Saturday, March 14, 2009

Being a teacher???


Assalamualaikum…wbt.. = )

Sudah lama aku menunggu saat dan detik ni nak post sumthin kat sin…huhu. Almaklumlah, aku sibuk sangat2 dan tak da masa sangat nak post2.Dulu2 masa kat USM rajin gak aku post citer even sok nye nak exam..haha..ntah pe2 je kan…skunk aku dengan karier aku sebagai seorang pendidik a.k.a cikgu. Waduh! Rupanye, susahnya jadi pendidik ni…nampak macam senang je. Em, mungkin tengok pada situasi or keadaan tertentu la kot. Kalau dapat anak murid yang ok, ok la jawabnya. Kalau tak, sakit jiwa tahap kritikal weh…mujur tak masuk ICU je..haha

Semangat dan mood aku boleh swing camtu je, mujur laa ada orang2 yang tersayang bagi aku semangat untuk aku teruskan perjuangan ni. Kalau tak, rasa down giler…thanks ya! Aku ni suka sangat dok motivate2 orang, last2 aku yang terjatuh! Yelah, tak semestinya semua orang kuat semangatnye sampai bila2…betul tak? Bayangkan lah, aku boleh hilang selera makan, bad mood, semua aku wat boleh hilang fokus! Itulah nama nya dugaan! Aku redha je laa. Badan pon maintain kurus je ni…haha.. entah bila nak gemuknya…kalau senang hati, aku selera makan. Macam skunk laa, coz da start cuti sekolah. Kalau hati tak senang, banyak fikir…aku bertambah2 blur n ingatan pon xbape nak ok..haha…hilang fokus! Semoga Allah kuatkan semangat aku!

Em, since jadi cikgu ni…suara aku semakin lantang pulak. Maklum lah, hampir setiap kelas yang aku masuk, bila mengajar mesti nak jerit…kalau tak jerit..tak sah! Ngajar budak2 cina ni payah, dieorang bukan paham sangat bahasa melayu. Yang ada India or singh sorang dua dalam kelas tu paham cket…aku harap aku tak syok sendiri laa. Macam2 style aku cuba wat untuk memahamkan dieorang. Especially masa ngajar math (in English), aku kena cakap bm lebih cket…bukan setakat ngajar dwi bahasa…body language pun kena mainkan peranan gak..siap dengan mimik muka, gaya tangan nye…mujur aku tak menari2 je depan tu masa ngajar…semata2 nak bagi dieorang paham. Tiba2 bila aku tanya; “understand or not? Paham ke tak?”, ada jawab ngangguk, tak kurang juga yang menggeleng! Suara aku habis kat situ jea…last2 aku g kat meja dieorang, suh berkumpul dalam 4 orang, aku explain 1 by 1…kalo nak explain sorang2, mampus laa, dah la dalam kelas tu ada 44 orang! Kecian la bebudak ni bila sains n math diajar dalam bahasa inggeris. Ada sorang budak cakap apa tau kat aku masa aku explain kat dia, “cikgu, saya math faham, ini English saya tak faham!”. So, as a conclusion??? Tepuk dada tanya la selera! Ada pro and cons la PPSMI ni…well, no comment!

No fulfillment being a teacher yet…well, I’ll try my best laa. Apa2 pun, aku patut bersyukur coz aku masih lagi bernasib baik kerana aku ada kerja. Ada orang still tanam anggur lagi a.k.a mengganggur…aku patut bersyukur! Ya..betul! Aku ni kadang2, tak reti bersyukur…terasa jahatnye aku ni..kakak aku selalu ingatkan aku suatu ayat ni. “Kalau ada kereta, tengok orang yang pakai motor. Kalau ada motor, tengok orang yang menaiki basikal. Kalau naik basikal, tengoklah orang yang g mana2 dengan hanya berjalan kaki saja.” Maksudnya, dalam apa2 jua keadaan, tengok orang yang lagi susah daripada kita, jangan merungut a.k.a mengeluh! Alhamdulillah, aku kembali ke jalan yang betul balik. Manusia ni tak semestinya selalu di jalan yang betul je...betul tak? Aku ada kekurangannya..banyak sangat2. Dalam melalui ranjau2 kehidupan ni, banyak yang aku belajar. Cuma yang penting, kita kena sabar lebih cket..dan fokus! Mungkin aku ni cepat bosan dengan sesuatu perkara yang aku wat, aku harap semoga Allah tetapkan hati aku dalam apa jua perkara.

