Monday, April 14, 2008

Melawan kesepian=)


Salam...

Tatkala wajah-wajah itu terlintas di fikiran…kadang-kadang menggamit rasa dalam sanubari ini. Rasa manisnya ukhwah yang terbina sekian lama, membuahkan perasaan yang sukar diungkapkan. Saat suka dan duka bersama membibitkan sebuah jalinan persaudaraan yang utuh…sukar dilupakan apatah lagi untuk dirungkaikan.


‘Tiada kegembiraan yang menyamai pertemuan dengan sahabat dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahannya. Semoga persahabatan yang kita bina dengan Bismillah ini hanya disudahi dengan Innalillah…’


‘Persahabatan jauh lebih INDAH daripada percintaan, CINTA umpama bermain layang-layang, andai putus berakhirlah ikatan, SAHABAT bagaikan pantai dan lautan, walaupun sering berhempas tetapi kekal berdampingan’


Luahan rasa di hati ini, tidak hanya berakhir di sini saja. Sahabat, walaupun kita bakal berjauhan suatu masa dan ketika nanti…ingatlah…kita pernah bersama-sama meredah onak dan duri…ketawa dan menangis bersama…mengejar impian yang sama….sememangnya, aku tak lupakan saat dan detik itu….=)


Sememangnya, berbagai-bagai rasa dan kenangan sepanjang aku di USMku yang tercinta ini…mengenal erti persahabatan…ukhwah….kemanisan dan kepahitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, kawan dan hambaNya yang kerdil ini. Mungkin coretan ini belum lengkap menyatakan hasrat yang terbuku dihati…tetapi ia sudah memadai untukku mengharapkan secebis rasa untuk mengubat sepi…(aduhai..ayat jiwang manalah aku reka ni...huhu)


Terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memahami aku seadanya, terlalu banyak nama untuk kusebutkan di sini..huhu…adik-adik yang tersayang (KPRS khususnya) akak anggap korang semua macam adik akak sendiri), mantan kelab yang banyak beri tunjuk ajar dan mendidik diri ini secara tak langsung, Dr Hashim (penasihat kelab) yang banyak memberikan semangat dan idea bernas…jasamu tidakku lupakan….pensyarah-pensyarah yang mengajar aku kat USM ni…dan kepada semua ‘manusia-manusia yang memanusiakan aku’! Doakan aku di luar sana nanti apabila aku melangkah keluar dari USM ni…Semoga aku tak extend laa…kalau tak, jumpalah sem depan…hoho=p..yang pasti...aku akan tetap merindui kamu semua!


Selain ucapan terima kasih aku yang tak terhingga itu tadi, aku juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya pernah mengguris hati, jantung atau organ-organ seangkat dengannya secara sengaja atau tidak...halalkan makan...minum...atau apa-apa yang sewaktu dengannya...=)


MATA KADANG-KADANG SALAH MELIHAT, MULUT KADANG-KADANG SALAH BERUCAP, HATI KADANG-KADANG SALAH MENDUGA, MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP YANG PASTI ADA...


Ingatlah wahai sahabat....perjuangan belum selesai !!! Doakanlah kebahagiaan dan kejayaan bersama…Semoga kita beroleh keberkatan daripadaNya…InsyaAllah=)


“Tidak dikira beriman seseorang itu sehingga ia kasihkan saudaranya sebagaimana ia kasih pada dirinya sendiri”-dipetik daripada hadis




Aku ada lagu yang ingin dikongsi bersama..jom kita berdendang...hoho=p


SAHABATKU- Devotees


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


DI HATI-DeHearty


(lagu ni teringat masa GB aritu...maybe sebab videomaker GB terselit lagu ni...so, aku memang suka sangat!)


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

C/O: Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
JAnji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara..
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..


Salam Sayang….dari hati yang tulus lagi murni =p


Fina Zain=)

Thursday, March 27, 2008

KOKOLOGY 2: Ramalan Personaliti Jepun?

Sediakan kertas, pensil ataupun sediakan otak cukup! Jawab soalan-soalan ni dengan jujur. Huhu...tak payah fikir lama bebeno...jap je...ok? Deal? One...two...go...=p



1) Kamu tersesat dalam sebuah gua. Kamu tercari-cari jalan keluar dan tiba-tiba seekor kelawar terbang ke arah kamu. Kelawar tersebut seakan-akan berbisik kepada kamu. Apakah yang dibisikkannya?

a) "Aku tahu jalan keluarnya."
b) "Mari aku tunjukkan jalan keluar."
c) "Berusaha mencari jalan keluar?"
d) "Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini."

2) Kamu sedang berjalan santai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apa tindakan kamu?

a) Mencari tempat berteduh dan menanti hujan berhenti.
b) Kamu tidak tahu bilakah hujan akan berhenti dan mengambil keputusan untuk meredah hujan.
c) Kamu tercari-cari sekiranya ada sesiapa di sekitarmu yang membawa payung atau beli sahaja di kedai berhampiran.
d) Mujurlah kamu sering membawa payung walau ke mana sahaja. Sediakan payung sebelum hujan!

3) Bayangkan diri kamu berada berhampiran dengan kawasan gunung berapi. Apa yang kamu fikirkan sewaktu melihat pemandangan itu?

a) Mengingati kepada kekuasaan Tuhan dan berhenti dari terus merosakkan bumi.
b) Letusan mungkin disebabkan tekanan.
c) Bagi kamu, ia adalah pemandangan yang menakjubkan.
d) "Hebatnya!"

4) Suatu hari, ada seekor burung berwarna biru terbang masuk ke dalam pejabatmu dan tidak dapat keluar. Keesokan harinya, ia bertukar warna menjadi kuning. Pada hari yang berikutnya, pula bertukar menjadi merah dan hitam. Pada hari berikutnya, apakah warna yang berada difikiranmu?

a) Kekal hitam.
b) Kembali menjadi warna biru.
c) Bertukar menjadi warna putih.
d) Bertukar warna keemasan.

5) Ketika kamu sedang bergembira di sebuah bandar kecil, kamu telah masuk ke sebatang laluan yang agak kecil. Tiba-tiba, perutmu terasa lapar. Kelihatan juga sebuah sebuah ladang strawberi yang berbuah lebat dan cuma pagar yang memisahkan kamu dengan ladang itu.
  • Berapa tinggi pagar itu?
  • Setelah kamu memasuki ladang tersebut, berapa biji strawberi yang kamu petik?
  • Tiba-tiba pemilik ladang itu muncul. Apa perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulutmu?
  • Bagaimana rasa strawberi yang kamu petik itu? Bagaimanakah perasaan kamu ketika mencuri strawberi itu?



Jawab....jangan tak jawab...haha....


Jawapannya:

Soalan 1: "Cara kamu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..."

a) Aku tahu jalan keluarnya
- menunjukkan sikapmu yang sentiasa ingin tahu dan gemar dengan kesibukan tugas. Kamu juga sedia menolong sesiapa sahaja.

b) Mari aku tunjukkan jalan keluar
- Kamu sentiasa bersifat pemurah dan individu sekeliling kamu senang untuk bergantung pada kamu.

c) Berusaha mencari jalan keluar
- Kamu sentiasa berpada-pada sekiranya membantu seseorang. Kamu hanya akan membantu bila seseorang itu meminta pertolongan darimu.

d) Jangan harap kau dapat keluar dari gua ini
- Ego atau sombong, itulah gambaran peribadi kamu. Kamu perlu berubah kerana bimbang sukar mendapat teman kelak.

