah teruk manusia-manusia zaman sekarang ni. Dah macam orang Barat. Sok, mengandung..keliru anak sape yang dikandungnya. Agak-agak apa sebabnya semua ni terjadi? Terhakiskah ilmu pengetahuan dan ilmu agama yang disemai sejak kecil lagi? Ataupun otak dah tak mampu nak berfikir secara logik dan rasional? Nafsu yang membuak-buak mengubah segalanya? Bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri! Aku pun tak faham lah dengan habit atau trend baru masyarakat sekarang ni. Ingatlah wahai si isteri, tak cium bau syurga menderhaka atau curang pada suami! Si suami pulak, tak bertanggungjawab! Isteri dan anak-anak kan tanggungjawab si suami untuk dijaga sebaik mungkin…kalau si suami pun buat hal jugak, apa citer ni?

Nasihat aku buat suami-suami dan isteri-isteri ni…jagalah rumah tangga tu baik-baik..ta k payah le nak pasang-pasang sparepart…dah ada isteri/suami nak ada kekasih juga ke? Bukan ke isteri/suami tu boleh bertindak sebagai kekasih/teman di sisi anda semua? Mungkin disebabkan kebosanan yang melampau agaknya! Tulah, bercinta lama sangat, dah kawin jemu lak! Benda yang halal, tak pandai nak pelihara! Yang haram juga nak dipuja! (Uhh, emo pulak dah) Tapi kan, aku cakap berdasarkan pengalaman sekeliling jugalah…tambah-tambah lagi dok tengok citer drama-drama kat tv tu...lagilah buat aku rasa nak meluahkan rasa ni. Mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan masalah sosial rumahtangga ini berlaku. Pada pendapat aku, punca yang aku rasa paling sesuai dan rasional adalah KEBOSANAN! Kebosanan meliputi skop yang boleh dikatakan luas jugalah. Disebabkan rasa BOSAN untuk sesetengah perkara menyebabkan si isteri/suami ni tadi dah tak pandai mengharmonikan rumahtangga yang telah dibina. Bosan mungkin dengan sikap negatif suami/isteri yang susah nak ubah! Bosan dengan karenah isteri/suami yang memang memeningkan kepala!

“Kau ni Kiah, asyik-asyik membebel je. Asal aku balik kerja, kau membebel! Boleh tak bagi aku duduk rehat-rehat dulu, dah la aku penat ni!”

“Abang ni, saya mesej tak berbalas…call tak angkat. Apa kena dengan abang ni? Ada handphone canggih, kredit ada…apa salahnya balas mesej saya! Dulu masa cintan-cintun dulu, hampir tiap saat nak mesej dan call saya! Kalau sibuk pun, at least bagitau saya sekali pun cukup...saya faham bang! Ni buat saya tertunggu-tunggu…tertanya-tanya je!”

“Minah, asyik-asyik gulai kari…lagi-lagi kari….tak ada gulai lain ke, Minah oii? Lama-lama muka aku naik jadi kari! Kau tak reti buat gulai lain ke?”

“Abang ni keluar tak bagitau, tup-tup terus je keluar. Pergi mana pun saya tak tahu. Nanti apa-apa berlaku kat abang, saya juga yang susah!”

Di atas merupakan dialog rekaan aku semata-mata untuk memberikan contoh fenomena yang berlaku dalam perhubungan suami isteri. Agak biasa mungkin, cuma aku edit je sikit. Antara sifat-sifat negatif yang ada pada suami dan isteri sebagai pencetus kepada pertelingkahan dan ketidaksefahaman…pada pendapat aku lah, tak tahu pulak la pada pendapat korang semua kan? Apa-apa pun, dalam menjalani kehidupan yang harmoni, setiap pasangan tu mestilah ada satu kreativiti dalam menghidupkan suasana yang seakan-akan pudar atau menceriakan keadaan yang mungkin semakin malap tu. Kreativiti ni penting supaya kita tak BOSAN!

(Contoh 1 dan 2: Tiada kena-mengena dengan kreativiti)

Contoh 1:

“Abang duduk-duduk la dulu. Nak Kiah buatkan air? Abang nak air apa? Minuman sejuk ke panas?” Sekurang-sekurangnya redakan ketegangan dengan contoh dialog di atas. Apabila si suami dah tenang, rehat-rehat, barulah si isteri ni tadi ceritakan masalah atau perkara-perkara yang dia nak cakap tu. Tapi, jangan panjang lebar sangat…ringkaskan dan berusaha juga memberi pendapat untuk menangani masalah tertentu. Barulah harmoni rumahtangga, betul tak?

Contoh 2:

“Abang nak keluar dengan member jap pukul 3 nanti. Sal nak pesan apa-apa tak? Kalau ada apa-apa, nanti abang mesej tau. Sal pun kalau ada apa-apa jangan lupa call abang atau mesej ya,”

Ha, kan bagus macam ni. Keluar bagitau, tak ada la si isteri bengang si suami keluar rumah tak bagitau. Mesej pun haram…bahagianya kalau macam tu. Betul tak?


