Friday, March 5, 2010

Bye2.... Welcome 2 my 2nd Blog!!!

Assalamulaikum wbt...

Helo guyz... Lama x update blog ni sebab saya dah beralih ke blog lain.

If u r my followers....plz do a favor 4 me ok x?

Sila jenguk ke blog kedua saya (link). Tajuknya : THRU MY WINDOW: Now there's me and u!

ok... papai....



love....muakssss...x0x0 ;*

Feena Zain

Wednesday, January 27, 2010

BUAT DUIT DENGAN VEMMA


SEGALANYA BERMULA DISINI…

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Saudara / Saudari Yang Dikasihi;

Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang VeMMA...

APAKAH VeMMA?-

Syarikat beribu pejabat di USA.

- Mempunyai rangkaian di lebih 58 buah Negara.

- Telah beroperasi lebih 14 tahun.

- Jumlah keutungan mencecah USD2 billion.

- Baru 2 tahun di Malaysia.

- Peluang yang cerah dan masih terbuka luas untuk anda menggilap masa depan.

- VeMMA adalah syarikat yang mengeluarkan produk Jus Manggis.

- Diperakui hebat oleh lebih 350,000 pakar kesihatan di seluruh dunia.

- Produk telah disahkan halal.

- Syarikat telah didaftarkan di Malaysia dan beroperasi di alamat berikut :



Vemmatrition Sdn. Bhd. (713201-U) (AJL931611)23-3 Block D, Jaya One,72-A Jalan University,46200 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.



Telefon : +603 7955 2222 / Fax : +603 7956



VeMMABUILDER?

- Auto prospecting (memprospek).

- Auto follow-up.- Auto responder.

- Auto networking.

- Sistem yang bekerja 80% atau 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 54 minggu setahun untuk anda.

- Tersangat mudah jika dibandingkan dengan cara / kaedah MLM yang lama.



LANGKAH PERTAMA ANDA…

- Pastikan anda telah dengan mendaftarkan diri sebagai rakan niaga (Pre-Enrollee) di laman web http://www.vemmabuilder.com/739927805-

Percubaan system (Test Drive) percuma 90 hari.

- Boleh menyemak rangkaian (real downline) anda.

- Untuk mendapat manfaat yang ditawarkan, perlu naiktaraf keahlian kepada PAID MEMBER (AHLI BERBAYAR).BAGAIMANA MENAIKTARAF (UPGRADE) KEAHLIAN / MEMBELI PRODUK?

- Dapatkan ID dan Password anda melalui email-email yang dihantar oleh VeMMABUILDER ke dalam email anda.

- Masuk (Log in) laman web www.vemmabuilder.com/login/index.jsp-



Klik pada GET STARTED.Berikut adalah pakej-pakej keahlian / pembelian:




Pakej 1 :


Single Pack (2 botol Jus Vemma) = RM342


Potensi Pendapatan Seminggu = RM3,800


Cycle Value (CV) / Mata Bonus = 30


Potensi Bonus = 2 Jenis Bonus


Fast Start Bonus = RM38


Tempoh Keahlian = 1 Bulan


Pakej 2 :

Basic Pack (8 botol Jus Vemma) = RM1368

Potensi Pendapatan Seminggu = RM15,200

Cycle Value (CV) / Mata Bonus = 90

Potensi Bonus = 7 Jenis Bonus

Fast Start Bonus = RM152

Tempoh Keahlian = 1 Bulan


Pakej 3 :

Silver Pack (12 botol Jus Vemma) = RM2,052

Potensi Pendapatan Seminggu = RM38,000

Cycle Value (CV) / Mata Bonus = 180

Potensi Bonus = 7 Jenis Bonus

Fast Start Bonus = RM456

Tempoh Keahlian = 3 Bulan



Pakej 4 :

Ultimate Pack (30 botol Jus Vemma) = RM5,130

Potensi Pendapatan Seminggu = RM95,000

Cycle Value (CV) / Mata Bonus = 360

Potensi Bonus = 9 Jenis Bonus

Fast Start Bonus = RM950 / RM1,520 (Ultimate)

Tempoh Keahlian = 6 Bulan


PAKEJ TERBAIK YANG DISYORKAN ADALAH ULTIMATE PACK.

- Layak 10 jenis bonus.
- Sponsor Silver Pack dapat RM456
Sponsor Ultimate Pack dapat RM1520.
- Kalau pendapatan anda mencapai konsisten RM95,000 setiap minggu (USD1.3 million setahun), anda akan mendapat akaun baru secara PERCUMA, maknanya tiada had pendapatan..!!

SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI KREDIT KAD, SILA GUNAKAN DEBIT KAD.

- Dapatkan debit kad.
- Buka akaun simpanan di Maybank / Eonbank / Alrajhi Bank / Public Bank / Ambank (NextG) / http://www.tunemoney.com/.
- Akan diberikan secara on the spot buku simpanan dan kad debit..
- Pastikan amaun anda mencukupi untuk pakej yang dipilih.
- Disyorkan Eonbank dan Alrajhi Bank, sebab ianya paling cepat dan mudah.

UNTUK MENYEMAK RANGKAIAN DI BAWAH ANDA

- Dalam laman VEMMABUILDER anda, klik pada GENEOLOGY.
- ‘P’ menunjukkan Pre-Enrollee.
- ‘M’ menunjukkan Pre-Enrollee telah menaiktaraf keahlian kepada PAID MEMBER.

CUT OFF…!!

KALAU ANDA MENAIKTARAF KEAHLIAN KEPADA PAID MEMBER SEBELUM 3 PETANG JUMAAT, MAKA PAID MEMBER DALAM MINGGU ITU AKAN MENJADI DOWNLINE ANDA.JIKA TIDAK, PAID MEMBER ITU AKAN MENJADI SENIOR / UPLINE ANDA. JADI,JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG TELAH DIBERIKAN.

APAKAH TINDAKAN SAYA SETERUSNYA?

- Promosi laman web biru anda, contohnya www.vemmabuilder/123456789.
- Dapat dilakukan melalui email, pengiklanan percuma / berbayar (ONLINE / OFFLINE).

Pesanan saya; jangan cari orang kalau orang itu bukan benar-benar prospek yang terbaik, biar orang yang mencari kita.

APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS ITU?

- Dapatkan seberapa banyak prospek (Pre-Enrollee) yang mendaftar dalam laman web biru anda.
- Sistem VeMMABUILDER akan memainkan peranannya.
- Anda hanya perlu menunggu respons daripada prospek anda.
- Jawab telefon / SMS dan balas email.
- Pre-Enrollee tadi akhirnya akan menjadi PAID MEMBER.
- Anda akan dapat $$$$$ dan / yang dikenali sebagai FAST START BONUS (Bonus pertama anda).
- CYCLE BONUS akan menyusul selepas FAST START BONUS.
- Automatik di bawah setelah adanya PAID MEMBER dari anda.
- Setiap pasangan Cycle Value (CV) sebanyak 540 CV anda akan menerima bonus sebanyak RM130. ADA 8 LAGI BONUS MENANTI ANDA.
- Inilah kerja yang akan anda wariskan kepada rakan-rakan niaga di bawah anda.
- Usaha / kerja untuk perniagaan ini hanya 20% yang perlu anda lakukan,
- 80% lagi, sistem VeMMABUILDER yang akan melakukan untuk anda.
- Fahamkan 2 bonus ini dahulu


Bersama menuju ke puncak kejayaan!!!

Untuk keterangan lanjut:

HUBUNGI: SYED MUHAMMAD AZHARI BIN SY. ZAIN


Tel: 0175344712
YM : sdmdaiEmail : sdmdai@yahoo.com.myinfo bisnes:http://www.mercujaya.com/http://www.my-successbiz2u..com/introinfo aktiviti rasmi perniagaan:http://www.vemmarichclub.com/





DAFTAR PERCUMA DI SINI :http://www.vemmabuilder.com/739927805

Thursday, January 14, 2010

Hijrah??? Hurm....

"Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain."- Oleh: Hasnan bin Kasan ( Panel Penulis JAKIM) untuk artikel bertajuk "Penghijrahan Minda dan Tasawur".

Assalamualaikum wbt...

Rasanya tidak terlambat untuk aku berkongsi cerita tentang "Hijrah"... sesuatu yang bisa kita dengar bukan? Penulisan aku untuk entri ini mungkin bersifat santai dan tidak begitu memberatkan otak...sebab nanti korang bosan pulak nak baca kan? Hihi..maklumlah...semuanya di hujung jari....nak cari kisah hijrah...artikel hijrah..berlambak-lambak je dalam internet... Yang membezakan, gaya penyampaian dan pengisiannya saja. Betul tak? Ok... berbalik pada maksud hijrah... sebenarnya hijrah ini banyak pengertiannya... Dalam lagu ada menyatakan; "Satu muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah," Antara maksud Hijrah... 'perpindahan'. Kalau kita nak lebih faham tentang hal ini.... aku nak kongsikan kronologi hijrah supaya korang lebih jelas... bagaimana hijrah itu berlaku semasa zaman nabi...

  • Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw.
  • Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah.
  • Nabi memberitahu kepada Abu Bakar tentang rancangan Hijrah ini.
  • Mereka keluar dari Mekah, pergi ke gua Thur.
  • Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua.
  • Abu Bakar gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua.
  • Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
  • Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
  • Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
  • Nabi tiba di Madinah
  • Pembinaan Masjid Nabawi
  • Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar
  • Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin.
  • Mewujudkan Piagam Madinah.
(Kronologi ini aku edit dengan ringkas berdasarkan artikel dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia(HALUAN) dan Majalah Solusi isu no.15 (Hijrah atau Kalah)

Dari sudut penghijrahan cuma apa yang aku ingin kongsi ni lebih kepada "hijrah rohani"- iaitu lebih kepada sikap dan kepercayaan... Perubahan dari sudut dalaman yang lebih penting dalam hidup insan bernama manusia... em, cuba kita diam dan berfikir sejenak... 'Apa penghijrahan terbesar yang pernah kita lakukan selama kita hidup ni?' Hijrah itu sendiri membawa maksud perubahan dari sudut negatif kepada positif...bukan sebaliknya ok! Em, jadi.... boleh kita kongsi di sini? Mungkin ada yang mahu berkongsi dengan em.... ' Saya dulu tidak bertudung...sekarang alhamdulillah, saya sudah mula memakai tudung!" atau "Dulu saya ni sembahyang celam-celum, sekarang alhamdulillah...sembahyang dah tak tinggal!' atau "Dulu saya suka melawan cakap mak bapak saya, sekarang tidak lagi...saya menyesal sangat-sangat dan ingin berubah! Kesimpulannya... macam-macam la reaksi manusia-manusia yang sudah berhijrah ni... apa kata anda?

TAPI....
Ada sesuatu yang agak membimbangkan...merisaukan...menyulitkan... tatkala..seseorang yang cukup sempurna akhlaknya, penampilannya, sifatnya, tiba-tiba berubah secara perlahan-lahan atau secara drastik kepada sesuatu yang lebih negatif... Apakah puncanya? Adakah iman yang terbina sejak kecil lagi boleh rapuh dengan senangnya? Aku tertanya-tanya...kerana apa yang berlaku berdasarkan pengalaman aku dan sekeliling... sedih...amat sedih... seseorang yang dulunya menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya, dihormati orang dek kerana sifat alimnya, kini berubah! Adiknya yang dulu kononnya "rockers...agak sosial" kini berubah menjadi seseorang yang "sejuk mata memandang"...alhamdulillah... aku amat menyenanginya...malah dia lebih baik daripadaku yang agak "giler2" ni...huhu... Terdetik hati, suatu hari nanti...aku nak jadi macam dia... aku berharap agar aku diberikan kesempatan untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi...=) Apa-apa pun, hanya Allah s.w.t yang dapat memberikan aku nur hidayahNya... doakan aku... =)

Em, berbalik pada cerita tadi... adiknya itu bercerita tentang perubahan kakaknya, aku amat terkejut dan tidak sangka! Yelah, manusia boleh berubah sekelip mata...cuma aku tertanya-tanya...di mana pendiriannya yang utuh sebelum ini? Bayangkan...seorang yang sering berbaju kurung...bertudung labuh...tidak bermekap...merendah diri... menjadi seorang yang santai... sudah pandai bergaya... bermekap... pakaiannya dah lain sangat! Lebih up-to-date, sempoi...tak macam dulu. Aku kepelikan seketika... betul kah apa yang aku dengar ni??? Mungkin dia berubah kerana 'culture-shock'-kerana kerjayanya yang agak berpangkat tinggi di Kuala Lumpur. Em, lebih mengejutkan... apabila adiknya bertanya padanya... 'Tudung-tudung labuh dalam almari ni tak pakai lagi ke?' jawabnya: "Aku dah tak pakai dah...tak tau bila nak pakai lagi...kalau kau nak amik la". Sampai begitu sekali? Adiknya juga pernah bertanya dengan secara berhikmah...supaya akaknya tadi tak terasa... "Kenapa ko dah lain? Dulu ko tak macam ni, ayah dulu selalu puji ko!"-tanya si adik yang tidak memanggilnya akak sebab dah biasa dari dulu lagi... Arwah ayah nya mesti sedih kan kalau dia dapat tau? Yelah, anak yang dulu disanjung..dipuji.... em... lebih terkejut lagi tatkala dia mengatakan... "Apa yang ko lihat sekarang, ialah apa yang aku nak jadi dulu" Maknanya, siapa dia yang dahulu? Adakah dia jadi baik kerana mahu menyenangkan hati ayahnya saja? Soal keikhlasan dibangkitkan... em... aku berharap, agar dia menyedari tindakannya itu salah dan berubah menjadi dirinya yang dahulu...amin!

