Wednesday, November 19, 2008

APABILA KISAH PERIBADI DIJAJA...

Asslamualaikum wbt…

Tergerak hati ni nak meluahkan rasa kepada segelintir manusia-manusia di luar sana yang masih belum mendapat “anjakan paradigma” yang sewajarnya! Begitu rendahnya maruah diri sehinggakan dengan mudahnya menjaja kisah peribadi ataupun koleksi-koleksi gambar yang agak peribadi kepada umum. Apa nak jadi agaknya? Itulah manusia kalau dah tak pandai menggunakan istilah “malu” dalam diri. Siapa? Adakah mereka daripada golongan celebriti? Yaa…sudah semestinya dan tidak ketinggalan juga golongan orang biasa macam kita ni…

CERITA 1:

Kecanggihan teknologi digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Kemunculan Facebook, Friendster, Myspace, blog-blog peribadi mendedahkan segala-galanya tentang individu terbabit tanpa ada rasa sekelumit malu dalam diri mereka mengundang spekulasi negatif dalam kalangan orang yang melihat dan membacanya. Maksud aku di sini, mendedahkan perkara yang tak sepatutnya umum tahu…halnya kerana itu terlalu peribadi! Em, bercerita pasal tentang ni…aku adalah tengok facebook beberapa celebriti yang mungkin dikenali ramai le juga. Nama pun celebriti…tak sah kalau tak letak sesuatu yang sensasi betul tak? Apalah nak dibanggakan sangat dengan benda yang tak senonoh tu? Sensasi daripada sudut kehidupan sosial mereka yang aku maksudkan di sinilah. Mula-mula aku macam tak percaya lah seorang celebriti ni yang aku rasa dia ni macam ok jelah...dah kawin…ada anak pun…Islam lagi tu…tengok facebook, masyaAllah…terkejut aku. Lain daripada apa yang aku bayangkan. Boleh pula letak gambar-gambar sosial yang aku rasa kurang manis untuk dilihat laa. Aku kepelikan seketika memikirkan peranan sebenar si suami celebriti ni tadi dalam konteks mendidik dan membimbing isteri dan keluarga ke jalan yang sepatutnya. Secara peribadi, memang aku rasa tak wajar la mana-mana celebriti atau siapa-siapa jelah mendedahkan tentang diri mereka yang boleh mendatangkan fitnah apabila mereka dilihat sebagai sesuatu yang mengaibkan. Sebagai contoh lain la, gambar memegang tin arak…berpakaian tidak senonoh…menghadiri parti sosial…adakah wajar ditayang-tayang macam tu je? Ada otak fikirlah sikit…jadilah seseorang yang sensitif dan lebih peka terhadap sekeliling. Awak tu kadang-kadang menjadi ikutan atau idola. Jadi, jagalah budi pekerti seperti mana yang dituntut dalam agama.

Nabi s.a.w bersabda: “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air yang mencairkan gumpalan salju. Sedangkan perangai buruk merosakkan amal salih seperti cuka yang merosakkan madu,”- Riwayat Al-Baitaqi

CERITA 2:

Em, kisah-kisah peribadi tetap peribadi bagi aku untuk dikongsilah. Kalau nak cerita pun, biarlah bertapis-tapis. Pada pendapat aku, kisah-kisah rumahtangga atau yang seangkatan dengannya tak wajar disensasikan walaupun kita mengalami saat-saat getir atau keadaan yang betul-betul beremosi. Ingat…banyak hati yang perlu dijaga. Maruah paling penting…menjaga maruah seseorang yang masih bergelar suami @ isteri ketika itu perlu dititik beratkan walaupun macam-macam hal yang menyakitkan hati dia pernah buat kat kita la. Memang tak dinafikan perasaan marah, geram, menyelubungi diri. Tapi keadaan itu boleh dikawal. Tak tahulah nak cakap macam mana…zaman sekarang semua perkara macam dah tak ada sempadannya lagi. Dunia je tanpa sempadan, bagi aku manusia perlu ada batas-batasnya…bukan main redah je. Wartawan pun dah memang tugas dia cari info untuk buat cerita…tapi biarlah ada batasnya “mereka-mereka” ni. Kenalah hormat pendirian dan prinsip orang lain juga. Manusia tanpa pendirian dan prinsip sangatlah menyedihkan! Sifat malu perlu ada supaya kita tak terdorong untuk melakukan sesuatu yang di luar kawalan sebagai kesimpulannya. . (Kisah siapa? Fikir sendiri..yang pastinya bukan Kisah Kaisara ok!)

Di sebalik cerita 2:

Pentingnya kesabaran dalam kes-kes macam ni. Memang manusia mempunyai tahap kesabaran-kesabaran yang tersendiri, tapi hakikatnya kesabaran itu boleh dikuatkan berlandaskan iman yang teguh di dalam jiwa!

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

Nabi s.a.w bersabda: “Bukannya ukuran kekuatan seseorang dengan bergelut. Orang kuat sebenarnya ialah yang mampu mengendalikan dirinya di waktu marah,” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w juga bersabda: “Hendaknya engkau lebih banyak diam, kerana hal itu akan dapat mengusir syaitan, dan membantumu dalam urusan agamamu”- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Paling penting, apa-apa pun yang berlaku kita perlu bersedia untuk melupakan dan memaafkan…semua ni dituntut dalam agama juga. Janganlah kita tidak memaafkan individu yang pernah berbuat salah dengan kita sekiranya dia memang ikhlas mahu meminta maaf daripada kita.

Nabi s.a.w. bersabda; “Barang siapa yang dimintai maaf dan tidak mahu memberikannya, orang itu tidak akan dapat minuman dari telagaku nanti di syurga.” (Riwayat At-Tabrani)

Dan ingatlah kita kena terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan olehNya,

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” –Surah al Qamar ayat 49.

Aku nak minta maaf kerana mungkin apa yang aku utarakan semua ni melukai dalam senyap kepada individu-individu yang mungkin terasa. Ini hanyalah luahan rasa dan pendapat aku saja. Lain orang, lain rasanya. Lain orang, lain gayanya. Terpulanglah kepada diri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ingatlah, yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kekhilafan kita sendiri. Ada telinga mendengar, ada mata melihat, ada lidah merasa….ada otak, fikirlah sendiri! Apa-apapun, ingatlah peranan masing-masing. Aku sebagai suami…apa fungsi aku sebenarnya? Aku sebagai isteri apa peranan aku? Aku sebagai bapa apa peranan aku? Aku sebagai ibu apa fungsi aku? Aku sebagai abang…anak lelaki dalam keluarga apa yang aku perlu lakukan untuk membimbing ibuku dan adik-adikku apabila ayah sudah meninggal kelak? Aku sebagai seorang celebriti, apakah aku contoh terbaik pada orang-orang yang melihat diriku? Jawablah…jawab… Kita semua tidak sempurna pada dasarnya, yang sempurna hanya Allah SWT. Tetapi hidup ini banyak pilihan dan hala tuju, kita yang mencorakkannya dan menentukan kehidupan kita sebenarnya. Perlunya ada sedikit simpati pada diri sekiranya anda gagal membuat perubahan positif pada diri. Sekian…wallahualam…

FUNGSI-FUNGSI ROH???

Assalamualaikum wbt….

Post aku kali ni nak menyentuh tentang “Apakah nikmatnya fungsi-fungsi roh yang baik dan mudaratnya jika sebaliknya(buruk)”. Em, berdasarkan tajuknya pun kita mesti tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan ni…betul tak? Sebenarnya aku tergerak hati nak kongsi sikit pengisian-pengisian yang ada dalam buku yang bertajuk, “Siapalah Aku?” oleh Mokhtar Jamil dan disusun oleh Dr.Jusoh bin Kadir. Siri bacaan agama tambahan murid-murid sekolah sebenarnya…actually buku ni aku dapat masa aku sekolah rendah lagi dan semestinya pengisian jiwa yang ada dalam buku ni mematangkan walaupun untuk budak-budak sekolah. Ilmu yang sebegini meliputi skop yang luas dan yang pasti sesuai untuk dibaca oleh semua golongan sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Jom baca…=)

Hikmahnya kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang baik adalah seperti:

1. Makan : Untuk hidup atau keperluan kesihatan
2. Hiburan : Menyenangkan bukan melalaikan.
3. Bermain : Kemesraan bukan pertaruhan.
4. Tidur : Kerehatan bukan sumber malas.
5. Bakat : Dikemukakan bukan dibanggakan.
6. Ibadat : Ikhlas.
7. Warak : Semakin berasa bersalah kepada Allah SWT.
8. Ilmu : Terasa kekurangan.
9. Kaya : Pemurah.
10. Marah : Luahan mendidik.
11. Pangkat : Memberkatkan.
12. Hidup : Mulia.
13. Mati : Beriman.