Kreativiti yang aku maksudkan di sini, bagaimana anda memikirkan sesuatu yang jarang anda lakukan tetapi memberikan kesan positif pada pasangan dan keadaan sekeliling. Misalnya, kalau si isteri tu tak pandai masak…belajar le memasak, kan banyak buku-buku resipi jual kat kedai buku? Tak pun, tengok rancangan masakan kat tv tu..berlambak-lambak program memasak yang senang kita nak ikut cara-cara dieorang masak. Bagi yang jenis masak benda yang sama je, belajarlah cuba masakan baru…atau resipi baru untuk menambat hati si dia. Makanan ni penambat selera! Tambahan lagi kalau si isteri yang masak, lagilah suami suka. Betul tak? Kalau tak sedap, jangan putus asa. Belajar dan pertingkatkan mutu atau kualiti memasak tu…lama-lama ok la tu. Yang penting, kita kena mencuba dan kreatif!

Contoh;

“Sejak akhir-akhir ni…abang selalu balik awal. Ni yang buat Kiah makin sayang kat abang ni!”

“Hehe..mestilah…Kiah masak sedap-sedap…tak sabar abang nak balik makan. Ada je resipi yang best-best ayang buat! Semalam ayang buat nasi beriani gam, ayam masak merah membara, dalca meletup, kerabu rock da world…sedap!!! Arini masak apa pulak?”

“Arini ayang masak nasi hujan rebut, kari kepala lembu, kerabu pucuk durian dengan jus mengkudu berempah!”

“Uiks, apo tu? Polik je abang dengar!”

“Hehe, Kiah gurau je la bang…bukak la tudung saji tu…spesel untuk abang!” (Sambil-sambil tu, boleh la bergurau-senda dengan pasangan kita..betul tak? Jadi, tak ada la bosan atau mendatar je perbualan tu!)- Rekaan semata-mata!

Contoh lain, dengan membuat kejutan! Kadang-kala kita tidak perlu romantik setiap masa…rimas gak kan? Tapi, kalau sekali-sekala kalau jadi mat romantik atau minah romantik apa salahnya? Surprise! Buat kejutan untuk si dia, ini tidak…masa bercinta je beria-ria…dah kahwin…haram tak buat…ni la masalah orang kita ni. Tak pandai hargai apa yang ada….susah-susah nak dapat, senang-senang je biarkan! Tak pandai nak jaga hati pasangan! Sebenarnya, tak ada istilah sebelum kahwin lain, selepas kahwin lain! Kalau kita sayang seseorang tu, sampai ke akhir hayat kita sayang dan kita jaga elok-elok. Tengok macam mat-mat saleh tu, sampai ke tua romantik dan caring. Tua-tua kerepot pun, pegang tangan bila berjalan…tak macam kita…dah tua, eh…segan laa..malu lah…dah sah apa salahnya. Tapi, jangan melebih-lebih pulak, bercumbu depan orang…tu dah melanggar tatasusila kita sebagai masyarakat Timur yang penuh dengan nilai moral dan sopan santun. Malu pun, biar bertempat! Ha, bagi si suami yang nak tambat hati isteri, apa salahnya memasak makanan kegemaran si dia? Mana lah tau, ia merupakan kejutan yang amat mengagumkan!

Selain itu, kita mestilah jaga penampilan. Baik lelaki ke, perempuan ke. Biar sentiasa nampak cantik dan kemas. Imej dan personaliti yang menarik mencairkan hati orang yang melihatnya. Jadi, tambatlah hati pasangan anda dengan melakukan perubahan yang menyenangkan! Yelah, penampilan yang sama, mungkin mencambahkan rasa bosan…manusiakan suka tengok sesuatu yang cantik…fitrah…cuba kelainan. Ingatlah, kita memang diciptakan sebagai makhluk Tuhan yang cantik, jagalah dan kekalkan kecantikan yang sedia ada. Maksud aku, bukan la buat botox atau masuk kolagen ke apa ke atau buang duit beribu-ribu dan buang masa berjam-jam kat SPA nak cantik dan menawan!…asalkan sedap mata memandang, dan tak nampak selekeh sudah memadai. Em, bukan untuk perempuan je tau…lelaki pun sama!