Soalan 2: "Reaksi kamu bila berhadapan dengan konflik.."

a) Cari tempat berteduh
- Kamu tidak gemar bermusuh. Jika berhadapan dengan sebarang masalah@ dengan sesiapa sahaja, kamu lebih gemar berbincang secara empat mata.

b) Meredah hujan
- Kamu tidak gemar untuk berdebat dengan lawanmu. Seboleh-bolehnya, kamu akan cuba menegakkan kebenaran.

c) Tumpang berpayung
- Kamu tidak gemar dengan konflik. Kamu sedaya upaya akan cuba berdamai dengan pihak lawan. Kamu perlu berubah! Kamu juga perlu menegakkan kebenaran untuk kepentingan diri sendiri.

d) Memiliki payung
- Keras kepala dan degil. Kamu gemar berdebat kerana bagi kamu itu adalah cara yang terbaik untuk mengembalikan hak kamu yang sebenar!

Soalan 3: "Cara kamu berhadapan dengan kemarahan orang lain..."

a) Kekuasaan Tuhan & berhenti merosakkan bumi
- Kamu sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bersikap terbuka untuk mengakui kesilapan diri.

b) Disebabkan tekanan dalam bumi
- Kamu sering menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri sendiri.

c) Pemandangan yang menakjubkan
- Teguran dan kemarahan orang lain, kamu terima dengan hati yang terbuka. Kamu sentiasa berfikiran positif untuk kebaikan diri sendiri.

d) Hebatnya!
- Kamu tidak gemar dengan kritikan dan kamu tidak suka diperintah. Tiba masanya kamu berubah!

Soalan 4: "Gambaran kepada respon kamu apabila berhadapan dalam situasi sulit..."

a) Hitam
- Kamu terlalu berfikiran negatif dan terlalu mudah risau sekiranya berhadapan dalam sesuatu masalah. Kamu perlu bijak menangani kesulitan yang melanda kerana setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

b) Biru
- Kamu sentiasa berfikiran realistik dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Setiap masalah yang dihadapi akan kamu cuba tangkis dengan tenang.

c) Putih
- Walau dalam keadaan tertekan dan bersedih, kamu tetap tenang. Kamu tidak panik apabila berhadapan dengan krisis. Setiap masalah yang dihadapi akan dicari jalan keluarnya dengan bijak.

d) Keemasan
- Tiada istilah tekanan dalam hidupmu! Namun perlu berhati-hati kerana ada sesetengah perkara yang kamu tidak patut ambil mudah!

Soalan 5: "Cara kamu bercinta..."

a) Ketinggian pagar
- Ketinggian pagar itu menunjukkan kemampuan untuk menahan segala godaan. Jika kamu membayangkan pagar itu dari kawat berduri, ia bermaksud kamu tidak mudah goyah dengan godaan. Sekiranya kamu membayangkan pagar itu hanya setinggi paras lutut, ini bermaksud kamu bukanlah individu yang setia!

b) Jumlah buah yang diambil
- Ia menggambarkan jumlah individu yang kamu sayangi. Jika anda hanya mengambil sebiji buah, jelaslah bahawa kamu adalah insan yang setia. Kalau lebih, sebaliknya pula!

c) Alasanmu
- Ini adalah cara kamu untuk melepaskan diri sekiranya tertangkap oleh pasanganmu ketika sedang melakukan perkara yang salah. Sekiranya kamu berbohong sewaktu memberi alasan untuk melepaskan dirimu ketika itu, perkara yang sama akan kamu lakukan dalam hubungan percintaanmu!

d) Yang kamu rasa
- Rasa tersebut menggambarkan perasaan kamu ketika melakukan kesalahan terhadap pasanganmu. Sekiranya kamu rasa seperti tidak tenteram dan menyesal, ia bererti kamu berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang pernah kamu lakukan. Tapi sekiranya kamu rasa sesuatu yang mengasyikkan, sudah tentu kesilapan itu akan berulang!

Tuesday, March 11, 2008

Jawapan...Kokology tadi...

Jawapannnya:
Soalan 1: Cara kamu memilih pasangan

a) Pacuan empat roda

Kamu memilih pasangan berdasarkan naluri sendiri. Bagi kamu, calon lelaki yg paling sesuai ialah individu yang boleh mempercayai serta boleh menenangkan kamu di saat dlm kesukaran.

b) Kereta Sport

Kacak/cantik adalah kriteria utama sewaktu memilih pasangan. Cara sebegini sering membuatkan kamu patah hati dlm perhubungan.

c) jaguar

Status sosial dan faktor kewangan sangat penting dlm hidup kamu. Dlm memilih pasangan, kamu akan menyelidik latar belakang keluarganya, dan tahap pendidikan tertingginya.

d) Tak kisah jenis kenderaan

Kamu bersikap terbuka & sedia menerima sesiapa sahaja yg mampu membahagiakan kamu.

Soalan 2: Menunjukkan personaliti dirimu

a) Pantai

Kamu adalah individu yg prihatin & sensitif. Namun, kamu agak pemalu & sukar ditafsir. Namun hakikatnya kamu mudah untuk didekati.

b) Karikatur

Kamu mudah bergaul, peramah & mempunyai ramai teman. Keramahan kamu ada kalanya diragui teman2 & mereka sukar mempercayai dirimu. Kamu gemar membuat org lain ketawa tapi tidak sama sekali untuk 'ditertawakan' org lain.

c) Potret peribadimu

Kamu individu yg jujur. Namun, kejujuran yg ada perlu berpada2.Jgn sampai diri kamu diperlekehkan org pula!

d) Lukisan abstrak

Kamu gemar memperlihatkan bakatmu kpd umum. Tapi ingat, org lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan menerima pendapat org lain. Jgn sampai org lain beranggapan kamu individu egois.

Soalan 3: Melambangkan kebolehan/kelebihanmu

a) Permukaan bersalji

Kamu adalah indivu yg terlalu sensitif lebih2 lagi bila berhadapan dlm satu keadaan yg rumit. kamu juga berfikiran tajam & sering mengikut kata hati ketika bertindak.

b) Lautan

Kamu bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekelilingmu kagum dgn cara kamu berkomunikasi & menyenangi diri kamu!

c) Gunung-ganang

Kamu dianggap individu yg terlalu memahami perasaan org lain. Kamu sedia membantu sesiapa sahaja, walau dalam apa jua keadaan.

d) Padang luas

Kamu bijak, kreatif, memiliki byk ide & berpotensi untuk terus maju. Namun jgn sampai kamu mengabaikan perasaan org lain dlm usaha merealisasikan cita2 kamu itu!


Soalan 4: Cara kamu mengatur perbelanjaan

a) Membaca mengikut turutan

Kamu bijak merangka perbelanjaan, tidak boros & tahu menggunakan wang sebaik mungkin.

b) Melangkau-langkau bacaan

Boros! Sikapmu itu sering menjadikan kamu hidup dlm keadaan terdesak.

c) Memilih artikel

Kamu berhati2 dlm perbelanjaan hingga ada yg anggap kamu kedekut kerana membeli barangan berkualiti rendah. Mungkin sebabkamu tak suka berhutang.

d) Membaca dari belakang ke depan

Cara kamu mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya berkeinginan kpd sesuatu barang, kamu sanggup berhabisan.

Soalan 5: Reaksi kamu bila bertemu dgn org baru

a) "Lukisan ini cantik"

Kamu gemar berkawan & berfikiran positif. Keperibadianmu disenangi ramai namun ada kalanya kamu agak bimbang org lain tidak dpt menerima kehadiran diri kamu.

b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini"

Sebelum meluahkan isi hati, kamu ingin mendgr pendapat org lain dulu. Namun ada kalanya kamu agak mudah terpengaruh dgn pendapat org lain.

c) "Maaf, adakah saya menganggu?"

Kamu sering dianggap sebagai individu yg sukar didekati oleh mereka disekelilingmu. Kamu juga agak mementingkan diri dlm melakukan sesuatu perkara.

d) "Sayalah pelukisnya"

Kamu berusaha dgn bersungguh2 agar diri kamu dpt diterima oleh org lain. Namun usaha kamu seakan sia-sia kerana individu di sekeliling kamu seakan tidak gemar dgn sikapmu. Kesimpulan, "just be yourself!"