Mudaratnya kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk seperti:

1. Makan : Dengan sekenyang-kenyangnya.
2. Hiburan : Melalaikan.
3. Bermain : Pertaruhan (berjudi)
4. Tidur : Menyuburkan sifat malas.
5. Bakat : Mendewakan diri.
6. Ibadat : Terburu-buru.
7. Warak : Bersifat maksum.
8. Ilmu : Disembunyikan.
9. Kaya : Tamak.
10. Marah : Pendemdam.
11. Pangkat : Memikat kejahatan.
12. Hidup : Menakutkan orang yang beriman.
13. Mati : Tergolong dalam manusia yang rugi.
Jadi, kita tergolong dalam fungsi roh yang bagaimana? Oleh itu, sama-samalah kita munasabah diri seketika bagi menjawab persoalan ini…wallahualam…Em, bagi menerangkan lagi persoalan berkaitan peranan fungsi-fungsi roh…jawapannya adalah:

a. AKAL sebagai PENIMBANG
b. PERASAAN sebagai PERASA
c. FIKIRAN sebagai PENILAI
d. HATI sebagai PENUNTUT/PEMINTA
e. NAFSU sebagai PERANGSANG
Pertanyaan:

Bagaimanakah peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang baik???

a. AKAL : Mengimbangi fitrah manusia.
b. PERASAAN : Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada yang lain.
c. FIKIRAN : Meneroka kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
d. HATI : Berupaya melihat yang tersirat.
e. NAFSU : Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

Pertanyaan:

Apa akan terjadi kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk???

a. AKAL : Menjadi gila @ gila di dalam kewarasan. (Tidak tetap pendirian).
b. PERASAAN : Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa dll.
c. FIKIRAN : Sentiasa merancang kejahatan.
d. HATI : Menyukai keburukan.
e. NAFSU : Menuntut kepuasan tanpa batas.

Pertanyaan: (Paling asas)

Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan roh???

Jawapannya…TIDAK! Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia dan hilang bila manusia itu mati. Manakala roh tidak akan mati dan menempuh kehidupan di alam barzakh dan akhirat. Allah SWT berfirman dalam Surah al Israa ayat 85 bermaksud; “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah. Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.
Kesimpulannya: “Tidak Aku berikan pengetahuan melainkan sedikit”…yang sedikit itulah perlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi roh itu tadi. =)
Sumber: Buku berjudul Siapalah Aku?- Dr.Jusoh bin Kadir

Saturday, November 15, 2008

Dari Hati ke Hati....

Assalamualaikum....

Em, aku menghadapi saat-saat yang mengelirukan sekarang. Mungkin terlalu peribadi untuk dikongsi di sini...cuma aku berharap suatu masa dan ketika aku lebih memahami dan mengerti apa yang sedang bermain dalam fikiran dan menyelami perasaan ini dengan penuh pengertian...kalaulah aku ni seorang mentalis kan best...boleh baca fikiran orang kan? Psiko-psiko orang ke...haha...aku ni pandai gak psiko-psiko orang ni...kawan-kawan pun cakap aku terer gak psiko-psiko ni...tapi entah macam mana aku di dalam satu situasi yang sukar nak memahami seseorang ni laa....em..siapa? Biarlah rahsia...huahuahua...well, kita tengok dan lihat jelah. Buat masa ni...memang susah la untuk aku meredakan perasaan yang tak keruan ni. Aku keliru!!! Aku keliru dengan diriku sendiri dan semestinya orang yang aku maksudkan itu. Kalaulah dia faham aku....dan aku dapat memahami dia...aman rasanya....=)

MY FEVERET SONGS...(FOR NOW)

Lirik Lagu Kerispatih - Bila Rasaku Ini Rasamu

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Back To Reff:

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

powered by lirik lagu indonesia


Lirik Lagu DMASIV - Cinta Ini Membunuhku

dmasiv lirik - cinta ini membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff

…. Wooo…Uuhh…Haaa…

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Video Klip DMasiv - Cinta Ini Membunuhku

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Thanks to palermo_2nd[at]elkom.net for this Lyrics


powered by lirik lagu indonesia


Jason Mraz - Lucky Lyrics

jason mraz lyric

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

[ thanks to yaya_abrahman[at]yahoo.com for submit this lyric ]

powered by lirik lagu indonesia


LUCKY- JASON MRAZ FT COLBIE CAILLAT




FALL FOR YOU- SECONDHAND SERENADE

Monday, November 3, 2008

LIVE UR LIFE- By Myself ('',)

Life is something wonderful to think about. Actually, there is no other ways to success without effort from us...it’s all about commitment! The way you react with differ environment, situations and conditions seems to be so difficult, right? When I was a child, I keep telling myself to be someone who I admire the most! I always dream to be an extraordinary! I love to get rich! Haha…It’s sound wow!!! Em, it’s up to you to create your own ways! Make your dream comes true! Be what ever you want to be! As long as it didn’t troublesome everyone around you! Be adaptable and live simply but make yourself worth ok!

Love? As a human being, we can’t stop ourselves to fall in love with someone who we think he/she is suitable for us. Sometimes, it really drives you crazy. What is the meaning of love to you? Love means that you have strong feeling of affection for someone and you care all about her/him. Em, you feel that he/she is the right person for you…soul mate maybe! He/she could always be beside you in what ever situations and will able to accept you without so many questions laa. Do you adore someone who is perfect? Wow, Mr. Perfect! Miss Perfect! Say bubye to all these things ok! Nobody is perfect…except He is the only…God! Look into the mirror…and say cheese!!! =p I’m not perfect! So, I’m intentionally wanna to find someone who can complete my life and of course he/she could be a memorable thing to be remembered forever! I’m wondering if I could be like her…she already found her real life! I’m so proud of you girl! (Tukar topik la pulak!) Her??? My old friend laa…She has changed! I love the new version of her! =) I’m hoping that someday…I will be like her too….=) InsyaAllah, God Willing! My advise, just befriend with everyone. One day, you will find your truly soul mate and once you get it…don’t ever let it go!

Life is not always smooth as we are think about. Sometimes, it’s really challenging and almost makes us feel disappointed when our desire can’t be achieved. Live your life!!! Dun ever give up! Even once! You will suffer for entire of your life if you always set up moron stuff inside your mind! Get all the frustrated things out of you right now! Unleash your confidence and chill out guys! Smile even you feel so miserable inside! Just pretending that you are ok!!! I’m fine…no big deals! It doesn’t mean that you are good pretender! Just trying to give yourself some space to realize that you deserve the best things in life! Nervous breakdown??? Cheesed off? Just pray to God…He will always beside you and keep blessing you if you are still with Him. Of course as a Muslim, we pray to Allah and always need a guidance to make our journey become smooth, rite?

Some people avoid hearing anything that sound to motivate. What do you think? Do you think that he/she is already motivated? I don’t think so. Em, maybe some of them feel comfortable to motivate themselves without trying to accept any better suggestions or ideas from the others. Or maybe they really need helps from the others but they are full with egos? Sometimes, we need to share something with the others. Otherwise, just be alone and then going nuts! It’s harder to breathe sometimes…perhaps there are so many things to think about! This is all about life babe!

TOMYUM SOUP FOR MY SOUL ACTUALLY…NGEH3…=P (For You too!)

“No one can go back and make a brand new start! Anyone can start from now and make a brand new ending! God didn’t promise days without pain, Laughter without sorrow, Sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears and light for the way!”

“When something happens to you, good or bad, consider what it mean! There’s a purpose to life’s events, to teach you how to laugh more or not too cry hard! You can’t make someone love you, all you can do is being someone who can be loved, and the rest is up to the person to realize your worth!”

“When you truly care for someone, you don’t look for answers, you don’t’ look for mistakes. Instead, you fight the mistakes, you accept the faults and overlook the excuses.”

“The measure of love is when you love without measure. In life there are very rare chances that you’ll meet the person you love and loves you in return. So, once you have it don’t ever let it go, the chance might never come your way again!”

“Disappointments are like road humps, they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards. Don’t stay on the humps too long. Move on!!!”


“When you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight and be happy, because God is thinking something better.”

“Remember the five simple rules to be happy: free your heart from hatred, free your mind from worries, live simply, give more and expect less!”

Say bubye to the difficulties!!! Chill out!!!! God is always be with you dear!!!!

Malay version: Untuk post kali ini, aku saje2 try bakat menulis dalam bi nih…so, xda versi melayu laa…so, sorry la for any grammatical errors dalam post ni…redah ajer….huahuahua=). Ada ape2 komen, just drop je kat sini ok…kalo nak share sumthin’ join BORAK2…=) For the next post, I’ll promise it will be something interesting to read about…ngeh3…=)…wait n c….Tunggu!!!

Wednesday, October 8, 2008

Raya kali ini...



Assalamualaikum wbt….