Persoalan besar..... HIJRAH atau KALAH?
Tepuk dada...tanya iman...

Sebelum mengakhiri entri kali ni...aku nak kongsi la satu drama yang pernah tayang kat Astro dulu yang bertajuk "Antara Garisan"... Penceritaan yang digarap dalam cerita ini sangat bagus. Bagaimana manusia itu boleh berubah kedudukan... yang membezakan kita hanyalah satu garisan halus saja... nak tau lebih lanjut... sila ke link...

Sekian...



p/s; entri kali ini agak sempoi, tidak mendedahkan pengisian secara menyeluruh. Hal ini kerana aku nak korang faham satu benda je... "Hijrah rohani" itu sendiri.... Perkongsian ini bukan untuk korang je...tapi untuk aku juga... Semoga kita berubah menjadi lebih positif hendakNya... Marilah berusaha ke arah itu... chaiyok2...hehe... =)

Tuesday, January 12, 2010

Biarlah hanyut ditelan ombak... (Pengakuan berani mati) haha

Assalamualaikum wbt....

Tatkala jari-jemari ini ligat menekan "keyboard"...terfikir pula aku wajar ke aku meluahkan pe yang aku rasa ni? Mungkin aku perlu membuat satu pengakuan yang berbau sedikit peribadi. Bukannya apa...sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang merundum jiwa ni... (ewaah, ayat...cam tak boleh blah je) =p Ingat nak menulis post dalam bahasa inggeris.. (kononnya boleh la polish skills menulis dalam b.i macam yang pernah aku buat sebelum ni... tapi kalau buat, rasanya penyampaian aku tak sampai kat hati orang yang membaca) Kebebasan untuk menjiwangkan ayat-ayat kureng sikit...so, aku decide menulis la macam biasa... Baiklah, aku nak mulakan:


1) Seseorang yang sangat rapat melukai dalam senyap (mungkin tanpa niat)

- I dunno how 2 describe dis statement actually...Ok, fine! Let's get it started without tryin 2 hurts them... sumtyme i wonder, y they treat me in dis way? Adakah aku yang meminggirkan mereka atau mereka yang meminggirkan aku? Mungkin nasib aku mengalami situasi yang sama setiap kali.... haaaisshhh! I dun 1 2 b a good pretender.... terpaksa berpura2 tidak tahu sedangkan aku mengetahui apa yang mereka tahu.... =) Adakah ini satu balasan terhadap dosa2 aku? atau dugaan? Yup, I do understand....we should not share everythin' 2 everyone... ok, fine! Tapi "tentang itu" aku rasa, tak salah kalau kita kongsi... cummonlah.. kita da kenal sejak kecil lagi... dah macam adik-beradik... tak ingat ke saat2 kau menceritakan sesuatu pada aku... sehingga kita menangis sama-sama malam itu? Kadang2 aku rasa macam dah jauh.. makin jauh... agaknya kalau da kawin nanti makin jauh..... ini baru seorang melukai aku dalam senyap... ada lain lagi.... kawan? saudara? keluarga? biarlah aku berhenti setakat ni je... aku tak mahu lagi memendam perasaan.... terasa beban! Aku mungkin ada salah-silapnye... aku sendiri tak pasti... atau kau yang suka berahsia? Cakap2 lebih2... orang yang tak sepatutnya terasa... yang terasa.... tak dapat dek nak tolong.... =p (percayalah...entry ni hanya luahan saja...tak da kene-mengena melukakan perasaan sendiri atau orang lain)

2) Cinta yang tidak kesampaian?

