Sunday, December 20, 2009

Azam baru 2010....





Assalamualaikum wbt...

Sedar atau tidak, tahun baru akan menyusul tak lama lagi...bagaimana dengan azam tahun baru ni? Adakah azam tahun 2009 anda sudah tercapai? Ataupun mungkin separuh saja dipenuhi sebaliknya akan dibawa ke tahun hadapan? Haha...boleh lak bawa ke hadapan ek? Tak kisah la..janji impian dan keinginan kita tercapai hendaknya. Apabila bercakap tentang azam baru, impian dan matlamat baru... kelihatan semua orang agak teruja dan tak sabar-sabar hendak melaksanakannya...dan aku tidak terkecuali. Hehehe.. =)) Manusia ni terlalu banyak keinginannya, tapi harus diingat.... "matlamat tidak menghalalkan cara!". Apa-apa yang kita lakukan, mestilah mempunyai batas-batasnya.

Melalui usia remaja...kadang-kala terikut-ikut sangat jiwa muda kita kan? Semua benda nak buat..semua benda nak dicubanya...maklumlah... orang kata "muda hanya sekali"... nanti dah tua, tak merasa... hurm, terpulanglah pada setiap individu untuk mendefinisikan sendiri "masa muda mereka"... semua orang ada hak untuk menentukan hala tuju mereka sendiri.. Aku teringat pesanan abang angkat aku ni... "Jangan ikutkan jiwa muda!". Baiklah abang...saya tak ikut...haha...saya nak merasa gak jiwa muda ni macam mana..haha. Manusia belajar daripada kesilapan...dan mungkin dengan cara melalui pelbagai pengalaman mengajar saya lebih positif dalam mengharungi kehidupan yang berliku ni...=) Korang setuju atau tidak... ada saya kisah??? =p

Opps...tak mau la guna 'saya'..rasa macam formal sangat... Back to "aku" hehe... ok... Aku ada beberapa matlamat nak dicapai untuk tahun baru ni. Tak semua lah untuk dikongsi... as a blogger... some of da story should not be shared to da public, am i rite? haha...lolz... apa-apa je la..malas nak layan.... hihi (adakah aku berubah menjadi sedikit nakal dengan penulisan terbaru aku ni?) xeh...aku ni jenis gila2 cket...so, tolong la faham.... makcik2 kat luar tu pun tau aku ni macamana...memang otai... mereka boleh ketawa berdekah2 dengar lawak aku... huhu... (makcik,bleh saya jadi menantu makcik?) hahaha =0

Kalau orang cakap...tahun baru...mesti kena ada perubahan. Aku kepelikan seketika.. kenapa tahun baru semua nak diperbaharui? Kononnya nak jadi someone yang lain... (mungkin jadi baik cket kot) hihi... Aku teringat kata-kata Chef Wan dalam tv suatu ketika dulu, kalau kita nak berubah, tak payah la nak tunggu tahun baru...esok pun boleh. Apa-apapun, biarlah istiqamah. Jangan hangat2 taik ayam... betul x? Aku rasa semua orang nak berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik dan positif. DAN aku tidak terkecuali... well, whatever is it...aku nak capai beberapa impian yang tergendala sebelum ni...

Antaranya: 1) Mendapatkan sebuah pekerjaan tetap,yakni sesuai dengan jiwa aku. Em, susahnya nak dapatkan kerja sekarang.... kalau berlambak2 pun kontrak... (macam aku sekarang). kawan2 yang masih menganggur dok mengadu kat aku. Ada degree pon x guna... Aku pon berkata... "Relax r...rezeki ada nanti untuk ko... janji usaha. " Degree berguna...sape cakap x guna? meh aku cubit dia... ingat la... kita belajar tinggi, nak tuntut ilmu... dan semestinya Allah suka orang yang menuntut ilmu... dapat kerja or tak dapat belakang kira... sesungguhnya kita beruntung sebab ada degree...ada orang spm pon x lepas... ada juga masa depan dengan adanya pendidikan tinggi ni. Betul x?

2) Ingin berazam menyimpan wang sebanyak mungkin, dan mengurangkan perbelanjaan untuk sesuatu yang agak remeh-temeh. huhu... mahu menjadi lebih berdisiplin dalam misi menabung!


3) Kalau dah dapat kerja tetap, aku target nak beli rumah atau tanah untuk jaminan masa depan. Mungkin untuk disewakan atau kegunaan sendiri. Setengah orang cakap, "xpayah la kamu beli umah, nanti kawin nanti baru la beli dengan suami". Makcik, tolong la faham... ini aset tau... harga tanah o umah akan naik dan terus naik... baik saya beli sekarang... daripada beli kereta mahal2 yang akan susut nilai... baik beli umah or emas.. yang harganya akan meningkat dan terus meningkat...(pelaburan). So, aku nak nasihatkan kawan2 yang dah ada keje tetap tu, beli la umah k... aset tu... beli keta yang biase2 cukup, keta tu nilainya akan susut jugak... kalo nak merasa pakai honda tp xmampu, beli je saga blm 2... modified cket dah jd honda beb..siyes. aku da survey byk dah...canteek giler... =)

