Thursday, January 14, 2010

Hijrah??? Hurm....

"Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain."- Oleh: Hasnan bin Kasan ( Panel Penulis JAKIM) untuk artikel bertajuk "Penghijrahan Minda dan Tasawur".

Assalamualaikum wbt...

Rasanya tidak terlambat untuk aku berkongsi cerita tentang "Hijrah"... sesuatu yang bisa kita dengar bukan? Penulisan aku untuk entri ini mungkin bersifat santai dan tidak begitu memberatkan otak...sebab nanti korang bosan pulak nak baca kan? Hihi..maklumlah...semuanya di hujung jari....nak cari kisah hijrah...artikel hijrah..berlambak-lambak je dalam internet... Yang membezakan, gaya penyampaian dan pengisiannya saja. Betul tak? Ok... berbalik pada maksud hijrah... sebenarnya hijrah ini banyak pengertiannya... Dalam lagu ada menyatakan; "Satu muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah," Antara maksud Hijrah... 'perpindahan'. Kalau kita nak lebih faham tentang hal ini.... aku nak kongsikan kronologi hijrah supaya korang lebih jelas... bagaimana hijrah itu berlaku semasa zaman nabi...

  • Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw.
  • Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah.
  • Nabi memberitahu kepada Abu Bakar tentang rancangan Hijrah ini.
  • Mereka keluar dari Mekah, pergi ke gua Thur.
  • Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua.
  • Abu Bakar gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua.
  • Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
  • Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
  • Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
  • Nabi tiba di Madinah
  • Pembinaan Masjid Nabawi
  • Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar
  • Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin.
  • Mewujudkan Piagam Madinah.
(Kronologi ini aku edit dengan ringkas berdasarkan artikel dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia(HALUAN) dan Majalah Solusi isu no.15 (Hijrah atau Kalah)

Dari sudut penghijrahan cuma apa yang aku ingin kongsi ni lebih kepada "hijrah rohani"- iaitu lebih kepada sikap dan kepercayaan... Perubahan dari sudut dalaman yang lebih penting dalam hidup insan bernama manusia... em, cuba kita diam dan berfikir sejenak... 'Apa penghijrahan terbesar yang pernah kita lakukan selama kita hidup ni?' Hijrah itu sendiri membawa maksud perubahan dari sudut negatif kepada positif...bukan sebaliknya ok! Em, jadi.... boleh kita kongsi di sini? Mungkin ada yang mahu berkongsi dengan em.... ' Saya dulu tidak bertudung...sekarang alhamdulillah, saya sudah mula memakai tudung!" atau "Dulu saya ni sembahyang celam-celum, sekarang alhamdulillah...sembahyang dah tak tinggal!' atau "Dulu saya suka melawan cakap mak bapak saya, sekarang tidak lagi...saya menyesal sangat-sangat dan ingin berubah! Kesimpulannya... macam-macam la reaksi manusia-manusia yang sudah berhijrah ni... apa kata anda?

TAPI....
Ada sesuatu yang agak membimbangkan...merisaukan...menyulitkan... tatkala..seseorang yang cukup sempurna akhlaknya, penampilannya, sifatnya, tiba-tiba berubah secara perlahan-lahan atau secara drastik kepada sesuatu yang lebih negatif... Apakah puncanya? Adakah iman yang terbina sejak kecil lagi boleh rapuh dengan senangnya? Aku tertanya-tanya...kerana apa yang berlaku berdasarkan pengalaman aku dan sekeliling... sedih...amat sedih... seseorang yang dulunya menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya, dihormati orang dek kerana sifat alimnya, kini berubah! Adiknya yang dulu kononnya "rockers...agak sosial" kini berubah menjadi seseorang yang "sejuk mata memandang"...alhamdulillah... aku amat menyenanginya...malah dia lebih baik daripadaku yang agak "giler2" ni...huhu... Terdetik hati, suatu hari nanti...aku nak jadi macam dia... aku berharap agar aku diberikan kesempatan untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi...=) Apa-apa pun, hanya Allah s.w.t yang dapat memberikan aku nur hidayahNya... doakan aku... =)