- Bab ni aku tak mau ulas lebih2...hihi... apa yang pasti... aku menyukai seseorang yang dia sendiri tidak tau....(mungkin) sudah setahun lebih perasaan ini ada... tapi aku tak meluahkan... (ego) so, memang salah aku.... haha... it doesn't mean, aku keluar dengan A...layan dia dengan baik2 seolah2 aku sayang dia... silap! Perasaan aku bukan untuk dia! Sorry.... Aku tak ada niat bagi harapan.... mungkin terasa kosong ketika itu... kami rapat... but now...tidak lagi...=) Jahat ke aku? Aku xboleh terima sesiapa..maaflah kepada sesiapa sebelum ni yang aku macam "nak tak nak" je awal2...lebih baik aku mengelak awal2...daripada kemudian hari? Betul x? Asal orang nak kenenkan aku dengan orang ni...orang ni...aku tak nak! Memang giler aku ni... mereng... semua ada.... tapi pe2 pon hanya Tuhan je tau.... =) Kahwin? Kadang2 aku rasa perlu... kadang2 aku rasa tak perlu....tapi apa2 pon... aku tak menolak jodoh...perkahwinan perlu untuk melengkapi kehidupan seorang insan bernama Homo Sapiens... (manusia)... huhu Persoalannya...perlukah aku menguburkan saja perasaan ini? atau menjadi "perigi cari timba"? Aku harap dia kawin la...boleh la aku lupakan dia macam yang aku pernah buat sebelum ini.... (bertahun2 yang lepas)...=) Ye...aku penah rapat dengan dia...tapi dulu... mungkin dia da berpunya kot skunk.... ok la macam 2... (kalau aku jadi spy dia ok x?) haha... (tau cket2 je) Masing2 tak tau apa dalam hati... mungkin perasaan itu tak pernah ada.... cuma illusi???=p As a conclusion...aku tak layak bercinta la weh...aku hanya layak berkawan je dengan orang... sebabnya....sebabnya... (tut....tut....tut... bersambung untuk edisi seterusnya) wakakaka...=p Pe yang aku tau... "perasaan aku setia" tiada yang lain... =) Moga2 aku ditemukan dengan seseorang yang dapat menerima kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana yang aku sering doakan setiap kali selepas solat.... =)) amin.... Kepada sesiapa yang mengatakan aku cerewet.... tolongla faham...ini soal hati dan perasaan.... ok? Aku bukan jenis "tangkap muat"... aku fikir sangat jauh... sangat2! =)

* Kalau kita rasa, kita susah.... banyak lagi orang yang susah kat luar sana....
* Kalau kita rasa, kita pandai, banyak lagi orang yang lagi pandai daripada kita...
* Kalau kita rasa, kita tak berguna, banyak lagi yang tak berguna di luar sana yang masih menyusahkan orang lain.... (sebab apa aku highlight tang ni? sebab kadang2 aku rasa cam aku tak berguna....tapi aku positifkan diri aku balik)

p/s ; ada sorang kawan yang seolah2 dapat membaca fikiran aku yang sedikit bercelaru... sehinggakan dia berkata... "fina, r u ok? awk seolah2 mcm melarikan diri daripada sesuatu..." yup.. u're rite.... haha

Fikir2 kan lah.... =)

Thursday, January 7, 2010

I'm Juz Confused....I guess so...=(

Assalamualaikum wbt...

Hey,hey,hey,hey....aku tak percaya cinta...haha...damn! Actually, dis is not da real problem I've faced rite now...woha! Chill ya Feena! Unpredictable..my mood swings..lalalala... Guess what? Ohh...lookin' 4 a better life...better future! I should be grateful 4 what I've had...but u know what... I felt a lil bit miserable inside... dunno how 2 explain... something saddened me... uhuk3... ;(

It's all bout finding a suitable job... yeeha! Help me! Do hire me! PLEASE!

Sunday, December 20, 2009

Azam baru 2010....





Assalamualaikum wbt...

Sedar atau tidak, tahun baru akan menyusul tak lama lagi...bagaimana dengan azam tahun baru ni? Adakah azam tahun 2009 anda sudah tercapai? Ataupun mungkin separuh saja dipenuhi sebaliknya akan dibawa ke tahun hadapan? Haha...boleh lak bawa ke hadapan ek? Tak kisah la..janji impian dan keinginan kita tercapai hendaknya. Apabila bercakap tentang azam baru, impian dan matlamat baru... kelihatan semua orang agak teruja dan tak sabar-sabar hendak melaksanakannya...dan aku tidak terkecuali. Hehehe.. =)) Manusia ni terlalu banyak keinginannya, tapi harus diingat.... "matlamat tidak menghalalkan cara!". Apa-apa yang kita lakukan, mestilah mempunyai batas-batasnya.

