Wednesday, November 19, 2008

APABILA KISAH PERIBADI DIJAJA...

Asslamualaikum wbt…

Tergerak hati ni nak meluahkan rasa kepada segelintir manusia-manusia di luar sana yang masih belum mendapat “anjakan paradigma” yang sewajarnya! Begitu rendahnya maruah diri sehinggakan dengan mudahnya menjaja kisah peribadi ataupun koleksi-koleksi gambar yang agak peribadi kepada umum. Apa nak jadi agaknya? Itulah manusia kalau dah tak pandai menggunakan istilah “malu” dalam diri. Siapa? Adakah mereka daripada golongan celebriti? Yaa…sudah semestinya dan tidak ketinggalan juga golongan orang biasa macam kita ni…

CERITA 1:

Kecanggihan teknologi digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Kemunculan Facebook, Friendster, Myspace, blog-blog peribadi mendedahkan segala-galanya tentang individu terbabit tanpa ada rasa sekelumit malu dalam diri mereka mengundang spekulasi negatif dalam kalangan orang yang melihat dan membacanya. Maksud aku di sini, mendedahkan perkara yang tak sepatutnya umum tahu…halnya kerana itu terlalu peribadi! Em, bercerita pasal tentang ni…aku adalah tengok facebook beberapa celebriti yang mungkin dikenali ramai le juga. Nama pun celebriti…tak sah kalau tak letak sesuatu yang sensasi betul tak? Apalah nak dibanggakan sangat dengan benda yang tak senonoh tu? Sensasi daripada sudut kehidupan sosial mereka yang aku maksudkan di sinilah. Mula-mula aku macam tak percaya lah seorang celebriti ni yang aku rasa dia ni macam ok jelah...dah kawin…ada anak pun…Islam lagi tu…tengok facebook, masyaAllah…terkejut aku. Lain daripada apa yang aku bayangkan. Boleh pula letak gambar-gambar sosial yang aku rasa kurang manis untuk dilihat laa. Aku kepelikan seketika memikirkan peranan sebenar si suami celebriti ni tadi dalam konteks mendidik dan membimbing isteri dan keluarga ke jalan yang sepatutnya. Secara peribadi, memang aku rasa tak wajar la mana-mana celebriti atau siapa-siapa jelah mendedahkan tentang diri mereka yang boleh mendatangkan fitnah apabila mereka dilihat sebagai sesuatu yang mengaibkan. Sebagai contoh lain la, gambar memegang tin arak…berpakaian tidak senonoh…menghadiri parti sosial…adakah wajar ditayang-tayang macam tu je? Ada otak fikirlah sikit…jadilah seseorang yang sensitif dan lebih peka terhadap sekeliling. Awak tu kadang-kadang menjadi ikutan atau idola. Jadi, jagalah budi pekerti seperti mana yang dituntut dalam agama.

Nabi s.a.w bersabda: “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air yang mencairkan gumpalan salju. Sedangkan perangai buruk merosakkan amal salih seperti cuka yang merosakkan madu,”- Riwayat Al-Baitaqi

CERITA 2:

Em, kisah-kisah peribadi tetap peribadi bagi aku untuk dikongsilah. Kalau nak cerita pun, biarlah bertapis-tapis. Pada pendapat aku, kisah-kisah rumahtangga atau yang seangkatan dengannya tak wajar disensasikan walaupun kita mengalami saat-saat getir atau keadaan yang betul-betul beremosi. Ingat…banyak hati yang perlu dijaga. Maruah paling penting…menjaga maruah seseorang yang masih bergelar suami @ isteri ketika itu perlu dititik beratkan walaupun macam-macam hal yang menyakitkan hati dia pernah buat kat kita la. Memang tak dinafikan perasaan marah, geram, menyelubungi diri. Tapi keadaan itu boleh dikawal. Tak tahulah nak cakap macam mana…zaman sekarang semua perkara macam dah tak ada sempadannya lagi. Dunia je tanpa sempadan, bagi aku manusia perlu ada batas-batasnya…bukan main redah je. Wartawan pun dah memang tugas dia cari info untuk buat cerita…tapi biarlah ada batasnya “mereka-mereka” ni. Kenalah hormat pendirian dan prinsip orang lain juga. Manusia tanpa pendirian dan prinsip sangatlah menyedihkan! Sifat malu perlu ada supaya kita tak terdorong untuk melakukan sesuatu yang di luar kawalan sebagai kesimpulannya. . (Kisah siapa? Fikir sendiri..yang pastinya bukan Kisah Kaisara ok!)

Di sebalik cerita 2:

Pentingnya kesabaran dalam kes-kes macam ni. Memang manusia mempunyai tahap kesabaran-kesabaran yang tersendiri, tapi hakikatnya kesabaran itu boleh dikuatkan berlandaskan iman yang teguh di dalam jiwa!

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

Nabi s.a.w bersabda: “Bukannya ukuran kekuatan seseorang dengan bergelut. Orang kuat sebenarnya ialah yang mampu mengendalikan dirinya di waktu marah,” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w juga bersabda: “Hendaknya engkau lebih banyak diam, kerana hal itu akan dapat mengusir syaitan, dan membantumu dalam urusan agamamu”- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Paling penting, apa-apa pun yang berlaku kita perlu bersedia untuk melupakan dan memaafkan…semua ni dituntut dalam agama juga. Janganlah kita tidak memaafkan individu yang pernah berbuat salah dengan kita sekiranya dia memang ikhlas mahu meminta maaf daripada kita.

Nabi s.a.w. bersabda; “Barang siapa yang dimintai maaf dan tidak mahu memberikannya, orang itu tidak akan dapat minuman dari telagaku nanti di syurga.” (Riwayat At-Tabrani)

Dan ingatlah kita kena terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan olehNya,

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” –Surah al Qamar ayat 49.

Aku nak minta maaf kerana mungkin apa yang aku utarakan semua ni melukai dalam senyap kepada individu-individu yang mungkin terasa. Ini hanyalah luahan rasa dan pendapat aku saja. Lain orang, lain rasanya. Lain orang, lain gayanya. Terpulanglah kepada diri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ingatlah, yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kekhilafan kita sendiri. Ada telinga mendengar, ada mata melihat, ada lidah merasa….ada otak, fikirlah sendiri! Apa-apapun, ingatlah peranan masing-masing. Aku sebagai suami…apa fungsi aku sebenarnya? Aku sebagai isteri apa peranan aku? Aku sebagai bapa apa peranan aku? Aku sebagai ibu apa fungsi aku? Aku sebagai abang…anak lelaki dalam keluarga apa yang aku perlu lakukan untuk membimbing ibuku dan adik-adikku apabila ayah sudah meninggal kelak? Aku sebagai seorang celebriti, apakah aku contoh terbaik pada orang-orang yang melihat diriku? Jawablah…jawab… Kita semua tidak sempurna pada dasarnya, yang sempurna hanya Allah SWT. Tetapi hidup ini banyak pilihan dan hala tuju, kita yang mencorakkannya dan menentukan kehidupan kita sebenarnya. Perlunya ada sedikit simpati pada diri sekiranya anda gagal membuat perubahan positif pada diri. Sekian…wallahualam…

0 comments :