Hah..mesti ada yang ingat azam baru aku ni banyak berbentuk material kan? hurm... sebenarnya, ada je yang bukan berbentuk material....contohnya:

1) Ingin menjaga kesihatan diri sehingga ke tahap paling maksimum... so, kene jaga makan... kurangkan makan seafood (waaa!!! resdung ni) asyik x pantang jea...balun je semua... tula, fina degil! Lebihkan aktiviti yang mengeluarkan peluh... =)

2) Ingin menambahkan berat badan sebanyak 5 kilo! Wish me luck! Nk kene wat pe ek? makan tido pon xgemuk gak... kene minum weight gain kah? =p (skunk ni underweight la)

3) Ingin melakukan aktiviti2 yang lasak yakni menguji tahap ketakutan aku. haha... ada la beberapa aktiviti yang aku takut nak buat sebelum ni, aku nak try wat... (aktiviti yang gayat cket..maklumlah aku takut ketinggian)


dan.... matlamat paling penting..... bersifat peribadi....haha... (antara aku dengan tuhan) dan (antara aku dengan manusia) korang xperlu tau k... =))

so, amacam azam baru korang? share la cket...hihi

Friday, December 18, 2009

Sedar atau tidak...???


Sedar atau tidak…umur aku akan genap 24 tahun pada 2hb februari tahun 2010 ni. Em…takut pun ada…yelah, masih banyak impian yang belum terlaksana. Usia yang mungkin cukup matang bagi seorang wanita…tatkala melepasi usia remaja… tetapi aku rasa gelaran wanita tu belum sesuai lagi untuk aku. Aku terasa seperti aku masih dalam pertengahan antara remaja dan wanita.. hihi… (ye ke???) Melihat orang-orang yang seusia denganku…ada yang sudah bertunang…berkahwin… ada yang sudah beranak-pinak, mempunyai kerjaya yang mantap membuatkan aku terasa sedikit tempiasnya. Suka melihat kebahagiaan mereka…dan aku ingin sekali merasakan kebahagiaan seperti itu. Apa nak buat…rezeki dan jodoh belum ada lagi…=)

Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Think positive! Be mature! Allah s.w.t dah tetapkan semuanya sejak azali lagi…bezanya ialah sejauh mana kita berusaha untuk memperbaik kehidupan kita. Aku yakin dan percaya bahawa Tuhan adil kepada semua makhluknya… Contohnya; ada orang yang miskin harta-benda….tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin A hidup serba kekurangan..tetapi dia punya keluarga dan rakan-rakan yang menyayanginya dan mengambil berat tentang dirinya. Begitu juga dengan situasi si B yang mempunyai kedudukan yang mantap, kerjaya yang ampuh, dikurniakan kemewahan yang tak terhingga..tetapi dia tidak dikurniakan anak… Itulah ketentuan Allah s.w.t… Bersyukurlah! Ada pula yang mempunyai kerjaya yang mantap...kehidupan yang mewah, mempunyai keluarga yang menyayanginya sepenuh hati tetapi sunyi kerana masih belum bertemu jodoh sehingga dia digelar “andartu”. Pelbagai situasi yang berbeza sering kita dengar..dan kita harungi. Apa-apa pun, semua orang mendambakan “kebahagiaan”…”kebahagiaan” mengatasi segala-galanya. Apa gunanya ada wang yang banyak tetapi tidak bahagia? Bagaimana hendak mencapai kebahagiaan? Salah satunya ialah dengan mengamalkan “hidup untuk memberi”.

Pada mulanya, pemikiran aku tidaklah terlalu mendalam tentang statement ni… sejak aku membaca artikel-artikel di dalam majalah Solusi isu nombor 14, membuka mata, hati dan jiwa aku untuk mendapatkan kebahagiaan. Memberi itu lebih baik daripada menerima, betul tak? Buangkan tanggapan bahawa dengan menerima kita akan mendapat lebih sebaliknya memberi akan mengurangkan. “No man becomes rich unless he enriches others”- janganlah kita melihat “memberi” itu dari sudut material semata-mata. Think out of the box! Pemberian boleh berupa ilmu, kasih sayang, perbuatan yang baik, kata-kata hikmah, memberikan kemaafan dan lain-lain lagi. Sehinggakan sedekah dengan hati pun sudah memadai sekiranya kita berniat baik untuk memberi kerana Allah s.w.t. Mungkin aku menyedari hakikat ini melalui kajian aku sendiri. Aku sering mengambil contoh-contoh terdekat untuk dijadikan pedoman. Sebagai contoh, kakak aku. Walaupun dia tidak bekerja, dia rajin bersedekah. Rezeki dia selalu je ada. Konsep sedekahnya luas..bukan dengan setakat material semata-mata. Dia selalu menolong orang, bagi makanan kat jiran-jiran, berkongsi ilmu, menjaga hubungan dengan orang sekeliling. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kebahagiaan kepada orang lain secara tidak langsung. The way she treats me and my family…with lots of love and care… I do believe she deserves the best things in life. Pengorbanan dia untuk berhenti kerja serta-merta dengan alasannya untuk menjaga mak aku semasa sakit dulu membuatkan aku kagum. Sekarang pun dia rajin balik ke Ipoh walaupun tinggal dengan suami di Jeli, Kelantan. And fyi..suaminya muda 15 tahun daripada kakak aku. Itulah jodoh…Tuhan dah tentukan.. =))