Selamat Hari Raya…yeehaa…=) Raya kali ni bagi aku best seperti kebiasaan…tapi mungkin best sikit la kot sebab jumpa sorang member kamcing masa sekolah dulu2 yang sudah 4 tahun tidak kujumpa…huhu…terharunya! Hah, yang sedeynya dah tak dapat duit raya sangat weh…kuikuikui…dah beso kot agaknya…dieorang ingat aku dah koje…hoho=p


Em, seperti menjadi adat…aku dan famili beraya di kampung untuk raya pertama laa…balik Bota…Parit…raya umah sedara mara kat sana. Sebelum tu, p tanjung rambutan umah mentua ayong aku…makan je kejenya…hehe…tapi takpe…aku tetap maintain…hoho…raya ke2 lak, member2 sekolah ada mai…n of cos aku seronok sangat dapat jumpa Dilla…dah 4 tahun tak jumpa…aku bukan saja dapat jumpa dia…dapat jumpa suami n anak die yang kiut gler tu…banyak juga yang kami bualkan…especially perkembangan dia sekarang…rupa2nya dia dah pandai wat bekam n mengurut. Bolehlah aku gunakan khidmat dia pasni…tapi jauh le pulak…kat Melaka…dia dok Melaka skunk…n sedang mencari2 tempat yang sesuai untuk bukak pusat perubatan Islam…suaminya pulak pandai berubat orang2 yang sakit secara batin ni...menggunakan ayat-ayat suci al quran…penyakit2 yang melibatkan jin, saka, sihir n sebagainya juga ada. Masa mai umah ari2…ada juga tolong buatkan air penawar n berubatkan mak aku. Thanx a lot ya....=)


Raya ke3 aku pulak kuar dengan member2 sekolah beraya…hehe…pe2 pun member2 sekolah gak yang best kan…hehe…mengimbau kenangan masa sekolah2 dulu…citer2 pasal cikgu2…zaman nakal2 kami dulu…best sangat…=) Kidah, Azurin, Fadilah, Juana, Mashitah, Nadirah, Amalina. Aku la yang menjadi tunggak keceriaan…sebab aku ni suka buat lawak…sampaikan kawan aku ingat aku ni tak matang…aduyai…luaran je ok…aku memang macam 2…suka melawak…n tak suka serius2…nanti cepat bosan..betul x? Dieorang pon enjoy dengan aku…=) Kami beraya 2 buah keta…n semestinya pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila2.
Apa yang mungkin membuatkan kami frust cket…adalah…ada gak member2 sekolah yang dah kawin…tapi tak inform pun…sedeynya…sampai hati kan….huhu…paling2 koman, bagilah tau dah kawin…cian member aku yang penah kamcing giler dengan member yang dah kawin 2…tak patut! Tapi ada sesuatu yang buat aku lagi terasa…tentang seseorang yang betul2 rapat dengan aku since dari kecik lagi…n dengar2 citer melalui sumber yang boleh dipercayai…dia nak kawin…aku rasa terkilan le juga…sebab dia tak bagitau aku…aku tau dia ada masalah2 tertentu…tapi aku tak rasa dengan berkahwin dapat menyelesaikan masalah dia…mungkin lagi menyulitkan keadaan…em, tak pe la…orang dah tak sudi nak dengar pendapat kita…nak wat macamana…aku wat bodo je…anggap macam aku tak penah tau citer tu…even dalam hati…aku terkilan, kecik ati tau…aku tau dia ni jenis perahsia…well, aku dah tak kisah…janji bila dah kawin…at least inform aku…itu je harapan aku. Mulai sekarang…biarlah rahsia…aku pun sama..barulah adil kan? Ewaahh…=p (Sape??? Korang tak perlu tau…=)


Kali ni banyak juga dapat undangan open house…huhu…takpe…aku jenis kuat makan..so,layaann…=) rumah aku sentiasa open…tak de specific day untuk open house…tapi ok je wat open house…layan sekali harung je kan? Em, dengar2 citer dari sedara aku ni…pangkat jiran juga la…ada cadangan nak wat perhimpunan sesame saudara dari keturunan kami ni…maksud aku dari keluarga Syed laa…best gak…yelah, kadang2 tak bape nak kenal sedara2 or famili2 yang ada bau2 bacang ni…nak juga berkenal-kenalan…hopefully, cadangan tu akan dilaksanakan..hehe=) Mana tau ada jodoh dengan Syed ka..haha…al maklumlah…akak2 aku kawin dengan orang yang bukan syed…well, kami tak kisah…jodoh kan ketentuan yang maha Esa…terimalah seadaNya. Tapi ada juga yang orang2 yang mementingkan keturunan2 ni…terpulanglah pada tuan punya badan, betul tak? Bab2 jodoh ni aku tak kisah sangat.


Em, raya ke 5 aku bertolak p KL…ikut abang aku dengan famili dia laa sebabnya keesokan arinya aku ada temuduga kat HQ Public Bank. Aduyai…jenuh aku dengan karenah anak-anak sedara aku weh…nak tido2 dalam keta pon tak ble coz dieorang buli mak su dia ni…nak wat cmane…dapat anak sedara yang hyper duper active…huhu =pJam teruk jugala awal2 tu…singgah jap kat tempat rehat, anak sedara aku sorang ni nak terkucil…beratur panjang sampai ke luar beb…hampir 35min baru jmpa pintu toilet…huh! Aku tak pernah alami situasi cam2…so terkezut jugelaa…Hurm, secara keseluruhan…temuduga aku berjalan dengan lancar, even adalah tergagap2 cket jawab soalan2 yang tertentu…huhu…adatla kan…adalah dalam 20min temuduga tu…n ada 2 panel yang interview aku. Ada rezeki adalah…kalau tak ada…ada hikmah d sebalik kejadian…think positive! =) Tapi kan…ada la sorang budak cina ni…pulun gle. Hafal macam2…aku jeling2…dia hafal corporate profiles and so on laa…aduyai…mula2 cuak juga la coz aku memang tak study langsung tentang public bank ni…aku target dieorang takkan tanya punya…n sangkaan aku tepat sekali…memang dia tak tanya. Apa yang aku expect akan d tanya…soalan 2 yang kuar..alhamdulillah…tapi ada juga la dia tanya soklan2 len yang aku tak jangka pon…aku banyak citer pengalaman praktikal kat bank rakyat n macamane bank 2 berfungsi mengikut unit2 dia la…actually semua bank sama je…yang berbeza pon maybe certain product n syarat2 dia je…tol x?


Apa lagi ek nak citer, haa…kawan aku ni…Ashari dapat jadi PTD weh…jelesnya…huhu. Cita2 aku sejak azali 2…xpelaa..dah rezeki dia…bertuahnya badan. Congrate yaa…semoga sukses selalu. Usaha tangga kejayaan…aku akan tetap berusaha nak jadi yang terbaik. InsyaAllah…=) Sampai sini jelah coretan aku kali ni…c yaa…wassalam…


p/s: Raya2 ni orang sibuk beraya kan? Kadang2 solat tu diringan2kan…make sure solat tak tinggal weh…ada setengah orang memang jenis yang solat…tapi kalau ada certain event…dia ringan2kan…ingat…solat tak ble qada’…qada’ dibenarkan kalo terlupa atau tertidur je...pompuan2 yang jenis make-up punya orang, make sure la bawak pencuci muka or tisu basah untuk lap mekap korang 2 kalo ke mana2 laa…senang nak solat…tapi aku pelik la…ada setengah2 orang yang jenis solat ni, bila p shopping ke, tengok wayang ke, solat dia tinggal2kan…em, ubahla sikap negatif tu ek…(apa aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat orang2 disekeliling). Aku pun jenis make-up juga, tapi biase2 je laa..kalau period (waktu xble solat) barulah aku beriya cket. Ada kes lain plak, pose penuh…solat tak penuh! Especially yang dah tua2 tu, kubur dah panggil mari weh…Sendiri mau ingat ek!

Saturday, September 27, 2008

Sayangilah Pasangan Anda!!!!


“Masihkah aku punya harapan?”tanya Aleeya sambil menatap gambar Shah yang masih terpegang erat.

Timbul rasa penyesalan yang mencengkam jiwanya, seolah-olah menusuk ke dalam sanubarinya sehingga dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipinya yang halus itu. Kelihatan dia mengetap bibir…mulutnya seakan-akan ingin berkata-kata lagi tetapi hatinya kini dirundum kecewa, sesalan yang tidak berkesudahan. Shah, suamiku! Maafkan Leeya, bang!

Dia begitu setia menyintaiku…dia memberikan apa saja yang aku impikan selama ini…tetapi aku telah menyalahgunakan kebaikan yang telah dia curahkan…Aku berlaku tidak adil padanya! Ya Allah, berdosanya aku! Terasa bahang kepanasan mula menyelubungi diri! Aku tak nak masuk neraka kerana ketidaktaatan aku pada suamiku! Aku sayangkan dia! Tetapi aku kerap kali menghampakan dia! Mengecewakan dia! Menyakitkan hatinya dalam senyap! Masih ada sinar kemaafan baginya untukku????