Apa yang penting? Kerjasama….- Wonder pets! Haha.. Tak ada kena-mengenalah! Apa yang penting, aku kena teruskan perjuangan dan bina matlamat untuk jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang. Tapi, aku tak buat2 lagi..tengah planning ni. Hopefully, everythin wil b ok! Skunk aku dalam proses membaca sebuah buku; “Life Is An Open Secret” (You, Me and We)- Zabrina A.Bakar…At first, aku menitiskan air mata gak bila baca tentang satu citer ni, menyentuh tentang hubungan dengan adik-beradik or yang sedarah dengan kita la…include dengan sedara-mara…very touching laa. Aku teringatkan hubungan rapat aku dengan abang2 n kakak2 aku. Pengorbanan yang mereka lakukan untuk aku khususnya…kasih sayang mereka yang tak ternilai dengan apa2 pon, well..i juz want u 2 know that…I really love you more than anything in dis world!

“An ounce of blood is worth more than a pound of friendship”- Spanish proverb

Buku ni bagus coz berbentuk motivasi n more to Islamic way laa..ada petikan hadis n maksud surah2 yang tertentu bersesuaian dengan citer yang nak disampaikan. Jiwa dan hati ni kena diberi makan gak, setiap masa…pengisian dari sudut ilmiah dan rohaninya…kalau tak tenggelam! At least once a day, you have to do dis…ok? Em, aku rasa sampai sini jelaa untuk post kali ni, insyaAllah ada post len menyusul pasni…k.


Wassalam

Wednesday, November 19, 2008

APABILA KISAH PERIBADI DIJAJA...

Asslamualaikum wbt…

Tergerak hati ni nak meluahkan rasa kepada segelintir manusia-manusia di luar sana yang masih belum mendapat “anjakan paradigma” yang sewajarnya! Begitu rendahnya maruah diri sehinggakan dengan mudahnya menjaja kisah peribadi ataupun koleksi-koleksi gambar yang agak peribadi kepada umum. Apa nak jadi agaknya? Itulah manusia kalau dah tak pandai menggunakan istilah “malu” dalam diri. Siapa? Adakah mereka daripada golongan celebriti? Yaa…sudah semestinya dan tidak ketinggalan juga golongan orang biasa macam kita ni…

CERITA 1:

Kecanggihan teknologi digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Kemunculan Facebook, Friendster, Myspace, blog-blog peribadi mendedahkan segala-galanya tentang individu terbabit tanpa ada rasa sekelumit malu dalam diri mereka mengundang spekulasi negatif dalam kalangan orang yang melihat dan membacanya. Maksud aku di sini, mendedahkan perkara yang tak sepatutnya umum tahu…halnya kerana itu terlalu peribadi! Em, bercerita pasal tentang ni…aku adalah tengok facebook beberapa celebriti yang mungkin dikenali ramai le juga. Nama pun celebriti…tak sah kalau tak letak sesuatu yang sensasi betul tak? Apalah nak dibanggakan sangat dengan benda yang tak senonoh tu? Sensasi daripada sudut kehidupan sosial mereka yang aku maksudkan di sinilah. Mula-mula aku macam tak percaya lah seorang celebriti ni yang aku rasa dia ni macam ok jelah...dah kawin…ada anak pun…Islam lagi tu…tengok facebook, masyaAllah…terkejut aku. Lain daripada apa yang aku bayangkan. Boleh pula letak gambar-gambar sosial yang aku rasa kurang manis untuk dilihat laa. Aku kepelikan seketika memikirkan peranan sebenar si suami celebriti ni tadi dalam konteks mendidik dan membimbing isteri dan keluarga ke jalan yang sepatutnya. Secara peribadi, memang aku rasa tak wajar la mana-mana celebriti atau siapa-siapa jelah mendedahkan tentang diri mereka yang boleh mendatangkan fitnah apabila mereka dilihat sebagai sesuatu yang mengaibkan. Sebagai contoh lain la, gambar memegang tin arak…berpakaian tidak senonoh…menghadiri parti sosial…adakah wajar ditayang-tayang macam tu je? Ada otak fikirlah sikit…jadilah seseorang yang sensitif dan lebih peka terhadap sekeliling. Awak tu kadang-kadang menjadi ikutan atau idola. Jadi, jagalah budi pekerti seperti mana yang dituntut dalam agama.