Ha, lagi satu...keliru dengan peranan! Kadang-kadang suami ni tak faham…ingat kerja rumah semua kerja perempuan…baik memasak, mengemas, jaga anak dan lain-lain lagi. Tolonglah…ingat perempuan tu kuli ke? Sama-sama lah buat kerja. Tambahan lagi, bagi pasangan yang kedua-duanya bekerjaya…balik kerja, si isteri nak kena layan anak lagi, suami lagi, nak jaga rumah lagi…kalau ada binatang ternakan atau haiwan peliharaan lagi lah sibuknya! Huhu…mungkin jarang-jaranglah. Yang si suami ni pulak, ada yang balik kerja terus goyang kaki…penat! Langsung tak mahu tolong si isteri ni tadi…mana lah tak mengamuk dan membebelnya perempuan ni tadi. Jadi, kesimpulannya..sama-samalah kena tolong-menolong…aman rumahtangga…betul tak?

Sebenarnya perilaku yang positif perlu disemai sejak kecil lagi ataupun senang citer hasil daripada didikan dan asuhan mak bapak. Jadi, mak bapak kenalah ambil peranan juga. Jangan manjakan anak sangat…ini tak boleh..ini tak boleh…eh..biar mak basuh pinggan tu, kamu letak je kat singki. Alhamdulillah, mujur abang-abang aku ni agak rajin menolong kat rumah. Tolong mengemas, membasuh, memasak dan lain-lain. Bulan-bulan pose ni, dieorang banyak tolong aku…bangun sahur, abang aku masak air, buat air, masak nasi…aku memasak yang lain-lain…samalah bila time berbuka…dieorang tolong hidangkan makanan dan macam-macam lagi laa. Pentingnya ada kesedaran dan juga kemahuan untuk berubah! Bukan nak cakap apa, ada juga lelaki-lelaki yang malas…masyaAllah…tak tahu nak cakap apa dah…ada tu, mak yang ambilkan pinggan tolong isikan nasi…bukannya si anak ni yang buat…udahle beso panjang…nak manja lagi ke? Pinggan tak basuh…ada tu letak atas meja je…lepas bangun tidur terus mandi, katil tak berkemas…masih harapkan mak…apa kes ni? Tuala letak merata-rata…kain pelekat lucut je atas lantai…tak diletakkan betul-betul…huhu! Berdasarkan kisah benar, ada kes penceraian yang hanya melibatkan perkara-perkara yang kecil dan remeh ni… si isteri bergaduh dengan suami pasal tuala dan macam-macam lagi. Adui…kelakar pulak bila dengar..tapi nak wat macam mana…itulah realiti kehidupan!

Masih belum berubah? Masih belum sempurna? Em, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan..tapi tidak menjadi salah kalau kita mencuba sedaya-upaya dan melakukan yang terbaik untuk memperbaik hubungan yang kian malap atau mengekalkan kebahagiaan yang pada asasnya milik bersama itu! Kita hanya mampu merancang, andainya gagal…kita cuba lagi. Tapi jangan pula merancang kegagalan!

Em, apa yang aku perkatakan tadi mungkin tidak menjawab persoalan cerpen aku tadi kan? Yelah, dalam cerpen aku yang atas tu tadi…si suami sangat sempurna di mata si isteri ni tadi…tetapi isteri yang buat hal. Sebenarnya, masalah yang mungkin tercetus berdasarkan cerpen tu mungkin si suami ni terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga kurang masa bersama isteri atau anak-anak. Si isteri nak juga perhatian daripada si suami walaupun si suami ni tadi dah bagi macam-macam kat si isteri ni tadi. BUT LACK OF CARE AND LOVE! Kurang perhatian dan kasih sayang mungkin! Jadi, si isteri yang mungkin terasa layanan lelaki lain lebih baik ni tadi terjebak dalam lembah kehinaan lagi dilaknat oleh Tuhan. (Bagi perempuan-perempuan yang tak fikir dosa dan pahala je). Wallahualam…

Akhir sekali pesan aku…dalam apa-apa juga perkara ingat satu je…dalam hidup berumahtangga ni…kita kena terima pasangan kita seadanya…baik dan buruk dia… kelebihan dan kekurangan dia…sebab…semua manusia tidak sempurna melainkanNya.. Anggaplah pasangan kita lebih daripada seorang isteri/suami…anggaplah dia sebagai teman yang sentiasa mendengar dan memahami kita seadanya….sebagai guru untuk menegur kita sekiranya ada salah dan silap…sebagai kekasih untuk bermanja dan meluahkan rasa! Jangan sayangi dirinya seperti bunga…kerana bunga walaupun mekar indah dipandang tetapi akan layu juga akhirnya…sayangilah ia seperti air yang mengalir…sesegar sentuhan mata…menjadi bekalan untuk terus hidup! (Waduh, puitisnya ayatku ini!). Keikhlasan juga penting dalam sesebuah hubungan. Rasa kasih dan sayang yang ikhlas setulus hati mencambahkan suatu hubungan jangka masa yang panjang…insyaAllah hingga ke akhir hayat….sekian saja…wallahualam…hanya pendapat aku semata-mata…tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati…huahuahua=p
Ada satu citer yang agak best kat bawah ni…so LAYANNN….

Senarai Kekurangan Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.


"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.


Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?..

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."