Sedar atau tidak...???
Sedar atau tidak…umur aku akan genap 24 tahun pada 2hb februari tahun 2010 ni. Em…takut pun ada…yelah, masih banyak impian yang belum terlaksana. Usia yang mungkin cukup matang bagi seorang wanita…tatkala melepasi usia remaja… tetapi aku rasa gelaran wanita tu belum sesuai lagi untuk aku. Aku terasa seperti aku masih dalam pertengahan antara remaja dan wanita.. hihi… (ye ke???) Melihat orang-orang yang seusia denganku…ada yang sudah bertunang…berkahwin… ada yang sudah beranak-pinak, mempunyai kerjaya yang mantap membuatkan aku terasa sedikit tempiasnya. Suka melihat kebahagiaan mereka…dan aku ingin sekali merasakan kebahagiaan seperti itu. Apa nak buat…rezeki dan jodoh belum ada lagi…=)
Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Think positive! Be mature! Allah s.w.t dah tetapkan semuanya sejak azali lagi…bezanya ialah sejauh mana kita berusaha untuk memperbaik kehidupan kita. Aku yakin dan percaya bahawa Tuhan adil kepada semua makhluknya… Contohnya; ada orang yang miskin harta-benda….tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin A hidup serba kekurangan..tetapi dia punya keluarga dan rakan-rakan yang menyayanginya dan mengambil berat tentang dirinya. Begitu juga dengan situasi si B yang mempunyai kedudukan yang mantap, kerjaya yang ampuh, dikurniakan kemewahan yang tak terhingga..tetapi dia tidak dikurniakan anak… Itulah ketentuan Allah s.w.t… Bersyukurlah!
Pada mulanya, pemikiran aku tidaklah terlalu mendalam tentang statement ni… sejak aku membaca artikel-artikel di dalam majalah Solusi isu nombor 14, membuka mata, hati dan jiwa aku untuk mendapatkan kebahagiaan. Memberi itu lebih baik daripada menerima, betul tak? Buangkan tanggapan bahawa dengan menerima kita akan mendapat lebih sebaliknya memberi akan mengurangkan. “No man becomes rich unless he enriches others”- janganlah kita melihat “memberi” itu dari sudut material semata-mata. Think out of the box! Pemberian boleh berupa ilmu, kasih sayang, perbuatan yang baik, kata-kata hikmah, memberikan kemaafan dan lain-lain lagi. Sehinggakan sedekah dengan hati pun sudah memadai sekiranya kita berniat baik untuk memberi kerana Allah s.w.t. Mungkin aku menyedari hakikat ini melalui kajian aku sendiri. Aku sering mengambil contoh-contoh terdekat untuk dijadikan pedoman. Sebagai contoh, kakak aku. Walaupun dia tidak bekerja, dia rajin bersedekah. Rezeki dia selalu je ada. Konsep sedekahnya luas..bukan dengan setakat material semata-mata. Dia selalu menolong orang, bagi makanan kat jiran-jiran, berkongsi ilmu, menjaga hubungan dengan orang sekeliling. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kebahagiaan kepada orang lain secara tidak langsung. The way she treats me and my family…with lots of love and care… I do believe she deserves the best things in life. Pengorbanan dia untuk berhenti kerja serta-merta dengan alasannya untuk menjaga mak aku semasa sakit dulu membuatkan aku kagum. Sekarang pun dia rajin balik ke
Korang pernah tak terfikir akan suatu perkara…. Orang yang memberi hakikatnya lebih gembira daripada orang yang menerima. Mungkin bunyi macam pelik je
Ingatlah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”- Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani. Mungkin ada yang berkata… ahh.. aku tak ada apa-apa untuk diberikan.. duit pun tak da… nak bagi ilmu?? Huh..aku ni buta huruf… nak ajak orang buat kebaikan??aku terasa aku ni jahil sangat… INGATLAH! Dengan senyuman itu sedekah… menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah itu sedekah… memberi salam itu sedekah lisan….selain ucapan yang baik dan berlemah-lembut. Puasa sunat=sedekah untuk diri sendiri… mendoakan orang lain itu sedekah… contohnya kalau korang sedang asyik berjalan kaki..tiba-tiba nampak seketul bata besar kat tengah jalan..kemudian korang alihkan bata tu sebab benda tu menghalangi jalan… korang dah dapat pahala sedekah dengan perbuatan… konsep sedekah itu luas wahai sahabatku…
Apakah yang menyebabkan kita enggan memberi??? Orang yang menerima tidak berterima kasih? Tidak mendapat balasan? Tidak adil untuk kita yang berusaha? Bukalah minda seluas-luasnya… Jadikanlah sifat Allah yang pemurah itu untuk kita hayati bersama… =))
P/s: Oleh itu, rajin-rajinlah bersedekah. Pelik seketika tatkala mendengar alasan orang yang bergaji banyak ni cakap, “aku ni mana ada duit… gaji tak cukup…nak bayar itu…nak bayar ini…punyalah kedekut…huhu…duit banyak tak bawak ke mati laa… ada jugak yang jenis berkira-kira… “ko hutang aku rm29.80…duit makan kfc tadi campur dengan bla-bla-bla” si kawan ni kebetulan ada RM29.50 je dalam poket… “weh, aku ada rm29.50 je ni…” “Em, macam ni..ko bagi dulu, esok ko bayar lagi 30sen” aisey… 30sen pun nak berkira…huh! Itu baru kes kedekut dengan orang di sekeliling dia. Yang paling teruk sekali kedekut dengan diri sendiri…walaupun mampu serba-serbi, tetapi masih liat nak keluar duit untuk keperluan diri…. Huh… Renung-renungkanlah…
Nukilan: Feena (“,) + info yang berguna dalam majalah Solusi…
0 comments :
Post a Comment