Tut…Tut…Tut…( Cerpen aku tergantung…)

Sebenarnya, saja-saja buat gimik je ni. Ala…cerita macam ni dah biasa kita dengar kan? Berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Ketidaksetiaan, kecurangan..(eh, sama la kan? Huhu). Tak kiralah, baik suami ke isteri ke, ada je kes-kes disloyalty ni…meranapkan rumah tangga. Ada pulak yang suami isteri yang ada kekasih masing-masing…MasyaAllah, dah teruk manusia-manusia zaman sekarang ni. Dah macam orang Barat. Sok, mengandung..keliru anak sape yang dikandungnya. Agak-agak apa sebabnya semua ni terjadi? Terhakiskah ilmu pengetahuan dan ilmu agama yang disemai sejak kecil lagi? Ataupun otak dah tak mampu nak berfikir secara logik dan rasional? Nafsu yang membuak-buak mengubah segalanya? Bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri! Aku pun tak faham lah dengan habit atau trend baru masyarakat sekarang ni. Ingatlah wahai si isteri, tak cium bau syurga menderhaka atau curang pada suami! Si suami pulak, tak bertanggungjawab! Isteri dan anak-anak kan tanggungjawab si suami untuk dijaga sebaik mungkin…kalau si suami pun buat hal jugak, apa citer ni?

Nasihat aku buat suami-suami dan isteri-isteri ni…jagalah rumah tangga tu baik-baik..ta k payah le nak pasang-pasang sparepart…dah ada isteri/suami nak ada kekasih juga ke? Bukan ke isteri/suami tu boleh bertindak sebagai kekasih/teman di sisi anda semua? Mungkin disebabkan kebosanan yang melampau agaknya! Tulah, bercinta lama sangat, dah kawin jemu lak! Benda yang halal, tak pandai nak pelihara! Yang haram juga nak dipuja! (Uhh, emo pulak dah) Tapi kan, aku cakap berdasarkan pengalaman sekeliling jugalah…tambah-tambah lagi dok tengok citer drama-drama kat tv tu...lagilah buat aku rasa nak meluahkan rasa ni. Mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan masalah sosial rumahtangga ini berlaku. Pada pendapat aku, punca yang aku rasa paling sesuai dan rasional adalah KEBOSANAN! Kebosanan meliputi skop yang boleh dikatakan luas jugalah. Disebabkan rasa BOSAN untuk sesetengah perkara menyebabkan si isteri/suami ni tadi dah tak pandai mengharmonikan rumahtangga yang telah dibina. Bosan mungkin dengan sikap negatif suami/isteri yang susah nak ubah! Bosan dengan karenah isteri/suami yang memang memeningkan kepala!

“Kau ni Kiah, asyik-asyik membebel je. Asal aku balik kerja, kau membebel! Boleh tak bagi aku duduk rehat-rehat dulu, dah la aku penat ni!”

“Abang ni, saya mesej tak berbalas…call tak angkat. Apa kena dengan abang ni? Ada handphone canggih, kredit ada…apa salahnya balas mesej saya! Dulu masa cintan-cintun dulu, hampir tiap saat nak mesej dan call saya! Kalau sibuk pun, at least bagitau saya sekali pun cukup...saya faham bang! Ni buat saya tertunggu-tunggu…tertanya-tanya je!”

“Minah, asyik-asyik gulai kari…lagi-lagi kari….tak ada gulai lain ke, Minah oii? Lama-lama muka aku naik jadi kari! Kau tak reti buat gulai lain ke?”

“Abang ni keluar tak bagitau, tup-tup terus je keluar. Pergi mana pun saya tak tahu. Nanti apa-apa berlaku kat abang, saya juga yang susah!”

Di atas merupakan dialog rekaan aku semata-mata untuk memberikan contoh fenomena yang berlaku dalam perhubungan suami isteri. Agak biasa mungkin, cuma aku edit je sikit. Antara sifat-sifat negatif yang ada pada suami dan isteri sebagai pencetus kepada pertelingkahan dan ketidaksefahaman…pada pendapat aku lah, tak tahu pulak la pada pendapat korang semua kan? Apa-apa pun, dalam menjalani kehidupan yang harmoni, setiap pasangan tu mestilah ada satu kreativiti dalam menghidupkan suasana yang seakan-akan pudar atau menceriakan keadaan yang mungkin semakin malap tu. Kreativiti ni penting supaya kita tak BOSAN!

(Contoh 1 dan 2: Tiada kena-mengena dengan kreativiti)

Contoh 1:

“Abang duduk-duduk la dulu. Nak Kiah buatkan air? Abang nak air apa? Minuman sejuk ke panas?” Sekurang-sekurangnya redakan ketegangan dengan contoh dialog di atas. Apabila si suami dah tenang, rehat-rehat, barulah si isteri ni tadi ceritakan masalah atau perkara-perkara yang dia nak cakap tu. Tapi, jangan panjang lebar sangat…ringkaskan dan berusaha juga memberi pendapat untuk menangani masalah tertentu. Barulah harmoni rumahtangga, betul tak?

Contoh 2:

“Abang nak keluar dengan member jap pukul 3 nanti. Sal nak pesan apa-apa tak? Kalau ada apa-apa, nanti abang mesej tau. Sal pun kalau ada apa-apa jangan lupa call abang atau mesej ya,”

Ha, kan bagus macam ni. Keluar bagitau, tak ada la si isteri bengang si suami keluar rumah tak bagitau. Mesej pun haram…bahagianya kalau macam tu. Betul tak?


Kreativiti yang aku maksudkan di sini, bagaimana anda memikirkan sesuatu yang jarang anda lakukan tetapi memberikan kesan positif pada pasangan dan keadaan sekeliling. Misalnya, kalau si isteri tu tak pandai masak…belajar le memasak, kan banyak buku-buku resipi jual kat kedai buku? Tak pun, tengok rancangan masakan kat tv tu..berlambak-lambak program memasak yang senang kita nak ikut cara-cara dieorang masak. Bagi yang jenis masak benda yang sama je, belajarlah cuba masakan baru…atau resipi baru untuk menambat hati si dia. Makanan ni penambat selera! Tambahan lagi kalau si isteri yang masak, lagilah suami suka. Betul tak? Kalau tak sedap, jangan putus asa. Belajar dan pertingkatkan mutu atau kualiti memasak tu…lama-lama ok la tu. Yang penting, kita kena mencuba dan kreatif!

Contoh;

“Sejak akhir-akhir ni…abang selalu balik awal. Ni yang buat Kiah makin sayang kat abang ni!”

“Hehe..mestilah…Kiah masak sedap-sedap…tak sabar abang nak balik makan. Ada je resipi yang best-best ayang buat! Semalam ayang buat nasi beriani gam, ayam masak merah membara, dalca meletup, kerabu rock da world…sedap!!! Arini masak apa pulak?”

“Arini ayang masak nasi hujan rebut, kari kepala lembu, kerabu pucuk durian dengan jus mengkudu berempah!”

“Uiks, apo tu? Polik je abang dengar!”

“Hehe, Kiah gurau je la bang…bukak la tudung saji tu…spesel untuk abang!” (Sambil-sambil tu, boleh la bergurau-senda dengan pasangan kita..betul tak? Jadi, tak ada la bosan atau mendatar je perbualan tu!)- Rekaan semata-mata!

Contoh lain, dengan membuat kejutan! Kadang-kala kita tidak perlu romantik setiap masa…rimas gak kan? Tapi, kalau sekali-sekala kalau jadi mat romantik atau minah romantik apa salahnya? Surprise! Buat kejutan untuk si dia, ini tidak…masa bercinta je beria-ria…dah kahwin…haram tak buat…ni la masalah orang kita ni. Tak pandai hargai apa yang ada….susah-susah nak dapat, senang-senang je biarkan! Tak pandai nak jaga hati pasangan! Sebenarnya, tak ada istilah sebelum kahwin lain, selepas kahwin lain! Kalau kita sayang seseorang tu, sampai ke akhir hayat kita sayang dan kita jaga elok-elok. Tengok macam mat-mat saleh tu, sampai ke tua romantik dan caring. Tua-tua kerepot pun, pegang tangan bila berjalan…tak macam kita…dah tua, eh…segan laa..malu lah…dah sah apa salahnya. Tapi, jangan melebih-lebih pulak, bercumbu depan orang…tu dah melanggar tatasusila kita sebagai masyarakat Timur yang penuh dengan nilai moral dan sopan santun. Malu pun, biar bertempat! Ha, bagi si suami yang nak tambat hati isteri, apa salahnya memasak makanan kegemaran si dia? Mana lah tau, ia merupakan kejutan yang amat mengagumkan!

Selain itu, kita mestilah jaga penampilan. Baik lelaki ke, perempuan ke. Biar sentiasa nampak cantik dan kemas. Imej dan personaliti yang menarik mencairkan hati orang yang melihatnya. Jadi, tambatlah hati pasangan anda dengan melakukan perubahan yang menyenangkan! Yelah, penampilan yang sama, mungkin mencambahkan rasa bosan…manusiakan suka tengok sesuatu yang cantik…fitrah…cuba kelainan. Ingatlah, kita memang diciptakan sebagai makhluk Tuhan yang cantik, jagalah dan kekalkan kecantikan yang sedia ada. Maksud aku, bukan la buat botox atau masuk kolagen ke apa ke atau buang duit beribu-ribu dan buang masa berjam-jam kat SPA nak cantik dan menawan!…asalkan sedap mata memandang, dan tak nampak selekeh sudah memadai. Em, bukan untuk perempuan je tau…lelaki pun sama!