Melalui usia remaja...kadang-kala terikut-ikut sangat jiwa muda kita kan? Semua benda nak buat..semua benda nak dicubanya...maklumlah... orang kata "muda hanya sekali"... nanti dah tua, tak merasa... hurm, terpulanglah pada setiap individu untuk mendefinisikan sendiri "masa muda mereka"... semua orang ada hak untuk menentukan hala tuju mereka sendiri.. Aku teringat pesanan abang angkat aku ni... "Jangan ikutkan jiwa muda!". Baiklah abang...saya tak ikut...haha...saya nak merasa gak jiwa muda ni macam mana..haha. Manusia belajar daripada kesilapan...dan mungkin dengan cara melalui pelbagai pengalaman mengajar saya lebih positif dalam mengharungi kehidupan yang berliku ni...=) Korang setuju atau tidak... ada saya kisah??? =p

Opps...tak mau la guna 'saya'..rasa macam formal sangat... Back to "aku" hehe... ok... Aku ada beberapa matlamat nak dicapai untuk tahun baru ni. Tak semua lah untuk dikongsi... as a blogger... some of da story should not be shared to da public, am i rite? haha...lolz... apa-apa je la..malas nak layan.... hihi (adakah aku berubah menjadi sedikit nakal dengan penulisan terbaru aku ni?) xeh...aku ni jenis gila2 cket...so, tolong la faham.... makcik2 kat luar tu pun tau aku ni macamana...memang otai... mereka boleh ketawa berdekah2 dengar lawak aku... huhu... (makcik,bleh saya jadi menantu makcik?) hahaha =0

Kalau orang cakap...tahun baru...mesti kena ada perubahan. Aku kepelikan seketika.. kenapa tahun baru semua nak diperbaharui? Kononnya nak jadi someone yang lain... (mungkin jadi baik cket kot) hihi... Aku teringat kata-kata Chef Wan dalam tv suatu ketika dulu, kalau kita nak berubah, tak payah la nak tunggu tahun baru...esok pun boleh. Apa-apapun, biarlah istiqamah. Jangan hangat2 taik ayam... betul x? Aku rasa semua orang nak berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik dan positif. DAN aku tidak terkecuali... well, whatever is it...aku nak capai beberapa impian yang tergendala sebelum ni...

Antaranya: 1) Mendapatkan sebuah pekerjaan tetap,yakni sesuai dengan jiwa aku. Em, susahnya nak dapatkan kerja sekarang.... kalau berlambak2 pun kontrak... (macam aku sekarang). kawan2 yang masih menganggur dok mengadu kat aku. Ada degree pon x guna... Aku pon berkata... "Relax r...rezeki ada nanti untuk ko... janji usaha. " Degree berguna...sape cakap x guna? meh aku cubit dia... ingat la... kita belajar tinggi, nak tuntut ilmu... dan semestinya Allah suka orang yang menuntut ilmu... dapat kerja or tak dapat belakang kira... sesungguhnya kita beruntung sebab ada degree...ada orang spm pon x lepas... ada juga masa depan dengan adanya pendidikan tinggi ni. Betul x?

2) Ingin berazam menyimpan wang sebanyak mungkin, dan mengurangkan perbelanjaan untuk sesuatu yang agak remeh-temeh. huhu... mahu menjadi lebih berdisiplin dalam misi menabung!


3) Kalau dah dapat kerja tetap, aku target nak beli rumah atau tanah untuk jaminan masa depan. Mungkin untuk disewakan atau kegunaan sendiri. Setengah orang cakap, "xpayah la kamu beli umah, nanti kawin nanti baru la beli dengan suami". Makcik, tolong la faham... ini aset tau... harga tanah o umah akan naik dan terus naik... baik saya beli sekarang... daripada beli kereta mahal2 yang akan susut nilai... baik beli umah or emas.. yang harganya akan meningkat dan terus meningkat...(pelaburan). So, aku nak nasihatkan kawan2 yang dah ada keje tetap tu, beli la umah k... aset tu... beli keta yang biase2 cukup, keta tu nilainya akan susut jugak... kalo nak merasa pakai honda tp xmampu, beli je saga blm 2... modified cket dah jd honda beb..siyes. aku da survey byk dah...canteek giler... =)

Hah..mesti ada yang ingat azam baru aku ni banyak berbentuk material kan? hurm... sebenarnya, ada je yang bukan berbentuk material....contohnya:

1) Ingin menjaga kesihatan diri sehingga ke tahap paling maksimum... so, kene jaga makan... kurangkan makan seafood (waaa!!! resdung ni) asyik x pantang jea...balun je semua... tula, fina degil! Lebihkan aktiviti yang mengeluarkan peluh... =)

2) Ingin menambahkan berat badan sebanyak 5 kilo! Wish me luck! Nk kene wat pe ek? makan tido pon xgemuk gak... kene minum weight gain kah? =p (skunk ni underweight la)

3) Ingin melakukan aktiviti2 yang lasak yakni menguji tahap ketakutan aku. haha... ada la beberapa aktiviti yang aku takut nak buat sebelum ni, aku nak try wat... (aktiviti yang gayat cket..maklumlah aku takut ketinggian)


dan.... matlamat paling penting..... bersifat peribadi....haha... (antara aku dengan tuhan) dan (antara aku dengan manusia) korang xperlu tau k... =))

so, amacam azam baru korang? share la cket...hihi

Friday, December 18, 2009

Sedar atau tidak...???