Korang pernah tak terfikir akan suatu perkara…. Orang yang memberi hakikatnya lebih gembira daripada orang yang menerima. Mungkin bunyi macam pelik je kan? Yelah.. biasanya kita faham orang yang menerima akan lebih gembira. Contohnya bila dapat hadiah… betul tak? Cuba bayangkan satu situasi ni… contohnya kamu punya anak saudara lelaki yang sangat meminati kartun Ben10. Anak buah kesayangan la katakan. Si Danish (contohnya:anak saudara korang) suka mengumpul aksesori-aksesori Ben10. Danish berkata kepada korang, “Angah, Danish nak sangat seluar dalam Ben10…yang lain semua Danish ada… jam, patung, topi, baju, mainan semuanya Danish ada. Boleh tak Angah belikan?” (Huh, macam takde benda len je si Danish ni nak kan? Hahaha) Korang pun pergilah kedai ke kedai cari benda alah tu…penat sangat-sangat yelah sebab tak jumpa-jumpa…(give up la kejap a.k.a frust sebab tak jumpa la katakan). Nak ditakdirkan suatu cerita, korang ditugaskan menghadiri satu seminar a.k.a kursus la kat satu tempat ni…sebelum balik sempat la p window shoppin’… tiba-tiba korang ternampak ada sebuah kedai ni menjual seluar dalam ben10. Apa perasaan korang masa tu? Mesti excited bagai nak rak sebab tak sabar-sabar nak beli untuk hadiahkan kepada anak buah korang tu kan? Walaupun korang malu gila nak beli, tetapi memandangkan korang sayang sangat kat anak buah korang tu, korang gagahkan diri dengan muka tak malunya beli seluar dalam ben10 tu. Well, aku cakap berdasarkan experience aku…Cuma cerita aku reka atas ni beza sangat la dengan cerita aku. Hehe,,saja-saja nak wat lawak pandai sikit. =p Hakikatnya, aku rasa gembira sangat-sangat mengalahkan anak buah aku masa aku bagi hadiah kat dia… =)) (Kita gembira a.k.a bahagia apabila melihat orang lain bahagia). Kesimpulan yang sangat mudah dan senang untuk difahami. Adakah anda bersetuju atau menyangkal kata-kata aku ni? Huhu…

Ingatlah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”- Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani. Mungkin ada yang berkata… ahh.. aku tak ada apa-apa untuk diberikan.. duit pun tak da… nak bagi ilmu?? Huh..aku ni buta huruf… nak ajak orang buat kebaikan??aku terasa aku ni jahil sangat… INGATLAH! Dengan senyuman itu sedekah… menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah itu sedekah… memberi salam itu sedekah lisan….selain ucapan yang baik dan berlemah-lembut. Puasa sunat=sedekah untuk diri sendiri… mendoakan orang lain itu sedekah… contohnya kalau korang sedang asyik berjalan kaki..tiba-tiba nampak seketul bata besar kat tengah jalan..kemudian korang alihkan bata tu sebab benda tu menghalangi jalan… korang dah dapat pahala sedekah dengan perbuatan… konsep sedekah itu luas wahai sahabatku…

Apakah yang menyebabkan kita enggan memberi??? Orang yang menerima tidak berterima kasih? Tidak mendapat balasan? Tidak adil untuk kita yang berusaha? Bukalah minda seluas-luasnya… Jadikanlah sifat Allah yang pemurah itu untuk kita hayati bersama… =))

P/s: Oleh itu, rajin-rajinlah bersedekah. Pelik seketika tatkala mendengar alasan orang yang bergaji banyak ni cakap, “aku ni mana ada duit… gaji tak cukup…nak bayar itu…nak bayar ini…punyalah kedekut…huhu…duit banyak tak bawak ke mati laa… ada jugak yang jenis berkira-kira… “ko hutang aku rm29.80…duit makan kfc tadi campur dengan bla-bla-bla” si kawan ni kebetulan ada RM29.50 je dalam poket… “weh, aku ada rm29.50 je ni…” “Em, macam ni..ko bagi dulu, esok ko bayar lagi 30sen” aisey… 30sen pun nak berkira…huh! Itu baru kes kedekut dengan orang di sekeliling dia. Yang paling teruk sekali kedekut dengan diri sendiri…walaupun mampu serba-serbi, tetapi masih liat nak keluar duit untuk keperluan diri…. Huh… Renung-renungkanlah…

Nukilan: Feena (“,) + info yang berguna dalam majalah Solusi…