Ha, lagi satu...keliru dengan peranan! Kadang-kadang suami ni tak faham…ingat kerja rumah semua kerja perempuan…baik memasak, mengemas, jaga anak dan lain-lain lagi. Tolonglah…ingat perempuan tu kuli ke? Sama-sama lah buat kerja. Tambahan lagi, bagi pasangan yang kedua-duanya bekerjaya…balik kerja, si isteri nak kena layan anak lagi, suami lagi, nak jaga rumah lagi…kalau ada binatang ternakan atau haiwan peliharaan lagi lah sibuknya! Huhu…mungkin jarang-jaranglah. Yang si suami ni pulak, ada yang balik kerja terus goyang kaki…penat! Langsung tak mahu tolong si isteri ni tadi…mana lah tak mengamuk dan membebelnya perempuan ni tadi. Jadi, kesimpulannya..sama-samalah kena tolong-menolong…aman rumahtangga…betul tak?

Sebenarnya perilaku yang positif perlu disemai sejak kecil lagi ataupun senang citer hasil daripada didikan dan asuhan mak bapak. Jadi, mak bapak kenalah ambil peranan juga. Jangan manjakan anak sangat…ini tak boleh..ini tak boleh…eh..biar mak basuh pinggan tu, kamu letak je kat singki. Alhamdulillah, mujur abang-abang aku ni agak rajin menolong kat rumah. Tolong mengemas, membasuh, memasak dan lain-lain. Bulan-bulan pose ni, dieorang banyak tolong aku…bangun sahur, abang aku masak air, buat air, masak nasi…aku memasak yang lain-lain…samalah bila time berbuka…dieorang tolong hidangkan makanan dan macam-macam lagi laa. Pentingnya ada kesedaran dan juga kemahuan untuk berubah! Bukan nak cakap apa, ada juga lelaki-lelaki yang malas…masyaAllah…tak tahu nak cakap apa dah…ada tu, mak yang ambilkan pinggan tolong isikan nasi…bukannya si anak ni yang buat…udahle beso panjang…nak manja lagi ke? Pinggan tak basuh…ada tu letak atas meja je…lepas bangun tidur terus mandi, katil tak berkemas…masih harapkan mak…apa kes ni? Tuala letak merata-rata…kain pelekat lucut je atas lantai…tak diletakkan betul-betul…huhu! Berdasarkan kisah benar, ada kes penceraian yang hanya melibatkan perkara-perkara yang kecil dan remeh ni… si isteri bergaduh dengan suami pasal tuala dan macam-macam lagi. Adui…kelakar pulak bila dengar..tapi nak wat macam mana…itulah realiti kehidupan!

Masih belum berubah? Masih belum sempurna? Em, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan..tapi tidak menjadi salah kalau kita mencuba sedaya-upaya dan melakukan yang terbaik untuk memperbaik hubungan yang kian malap atau mengekalkan kebahagiaan yang pada asasnya milik bersama itu! Kita hanya mampu merancang, andainya gagal…kita cuba lagi. Tapi jangan pula merancang kegagalan!

Em, apa yang aku perkatakan tadi mungkin tidak menjawab persoalan cerpen aku tadi kan? Yelah, dalam cerpen aku yang atas tu tadi…si suami sangat sempurna di mata si isteri ni tadi…tetapi isteri yang buat hal. Sebenarnya, masalah yang mungkin tercetus berdasarkan cerpen tu mungkin si suami ni terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga kurang masa bersama isteri atau anak-anak. Si isteri nak juga perhatian daripada si suami walaupun si suami ni tadi dah bagi macam-macam kat si isteri ni tadi. BUT LACK OF CARE AND LOVE! Kurang perhatian dan kasih sayang mungkin! Jadi, si isteri yang mungkin terasa layanan lelaki lain lebih baik ni tadi terjebak dalam lembah kehinaan lagi dilaknat oleh Tuhan. (Bagi perempuan-perempuan yang tak fikir dosa dan pahala je). Wallahualam…

Akhir sekali pesan aku…dalam apa-apa juga perkara ingat satu je…dalam hidup berumahtangga ni…kita kena terima pasangan kita seadanya…baik dan buruk dia… kelebihan dan kekurangan dia…sebab…semua manusia tidak sempurna melainkanNya.. Anggaplah pasangan kita lebih daripada seorang isteri/suami…anggaplah dia sebagai teman yang sentiasa mendengar dan memahami kita seadanya….sebagai guru untuk menegur kita sekiranya ada salah dan silap…sebagai kekasih untuk bermanja dan meluahkan rasa! Jangan sayangi dirinya seperti bunga…kerana bunga walaupun mekar indah dipandang tetapi akan layu juga akhirnya…sayangilah ia seperti air yang mengalir…sesegar sentuhan mata…menjadi bekalan untuk terus hidup! (Waduh, puitisnya ayatku ini!). Keikhlasan juga penting dalam sesebuah hubungan. Rasa kasih dan sayang yang ikhlas setulus hati mencambahkan suatu hubungan jangka masa yang panjang…insyaAllah hingga ke akhir hayat….sekian saja…wallahualam…hanya pendapat aku semata-mata…tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati…huahuahua=p
Ada satu citer yang agak best kat bawah ni…so LAYANNN….

Senarai Kekurangan Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.


"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.


Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?..

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."

Thursday, August 21, 2008

Konvokesyen d USM...('',)


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi kerana majlis konvokesyen aku berjalan dengan lancar hendakNya walaupun ada beberapa dugaan kecil aku lalui sebelum nak berkonvo. Perasaan aku bercampur-campur…gembira…sedih pun ada…macam-macam laa…sukar untuk digambarkan. Kadang-kadang nak tergelak pulak bila ingat balik detik-detik nak memasuki Dewan Tuanku Syed Putra tu. Nak dijadikan cerita lawak, aku boleh mengalami sakit perut yang teramat sangat sih, (nak wat investment lak time tu…hampeh!) =p

Kawan2 n family aku dah risau bangat melihat keadaanku yang tak seberapa tu…hampir melenyapkan mood aku jea. Itulah dugaan namanya. Aku p la toilet…tapi tak boleh lak nak invest…cis! Kelakar siot. Pastu terus la masuk dewan, marshal dah bising semua kena masuk dewan la tu jugak. Perut tengah tak stabil time tu, aku berzikir jelah sepanjang waktu bagi meredakan sakit perut. Pagi-pagi aku memang camtu, bukan kira ada event ke tak, dah memang time dia. Huhu=p Bukan menggelabah or watsoeva..berdebar-debar tu biasa laa…dah masuk dewan dah mula ok cket…n kadang2 memulas balik…last2 alhamdulillah dah stabil berkat doa aku yang tak putus2 semasa dalam dewan. Actually aku xberapa sihat disebabkan sesuatu!!! Orang2 tertentu yang tau..huhu…hampir seminggu aku menanggung keperitan, skunk dah kurang cket. Huhu…wateva laa..kepada yang tau tu, reti2 la zip mulut k! Hahaha=)

Cepat je masa berlalu aku kat USM selama seminggu. Jutaan terima kasih aku ucapkan kat Mira-ex rumate coz bagi aku menumpang kat bilik dia n tanggung aku breakfast sekali..eh, tak lupa jugak coz bagi saya surf dengan sepenuh hati masa berada kat Harapan....hehe=) sayang awak! Well, kenangan kite p tengok Meet Dave kt Queensbay ari2 akan tersemat dihati. (Sedihnyer berpisah dengan awak! U’r really nice fren,dear!) Em..well, thanks la kat fiza n shima coz tolong aku kenakan pe yang patut untuk persediaan memakai jubah n so on..tak mintak tolong marshal pun. Thanks gak kat Diha coz tolong aku pulangkan jubah n amik skrol n transkrip. Huhuhu...sayang kat ko gak! Semualah aku sayang...Nida juga...n banyak lagi laa. Kepada Ja @ Ashari, thanks belanja makan kat Hammer Bay malam 2..aku doakan ko semoga murah rezeki n aku doakan jodoh ko dengan Nida hendakNya...hehe=)

Syukur sangat2 coz waktu konvo ari2 cuaca ok...even panas bangat! Riso gak kot2 hujan...alhamdulillah. Berpeluh-peluh n berminyak2 muka time 2...maklumlah dengan cuaca yang panas ditambah pula dengan memakai jubah, ke hulu ke ke hilir berjalan n bergambar. Di sini, aku nak mengambil kesempatan mengucapkan berbilion n jutaan terima kasih dengan penuh kasih sayang kepada famili aku yang sudi datang meraikan konvokesyen aku...terharu sangat! Thanks for da beautiful roses n bear! I really appreciate it. Sayang kat Ayong, Nyah n Abg Caloi coz memberikan aku secebis kegembiraan yang bermakna dalam hidup aku. Abg Mamat tak dapat datang coz jaga Mak kat rumah, sayang kat dieorang gak! Sayangku melebihi lautan dan langit yang terbentang luas! Tak dapat diungkapkan dengan kata2. Kalo arwah abah ada, mesti die tumpang gembira n terharu dengan konvokesyen aku. Teringat kat dia...sedihnye...Thanks gak kat Abg Wan n Abg Sham call ucap tahniah. Including Nanie(maduku...haha), Abg Bedi, Dr Hashim, Kak Nor, Kak Yanti, Kak Fary, Faiz n byak lagi la weiii yang msg wish...thankz=) (Maaf kalo nama anda tak disenaraikan di sini...huhu..byk sgt!@ maybe da blacklisted? Haha...gurau je deh!)