Kokology: Ramalan Personaliti Cara Jepun

Syarat permainan:

1.Baca keenam-enam soalan yang telah disusun secara khusus ini dgn teliti.

2.Jgn mengambil masa terlalu lama untuk menjawab setiap soalan tersebut. Apa perkara pertama yg terlintas difikiran kamu, itulah jawapan sebenar untuk kamu.

3.Setelah selesai menjawab, barulah kamu boleh meneliti analisis yang diberikan berdasarkan dari setiap jawapan.
Soalan-soalan:

1.Kamu memiliki sejumlah wang yang byk & berkeinginan untuk membeli sebuah kereta idaman. Tanpa berfikir panjang, kereta yang ingin kamu beli itu ialah:
(a) kenderaan pacuan empat roda
(b) Kereta sport
(c) Jaguar
(d) Apa sahaja yg boleh membawa kamu ke mana2

2. Bayangkan diri kamu seorang penyanyi & baru selesai merakamkan album terbaru. Untuk kulit album kamu itu, rekaan yang bagaimanakah menjadi pilihanmu:

(a) Pantai yg indah, tenang, berpasir putih & lautan biru terbentang luas.
(b) karikatur yang lucu dan berwarna-warni
(c) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya
(d) Potretmu

3. Kamu sedang merenung langit yang terbentang indah & luas. Kemudian pandangan itu dialihkan pada persekitaranmu (tanah tempat kamu berpijak). Apakah yang tergambar dalam bayanganmu pada waktu itu:
(a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
(b) Pantai dgn lautan terbentang luas.
(c) Gunung-ganang dgn rimbunan pokok2 hijau.
(d) Padang luas yang dipenuhi dgn bunga matahari yang kembang mekar.

4. Ketika membaca majalah REMAJA (or any of ur fave magz lah tu) keluaran terbaru, bagaimana cara kamu membacanya:
(a) Membaca secara mengikut turutan.
(b) Baca dgn melangkau halaman. Memilih artikel mengikut kegemaranmu.
(c) Membelek-belek helaian terlebih dahulu kerana tercari-cari artikel yg menarik.
(d) Mula membaca dari halaman belakang & terus ke hadapan.

5. Kamu berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorang datang menghampiri kamu & ingin berbual dgnmu. Perkataan yg terpacul di bibirmu ketika didekati ialah:
(a) "Lukisan itu cantik."
(b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
(c) " Maaf, adakah saya menganggu?"
(d) Memperkenalkan diri, " sayalah pelukisnya"

<-- The end-->

Monday, March 10, 2008

Cuti kali ini...=)

Salam…

Huh! (dengan nada agak mengeluh) haha (kemudian tertawa sendiri), aku singgah sebentar untuk mencoretkan serba sedikit apa yang aku lalui sepanjang aku berada di rumah selama 3 hari…(not really cuti2 malaysia laa..balik juz nak melunaskan beberapa perkara tertentu..(cis, tak tahan tu…) Actually, sekarang aku kat rumah ni…saja menaip tengah malam ni sementara menunggu nak balik Isninnya…945am naik bas…=p.


Almaklumlah…bulan februari langsung tak post ape-ape memandangkan aku tersangatlah sibuk…balik ni pun..otak still memikirkan kerja…huhu…


Aku balik rumah jumaat lepas pun sebab nak jumpa Nyah and of cos..Arman Danish! Since raya pose aritu tak jumpa dieorang…so, aku tak akan lepaskan peluang ni…entah bila lagi nak jumpa dieorang lagi…huhu…petang jumaat 7 mac aku selamat sampai umah…abang caloi aku amik…si Danish and papanya pon ikut sekali…dieorang dah sampai umah tengahari lagi…Danish tetap maintain dengan pipinya yang macam tomato tu…tapi berambut laa…spiky hair (aku suka budak2 spiky ni,,,coz stylo)…dulu Danish ni cam mawi sikit…tak berambut sangat..haha=p


Em, sabtunya pulak aku dah plan dengan member-member aku; Mashi and Juana…nak p umah Yani…akak dia kawin…sebenarnya aku ada 2 jemputan termasuklah kenduri kawan kakak aku, Kak Azwa…kami saling mengenali laa…tapi aku memilih untuk ke umah Yani..(so, Yani…kau patut berterima kasih kat aku) haha…(poyos jer)


Ha, lupa pulak…Sabtu (8 mac) kan mengundi…huhu…aku memang cam nekad tak mau p mengundi…(adalah sebab-sebabnya..malas nak citer)…masa tengah sarapan pagi tu, abang2 and ayong aku dok ajak p undi…aku cakapla tak mahu. Setelah mendengar ceramah free daripada abang2 aku…(tak tahan beb), aku pun pun tergerak hati nak p… Antara bebelan-bebelan beliau adalah; “Kamu ni…tak ada tanggungjawab sebagai rakyat…bla bla bla…rugi satu undi..”, lagi sorang lak cakap; “Pergilah undi, jap je..bukan lama pon…pengalaman…bla bla bla”, aku pun dengan tersengih-sengih kata; “yelah..yelah…”, Si Danish yang baru umur 5 tahun tu dok tanya; “Shafinaz, kau tak pegi undi ke?”-(kureng asam tol…ble die panggil aku nama je- saje2 nak mengusik aku!) aku pun pergilah dengan abang caloi and ayong aku..abang mamat aku 830am lagi dah p..semangat betul…dok tengok jiran depan umah aku, huh! Semangat! Penuh sepanduk2 and bendera2nya…(orang U***)…


Sampai2, aku pun p laa nak mengundi…sekejap giler...saluran aku tak ada orang…adalah sorang pompuan sebelum aku…Orang SPR tu, sebut nama aku, nombor siri aku kuat2…orang sebelah dok menyalin..(so, paham2 jelah..pe motifnya)…Ha, lupa pulak….sebelum nak masuk *pintu gerbang…ada je yang dok promote2…(actually meluat sebenarnya) tapi tak pelaa…aku ada je kenal makcik2 and pakcik2 kat situ…so, layannnn….


Em, kol 12 suku macam tulah…si Juana amik aku. Bawak p umah yani…(seperti biasa kami agak bising memandangkan aku juga seorang yang agak kecoh memulakan topik-topik yang semestinya menggelikan hati)..,last jumpa pon masa raya pose ari2…kami ni meriah lah jugaa…sampai umah Yani lagilah..bertambah keriuhannya…tak ramai sangat masa tu, maybe sebab hari mengundi kot…=p


Sabtu malamnya pula…kami sekeluarga boleh dikatakan berjaga gak laa…(dok depan tv, tengok result pilihan raya umum…(semangat giler)…bising jugalah malam-pagi tu…aku pun tak terkecuali take part sekali…(suka gak bercerita bab2 politik ni), itu belum ada lagi abang ipar aku yang sorang lagi tu…Teringat pulak arwah abah, kalau dia masih hidup lagi, gerenti lagi kecoh…sebab dia memang suka bab2 ni…(almost perfect laa…bukan bab politik je, agama, ekonomi, sukan…malah hiburan pon dia tahu)…ingat lagi masa aku dengan dia tengok Who wants 2 be a millionaire, majoriti soalan dia boleh jawab…aku cakap kat abah; “kalo abah masuk, gerenti ble jadi kaya ni) huhu…( I really miss him!)