Nabi s.a.w bersabda: “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air yang mencairkan gumpalan salju. Sedangkan perangai buruk merosakkan amal salih seperti cuka yang merosakkan madu,”- Riwayat Al-Baitaqi

CERITA 2:

Em, kisah-kisah peribadi tetap peribadi bagi aku untuk dikongsilah. Kalau nak cerita pun, biarlah bertapis-tapis. Pada pendapat aku, kisah-kisah rumahtangga atau yang seangkatan dengannya tak wajar disensasikan walaupun kita mengalami saat-saat getir atau keadaan yang betul-betul beremosi. Ingat…banyak hati yang perlu dijaga. Maruah paling penting…menjaga maruah seseorang yang masih bergelar suami @ isteri ketika itu perlu dititik beratkan walaupun macam-macam hal yang menyakitkan hati dia pernah buat kat kita la. Memang tak dinafikan perasaan marah, geram, menyelubungi diri. Tapi keadaan itu boleh dikawal. Tak tahulah nak cakap macam mana…zaman sekarang semua perkara macam dah tak ada sempadannya lagi. Dunia je tanpa sempadan, bagi aku manusia perlu ada batas-batasnya…bukan main redah je. Wartawan pun dah memang tugas dia cari info untuk buat cerita…tapi biarlah ada batasnya “mereka-mereka” ni. Kenalah hormat pendirian dan prinsip orang lain juga. Manusia tanpa pendirian dan prinsip sangatlah menyedihkan! Sifat malu perlu ada supaya kita tak terdorong untuk melakukan sesuatu yang di luar kawalan sebagai kesimpulannya. . (Kisah siapa? Fikir sendiri..yang pastinya bukan Kisah Kaisara ok!)

Di sebalik cerita 2:

Pentingnya kesabaran dalam kes-kes macam ni. Memang manusia mempunyai tahap kesabaran-kesabaran yang tersendiri, tapi hakikatnya kesabaran itu boleh dikuatkan berlandaskan iman yang teguh di dalam jiwa!

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

Nabi s.a.w bersabda: “Bukannya ukuran kekuatan seseorang dengan bergelut. Orang kuat sebenarnya ialah yang mampu mengendalikan dirinya di waktu marah,” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w juga bersabda: “Hendaknya engkau lebih banyak diam, kerana hal itu akan dapat mengusir syaitan, dan membantumu dalam urusan agamamu”- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Paling penting, apa-apa pun yang berlaku kita perlu bersedia untuk melupakan dan memaafkan…semua ni dituntut dalam agama juga. Janganlah kita tidak memaafkan individu yang pernah berbuat salah dengan kita sekiranya dia memang ikhlas mahu meminta maaf daripada kita.

Nabi s.a.w. bersabda; “Barang siapa yang dimintai maaf dan tidak mahu memberikannya, orang itu tidak akan dapat minuman dari telagaku nanti di syurga.” (Riwayat At-Tabrani)

Dan ingatlah kita kena terima qada’ dan qadar yang telah ditentukan olehNya,

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” –Surah al Qamar ayat 49.