Sedar atau tidak…umur aku akan genap 24 tahun pada 2hb februari tahun 2010 ni. Em…takut pun ada…yelah, masih banyak impian yang belum terlaksana. Usia yang mungkin cukup matang bagi seorang wanita…tatkala melepasi usia remaja… tetapi aku rasa gelaran wanita tu belum sesuai lagi untuk aku. Aku terasa seperti aku masih dalam pertengahan antara remaja dan wanita.. hihi… (ye ke???) Melihat orang-orang yang seusia denganku…ada yang sudah bertunang…berkahwin… ada yang sudah beranak-pinak, mempunyai kerjaya yang mantap membuatkan aku terasa sedikit tempiasnya. Suka melihat kebahagiaan mereka…dan aku ingin sekali merasakan kebahagiaan seperti itu. Apa nak buat…rezeki dan jodoh belum ada lagi…=)

Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Think positive! Be mature! Allah s.w.t dah tetapkan semuanya sejak azali lagi…bezanya ialah sejauh mana kita berusaha untuk memperbaik kehidupan kita. Aku yakin dan percaya bahawa Tuhan adil kepada semua makhluknya… Contohnya; ada orang yang miskin harta-benda….tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin A hidup serba kekurangan..tetapi dia punya keluarga dan rakan-rakan yang menyayanginya dan mengambil berat tentang dirinya. Begitu juga dengan situasi si B yang mempunyai kedudukan yang mantap, kerjaya yang ampuh, dikurniakan kemewahan yang tak terhingga..tetapi dia tidak dikurniakan anak… Itulah ketentuan Allah s.w.t… Bersyukurlah! Ada pula yang mempunyai kerjaya yang mantap...kehidupan yang mewah, mempunyai keluarga yang menyayanginya sepenuh hati tetapi sunyi kerana masih belum bertemu jodoh sehingga dia digelar “andartu”. Pelbagai situasi yang berbeza sering kita dengar..dan kita harungi. Apa-apa pun, semua orang mendambakan “kebahagiaan”…”kebahagiaan” mengatasi segala-galanya. Apa gunanya ada wang yang banyak tetapi tidak bahagia? Bagaimana hendak mencapai kebahagiaan? Salah satunya ialah dengan mengamalkan “hidup untuk memberi”.

Pada mulanya, pemikiran aku tidaklah terlalu mendalam tentang statement ni… sejak aku membaca artikel-artikel di dalam majalah Solusi isu nombor 14, membuka mata, hati dan jiwa aku untuk mendapatkan kebahagiaan. Memberi itu lebih baik daripada menerima, betul tak? Buangkan tanggapan bahawa dengan menerima kita akan mendapat lebih sebaliknya memberi akan mengurangkan. “No man becomes rich unless he enriches others”- janganlah kita melihat “memberi” itu dari sudut material semata-mata. Think out of the box! Pemberian boleh berupa ilmu, kasih sayang, perbuatan yang baik, kata-kata hikmah, memberikan kemaafan dan lain-lain lagi. Sehinggakan sedekah dengan hati pun sudah memadai sekiranya kita berniat baik untuk memberi kerana Allah s.w.t. Mungkin aku menyedari hakikat ini melalui kajian aku sendiri. Aku sering mengambil contoh-contoh terdekat untuk dijadikan pedoman. Sebagai contoh, kakak aku. Walaupun dia tidak bekerja, dia rajin bersedekah. Rezeki dia selalu je ada. Konsep sedekahnya luas..bukan dengan setakat material semata-mata. Dia selalu menolong orang, bagi makanan kat jiran-jiran, berkongsi ilmu, menjaga hubungan dengan orang sekeliling. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kebahagiaan kepada orang lain secara tidak langsung. The way she treats me and my family…with lots of love and care… I do believe she deserves the best things in life. Pengorbanan dia untuk berhenti kerja serta-merta dengan alasannya untuk menjaga mak aku semasa sakit dulu membuatkan aku kagum. Sekarang pun dia rajin balik ke Ipoh walaupun tinggal dengan suami di Jeli, Kelantan. And fyi..suaminya muda 15 tahun daripada kakak aku. Itulah jodoh…Tuhan dah tentukan.. =))