Keputusan PRU kali ni memang agak mengejutkan…tak sangka jugalah…(aku tak terkecuali menghantar sms kepada member aku- informer tak bergaji)haha… Pelbagai andaian dan jangkaan kami bualkan…huhu…(disebabkan mataku yang kian berat, aku pun tido laa dalam 2lebih pagi tu..). Pagi soknya, masa sarapan…macam biasa, sembang lagi topik yang sama…=0


Ahad…tengahari…aku bersama Nyah, Yong, Abang Sham dan Danish p simpang pulai… kenduri umah kawan nyah…pastu singgah kat gedung kain kt sana masa nak balik..ada promosi, promosi pembukaan baru gedung tu laa…huhu…(shopping kain) haha…=p..murah giler…


Em, ok laa…aku nak mengundur diri dulu…huuhuu…Ipoh…oh Ipoh…kumenanti perubahan terbarumu kali ini…(sebab sebelum ni tak ada perubahan pon), juz kat manjoi je…=p..hopefully, umah aku dapat wi-fi dlm ms terdekat ni, sebab umah kawan aku dapat…lebih kurang 500m dari umah aku…(dkt dgn pjbt daerah Manjoi)…huhu=) Kalo dapat…yahoo!!!

Papai…wassalam…



p/s: aku paste kt blog arini sebenarnye...huhu..smlam mgarang dulu...ahaks=p

Tuesday, January 29, 2008

Universiti Menjana Ummah Terbilang...=)

Salam...

Hari ini merupakan pengalaman yang paling bernilai dan meninggalkan kesan buat aku. Aku sangat bertuah kerana dapat mendengar ceramah khas daripada Dato' Dr. Haji Fadilah Kamsah secara live sempena maal hijrah di Dwn Budaya petang tadi. Cepatnya masa berlalu, tak puas rasanya tadi. Syukur sangat-sangat sebab aku rasa banyak ilmu dan info berguna disampaikan oleh beliau tadi. Dapat jugalah aku tengok beliau dekat-dekat coz beliau duduk selang sebaris dengan aku tadi. Aku sangat menyukai cara penyampaiannya yang bersahaja tapi mendalam maksudnya. Dengan humour sense yang natural, menyebabkan hadirin yang datang tak kering gusi dibuatnya. I really love his style and appearance...and da most thing I adore about him is how he tried to motivate people using his skills and styles. Entahla, seperti ada magnet yang menarik hadirin untuk terus mengikuti ceramahnya tadi termasuklah aku. Daya penarik karisma yang ada pada beliau, keyakinannya merangsang hadirin untuk melakukan suatu perubahan, lawak jenaka yang bersahaja beserta sindiran yang mendalam maksudnya memberikan ruang untuk hadirin berfikir dan memahami isi yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Temanya adalah "Universiti menjana ummah terbilang" saling berkaitan juga dengan tema sebenar maal hijrah kali ini iaitu "Menjana kegemilangan ummah". Apalah gunanya ilmu yang aku dapat kalau tak dikongsikan bersama betul tak? Em, majlis tadi mula agak lewat dari waktu yang sepatutnya. Lebih kurang hampir pukul tiga jugalah mulanya. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh Ustaz Zayd Zhari iaitu ayat an-nahl ayat 1-7. Kemudian, diikuti pula dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nur Irfan (KAFA USM). Comel-comel budaknya...sweet suara mereka. Terpegun jugalah...adakalanya ketawa kecil juga melihat gelagat mereka. Selepas itu, adalah ucapan ringkas daripada TNC- Y. Bhg Dato' Muhammad Idiris Saleh dan juga ucapan alu-aluan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Y. Bhg Dato' Yahaya Abdul Hamid. Em, bercakap pula pasal ucapan TNC tadi, aku teringat ucapan NC masa aku pergi untuk perutusan NC hari tu. Beliau ada bercakap tentang KPI iaitu Key Performance Indicator. Aku terlupa nak masukkan dalam post ari tu...Sebenarnya banyak kaitannya seperti elemen-elemen 'values, culture, ideas, academic, management, R&D, consultancy, students, staffs, leadership, accountability, relationship' dan banyak lagi. Kalau nak diikutkan, ada rajah ringkas yang menerangkan hubungkait elemen-elemen ini...tapi minta maaflah aku tak berapa nak ingat semuanya...Huhu...Lepas ucapan itu, adalah upacara penyampaian penghargaan khas maal hijrah pusat islam 1428, anugerah kecemerlangan maal hijrah 1428, dan juga anugerah tokoh maal hijrah 1428...Akhir sekali, barulah ceramah daripada Dr Fadilah Kamsah.


Em, aku teruskan dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah la ye. Mula-mula lagi beliau sudah menekankan konsep kebahagiaan iaitu kita wajar bersyukur kerana masih hidup dan beriman, insyaAllah. Kita juga perlu sentiasa ingat mati dan bersedia untuk mati. Tapi bersediakah kita? Aku melihat diri aku sendiri...aku sendiri belum bersedia...masih samar-samar lagi. Aku berharap, aku dapat menjadikan diri aku lebih baik daripada hari-hari sebelumnya... insyaAllah. Selain itu, beliau juga menekankan supaya kita sentiasa maafkan semua orang untuk mencapai kebahagiaan itu sendiri. Aku tertarik dengan langkah-langkah meraih kebahagiaan yang diperkatakan oleh beliau iaitu memaafkan orang lain, mendoakan yang terbaik untuk semua, saling bantu-membantu, menceriakan orang yang berada di sekeliling kita dan cuba membangunkan orang lain(maksudnya di sini...memberi sedikit kesedaran dan perangsang). Beliau sangat menekankan konsep saling maaf-memaafkan antara satu sama lain terutamanya bagi pasangan yang sudah berumah tangga ataupun yang sudah bekeluarga...dan untuk sahabat-sahabat juga. Di samping itu, beliau juga menggalakkan hadirin supaya rajin menunaikan solat taubat memohon keampunan Allah setiap kali membuat dosa, selain memperbanyak solat hajat dan beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali. Beliau juga menekankan bahawa pentingnya menanamkan sifat bersyukur dan berterima kasih dan memetik sedikit daripada hadis riwayat tirmizi iaitu: barangsiapa yang tak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Tuhan. Semoga ini menjadi pedoman hendaknya.