Aku nak minta maaf kerana mungkin apa yang aku utarakan semua ni melukai dalam senyap kepada individu-individu yang mungkin terasa. Ini hanyalah luahan rasa dan pendapat aku saja. Lain orang, lain rasanya. Lain orang, lain gayanya. Terpulanglah kepada diri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ingatlah, yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kekhilafan kita sendiri. Ada telinga mendengar, ada mata melihat, ada lidah merasa….ada otak, fikirlah sendiri! Apa-apapun, ingatlah peranan masing-masing. Aku sebagai suami…apa fungsi aku sebenarnya? Aku sebagai isteri apa peranan aku? Aku sebagai bapa apa peranan aku? Aku sebagai ibu apa fungsi aku? Aku sebagai abang…anak lelaki dalam keluarga apa yang aku perlu lakukan untuk membimbing ibuku dan adik-adikku apabila ayah sudah meninggal kelak? Aku sebagai seorang celebriti, apakah aku contoh terbaik pada orang-orang yang melihat diriku? Jawablah…jawab… Kita semua tidak sempurna pada dasarnya, yang sempurna hanya Allah SWT. Tetapi hidup ini banyak pilihan dan hala tuju, kita yang mencorakkannya dan menentukan kehidupan kita sebenarnya. Perlunya ada sedikit simpati pada diri sekiranya anda gagal membuat perubahan positif pada diri. Sekian…wallahualam…

FUNGSI-FUNGSI ROH???

Assalamualaikum wbt….

Post aku kali ni nak menyentuh tentang “Apakah nikmatnya fungsi-fungsi roh yang baik dan mudaratnya jika sebaliknya(buruk)”. Em, berdasarkan tajuknya pun kita mesti tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan ni…betul tak? Sebenarnya aku tergerak hati nak kongsi sikit pengisian-pengisian yang ada dalam buku yang bertajuk, “Siapalah Aku?” oleh Mokhtar Jamil dan disusun oleh Dr.Jusoh bin Kadir. Siri bacaan agama tambahan murid-murid sekolah sebenarnya…actually buku ni aku dapat masa aku sekolah rendah lagi dan semestinya pengisian jiwa yang ada dalam buku ni mematangkan walaupun untuk budak-budak sekolah. Ilmu yang sebegini meliputi skop yang luas dan yang pasti sesuai untuk dibaca oleh semua golongan sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Jom baca…=)

Hikmahnya kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang baik adalah seperti:

1. Makan : Untuk hidup atau keperluan kesihatan
2. Hiburan : Menyenangkan bukan melalaikan.
3. Bermain : Kemesraan bukan pertaruhan.
4. Tidur : Kerehatan bukan sumber malas.
5. Bakat : Dikemukakan bukan dibanggakan.
6. Ibadat : Ikhlas.
7. Warak : Semakin berasa bersalah kepada Allah SWT.
8. Ilmu : Terasa kekurangan.
9. Kaya : Pemurah.
10. Marah : Luahan mendidik.
11. Pangkat : Memberkatkan.
12. Hidup : Mulia.
13. Mati : Beriman.

Mudaratnya kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk seperti:

1. Makan : Dengan sekenyang-kenyangnya.
2. Hiburan : Melalaikan.
3. Bermain : Pertaruhan (berjudi)
4. Tidur : Menyuburkan sifat malas.
5. Bakat : Mendewakan diri.
6. Ibadat : Terburu-buru.
7. Warak : Bersifat maksum.
8. Ilmu : Disembunyikan.
9. Kaya : Tamak.
10. Marah : Pendemdam.
11. Pangkat : Memikat kejahatan.
12. Hidup : Menakutkan orang yang beriman.
13. Mati : Tergolong dalam manusia yang rugi.
Jadi, kita tergolong dalam fungsi roh yang bagaimana? Oleh itu, sama-samalah kita munasabah diri seketika bagi menjawab persoalan ini…wallahualam…Em, bagi menerangkan lagi persoalan berkaitan peranan fungsi-fungsi roh…jawapannya adalah:

a. AKAL sebagai PENIMBANG
b. PERASAAN sebagai PERASA
c. FIKIRAN sebagai PENILAI
d. HATI sebagai PENUNTUT/PEMINTA
e. NAFSU sebagai PERANGSANG
Pertanyaan:

Bagaimanakah peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang baik???

a. AKAL : Mengimbangi fitrah manusia.
b. PERASAAN : Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada yang lain.
c. FIKIRAN : Meneroka kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
d. HATI : Berupaya melihat yang tersirat.
e. NAFSU : Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

Pertanyaan:

Apa akan terjadi kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk???

a. AKAL : Menjadi gila @ gila di dalam kewarasan. (Tidak tetap pendirian).
b. PERASAAN : Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa dll.
c. FIKIRAN : Sentiasa merancang kejahatan.
d. HATI : Menyukai keburukan.
e. NAFSU : Menuntut kepuasan tanpa batas.

Pertanyaan: (Paling asas)

Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan roh???

Jawapannya…TIDAK! Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia dan hilang bila manusia itu mati. Manakala roh tidak akan mati dan menempuh kehidupan di alam barzakh dan akhirat. Allah SWT berfirman dalam Surah al Israa ayat 85 bermaksud; “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah. Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.
Kesimpulannya: “Tidak Aku berikan pengetahuan melainkan sedikit”…yang sedikit itulah perlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi roh itu tadi. =)
Sumber: Buku berjudul Siapalah Aku?- Dr.Jusoh bin Kadir

Saturday, November 15, 2008

Dari Hati ke Hati....

Assalamualaikum....

Em, aku menghadapi saat-saat yang mengelirukan sekarang. Mungkin terlalu peribadi untuk dikongsi di sini...cuma aku berharap suatu masa dan ketika aku lebih memahami dan mengerti apa yang sedang bermain dalam fikiran dan menyelami perasaan ini dengan penuh pengertian...kalaulah aku ni seorang mentalis kan best...boleh baca fikiran orang kan? Psiko-psiko orang ke...haha...aku ni pandai gak psiko-psiko orang ni...kawan-kawan pun cakap aku terer gak psiko-psiko ni...tapi entah macam mana aku di dalam satu situasi yang sukar nak memahami seseorang ni laa....em..siapa? Biarlah rahsia...huahuahua...well, kita tengok dan lihat jelah. Buat masa ni...memang susah la untuk aku meredakan perasaan yang tak keruan ni. Aku keliru!!! Aku keliru dengan diriku sendiri dan semestinya orang yang aku maksudkan itu. Kalaulah dia faham aku....dan aku dapat memahami dia...aman rasanya....=)

MY FEVERET SONGS...(FOR NOW)

Lirik Lagu Kerispatih - Bila Rasaku Ini Rasamu

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Back To Reff:

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

powered by lirik lagu indonesia


Lirik Lagu DMASIV - Cinta Ini Membunuhku

dmasiv lirik - cinta ini membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff

…. Wooo…Uuhh…Haaa…

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Video Klip DMasiv - Cinta Ini Membunuhku

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Thanks to palermo_2nd[at]elkom.net for this Lyrics


powered by lirik lagu indonesia


Jason Mraz - Lucky Lyrics

jason mraz lyric

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

[ thanks to yaya_abrahman[at]yahoo.com for submit this lyric ]

powered by lirik lagu indonesia


LUCKY- JASON MRAZ FT COLBIE CAILLAT




FALL FOR YOU- SECONDHAND SERENADE

Monday, November 3, 2008

LIVE UR LIFE- By Myself ('',)

Life is something wonderful to think about. Actually, there is no other ways to success without effort from us...it’s all about commitment! The way you react with differ environment, situations and conditions seems to be so difficult, right? When I was a child, I keep telling myself to be someone who I admire the most! I always dream to be an extraordinary! I love to get rich! Haha…It’s sound wow!!! Em, it’s up to you to create your own ways! Make your dream comes true! Be what ever you want to be! As long as it didn’t troublesome everyone around you! Be adaptable and live simply but make yourself worth ok!