Korang pernah tak terfikir akan suatu perkara…. Orang yang memberi hakikatnya lebih gembira daripada orang yang menerima. Mungkin bunyi macam pelik je kan? Yelah.. biasanya kita faham orang yang menerima akan lebih gembira. Contohnya bila dapat hadiah… betul tak? Cuba bayangkan satu situasi ni… contohnya kamu punya anak saudara lelaki yang sangat meminati kartun Ben10. Anak buah kesayangan la katakan. Si Danish (contohnya:anak saudara korang) suka mengumpul aksesori-aksesori Ben10. Danish berkata kepada korang, “Angah, Danish nak sangat seluar dalam Ben10…yang lain semua Danish ada… jam, patung, topi, baju, mainan semuanya Danish ada. Boleh tak Angah belikan?” (Huh, macam takde benda len je si Danish ni nak kan? Hahaha) Korang pun pergilah kedai ke kedai cari benda alah tu…penat sangat-sangat yelah sebab tak jumpa-jumpa…(give up la kejap a.k.a frust sebab tak jumpa la katakan). Nak ditakdirkan suatu cerita, korang ditugaskan menghadiri satu seminar a.k.a kursus la kat satu tempat ni…sebelum balik sempat la p window shoppin’… tiba-tiba korang ternampak ada sebuah kedai ni menjual seluar dalam ben10. Apa perasaan korang masa tu? Mesti excited bagai nak rak sebab tak sabar-sabar nak beli untuk hadiahkan kepada anak buah korang tu kan? Walaupun korang malu gila nak beli, tetapi memandangkan korang sayang sangat kat anak buah korang tu, korang gagahkan diri dengan muka tak malunya beli seluar dalam ben10 tu. Well, aku cakap berdasarkan experience aku…Cuma cerita aku reka atas ni beza sangat la dengan cerita aku. Hehe,,saja-saja nak wat lawak pandai sikit. =p Hakikatnya, aku rasa gembira sangat-sangat mengalahkan anak buah aku masa aku bagi hadiah kat dia… =)) (Kita gembira a.k.a bahagia apabila melihat orang lain bahagia). Kesimpulan yang sangat mudah dan senang untuk difahami. Adakah anda bersetuju atau menyangkal kata-kata aku ni? Huhu…

Ingatlah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”- Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani. Mungkin ada yang berkata… ahh.. aku tak ada apa-apa untuk diberikan.. duit pun tak da… nak bagi ilmu?? Huh..aku ni buta huruf… nak ajak orang buat kebaikan??aku terasa aku ni jahil sangat… INGATLAH! Dengan senyuman itu sedekah… menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah itu sedekah… memberi salam itu sedekah lisan….selain ucapan yang baik dan berlemah-lembut. Puasa sunat=sedekah untuk diri sendiri… mendoakan orang lain itu sedekah… contohnya kalau korang sedang asyik berjalan kaki..tiba-tiba nampak seketul bata besar kat tengah jalan..kemudian korang alihkan bata tu sebab benda tu menghalangi jalan… korang dah dapat pahala sedekah dengan perbuatan… konsep sedekah itu luas wahai sahabatku…

Apakah yang menyebabkan kita enggan memberi??? Orang yang menerima tidak berterima kasih? Tidak mendapat balasan? Tidak adil untuk kita yang berusaha? Bukalah minda seluas-luasnya… Jadikanlah sifat Allah yang pemurah itu untuk kita hayati bersama… =))

P/s: Oleh itu, rajin-rajinlah bersedekah. Pelik seketika tatkala mendengar alasan orang yang bergaji banyak ni cakap, “aku ni mana ada duit… gaji tak cukup…nak bayar itu…nak bayar ini…punyalah kedekut…huhu…duit banyak tak bawak ke mati laa… ada jugak yang jenis berkira-kira… “ko hutang aku rm29.80…duit makan kfc tadi campur dengan bla-bla-bla” si kawan ni kebetulan ada RM29.50 je dalam poket… “weh, aku ada rm29.50 je ni…” “Em, macam ni..ko bagi dulu, esok ko bayar lagi 30sen” aisey… 30sen pun nak berkira…huh! Itu baru kes kedekut dengan orang di sekeliling dia. Yang paling teruk sekali kedekut dengan diri sendiri…walaupun mampu serba-serbi, tetapi masih liat nak keluar duit untuk keperluan diri…. Huh… Renung-renungkanlah…

Nukilan: Feena (“,) + info yang berguna dalam majalah Solusi…