Di samping itu, ada juga langkah-langkah lain yang disyorkan oleh beliau dalam meraih kebahagiaan. Pertama; pasang niat untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa berdoa. Hal ini kerana doa adalah senjata orang yang beriman. Sekurang-kurangnya dengan melafazkan bismillah pun memadai. Sekiranya kita tak membaca doa ketika memasuki rumah mahupun dengan bacaan bismillah, syaitan akan bermaharaja lela...Itulah kadang-kala terjadinya masalah dalam keluarga, pergaduhan, keadaan yang tak aman disebabkan gangguan syaitan ni tadi dan akhirnya menyebabkan keluarga itu tidak mencapai kebahagiaan. Nampak macam remeh saja, tapi kesannya sangat mendalam. Yang kedua; berlapang dada dan bersihkan hati. Beliau ada memetik ayat peribahasa cina yang menyebut "Siapa yang memuji saya, dia musuh saya. Dan sesiapa yang menegur saya, dia adalah sifu saya"-maafkan kalau aku tersilap. Rasanya inilah peribahasa yang dimaksudkan. Kita hendaklah sentiasa menerima teguran dan kritikan orang lain untuk menjadi insan yang lebih baik dan terbilang. Yelah, kadang-kala kita ni tak suka teguran...berfikiran tertutup. Jadi, pentingnya kena lapangkan dada menerima segala teguran membina untuk kebaikan diri sendiri juga, betul tak? Beliau juga mengatakan "ilmu itu cahaya, dan ia tak boleh diturunkan kalau hati gelap"...mendalam maksud ungkapan itu..fikir-fikirkan!Ketiga; bertindak dan berubah sekarang. Orang yang bijaksana ialah orang yang menjadi lebih baik dari semalam dan hari-hari yang terdahulu. Berbuat baik dan bekerja bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan mati keesokan harinya. Mengikut kajian, sekiranya kita tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam tempoh 48jam, 95% daripada memori kita terpadam..(tak silap aku berdasarkan kata-kata beliau)...maafkan kalau aku tersilap...
Apa SAKIT??? Em, antaranya ialah;
  1. Ingkar perintah( perintah Allah, parents,ketua dsb)
  2. Tak kenal diri yang sebenar (ada 15 cara untuk mengenali diri tapi tak sempat diucapkan oleh beliau tadi....frust gak!)
  3. Enggan berubah
  4. Niat tak baik
  5. Bodoh sombong
  6. Tiada semangat kerjasama
  7. Banyak masalah peribadi
  8. 3G dan malas(cth G-gemuk istilah untuk orang yang kuat makan,tidur tapi malas)
  9. Tak ikut peraturan
  10. Tak disiplin
  11. Enggan berfikir di luar kotak
  12. Selekeh ( dari segi penampilan, iman, sikap)
  13. Terlalu stress (hati kotor)
  14. Ada ilmu tapi tak amal
  15. Tak bertanggungjawab
  16. Lemah hubungan kemanusiaan
  17. Tak istiqamah
  18. Sabotaj diri sendiri (cth; aku ni mulut je jahat,tapi hati baik)-not good actually...cth je..ok
  19. Ulang kesalahan
  20. Menyalahkan orang lain
  21. Parasit(cth;mahu lebih tapi kurang memberi)
  22. Tak bermoral-hati kotor gagal menarik hidayah dari Allah...
Apakah ciri-ciri ummah terbilang???
  • Bentuk matlamat dan pasang niat untuk jadi yang lebih baik
  • Menjaga ibadah
  • Berdisiplin
  • Sentiasa memperbaik diri
  • Mencari keberkatan(dari sudut rezeki,ilmu dan masa)
  • Sentiasa menghormati orang lain
  • Bertanggungjawab dan setia pada organisasi
  • Semangat kerja berpasukan yang mantap(Tuhan tidak memandang kumpulan yang tidak bersatu hati!)
  • Sentiasa bersemangat, ceria dan memberi lebih daripada yang dipinta
  • Sentiasa berintegriti
Info-info tambahan:
  • Apabila menghadiri majlis ilmu, mencari rezeki yang halal(sepanjang perjalanan),sekiranya berlaku sesuatu seperti kematian...dikira sebagai mati syahid.
  • Sekiranya ada ilmu tapi tidak mengamalkannya...500tahun dicampakkan ke neraka terlebih dahulu sebelum orang yang sepatutnya...
  • Siapa anda adalah tidak penting; yang penting adalah HATI dan AMALAN.
  • Ada baiknya sekiranya badan kita sakit (dapat mencuci dosa-dosa)
  • Kena kenal diri sendiri, salahkan diri sendiri...sebelum salahkan orang lain.
  • Buang air kecil( duduk jangan berdiri-especially untuk lelaki!). Ia akan menyempitkan rezeki, otaknya mudah jadi pelupa, mudah kena penyakit batu karang dan mengalami masalah *****(masalah seksual)
  • Orang yang asyik bercakap, tapi tak buat akan dimurkai...
  • 5 golongan orang yang susah nak solat 5 waktu berdasarkan kajian Dr Fadilah Kamsah;
  1. Golongan artis
  2. Ahli sukan
  3. Pasukan beruniform
  4. Usahawan
  5. Orang yang terlampau aktif dalam politik
(wallahualam)
  • Bagi kaum perempuan; sekiranya anda seorang yang menjaga solat, puasa dan sentiasa mendapat redha suami...InsyaAllah mudah masuk syurga tanpa hisab
  • "Ada orang bermati-matian mendaki gunung, kemudian menyedari dia mendapat gunung yang silap"-bermakna dia meletakkan fokus di tempat yang salah...
  • Rahmat: pemberian Tuhan atas asas kasih sayang Tuhan
  • Istidraj: pemberian Tuhan dalam keadaan benci
  • Pegang tangan dengan penuh rasa kasih antara suami isteri- semua dosa gugur dicelah-celah jari...
  • Kelebihan menghadiri majlis ilmu; niat yang ikhlas menuntut ilmu (dosa-dosanya gugur), tersedia padanya taman-taman syurga Allah ( Jannatul Firdaus), sekiranya mati dalam perjalanan pulang-mati syahid.
  • 4 doa yang dimakbulkan oleh Allah
  1. Doa mak bapak
  2. Pemimpin yang adil
  3. Musafir
  4. Orang yang dizalimi
  • Tak elok kencing berdiri, baik lelaki mahupun perempuan...bagi perempuan; urut bawah pusat 3 kali( untuk toskan air kencing)-tidak seperti lelaki( berdehem)

wallahualam....itu saja nak disampaikan...sekiranya ada salah dan silap...jemputlah tegur....apa yang aku dapat, aku kongsi dengan semua....berdasarkan apa yang aku dengar tadi...

anyway...4 those who attend da talk...who knew better than me...you're allow to add some in dis page....do some comment...I'll read it later...or maybe I'll reply as soon as posible....em, thanx and forgive me if I got U trouble...haha...hopelly not...k...salam...=)

Thursday, January 24, 2008

Cerpen aku: Kau Tercipta Untukku 2

“Fiq, aku rasa macam tak sedap hati je,”ujar Johanna sambil berpeluk tubuh. Matanya asyik menatap wajah Taufiq, lelaki idamannya itu. Taufiq hanya tersenyum memerhatikan air muka Johanna yang kelihatan resah.

“Joe, kadang-kala kehidupan ni tak selalunya indah. Kau kena faham hakikat kehidupan…semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kenapa nak memaksa diri menyukai sesuatu yang belum pasti?”jelas Taufiq bersungguh-sungguh.

“Lisa…kawan aku, kau juga. Kau nampakkan muka Lisa macam mana hari tu? Kecewa, hampa…aku serba salah,Fiq!”sambung Johanna. Matanya kelihatan sedikit berair dikesatnya segera supaya Taufiq tidak menyedarinya. Menangiskah dia?

“Joe, aku tetap anggap Lisa teman istimewa aku…,”kata-kata Taufiq membuatkan Johanna terdiam membisu. Aku cemburukah? Kali ni wajahnya sedikit muram.

“Cemburu? Kalau Lisa teman istimewa aku, kau pulak bakal isteri angkat aku. Ok tak ni?”Taufiq cuba melawak. Kelihatan Johanna tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang tersusun itu.

“Hah, macam tulah Johanna yang aku kenal. Cool dan suka senyum. Hehe…,” Taufiq sempat mencuit dagu Johanna yang berlekuk itu. Senyuman Johanna sememangnya manis ditambah pula dengan adanya lesung pipit ala-ala Pretty Zinta, pelakon Bollywood tu.

“Yelah…kau ni sajakan Fiq! Em, jom kita pergi main paintball. Geng-geng kita dah sedia menunggu tu,”ajak Johanna sambil menarik lengan baju Taufiq.

“Ok, kejap je tau. Aku ada hal lepas tu,”jawab Taufiq lembut.

Tangan Johanna digapainya. Mereka kelihatan seperti belangkas. Masa yang terluang banyak dihabiskan melakukan aktiviti-akiviti luar seperti paintball, bermain go-cart, wall climbing, flying fox, abseiling dan sebagainya. Taufiq dan Johanna memang sehati sejiwa. Boleh dikategorikan rock campur jiwang sikitlah. Tapi mereka masih dalam proses saling mengenali antara satu sama lain. Bagi Taufiq, Johanna seorang yang luarannya nampak kasar tapi hatinya sangat lembut. Perkenalannya dengan Johanna membibitkan rasa kasih yang sangat mendalam. Aku akan melindungi dan menyayangi kau, Joe! Detik hati Taufiq. Senyumannya kembali terukir. Haris? Di mana kau? Lisa sangat memerlukan kau sekarang!