Love? As a human being, we can’t stop ourselves to fall in love with someone who we think he/she is suitable for us. Sometimes, it really drives you crazy. What is the meaning of love to you? Love means that you have strong feeling of affection for someone and you care all about her/him. Em, you feel that he/she is the right person for you…soul mate maybe! He/she could always be beside you in what ever situations and will able to accept you without so many questions laa. Do you adore someone who is perfect? Wow, Mr. Perfect! Miss Perfect! Say bubye to all these things ok! Nobody is perfect…except He is the only…God! Look into the mirror…and say cheese!!! =p I’m not perfect! So, I’m intentionally wanna to find someone who can complete my life and of course he/she could be a memorable thing to be remembered forever! I’m wondering if I could be like her…she already found her real life! I’m so proud of you girl! (Tukar topik la pulak!) Her??? My old friend laa…She has changed! I love the new version of her! =) I’m hoping that someday…I will be like her too….=) InsyaAllah, God Willing! My advise, just befriend with everyone. One day, you will find your truly soul mate and once you get it…don’t ever let it go!

Life is not always smooth as we are think about. Sometimes, it’s really challenging and almost makes us feel disappointed when our desire can’t be achieved. Live your life!!! Dun ever give up! Even once! You will suffer for entire of your life if you always set up moron stuff inside your mind! Get all the frustrated things out of you right now! Unleash your confidence and chill out guys! Smile even you feel so miserable inside! Just pretending that you are ok!!! I’m fine…no big deals! It doesn’t mean that you are good pretender! Just trying to give yourself some space to realize that you deserve the best things in life! Nervous breakdown??? Cheesed off? Just pray to God…He will always beside you and keep blessing you if you are still with Him. Of course as a Muslim, we pray to Allah and always need a guidance to make our journey become smooth, rite?

Some people avoid hearing anything that sound to motivate. What do you think? Do you think that he/she is already motivated? I don’t think so. Em, maybe some of them feel comfortable to motivate themselves without trying to accept any better suggestions or ideas from the others. Or maybe they really need helps from the others but they are full with egos? Sometimes, we need to share something with the others. Otherwise, just be alone and then going nuts! It’s harder to breathe sometimes…perhaps there are so many things to think about! This is all about life babe!

TOMYUM SOUP FOR MY SOUL ACTUALLY…NGEH3…=P (For You too!)

“No one can go back and make a brand new start! Anyone can start from now and make a brand new ending! God didn’t promise days without pain, Laughter without sorrow, Sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears and light for the way!”

“When something happens to you, good or bad, consider what it mean! There’s a purpose to life’s events, to teach you how to laugh more or not too cry hard! You can’t make someone love you, all you can do is being someone who can be loved, and the rest is up to the person to realize your worth!”

“When you truly care for someone, you don’t look for answers, you don’t’ look for mistakes. Instead, you fight the mistakes, you accept the faults and overlook the excuses.”

“The measure of love is when you love without measure. In life there are very rare chances that you’ll meet the person you love and loves you in return. So, once you have it don’t ever let it go, the chance might never come your way again!”

“Disappointments are like road humps, they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards. Don’t stay on the humps too long. Move on!!!”


“When you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight and be happy, because God is thinking something better.”

“Remember the five simple rules to be happy: free your heart from hatred, free your mind from worries, live simply, give more and expect less!”

Say bubye to the difficulties!!! Chill out!!!! God is always be with you dear!!!!

Malay version: Untuk post kali ini, aku saje2 try bakat menulis dalam bi nih…so, xda versi melayu laa…so, sorry la for any grammatical errors dalam post ni…redah ajer….huahuahua=). Ada ape2 komen, just drop je kat sini ok…kalo nak share sumthin’ join BORAK2…=) For the next post, I’ll promise it will be something interesting to read about…ngeh3…=)…wait n c….Tunggu!!!

Wednesday, October 8, 2008

Raya kali ini...



Assalamualaikum wbt….



