Monday, June 29, 2009

Mengisi kebosanan...bisnes????

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku sedang melepakkan diri di bilik guru sambil surf internet ni. Maklumlah kelas aku sikit je ari ni..kelas aku yang last habis pun pukul 5 suku tadi. Ya Allah, ngantuk gila ari ni..tak tau la pasal pe.. Macam tak bertenaga je... pekena kacip fatimah ok gak ni..haha=p

Malam semalam tengok Transformers 2..ok la citer tu. Aku prefer yang 1ST punye..even yang 2nd ni penuh dengan aksi. Eh, aksi kah??? Bolehlaa... ni nak tunggu citer Ice Age 3 pulak... tak sabar nak tengok..hehe...=)) Bulan ni, tambah satu komitmen baru aku...iaitu...membayar ansuran kereta..hehe...so, lepas ni..aku kena pandai buat bajet... supaya aku dapat balance dalam semua aspek... cukup wang untuk belanja...simpanan...bayar keperluan2 yang lain... huh! ( jangan mengeluh fina..nanti pendek umur...haha)

Aku ada sesuatu nak luahkan sebenarnya.. tapi aku rasa macam tak sesuai pulak nak share kat sini... tapi tak la terlalu private sangat...hehe... tengokla nanti... kalau rasa nak share... aku share la...huhu..mungkin aku rasa tersangatlah bosan sekarang..tu la aku macam merepek2 je ni... Em, aku rasa cam nak join bisnes laa... tapi aku kena planning betul2... supaya nanti tak la hangat2 tahi ayam je...haha... Sebelum ni pun, abang aku ada utarakan pasal ni... cuma kami tak bagi kata putus je untuk proceed... em...em...so, sekarang...aku tengah mencari lubang2 bisnes yang menguntungkan dan tak menyusahkan sangat... Aku tengok, certain bisnes memang bawak keuntungan besar jugak laa... sampai bila nak makan gaji je kan? Kalau buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa macam ok jugak..tapi mampukah aku??? Workaholic??? Multi-task??? Boleh ke???? Tertanya2 gak pada diri ni.... Mampukah ia mengubah nasib aku seperti orang2 yang telah berjaya dalam perniagaan sekarang ni????

BELUM CUBA BELUM TAHU

Apa yang penting...MENCUBA!!! oK... sekarang aku tengah plan apa yang perlu aku buat...tindakan pertama... "survey dan buat kajian ringkas" ok... Let's do it now!

Em, korang kalau ada idea baik punya...share dengan aku..mana la tau.. kot2 idea korang tu bernas dan menjana pendapatan yang lebih baik...hehe=)

Em, tiada persoalan "aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang".. mungkin ada orang berfikir begitu kan??? Tak salah kita menjana pendapatan lebih... untuk masa depan yang lebih cerah jugak... aku kerja pon kontrak je sekarang..sok2 xda keje... sekurang2nya aku ada back-up... Bagi aku...kalau terlibat dalam dunia perniagaan atau keusahawanan... kerjanya lebih fleksibel...tapi penuh dengan risiko! Betul tak??? Orang yang berjaya...mesti pernah jatuh dan gagal pada permulaannya... kemudian dia bangkit semula dan belajar daripada kesilapan yang lalu... Akhirnya, berkat kesabaran dan ketekunan serta semangat yang tinggi.. golongan ini BERJAYA!

YA.. AKU MAHU MENJADI SEPERTI GOLONGAN ITU!

BERUSAHA! HEHE =))

::FINA OUT::

0 comments :