Mata Haris asyik menatap wajah foto seseorang yang sangat disayanginya suatu ketika dulu. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya. Tanpa disedari air matanya menitis membasahi pipi. Raihana hanya memerhati. Kat dah mati, Haris! Tak guna kau menangis lagi! Ingin sahaja Raihana mengatakan tentang hal itu kepada suaminya, tetapi dia tak sampai hati. Bimbang suaminya akan memberontak kerana tekanan jiwa yang semakin menghimpit dirinya. Raihana melangkah perlahan masuk ke bilik dengan wajah yang hampa. Ekor mata Haris sempat menangkap kelibat Raihana. Rai, maafkan aku! Aku masih tak dapat melupakan Kat. Kematiannya benar-benar memberikan kesan mendalam pada aku, Rai! Aku seakan-akan lemah tak berdaya. Cinta ini memang menguji aku.

Loceng apartmen dibunyikan beberapa kali menyebabkan Haris terjaga dari lamunannya. Dengan langkah yang lemah, Haris membuka pintu tanpa melihat siapa yang datang.

“Taufiq?”

“Kenapa? Kau terkejut?”Taufiq terus memasuki ruang tamu tanpa dipelawa lalu duduk bersilang kaki. Matanya liar memerhati keadaan di apartmen itu sambil tangannya asyik mengusap dagu.

“Err, aku…aku…,”Haris seolah-olah kehilangan kata. Dia buntu, serba salah dan memang tak tahu nak cakap apa dah.

“Aku ingat kau dah berubah. Tak sangka kau masih buat perkara yang jijik ni, Haris! Hah, Rai mana? Atas katil tunggu kau ke?”soal Taufiq. Nadanya tegas.

“Rai ada kat bilik…aku sebenarnya dah kahwin, Fiq! Dengan Raihana…maafkan aku sebab tak beritahu kau,”tersentak Taufiq mendengarnya. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Haris sebentar tadi.

“Sampai hati kau tak beritahu aku! Aku ni siapa ye dalam hidup kau? Bila susah, baru kau nak cari aku ke? Well, congrate sebab kau dah kawin dengan Rai, sekurang-kurangnya kau dah tak tanggung dosa besar tu!”kata-kata Taufiq berbau sindiran. Pedih!

“Aku tahu kau akan marah…tapi aku buat ni semua demi kebaikan bersama. Lisa tak layak untuk lelaki yang jahat macam aku. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, Fiq!”jelas Haris. Dahinya berkerut seribu. Pening kepala memikirkan masalah peribadinya itu.

“Jadi, Rai perempuan jahatlah?”duga Taufiq.

“Bukan itu maksud aku, em…kau kena faham! Aku tak nak sia-siakan dia lagi. Cukuplah dosa yang aku tanggung selama ni, takkan kau nak galakkan aku buat dosa lagi?”ujar Haris sedikit keras supaya Taufiq dapat memahaminya.

“Aku faham..saja je aku menduga kau. Em, sejak kejadian petang tu…Lisa menghilangkan diri. Tak tahu ke mana…tapi aku pasti dia sedang mencari ketenangan jiwa,Haris!”beritahu Taufiq. Haris kelihatan blur. Dia masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Taufiq. Kejadian petang itu? Apa yang sudah berlaku?

“Mungkin petang tu, sedang aku asyik bersama Johanna…dia mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya yang lara itu. Tapi kebetulan, dia terdengar luahan perasaan aku terhadap Johanna sesampainya dia kat kedai aku petang tu. Hatinya yang terluka disebabkan kau dan ia kembali menjadi luka yang lebih dalam lagi disebabkan kejadian petang itu, Haris. Takkan aku perlu dipersalahkan dalam hal ini? Salahkah aku menyintai orang yang lebih menghargai aku? Walaupun hakikatnya, dulu aku pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi itu dulu, sekarang aku dah bahagia bersama Johanna dan yang pasti aku takkan lukakan hati dia sebagaimana kau lukakan hati Lisa,”luah Taufiq panjang-lebar.

“Cukup! Semuanya dah berlaku,Fiq! Kau fikir aku suka-suka ke buat semua ni? Aku sayang Lisa sebagaimana aku sayangkan Rai. Tapi aku fikir Lisa sepadan dengan kau, dan aku tahu kau sukakan Lisa sejak dulu. Jadi, aku lepaskan dia untuk kau, Fiq…untuk kau!”ujar Haris sambil memegang kedua-dua bahu Taufiq. Taufiq terkesima. Benarkah? Aku tak percaya semua ini!

“Huh!”keluh Taufiq. Dia melepaskan bahunya daripada terus dipegang Haris kemudian melangkah keluar dari apartmen itu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lisa termenung. Pandangannya kosong. Dia membelek-belek album gambarnya bersama Haris sewaktu mereka mula-mula bercinta dulu. Bercinta kah aku dengannya? Hatinya rancak berkata-kata. Dia terus membelek lagi. Matanya tertumpu pada satu gambar yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Gambar Taufiq yang sedang mencekik Haris di sebuah restoran makanan laut sewaktu mereka berempat keluar makan bersama sekali dengan Johanna. Kelakar muka Taufiq masa tu, Haris pun sama. Mereka macam adik-beradik tapi Haris tak seperti Taufiq yang lebih memahami. Kenapalah dari awal lagi aku tak memilih Taufiq? Em, tak mengapalah…dah jodoh mereka agaknya. Bertuah Johanna kerana dapat memiliki hati Taufiq!Detik hati Lisa.

Haruskah ku mati karenamu…terkubur dalam kesedihan...sepanjang waktuku…haruskah kurelakan hidupku…hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku…hentikan denyut nadi jantungku…tanpa kau tahu betapa suci hatiku…untuk...memilikimu. Nada dering lagu Ada Band berjudul Haruskah Ku Mati kian berkumandang menyedarkan Lisa dari lamunannya. Haris? Hah! Apa hal pulak makhluk menyakitkan hati ni telefon aku? Gila talak apa? Lisa terus menjawab panggilan itu bersahaja tanpa memikirkan hatinya yang kian tersiat disebabkan lelaki itu.

“Assalamulaikum, ye Haris. Ada perkara apa nak cakap ni?”tanya Lisa lembut dibuat-buat. Haris terkedu seketika.

“Lisa, we need to talk,”

“Why? Give me the reason for that purpose. Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak berminggu-minggu yang sudah masa awak kahwin dengan Raihana dulu?”kata-kata Lisa membuatkan Haris terdiam beberapa saat.

“Hah, kenapa diam?”sambung Lisa. Kali ni suaranya sedikit tegas.

“Lisa, please understand me,”kata-kata Haris seolah-olah merayu.

“Yes, I do. And you know that I really love you…emm…dululah…but what I get from all this things? I get nothing! Nothing Haris!”bentak Lisa sekuat hatinya. Kalaulah ada Haris di depan matanya, sudah tentu ditumbuknya lelaki itu sekuat hati. Apa gunanya aku dapat tali pinggang hitam untuk tae-kwan-do sekiranya aku tak mempraktikkannya? Lisa mengomel sendiri. Walaupun nampak lembut, tidak semestinya Lisa tidak mampu melakukannya.

“I knew that...please forgive me. Lisa, saya tahu awak masih marahkan saya tapi tolonglah maafkan saya. Hati saya tak tenang sekiranya awak tak dapat maafkan saya, Lisa,”kata-kata Haris masih tidak mendapat respon yang positif daripada Lisa. Dengan pantas Lisa mematikan talian lalu dihempaskan telefon bimbitnya ke atas katil. Kemudian dia tersenyum sendiri. Padan muka dia! Padan muka aku jugak! Entah apa yang bermain di benak fikirannya sekarang. Lisa seperti tidak mempedulikan lelaki itu lagi. Tapi jauh di sudut hatinya, dia telah memaafkan lelaki itu walaupun hatinya kecewa! Aku tak sekejam itu Haris…puas diri ini disakiti, tapi aku terlalu mudah untuk memberi kemaafan. Aku bersyukur kerana dikurniakan sifat sebegini. Sepatutnya kau bersyukur juga Haris kerana mengenali aku! Gerutu Lisa.