Em, berbalik pada cerita tadi... adiknya itu bercerita tentang perubahan kakaknya, aku amat terkejut dan tidak sangka! Yelah, manusia boleh berubah sekelip mata...cuma aku tertanya-tanya...di mana pendiriannya yang utuh sebelum ini? Bayangkan...seorang yang sering berbaju kurung...bertudung labuh...tidak bermekap...merendah diri... menjadi seorang yang santai... sudah pandai bergaya... bermekap... pakaiannya dah lain sangat! Lebih up-to-date, sempoi...tak macam dulu. Aku kepelikan seketika... betul kah apa yang aku dengar ni??? Mungkin dia berubah kerana 'culture-shock'-kerana kerjayanya yang agak berpangkat tinggi di Kuala Lumpur. Em, lebih mengejutkan... apabila adiknya bertanya padanya... 'Tudung-tudung labuh dalam almari ni tak pakai lagi ke?' jawabnya: "Aku dah tak pakai dah...tak tau bila nak pakai lagi...kalau kau nak amik la". Sampai begitu sekali? Adiknya juga pernah bertanya dengan secara berhikmah...supaya akaknya tadi tak terasa... "Kenapa ko dah lain? Dulu ko tak macam ni, ayah dulu selalu puji ko!"-tanya si adik yang tidak memanggilnya akak sebab dah biasa dari dulu lagi... Arwah ayah nya mesti sedih kan kalau dia dapat tau? Yelah, anak yang dulu disanjung..dipuji.... em... lebih terkejut lagi tatkala dia mengatakan... "Apa yang ko lihat sekarang, ialah apa yang aku nak jadi dulu" Maknanya, siapa dia yang dahulu? Adakah dia jadi baik kerana mahu menyenangkan hati ayahnya saja? Soal keikhlasan dibangkitkan... em... aku berharap, agar dia menyedari tindakannya itu salah dan berubah menjadi dirinya yang dahulu...amin!

Persoalan besar..... HIJRAH atau KALAH?
Tepuk dada...tanya iman...

Sebelum mengakhiri entri kali ni...aku nak kongsi la satu drama yang pernah tayang kat Astro dulu yang bertajuk "Antara Garisan"... Penceritaan yang digarap dalam cerita ini sangat bagus. Bagaimana manusia itu boleh berubah kedudukan... yang membezakan kita hanyalah satu garisan halus saja... nak tau lebih lanjut... sila ke link...

Sekian...



p/s; entri kali ini agak sempoi, tidak mendedahkan pengisian secara menyeluruh. Hal ini kerana aku nak korang faham satu benda je... "Hijrah rohani" itu sendiri.... Perkongsian ini bukan untuk korang je...tapi untuk aku juga... Semoga kita berubah menjadi lebih positif hendakNya... Marilah berusaha ke arah itu... chaiyok2...hehe... =)

9 comments :

  1. pengembara707 said...

    Salam, syukran atas tulisan artikel ini. menarik!

    majalah haluan skunk nak beli kat mana ek ?

    erm, hijrah atau kalah? huhu , satu persoalan yang menarik.

    teringat hadith pertama,

    Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.


    p/s: `antara garisan` setelah terbaca, saya terus tengok di youtube, huhu. agak terkejut jugak dengan para pelakon yang melakonkannya. hohoho.

  2. Feena said...

    bukan majalah haluan...itu nama persatuan...tgk balik..huhu...sy amik sdikt pngisian dr artikel yg dieorg wat...sy edit la maksud2 n kronologi + majalah solusi... n pengalaman sy... =)

  3. pengembara707 said...

    oo bagus2. majalah solusi ada di jual di kedai kan ?


    tapi majalah haluan, tak jumpa kat kedai.
    saya masa di UTM , selalu gak baca majalah Haluan. tapi masa tu ada kawan jadi pengedar majalah Haluan. then skunk nie cari gak kat kedai2 majalah still tak jumpa.

    contoh cover : http://abztrade.blogspot.com/2008/03/majalah-haluan-jan-feb-2008.html

  4. Feena said...

    opss..sori...xtau lak ada majalah haluan...huhu.... (malu2) =))

  5. pengembara707 said...
    This comment has been removed by the author.
  6. pengembara707 said...

    hoho ~_~, saya pun tak tau juga mula2x tentang kehadiran majalah haluan nie. masa dah dekat nak habis sem, baru rakan sebilik promote.

    menarik artikel yang awk olah tue.

    ada artikel yang baru nanti , buzz me ya.

    thanks.

  7. Feena said...

    ok2 no hal...em..nk panggil sape ek? xkan en.pengembara???? haha

  8. pengembara707 said...

    encik pengembara allrite gak, huhu.

    tapi kat dunia maya nie kawan2x panggil syd je.

  9. Feena said...

    owh ok..ye la syed...hihi