Friday, March 20, 2009

Holiday in Penang....=)

Assalamualaikum wbt...
Now I'm in Penang...!!!! Cuti2 Malaysia...haha=) Well, saje nak merehatkan minda dan melarikan diri seketika di tempat orang. Almost more than 3 years knowing Mira-my ex-rumate, akhirnya dapat juga aku menapakkan diriku di sini ( umah mira di Air Itam) walau untuk beberapa hari saja. Ni aku tengah online kat umah dia la ni..haha...=) Tomorrow...going back to Ipoh...bye2 Penang!!! Entah bila lagi ketemu...huhu. Starting from next Monday and upward...I have struggle to let my mind and my soul become more positively in order to ????? Wat yaa? Em, juz forget la about it! Aku kena betulkan ion2 negatif yang ada dalam kepala ni supaya aku rasa senang hati dan enjoy!!! Let myself be more motivated! Betul3...(Upin n Ipin)=)
Semalam p tengok Race to witch mountain..well, ok la citer 2...xabes2 lagi citer pasal makhluk halus ni...eh, silap pasal makhluk asing! Hehe..g tengok kat Gurney dengan Mira n adik dia...Farha. Ronda2 je pastu then makan kat Nando's. Em, Hot Peri-Peri...sos dia 2 xla sedap mana pon...i prefer kenny rogers lagi..huhu=) ayam dia lagi sodap! Hehe=p Well, petang ni jap g, nak p jumpa diha...tido kat umah sewa dia pulak. Dia janji nak belanja Steam boat kt Jonny, Queensbay...hehe...aku bab2 makan ni memang excited giler...so, enjoy! Kalau jadi pengacara Jalan2 Cari Makan..gerenti aku syok giler...aku sanggup sahut cabaran jadi host rancangan 2..hehe=p Em, next skool holiday...going to KL...jumpa member2 di sana pulak...n of cos, nak tido umah kak nyah aku, tapi bukan kat kl laa..kat semenyih,selangor. Bulan 4 ni ada pesta buku antarabangsa lak kat PWTC..cam nak p je...dah bertahun2 x p...tengok la caner nanti..kalo gaji dah masuk, best gak...=p
k...sampai sini je ler...nanti2 aku sambung lagi naaa...=)
wassalam....

Saturday, March 14, 2009

Being a teacher???


Assalamualaikum…wbt.. = )

Sudah lama aku menunggu saat dan detik ni nak post sumthin kat sin…huhu. Almaklumlah, aku sibuk sangat2 dan tak da masa sangat nak post2.Dulu2 masa kat USM rajin gak aku post citer even sok nye nak exam..haha..ntah pe2 je kan…skunk aku dengan karier aku sebagai seorang pendidik a.k.a cikgu. Waduh! Rupanye, susahnya jadi pendidik ni…nampak macam senang je. Em, mungkin tengok pada situasi or keadaan tertentu la kot. Kalau dapat anak murid yang ok, ok la jawabnya. Kalau tak, sakit jiwa tahap kritikal weh…mujur tak masuk ICU je..haha

Semangat dan mood aku boleh swing camtu je, mujur laa ada orang2 yang tersayang bagi aku semangat untuk aku teruskan perjuangan ni. Kalau tak, rasa down giler…thanks ya! Aku ni suka sangat dok motivate2 orang, last2 aku yang terjatuh! Yelah, tak semestinya semua orang kuat semangatnye sampai bila2…betul tak? Bayangkan lah, aku boleh hilang selera makan, bad mood, semua aku wat boleh hilang fokus! Itulah nama nya dugaan! Aku redha je laa. Badan pon maintain kurus je ni…haha.. entah bila nak gemuknya…kalau senang hati, aku selera makan. Macam skunk laa, coz da start cuti sekolah. Kalau hati tak senang, banyak fikir…aku bertambah2 blur n ingatan pon xbape nak ok..haha…hilang fokus! Semoga Allah kuatkan semangat aku!