“Lisa, Kimi datang ni nak!”jerit Puan Mona, emak Lisa di ruang tamu rumahnya.

“Ok…suruh dia tunggu kejap. Lisa nak bersiap ni,”jawab Lisa sambil mengenakan secalit gincu nipis berwarna Chestnut dan menyapu bedak padat dengan sepantas mungkin. Kemudian dia bergegas turun ke ruang tamu menemui Hakimi yang segak mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack berwarna hitam itu. Puan Mona hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang kelam-kabut itu.

“Makcik, saya bawak Lisa keluar dulu ya,”Hakimi meminta kebenaran daripada Puan Mona. Lisa hanya tersenyum kecil.

“Baiklah, jaga diri baik-baik. Jangan balik lewat sangat,”Puan Mona memberi peringatan kepada Lisa dan Hakimi. Mereka berdua hanya mengangguk perlahan tanda faham.

Lisa senang mendampingi Hakimi. Bos tempatnya bekerja. Buat pertama kali mereka keluar berdua, sebelum ni mereka keluar beramai-ramai bersama pekerja yang lain. Bagi Lisa, Hakimi seorang yang sempurna di mata setiap wanita. Barangkali Katrina versi lelaki mungkin! Tapi, Hakimi hatinya sangat luhur. Budi pekertinya lembut dan wajahnya yang tenang membuatkan mata ni sejuk melihatnya. Hakimi menyukai Lisa sejak dari mula lagi. Hajatnya untuk mendekati Lisa dengan lebih dekat terhenti tatkala mengetahui bahawa Lisa sudah berpunya. Apabila mendapat tahu Lisa sudah putus dengan Haris, cepat-cepat Hakimi cuba mencucuk jarum, manalah tahu, Lisa sudi menerimanya. Nasibnya baik, Lisa sudi menyambut lamaran cintanya sekelip mata saja. Pelik! Semudah itu dia menerima aku? Detik Hakimi dalam hati.

“Kadang-kadang saya tak faham…Awak ni betul-betul ke serius dengan saya sekarang?”soal Hakimi. Nadanya sedikit ragu-ragu. Lisa hanya tersenyum.

“Kenapa? Kimi ingat Lisa main-main?”balas Lisa selamba.

“Mungkin saya perlu beri awak sedikit masa lagi,”ujar Hakimi lembut.

“Untuk apa? Supaya saya pasti 100% dengan keputusan saya menerima cinta awak sekelip mata? Begitu?”soal Lisa sambil membetulkan lengan bajunya.

“Em, bukan begitu…maksud saya…,”

“Kimi, orang yang buta saja yang menolak cinta awak. Kalau boleh, saya tak nak lagi menjadi seorang yang buta menilai insan yang baik seperti awak. Percayalah, saya tetap dengan pendirian saya dan saya akan cuba menyayangi awak seperti mana saya pernah menyayangi Haris,”belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, Lisa terus memotong. Kali ni kata-katanya mencerminkan keikhlasan yang benar-benar terpancar dari wajahnya yang bercahaya itu. Wajah Taufiq silih berganti dengan wajah Hakimi. Teringat pula pada Taufiq, insan yang memiliki hati yang sangat luhur seperti Hakimi tetapi langsung tidak disedari kewujudannya sebelum ini. Kejamnya aku dulu terhadap kau Taufiq! Maafkan aku! Hati Lisa rancak berkata-kata.

“Terima kasih Lisa….,”Hakimi tersenyum penuh makna.

“Kasihmu diterima, Kimi! Hehe,”Lisa ketawa kecil. Kini dia tersenyum puas. Aku yakin dengan pilihan aku kali ni! Gerutu Lisa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taufiq mengelamun sendirian memikirkan baris-baris ayat yang dituturkan Haris malam tadi. Pagi ini dia tidak bekerja, tiba-tiba sahaja dia mengumumkan cuti kepada pekerja bawahannya sesudah subuh tadi. Entah apa mimpinya malam tadi yang membuatkannya tergerak hati nak bagi cuti bergaji kepada pekerjanya. Haris…Haris…pening aku! Kahwin tak bagi tahu! Lepas tu cakap dia lepaskan Lisa untuk aku…apakah maksud semua ini? Habis, Johanna aku nak letak kat mana? Nak Johanna dan Lisa bermadukah? Merepek je aku ni! Lisa, aku doakan kau berbahagia dengan seseorang yang boleh menjaga dan menyayangi kau sebagaimana apa yang kau harapkan sebelum ni. Hatinya rancak berkata-kata.

“Fiq, morning!”

Kedatangan Haris benar-benar mengejutkan lamunan Taufiq yang masih sedap berbaring di atas katil empuknya.

“Oit, terkejut aku tau! Macam mana kau…,”

“Hei, aku kan ada kunci pendua. Kau tak ingat ke kita pernah jadi housemate dulu? Nah, breakfast untuk kau,”pantas Haris mencelah. Dia meletakkan 2 bungkusan nasi lemak dan teh tarik panas di atas meja berhampiran dengan katil di mana Taufiq sedang berbaring.

“Kau ni pelik bin ajaib betul! Tak makan saman. Aku tengah marah ni…marah sangat-sangat. Kau boleh buat muka poyo dengan aku ye,”sindir Taufiq. Dia cuba hendak marah, tapi tak berjaya. Tatkala melihat muka Haris yang asyik tersengih macam kerang busuk, menggagalkan misinya itu.

“Aku kan dah mintak maaf…kau nak aku buat macam mana lagi? Emm, kau ada tau citer pasal Lisa tak? Aku betul-betul menyesal kerana mempermainkan perasaan dia, tapi dalam hati ni…aku still sayangkan dia…macam adik aku sendiri, kau jugak! Kalau boleh, aku nak ubah semuanya, tapi dah terlambat!”ujar Haris bersungguh-sungguh.

Taufiq tersentuh dengan kata-kata Haris yang luhur itu. Kau mangsa keadaan Haris. Kalau aku jadi seperti kau…aku pun keliru! Dipeluknya Haris dengan erat. Haris menyambut pelukan Taufiq dengan menepuk perlahan belakang Taufiq.

“Kaulah sahabat aku dunia, akhirat Fiq!”air mata lelaki Haris jatuh membasahi pipinya. Dia benar-benar mengharapkan Taufiq. Tiada tempat lain untuk mengadu kecuali dengan Taufiq yang dianggap seperti adiknya sendiri.

“Insyallah aku akan jadi sahabat yang baik untuk kau, tapi ingat…kau dah kahwin…ada tanggungjawab lagi berat. Kau kena jaga Raihana sebaik mungkin, menyayangi dan membimbing dia, Haris!”nasihat Taufiq ikhlas.

Haris menggangguk faham. Dia tekad untuk membahagiakan Raihana dan ingin membina keluarga yang bahagia. Dia tidak mahu masa depannya bersama Raihana berkecai seperti kehidupan arwah ibunya dahulu. Baginya, masalah penceraian kadang-kadang seperti warisan turun-temurun pula. Dia tidak mahu menghadapi situasi yang perit itu kerana ia bakal menghancurkan harapan orang lain terutama bagi pasangan yang mempunyai anak-anak.

“Lisa?”tanya Haris. Taufiq terkelu tanpa sepatah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Lisa, saya nekad untuk memperisterikan awak. Sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”Hakimi cuba melamar Lisa. Ini kali kedua mereka berdua keluar berdua.

Lisa terharu. Matanya sedikit berair. Benarkah Hakimi melamar aku? Patutlah dia ajak aku pergi candle light dinner malam ni. Gerutu Lisa seorang diri. Tiada cincin tanda lamaran. Hanya sejambak mawar merah di atas meja pemberiannya.