Selamat Hari Raya…yeehaa…=) Raya kali ni bagi aku best seperti kebiasaan…tapi mungkin best sikit la kot sebab jumpa sorang member kamcing masa sekolah dulu2 yang sudah 4 tahun tidak kujumpa…huhu…terharunya! Hah, yang sedeynya dah tak dapat duit raya sangat weh…kuikuikui…dah beso kot agaknya…dieorang ingat aku dah koje…hoho=p


Em, seperti menjadi adat…aku dan famili beraya di kampung untuk raya pertama laa…balik Bota…Parit…raya umah sedara mara kat sana. Sebelum tu, p tanjung rambutan umah mentua ayong aku…makan je kejenya…hehe…tapi takpe…aku tetap maintain…hoho…raya ke2 lak, member2 sekolah ada mai…n of cos aku seronok sangat dapat jumpa Dilla…dah 4 tahun tak jumpa…aku bukan saja dapat jumpa dia…dapat jumpa suami n anak die yang kiut gler tu…banyak juga yang kami bualkan…especially perkembangan dia sekarang…rupa2nya dia dah pandai wat bekam n mengurut. Bolehlah aku gunakan khidmat dia pasni…tapi jauh le pulak…kat Melaka…dia dok Melaka skunk…n sedang mencari2 tempat yang sesuai untuk bukak pusat perubatan Islam…suaminya pulak pandai berubat orang2 yang sakit secara batin ni...menggunakan ayat-ayat suci al quran…penyakit2 yang melibatkan jin, saka, sihir n sebagainya juga ada. Masa mai umah ari2…ada juga tolong buatkan air penawar n berubatkan mak aku. Thanx a lot ya....=)


Raya ke3 aku pulak kuar dengan member2 sekolah beraya…hehe…pe2 pun member2 sekolah gak yang best kan…hehe…mengimbau kenangan masa sekolah2 dulu…citer2 pasal cikgu2…zaman nakal2 kami dulu…best sangat…=) Kidah, Azurin, Fadilah, Juana, Mashitah, Nadirah, Amalina. Aku la yang menjadi tunggak keceriaan…sebab aku ni suka buat lawak…sampaikan kawan aku ingat aku ni tak matang…aduyai…luaran je ok…aku memang macam 2…suka melawak…n tak suka serius2…nanti cepat bosan..betul x? Dieorang pon enjoy dengan aku…=) Kami beraya 2 buah keta…n semestinya pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila2.
Apa yang mungkin membuatkan kami frust cket…adalah…ada gak member2 sekolah yang dah kawin…tapi tak inform pun…sedeynya…sampai hati kan….huhu…paling2 koman, bagilah tau dah kawin…cian member aku yang penah kamcing giler dengan member yang dah kawin 2…tak patut! Tapi ada sesuatu yang buat aku lagi terasa…tentang seseorang yang betul2 rapat dengan aku since dari kecik lagi…n dengar2 citer melalui sumber yang boleh dipercayai…dia nak kawin…aku rasa terkilan le juga…sebab dia tak bagitau aku…aku tau dia ada masalah2 tertentu…tapi aku tak rasa dengan berkahwin dapat menyelesaikan masalah dia…mungkin lagi menyulitkan keadaan…em, tak pe la…orang dah tak sudi nak dengar pendapat kita…nak wat macamana…aku wat bodo je…anggap macam aku tak penah tau citer tu…even dalam hati…aku terkilan, kecik ati tau…aku tau dia ni jenis perahsia…well, aku dah tak kisah…janji bila dah kawin…at least inform aku…itu je harapan aku. Mulai sekarang…biarlah rahsia…aku pun sama..barulah adil kan? Ewaahh…=p (Sape??? Korang tak perlu tau…=)