Em, Kak Ima n Kak Maz....thanks sebab sudi menjenguk aku. Sayang kat kakak2ku tu...Thanks untuk Froggy n oso buku Keajaiban Al-Quran oleh Dr.Gary Miller pemberian Kak Ima. Fina hargainya...n of coz I’ll read it ok. Dun worry, tengah baca skunk. Well, thanks jugak kat member yang wish masa kami dok bergambar2…Arip, Nuar, Fizi, Abg Faizal, Cikgu Man n len2. Uhhh…sebenarnya ada gak rasa frust dihati ni..well, tak sesuai untuk aku ceritakan di sini. The main things is *******! Diha n Mira bengang ngan aku coz aku asyik cakap frust…frust… without telling them wat is actually in my mind at dat time! Haha..cian dieorang, tapi ayong aku dah tau weh! Tak boleh aku rahsia pe2 kat beliau!Ada laa beberapa perkara yang aku frust, tapi takpe laa…I should try to forget bout it…Only Allah understand me well! ‘La Tahzhan!’ Dun b sad, dear!

Kepada member2 yang aku tak sempat nak wish n bergambar, maaf bebanyak ek. Maklumlah, mengejar masa…lagipun, masing2 dengan famili masing2, so payah gak nak meet kan? Takpelah, sok2 ada rezeki jumpa la ek…hehe=) Well, ada member2 dah ada kerja…rezeki masing2 kan? Doakan la kami yang masih mencari2 ni…hehe=) Ari2 ada interview aku x p lak, jauh cket. Wat masa ni, aku jaga mak sementara tidak bekerja n mencari2 orang untuk jaga mak b4 aku kerja nanti. Jadi surirumah yang berdedikasi n komited. Haha=pDoakan aku semoga sukses selalu yaa…=)

Seperti biasa sebelum aku menutup bicara, ada ayat-ayat yang ingin aku kongsikan bersama. Ayat ni mungkin biasa kita dengar or kita pernah membacanya sebelum ini; thanks again Kak Ima coz mengingatkan Fina kembali akan baris2 ayat yang penuh bermakna nie…ayat2 ni Kak Ima tulis kat buku yang K.Ima bagi masa konvo ari2 laa. Ayatnya berbunyi;

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah kepada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.=)”

Ayat ni akan selalu kupegang…InsyaAllah. Dengan setiap dugaan yang mendatangi diri ini sebelum, sekarang dan selepas ini, membuat aku lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa...Semoga aku dapat meraih keberkatan dariNya, InsyaAllah.

Dalam sebuah hadith ada menyebut: “Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan untuk setiap kesempitan dan jalan keluar untuk setiap kesulitan.”. Jadi, sama2 lah kita sentiasa beristighfar bagi meraih kehidupan yang lebih baik hendakNya.

Sampai di sini sahaja buat masa ini, doakan kejayaan dan kebahagiaan bersama. InsyaAllah, niat nak sambung master ada…mungkin 2 tahun akan datang, InsyaAllah. Doakan aku agar dikuatkan semangat dan diberikan kecekalan hati bagi menempuh perjalanan yang mendatang. Ameen…=)

Wassalam=) C yaa!

Msg: Kepada yang terasa, (ntahlaa..sape ek?) Y u do dis 2 me, hah? Frust tau….frust sangat2!!! By da way, it’s ok…=) I’m hepi 4 now…uweksss=p (Macam budak2 je aku ni kan? Kuikuikuikui (“,). Mira…diha…nida…juz 4get jela pe yang aku ckp ek, xguna frust2 ni actually…huhu..aku je ter’emo time 2..haha=) “Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung2 tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi”-Imam Malik…Well, aku da lega skunk…(“,)

Tuesday, August 12, 2008

NICE LYRICS...=)

WHEN YOU LOOK ME IN THE EYES- JONAS BROTHERS

If the heart is always searching
Can you ever find a home?
I've been looking for that someone
I never make it on my own


Dreams can't take
The place of loving you
There's gotta be a million reasons
Why it's true


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
I find my paradise
When you look me in the eyes


How long will I be waiting
To be with you again?
I'm gonna tell you that I love you
In the best way that I can


I can't take a day without you here
You're the light that make my darkness disappear


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
I find my paradise
When you look me in the eyes


Movin' on, I start to realize
I can reach my tomorrow
I can hold my head up high
And it's all because you're by my side


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When I hold you in my arms
I know that it's forever
I just got to let you know
I never wanna let you go


'Cause when you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
Oh, I find my paradise
When you look me in the eyes, oh, yeah, ah





AKU PUNYA KAMU- FAIZAL TAHIR


Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu



Saje2 paste lirik lag
u ni...sebab? Sebab aku suka lee...uhuhuh=p

Monday, August 11, 2008

Apa citer Fina????

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar semua? Semoga berada dalam lindunganNya selalu. Sudah lama juga aku tidak menyinggah mencoretkan cerita ataupun artikel di sini. Maklumlah, sibuk sikit sebab sebelum ni praktikal selama 3 bulan kat Bank Rakyat. Kalau pergi CC pun, tak sempat nak update blog...sibuk mencari maklumat dan mendownload lagu jea...haha=p


Perkembangan terbaru aku sekarang....menunggu masa untuk konvokesyen 17hb Ogos ni..Insyaallah...Semoga detik manis itu berjalan dengan lancar hendakNya...Pejam celik, pejam celik...dah nak konvo aku weh...teringat 3 tahun dulu...masa mula-mula masuk USM...tup-tup sekarang dah habis...cepatnya masa berlalu kan?


Perasaan ni bercampur-campur.....gembira...sedih...keliru...haha. Apalah yang aku kelirukan? Merepek betul laa kan? Actually, I’m having such a complicated feelin’ inside...deep thru my heart…=p. Well, I should be more realistic to overcome anythin’ after dis…=) Biarlah rahsia...Only God knew wat is actually I’m thinkin’ rite now…Semoga perjalanan aku selepas ini dipermudahkan…God willing…=)


There are so many things I’m gonna to share wif u’all laa…about my life (not overall lah!) I mean currently…of coz laa pengalaman dan kenangan aku semasa praktikal aritu……Alhamdulillah…I’m so grateful to be a part of them and I really enjoy myself to be there…Everythin’ was so great for me…thanks for them (manager n da staffs) coz giving me da opportunity to have an industrial training at da bank…A big appreciation and special thanks dedicated to them…=)


Detik dan saat ni pula aku perlu berjuang!!! Berjuang untuk mencari kerja pulak… Seeking for suitable job…hopefully…dapat kerja pas grad ni…Doakan aku semoga dipermudahkan segala urusan hendakNya…Mengharap senang dalam berjuang ni…bagai merindu rembulan di tengah siang… jalannya tak seindah sentuhan mata…pangkalnya jauh…hujungnya belum tiba…haha=) Puitis tak ayat nih? Hehe…Bak kata Napolean Hill, “Perjuangan Itu Kesempatan”. Jadi, anda di luar sana…berjuang jugalah ek…tak kisahla apa-apapun…janji berjuang untuk mendapatkan benda dan perkara yang baik dan bermanfaat…=)


Em, sebelum aku mengakhiri pengisian blog aku untuk kali ni…ada beberapa ayat-ayat yang penuh pengertian untuk dikongsikan bersama dengan korang semua…=)


‘SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI TERLETAK PADA KEPUASAN HATI, KESENANGAN PERASAAN, KETENANGAN JIWA, KEGEMBIRAAN ROHANI, KELAPANGAN DADA, BUDI PEKERTI YANG BAIK, AKHLAK MULIA YANG DIIRINGI DENGAN SIFAT MENERIMA DAN MERASA CUKUP DENGAN ANUGERAH YANG DIBERIKAN.’


‘SEBENARNYA UBAT ANDA TERDAPAT DALAM WAHYU, BAIK YANG BERHASIL DARI AL-QURAN MAHUPUN AS-SUNNAH. KESENANGAN ANDA BERADA DALAM SOLAT, PENYEJUK HATI ANDA BERADA DALAM SOLAT, KESELAMATAN KALBU ANDA BERADA DALAM SIKAP REDHA, DAN KETEDUHAN PERASAAN ANDA BERADA DALAM SIFAT QANA’AH ANDA. SESUNGGUHNYA KECANTIKAN WAJAH ANDA BERADA DALAM SENYUMAN, TERPELIHARA KEHORMATAN ANDA BERADA DALAM HIJAB, DAN KESENANGAN HATI ANDA TERLETAK PADA ZIKIR.’


Opps…ada lagi nih ayat-ayat untuk dihayati bersama…jap…tak abes lagi ok…

Ayat ni bagi orang yang benar-benar ingin menyelami erti CINTA yang sebenar…

Apalah erti CINTA bagi kita ek… ??? (Guess wat ?!)