Em, since jadi cikgu ni…suara aku semakin lantang pulak. Maklum lah, hampir setiap kelas yang aku masuk, bila mengajar mesti nak jerit…kalau tak jerit..tak sah! Ngajar budak2 cina ni payah, dieorang bukan paham sangat bahasa melayu. Yang ada India or singh sorang dua dalam kelas tu paham cket…aku harap aku tak syok sendiri laa. Macam2 style aku cuba wat untuk memahamkan dieorang. Especially masa ngajar math (in English), aku kena cakap bm lebih cket…bukan setakat ngajar dwi bahasa…body language pun kena mainkan peranan gak..siap dengan mimik muka, gaya tangan nye…mujur aku tak menari2 je depan tu masa ngajar…semata2 nak bagi dieorang paham. Tiba2 bila aku tanya; “understand or not? Paham ke tak?”, ada jawab ngangguk, tak kurang juga yang menggeleng! Suara aku habis kat situ jea…last2 aku g kat meja dieorang, suh berkumpul dalam 4 orang, aku explain 1 by 1…kalo nak explain sorang2, mampus laa, dah la dalam kelas tu ada 44 orang! Kecian la bebudak ni bila sains n math diajar dalam bahasa inggeris. Ada sorang budak cakap apa tau kat aku masa aku explain kat dia, “cikgu, saya math faham, ini English saya tak faham!”. So, as a conclusion??? Tepuk dada tanya la selera! Ada pro and cons la PPSMI ni…well, no comment!

No fulfillment being a teacher yet…well, I’ll try my best laa. Apa2 pun, aku patut bersyukur coz aku masih lagi bernasib baik kerana aku ada kerja. Ada orang still tanam anggur lagi a.k.a mengganggur…aku patut bersyukur! Ya..betul! Aku ni kadang2, tak reti bersyukur…terasa jahatnye aku ni..kakak aku selalu ingatkan aku suatu ayat ni. “Kalau ada kereta, tengok orang yang pakai motor. Kalau ada motor, tengok orang yang menaiki basikal. Kalau naik basikal, tengoklah orang yang g mana2 dengan hanya berjalan kaki saja.” Maksudnya, dalam apa2 jua keadaan, tengok orang yang lagi susah daripada kita, jangan merungut a.k.a mengeluh! Alhamdulillah, aku kembali ke jalan yang betul balik. Manusia ni tak semestinya selalu di jalan yang betul je...betul tak? Aku ada kekurangannya..banyak sangat2. Dalam melalui ranjau2 kehidupan ni, banyak yang aku belajar. Cuma yang penting, kita kena sabar lebih cket..dan fokus! Mungkin aku ni cepat bosan dengan sesuatu perkara yang aku wat, aku harap semoga Allah tetapkan hati aku dalam apa jua perkara.

Apa yang penting? Kerjasama….- Wonder pets! Haha.. Tak ada kena-mengenalah! Apa yang penting, aku kena teruskan perjuangan dan bina matlamat untuk jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang. Tapi, aku tak buat2 lagi..tengah planning ni. Hopefully, everythin wil b ok! Skunk aku dalam proses membaca sebuah buku; “Life Is An Open Secret” (You, Me and We)- Zabrina A.Bakar…At first, aku menitiskan air mata gak bila baca tentang satu citer ni, menyentuh tentang hubungan dengan adik-beradik or yang sedarah dengan kita la…include dengan sedara-mara…very touching laa. Aku teringatkan hubungan rapat aku dengan abang2 n kakak2 aku. Pengorbanan yang mereka lakukan untuk aku khususnya…kasih sayang mereka yang tak ternilai dengan apa2 pon, well..i juz want u 2 know that…I really love you more than anything in dis world!

“An ounce of blood is worth more than a pound of friendship”- Spanish proverb

Buku ni bagus coz berbentuk motivasi n more to Islamic way laa..ada petikan hadis n maksud surah2 yang tertentu bersesuaian dengan citer yang nak disampaikan. Jiwa dan hati ni kena diberi makan gak, setiap masa…pengisian dari sudut ilmiah dan rohaninya…kalau tak tenggelam! At least once a day, you have to do dis…ok? Em, aku rasa sampai sini jelaa untuk post kali ni, insyaAllah ada post len menyusul pasni…k.


Wassalam