Kali ni banyak juga dapat undangan open house…huhu…takpe…aku jenis kuat makan..so,layaann…=) rumah aku sentiasa open…tak de specific day untuk open house…tapi ok je wat open house…layan sekali harung je kan? Em, dengar2 citer dari sedara aku ni…pangkat jiran juga la…ada cadangan nak wat perhimpunan sesame saudara dari keturunan kami ni…maksud aku dari keluarga Syed laa…best gak…yelah, kadang2 tak bape nak kenal sedara2 or famili2 yang ada bau2 bacang ni…nak juga berkenal-kenalan…hopefully, cadangan tu akan dilaksanakan..hehe=) Mana tau ada jodoh dengan Syed ka..haha…al maklumlah…akak2 aku kawin dengan orang yang bukan syed…well, kami tak kisah…jodoh kan ketentuan yang maha Esa…terimalah seadaNya. Tapi ada juga yang orang2 yang mementingkan keturunan2 ni…terpulanglah pada tuan punya badan, betul tak? Bab2 jodoh ni aku tak kisah sangat.


Em, raya ke 5 aku bertolak p KL…ikut abang aku dengan famili dia laa sebabnya keesokan arinya aku ada temuduga kat HQ Public Bank. Aduyai…jenuh aku dengan karenah anak-anak sedara aku weh…nak tido2 dalam keta pon tak ble coz dieorang buli mak su dia ni…nak wat cmane…dapat anak sedara yang hyper duper active…huhu =pJam teruk jugala awal2 tu…singgah jap kat tempat rehat, anak sedara aku sorang ni nak terkucil…beratur panjang sampai ke luar beb…hampir 35min baru jmpa pintu toilet…huh! Aku tak pernah alami situasi cam2…so terkezut jugelaa…Hurm, secara keseluruhan…temuduga aku berjalan dengan lancar, even adalah tergagap2 cket jawab soalan2 yang tertentu…huhu…adatla kan…adalah dalam 20min temuduga tu…n ada 2 panel yang interview aku. Ada rezeki adalah…kalau tak ada…ada hikmah d sebalik kejadian…think positive! =) Tapi kan…ada la sorang budak cina ni…pulun gle. Hafal macam2…aku jeling2…dia hafal corporate profiles and so on laa…aduyai…mula2 cuak juga la coz aku memang tak study langsung tentang public bank ni…aku target dieorang takkan tanya punya…n sangkaan aku tepat sekali…memang dia tak tanya. Apa yang aku expect akan d tanya…soalan 2 yang kuar..alhamdulillah…tapi ada juga la dia tanya soklan2 len yang aku tak jangka pon…aku banyak citer pengalaman praktikal kat bank rakyat n macamane bank 2 berfungsi mengikut unit2 dia la…actually semua bank sama je…yang berbeza pon maybe certain product n syarat2 dia je…tol x?


Apa lagi ek nak citer, haa…kawan aku ni…Ashari dapat jadi PTD weh…jelesnya…huhu. Cita2 aku sejak azali 2…xpelaa..dah rezeki dia…bertuahnya badan. Congrate yaa…semoga sukses selalu. Usaha tangga kejayaan…aku akan tetap berusaha nak jadi yang terbaik. InsyaAllah…=) Sampai sini jelah coretan aku kali ni…c yaa…wassalam…


p/s: Raya2 ni orang sibuk beraya kan? Kadang2 solat tu diringan2kan…make sure solat tak tinggal weh…ada setengah orang memang jenis yang solat…tapi kalau ada certain event…dia ringan2kan…ingat…solat tak ble qada’…qada’ dibenarkan kalo terlupa atau tertidur je...pompuan2 yang jenis make-up punya orang, make sure la bawak pencuci muka or tisu basah untuk lap mekap korang 2 kalo ke mana2 laa…senang nak solat…tapi aku pelik la…ada setengah2 orang yang jenis solat ni, bila p shopping ke, tengok wayang ke, solat dia tinggal2kan…em, ubahla sikap negatif tu ek…(apa aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat orang2 disekeliling). Aku pun jenis make-up juga, tapi biase2 je laa..kalau period (waktu xble solat) barulah aku beriya cket. Ada kes lain plak, pose penuh…solat tak penuh! Especially yang dah tua2 tu, kubur dah panggil mari weh…Sendiri mau ingat ek!