Petikan dari : 'Rintihan Hati Seorang Mukmin' - Abu Aqil


Sejahteralah ke atasmu wahai saudaraku.... Seringkali kita mendengar manusia mencari cinta, menagih kasih, mendamba sayang...... Renungilah.....selamilah......Hakikat Cinta, Kasih dan Sayang yang sebenar


Masa yang berlalu jangan kau tangisi. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Masa yang akan datang jangan terasa kita yang punya. Bukankah ketetapan itu ketentuan ALLAH? Dia yang menjadikanmu. Dia jugalah yang berhak mengatur hidupmu. Usahlah kau meminta sesuatu yang belum dirancang untukmu. Ketetapan itu pasti berlaku, tidak ke depan dan tidak ke belakang. Walau satu detik sekalipun, mengapa perlu meminta sesuatu yang belum terjadi.....Apakah sudah lupa pada janji"


Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam." Al-An'am : 162


Sesuatu yang terlintas di akal fikiranmu, gerak itu ilham Tuhanmu. Ia mungkin berlaku dan mungkin juga tidak. Bukan semestinya setiap lintasan itu engkau layan. Timbanglah dengan rasionalmu. Kau akan diuji. Ujian itu bermacam-macam; ada yang zahir dan ada yang batin. Dalam menghadapi ujian zahir, ramai yang bertahan; pun begitu bila berdepan dengan ujian batin, ramai yang tergelincir dan kecundang. Ingatlah....mencari cinta, kasih dan sayang bukanlah mudah.


Dengarkah kau?......,namamu dipanggil berulang-ulang kali dan suara itu menusuk kalbu menikam jantung hatimu, bertubi-tubi berulang kali. Itulah suara kekasih yang memanggil:


"Ayuh ke mari wahai hamba-Ku, ke marilah dalam pangkuan-Ku. Ke marilah dalam ribaan kasih-Ku. Aku rindu padamu. Sudah lama kau Ku tunggu. Kasihan hamba-Ku. Sudah hampir terbakar hangus jantungmu, remuk berkecai hatimu. Siang dan malam bagai tak kau hirau lagi. Badai cintamu yang menggila kapan akan reda?"


"Ah! Kasihannya engkau, gila dalam siuman. Kerana cintakah kau jadi begini? Ini Aku datang. Bukankah Aku yang kau cari? Terpadam sudahkah api rindumu? Cair sudahkah lilin cintamu? Aku juga kasih padamu. Aku juga rindu padamu.Aku juga cinta padamu."


"Sehasta engkau hampiri diri-Ku, sedepa Ku rapat padamu. Engkau berjalan kepada-Ku, Aku berlari kepadamu. Sambutlah wahai kekasih cinta-Ku. Jangan kau putuskan ikatan kasih ini. Jangan kau leraikan tali cinta ini, nescaya kau akan binasa!."


"Kalau antara kita terpisah, terasing, terlerai tidak ada ikatan....Aku adalah Aku, engkau adalah engkau - maka Aku tetap Aku yang Esa, yang berkuasa, yang gagah, tidak rosak dan tidak binasa; manakal engkau tetap engkau yang lemah, yang jahil, yang hina, yang hancur, yang rosak dan yang binasa. Maka....sekali ikatan ini tersimpul, jangan berani kau buka dan leraikan...."


"Aku tidak pernah khianat dalam cinta. Cinta-Ku agung, suci dan mulia. Jangan sia-siakan cinta-Ku. Cinta-Ku kekal abadi dan sejati. "Tidak akan kau jumpa cinta seagung cinta-Ku. Jangan kau khianat, jangan kau curang. Kelak kau Ku hukum. Dan ingat,....murka-Ku setara dengan cinta-Ku. Tidak ada bumi yang sanggup menanggung. Kelak kau Ku campak ke kerak api Neraka dan tidak Ku pandang engkau buat selamanya."


"Maka itu awaslah! Jika inginkan cinta-Ku, bersiap sedialah : engkau akan Ku uji. Benarkah cinta-Ku yang kau cari atau kau hanya memburu syurga-Ku dan lari dari Neraka-Ku."


"Aku masih mencari cinta agung sesuci kasih Muhammad kepada-Ku. Tapi Ku tahu, Aku tak akan dapat berjumpa lagi kasih seagung itu. Muhammadlah kekasih-Ku. Tanpa Muhammad, makhluk-Ku yang lain tak bererti apa-apa..."


"Letakkanlah cinta Muhammad sebagai neraca cintamu kepada-Ku. Cinta Muhammad adalah kayu ukur cinta makhluk kepada Tuhannya. Dia mencintai-Ku segenap jiwa dan raganya. Semuanya telah diserahkan. Semuanya telah dikorbankan. Dirinya menjadi tebusan menebus cinta. Muhammad membeli cinta dengan nyawanya. Nah! Kau pula menagih cinta-Ku dengan apa??"


Sudah diceritakan secara terperinci kisah kasih, kisah cinta dan kisah rindu. Sudahkah kau merenunginya?? Usahlah lagi kau dibuai hanyut dalam cinta nafsu yang melulu. Carilah cinta suci, cinta agung, cinta yang kekal abadi tidak luntur dek zaman, tak lekang dek masa. Datanglah ombak badai yang menggila setara mana, namun cinta yang agung itu tetap kukuh tersimpan bagai mutiara di dasar lautan. Sekarang engkau pilihlah, cinta mana yang hakiki. Jalan sudah disiapkan, terpulang kepadamu untuk menempuhnya. Tidak ada paksaan...terbuka luas bagimu membuat pilihan. ALLAH tidak menzalimi hamba-hamba-Nya, namun mereka yang selalu menzalimi diri mereka sendiri.


Muhasabahlah diri....sudahkah kita menyusuri jalanan cinta ILLAHI? Jika belum sama-samalah kita susuri, moga bertemu CINTA SEJATI......KASIH SUCI.......SAYANG YANG ABADI........


Sampai di sini sahaja coretan aku untuk pertemuan pada kali ini...Sekiranya panjang umur...diberikan kekuatan hati....diisi akal dengan idea dan cerita diri...akan kugerakkan jari-jemari ini untuk mencoretkan luahan rasa yang terbuku dihati dan berkongsi artikel yang menarik buat tatapan semua...=)


Wassalam..=)


P/S: To whom it may concern…haha...I’ll be in USM until 17th@ 18th August…C u there…miss u…=) AND not 2 forget…Buat kengkawan yang grad sama-sama nanti…Congratulation k…all da best…Good Luck in ur future undertaking…May God Bless U…Doakan kejayaan bersama k...Insyallah....Buat Kak Ju..(Kazen aku yang rugged tu), Selamat Pengantin Baru...Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendakNya...Sowie tak dapat datang... Well, ur hubby so cute maa...al maklumlah chinese kan...hehe..


Sekian...Wassalam =)

Monday, April 14, 2008

Melawan kesepian=)


Salam...

Tatkala wajah-wajah itu terlintas di fikiran…kadang-kadang menggamit rasa dalam sanubari ini. Rasa manisnya ukhwah yang terbina sekian lama, membuahkan perasaan yang sukar diungkapkan. Saat suka dan duka bersama membibitkan sebuah jalinan persaudaraan yang utuh…sukar dilupakan apatah lagi untuk dirungkaikan.


‘Tiada kegembiraan yang menyamai pertemuan dengan sahabat dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahannya. Semoga persahabatan yang kita bina dengan Bismillah ini hanya disudahi dengan Innalillah…’


‘Persahabatan jauh lebih INDAH daripada percintaan, CINTA umpama bermain layang-layang, andai putus berakhirlah ikatan, SAHABAT bagaikan pantai dan lautan, walaupun sering berhempas tetapi kekal berdampingan’


Luahan rasa di hati ini, tidak hanya berakhir di sini saja. Sahabat, walaupun kita bakal berjauhan suatu masa dan ketika nanti…ingatlah…kita pernah bersama-sama meredah onak dan duri…ketawa dan menangis bersama…mengejar impian yang sama….sememangnya, aku tak lupakan saat dan detik itu….=)


Sememangnya, berbagai-bagai rasa dan kenangan sepanjang aku di USMku yang tercinta ini…mengenal erti persahabatan…ukhwah….kemanisan dan kepahitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, kawan dan hambaNya yang kerdil ini. Mungkin coretan ini belum lengkap menyatakan hasrat yang terbuku dihati…tetapi ia sudah memadai untukku mengharapkan secebis rasa untuk mengubat sepi…(aduhai..ayat jiwang manalah aku reka ni...huhu)


Terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memahami aku seadanya, terlalu banyak nama untuk kusebutkan di sini..huhu…adik-adik yang tersayang (KPRS khususnya) akak anggap korang semua macam adik akak sendiri), mantan kelab yang banyak beri tunjuk ajar dan mendidik diri ini secara tak langsung, Dr Hashim (penasihat kelab) yang banyak memberikan semangat dan idea bernas…jasamu tidakku lupakan….pensyarah-pensyarah yang mengajar aku kat USM ni…dan kepada semua ‘manusia-manusia yang memanusiakan aku’! Doakan aku di luar sana nanti apabila aku melangkah keluar dari USM ni…Semoga aku tak extend laa…kalau tak, jumpalah sem depan…hoho=p..yang pasti...aku akan tetap merindui kamu semua!