“Betul ke ni Kimi? Lisa macam tak percaya!”Lisa meluahkan rasa di jiwanya.

“Mungkin Lisa rasa, Kimi terlalu drastik. Tapi percayalah, Kimi tak nak berfikir panjang lagi. Perkara yang baik, eloklah disegerakan untuk mengelakkan diri daripada fitnah, Lisa. Lagipun, saya dah bersedia,”terang Hakimi bersungguh-sungguh. Nampaknya dia benar-benar mahu memperisterikan Lisa.

Lisa tunduk seketika memikirkan kata-kata Hakimi. Tuhan cepat sahaja membuka pintu hatinya untuk Hakimi. Tidak tahu kenapa. Mungkin Hakimi jodohnya. Kalau hendak difikirkan kebanyakan orang yang baru saja putus cinta, mereka mengambil masa untuk menerima cinta orang lain. Tidak seperti situasi yang menimpa dirinya. Perhubungan serius antaranya dengan Hakimi hanya mengambil masa 2 minggu saja. Kalau hendak dikira perkenalan mereka sudah melebihi setahun.

Lisa perlahan-lahan mengangkat muka, “Saya setuju,”ringkas saja jawapannya. Yang pasti jawapan itu membuka satu lembaran baru buatnya kelak. Lisa tersenyum memerhatikan Hakimi yang seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan daripadanya tadi.

“Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Lisa. Saya akan cuba bahagiakan Lisa, dan membimbing Lisa kelak. Insyallah dalam masa terdekat keluarga Kimi datang jumpa dengan mak Lisa, bincangkan tentang perkahwinan kita,”Hakimi bersemangat.

“Baiklah, jom makan. Dah sejuk dah ni,”balas Lisa.

“Haah…huhu, nanti rasa tak sedap pulak kan…jemput makan,”Hakimi mula menyuapkan potongan daging ke dalam mulutnya. Kegemarannya adalah stik daging sos lada hitam. Lisa pula mengemari spaghetti. Mereka berdua terus menjamah makanan masing-masing tanpa memandang keadaan sekeliling. Lapar mungkin. Lagipun, makanan di restoran mewah itu terkenal dengan menu yang menambat selera pengunjung yang selalu datang ke sana walaupun harganya sedikit tinggi berbanding restoran lain. Kelihatan Lisa dan Hakimi pasangan yang paling ideal pada malam itu. Semua pengunjung tertumpu kepada mereka. Ada aura mungkin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Rai, maafkan I sekiranya selama ni I selalu menyakiti you tanpa I sedari. Maafkan I...,”Haris cuba memujuk Raihana yang kelihatan sedikit dingin dengannya akhir-akhir ni.

Tangan Raihana digenggam erat. Dikucupnya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Raihana terpegun seketika. Sebenarnya ada berita yang agak gembira hendak disampaikan kepada suaminya itu. Memandangkan suaminya yang memulakan dulu, dia senang untuk meluahkan apa yang hendak disampaikan. Egonya dilupakan seketika.

“I’m ok. You don’t have to worry about it. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kita, I pun nak minta maaf pada you. Nanti I tak cium bau syurga pula.”Raihana cuba untuk senyum. Haris kemudian memeluk isterinya. Didakapnya dengan lembut. Raihana menyambut pelukan suaminya.

“Thanks sayang. I really need you in my life! Kenangan I dengan Kat dah hancur. I dah bakar semua kenangan bersama dia. I betul-betul insaf. I love you more than anyone else right now!”pujuk Haris bersungguh-sungguh. Raihana tersenyum puas. Akhirnya Haris benar-benar telah melupakan Katrina. Tapi dia tidak pernah menghalang sekiranya Haris hendak melawat pusara Katrina.

“I...hamil Haris…about 3 weeks. Actually, I nak bagitau you sebelum ni, tapi I tak kesampaian,”kata-kata Raihana mengejutkan Haris. Haris benar-benar terharu dan kegembirannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

“Really? Alhamdulillah…I bakal jadi papa and you akan jadi mama..haha,”sorak Haris kegirangan. Raihana mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat suaminya itu.

Sinar kebahagian kembali menerpa buat Haris dan Raihana. Dengan pantas saja, Haris menelefon Taufiq memberitahu akan hal itu. Taufiq tumpang gembira mendengar berita kehamilan Raihana itu. Dia memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang tidak ternilai harganya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Johanna, Haris dan Taufiq saling berpandangan. Kenapa Lisa mengajak mereka keluar makan bersama-sama? Haris lagilah terasa pelik, sudahlah panggilannya dengan Lisa terputus sebelum ni disebabkan Lisa yang mungkin mengamuk dengan sikapnya. Tiba-tiba Lisa tersenyum lebar memanggil kesemuanya berkumpul beramai-ramai, macam reunion pula. Apa motif kejadian di sebalik tindakan Lisa ni?

“Em, first of all…Lisa nak tujukan pada Haris tentang suatu perkara yang mungkin Haris tertunggu-tunggu jawapannya,”ujar Lisa sambil merenung sekilas wajah Haris yang duduk bertentangan dengannya. Haris tersentak.

“Lisa dah lama maafkan Haris, Cuma Lisa tak berkesempatan menyatakan tentang hal itu. Mungkin kerana Lisa masih terluka disebabkan kisah kita dulu. Terus-terang Lisa katakan, Lisa tak menyesal sepenuhnya dengan apa yang berlaku ni. Sebab, Lisa pasti semua yang berlaku ada hikmahnya,”terang Lisa panjang lebar.

“Thanks Lisa…I really appreciate it,”kata Haris sambil tersenyum. Lega hatinya.

“Joe, Fiq…you’re really nice friend I ever had before! Semoga kamu berdua bertemu jodoh…huhu,”Lisa tak tahan ketawa melihat muka Taufiq yang masih blur tu.

“Insyallah,”Johanna dan Taufiq jawab serentak. Mereka saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki segak menghampiri mereka berempat. Lelaki itu memberi salam lalu berjabat tangan dengan Taufiq dan Haris. Kemudian, lelaki itu terus duduk di sebelah Lisa sambil tersenyum penuh makna. Kepelikan mula melanda Haris, Johanna dan Taufiq.

“Perkenalkan…ni bakal suami Lisa, Hakimi namanya. Doakan kebahagiaan kami ek. Insyallah bulan depan kami akan diijabkabulkan,”ujar Lisa sambil memegang bahu Hakimi. Haris, Johanna dan Taufiq terpana.

“Tahniah…semoga berbahagia hendaknya,”balas Haris tersenyum.

“Insyallah,”balas Hakimi.

“Congrate, hey ni bukan Tuan Hakimi ke? Bos tempat Lisa kerja?”tanya Taufiq.

“Haah. Sudah jodoh kami…thanks,”jawab Lisa bersahaja.

“Jaga Lisa baik-baik Kimi…semoga dipermudahkan segalanya. Hah, Lisa…Haris ni bakal jadi bapak tahu,”ujar Johanna sambil diperhatikan Haris.

“Iya? Syukurlah, congrate Haris,”Lisa tersenyum lagi.

“Heii, Joe ni…tak sempat-sempat nak bagitahu…well, thanks Lisa,”balas Haris.

“Want to take order?” pelayan di restoran itu mula bertanya.

“Ok, wait yaa…hah, order je apa-apa. Hari ni saya yang belanja,”kata Hakimi. Semua bersorak. Mereka kelihatan gembira sekali. Semua mata tertumpu melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berlima. Akhirnya Lisa mendapat kebahagiaan yang ingin dikecapinya, yang pasti bukan dengan Haris mahupun Taufiq. Tetapi dengan Hakimi yang sememangnya tercipta untuk dirinya. Alhamdulillah, Kau temukan jodoh yang terbaik untukku,”bisik hati kecil Lisa.