Selain ucapan terima kasih aku yang tak terhingga itu tadi, aku juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya pernah mengguris hati, jantung atau organ-organ seangkat dengannya secara sengaja atau tidak...halalkan makan...minum...atau apa-apa yang sewaktu dengannya...=)


MATA KADANG-KADANG SALAH MELIHAT, MULUT KADANG-KADANG SALAH BERUCAP, HATI KADANG-KADANG SALAH MENDUGA, MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP YANG PASTI ADA...


Ingatlah wahai sahabat....perjuangan belum selesai !!! Doakanlah kebahagiaan dan kejayaan bersama…Semoga kita beroleh keberkatan daripadaNya…InsyaAllah=)


“Tidak dikira beriman seseorang itu sehingga ia kasihkan saudaranya sebagaimana ia kasih pada dirinya sendiri”-dipetik daripada hadis




Aku ada lagu yang ingin dikongsi bersama..jom kita berdendang...hoho=p


SAHABATKU- Devotees


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


DI HATI-DeHearty


(lagu ni teringat masa GB aritu...maybe sebab videomaker GB terselit lagu ni...so, aku memang suka sangat!)


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

C/O: Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
JAnji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara..
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..


Salam Sayang….dari hati yang tulus lagi murni =p


Fina Zain=)

Thursday, March 27, 2008

KOKOLOGY 2: Ramalan Personaliti Jepun?

Sediakan kertas, pensil ataupun sediakan otak cukup! Jawab soalan-soalan ni dengan jujur. Huhu...tak payah fikir lama bebeno...jap je...ok? Deal? One...two...go...=p



1) Kamu tersesat dalam sebuah gua. Kamu tercari-cari jalan keluar dan tiba-tiba seekor kelawar terbang ke arah kamu. Kelawar tersebut seakan-akan berbisik kepada kamu. Apakah yang dibisikkannya?

a) "Aku tahu jalan keluarnya."
b) "Mari aku tunjukkan jalan keluar."
c) "Berusaha mencari jalan keluar?"
d) "Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini."

2) Kamu sedang berjalan santai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apa tindakan kamu?

a) Mencari tempat berteduh dan menanti hujan berhenti.
b) Kamu tidak tahu bilakah hujan akan berhenti dan mengambil keputusan untuk meredah hujan.
c) Kamu tercari-cari sekiranya ada sesiapa di sekitarmu yang membawa payung atau beli sahaja di kedai berhampiran.
d) Mujurlah kamu sering membawa payung walau ke mana sahaja. Sediakan payung sebelum hujan!

3) Bayangkan diri kamu berada berhampiran dengan kawasan gunung berapi. Apa yang kamu fikirkan sewaktu melihat pemandangan itu?

a) Mengingati kepada kekuasaan Tuhan dan berhenti dari terus merosakkan bumi.
b) Letusan mungkin disebabkan tekanan.
c) Bagi kamu, ia adalah pemandangan yang menakjubkan.
d) "Hebatnya!"

4) Suatu hari, ada seekor burung berwarna biru terbang masuk ke dalam pejabatmu dan tidak dapat keluar. Keesokan harinya, ia bertukar warna menjadi kuning. Pada hari yang berikutnya, pula bertukar menjadi merah dan hitam. Pada hari berikutnya, apakah warna yang berada difikiranmu?

a) Kekal hitam.
b) Kembali menjadi warna biru.
c) Bertukar menjadi warna putih.
d) Bertukar warna keemasan.

5) Ketika kamu sedang bergembira di sebuah bandar kecil, kamu telah masuk ke sebatang laluan yang agak kecil. Tiba-tiba, perutmu terasa lapar. Kelihatan juga sebuah sebuah ladang strawberi yang berbuah lebat dan cuma pagar yang memisahkan kamu dengan ladang itu.
  • Berapa tinggi pagar itu?
  • Setelah kamu memasuki ladang tersebut, berapa biji strawberi yang kamu petik?
  • Tiba-tiba pemilik ladang itu muncul. Apa perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulutmu?
  • Bagaimana rasa strawberi yang kamu petik itu? Bagaimanakah perasaan kamu ketika mencuri strawberi itu?



Jawab....jangan tak jawab...haha....


Jawapannya:

Soalan 1: "Cara kamu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..."

a) Aku tahu jalan keluarnya
- menunjukkan sikapmu yang sentiasa ingin tahu dan gemar dengan kesibukan tugas. Kamu juga sedia menolong sesiapa sahaja.

b) Mari aku tunjukkan jalan keluar
- Kamu sentiasa bersifat pemurah dan individu sekeliling kamu senang untuk bergantung pada kamu.

c) Berusaha mencari jalan keluar
- Kamu sentiasa berpada-pada sekiranya membantu seseorang. Kamu hanya akan membantu bila seseorang itu meminta pertolongan darimu.

d) Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini
- Ego atau sombong, itulah gambaran peribadi kamu. Kamu perlu berubah kerana bimbang sukar mendapat teman kelak.

Soalan 2: "Reaksi kamu bila berhadapan dengan konflik.."

a) Cari tempat berteduh
- Kamu tidak gemar bermusuh. Jika berhadapan dengan sebarang masalah@ dengan sesiapa sahaja, kamu lebih gemar berbincang secara empat mata.

b) Meredah hujan
- Kamu tidak gemar untuk berdebat dengan lawanmu. Seboleh-bolehnya, kamu akan cuba menegakkan kebenaran.

c) Tumpang berpayung
- Kamu tidak gemar dengan konflik. Kamu sedaya upaya akan cuba berdamai dengan pihak lawan. Kamu perlu berubah! Kamu juga perlu menegakkan kebenaran untuk kepentingan diri sendiri.

d) Memiliki payung
- Keras kepala dan degil. Kamu gemar berdebat kerana bagi kamu itu adalah cara yang terbaik untuk mengembalikan hak kamu yang sebenar!

Soalan 3: "Cara kamu berhadapan dengan kemarahan orang lain..."

a) Kekuasaan Tuhan & berhenti merosakkan bumi
- Kamu sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bersikap terbuka untuk mengakui kesilapan diri.

b) Disebabkan tekanan dalam bumi
- Kamu sering menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri sendiri.

c) Pemandangan yang menakjubkan
- Teguran dan kemarahan orang lain, kamu terima dengan hati yang terbuka. Kamu sentiasa berfikiran positif untuk kebaikan diri sendiri.

d) Hebatnya!
- Kamu tidak gemar dengan kritikan dan kamu tidak suka diperintah. Tiba masanya kamu berubah!

Soalan 4: "Gambaran kepada respon kamu apabila berhadapan dalam situasi sulit..."

a) Hitam
- Kamu terlalu berfikiran negatif dan terlalu mudah risau sekiranya berhadapan dalam sesuatu masalah. Kamu perlu bijak menangani kesulitan yang melanda kerana setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

b) Biru
- Kamu sentiasa berfikiran realistik dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Setiap masalah yang dihadapi akan kamu cuba tangkis dengan tenang.

c) Putih
- Walau dalam keadaan tertekan dan bersedih, kamu tetap tenang. Kamu tidak panik apabila berhadapan dengan krisis. Setiap masalah yang dihadapi akan dicari jalan keluarnya dengan bijak.

d) Keemasan
- Tiada istilah tekanan dalam hidupmu! Namun perlu berhati-hati kerana ada sesetengah perkara yang kamu tidak patut ambil mudah!

Soalan 5: "Cara kamu bercinta..."

a) Ketinggian pagar
- Ketinggian pagar itu menunjukkan kemampuan untuk menahan segala godaan. Jika kamu membayangkan pagar itu dari kawat berduri, ia bermaksud kamu tidak mudah goyah dengan godaan. Sekiranya kamu membayangkan pagar itu hanya setinggi paras lutut, ini bermaksud kamu bukanlah individu yang setia!

b) Jumlah buah yang diambil
- Ia menggambarkan jumlah individu yang kamu sayangi. Jika anda hanya mengambil sebiji buah, jelaslah bahawa kamu adalah insan yang setia. Kalau lebih, sebaliknya pula!

c) Alasanmu
- Ini adalah cara kamu untuk melepaskan diri sekiranya tertangkap oleh pasanganmu ketika sedang melakukan perkara yang salah. Sekiranya kamu berbohong sewaktu memberi alasan untuk melepaskan dirimu ketika itu, perkara yang sama akan kamu lakukan dalam hubungan percintaanmu!

d) Yang kamu rasa
- Rasa tersebut menggambarkan perasaan kamu ketika melakukan kesalahan terhadap pasanganmu. Sekiranya kamu rasa seperti tidak tenteram dan menyesal, ia bererti kamu berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang pernah kamu lakukan. Tapi sekiranya kamu rasa sesuatu yang mengasyikkan, sudah tentu kesilapan itu akan berulang!