Sunday, December 20, 2009

Azam baru 2010....





Assalamualaikum wbt...

Sedar atau tidak, tahun baru akan menyusul tak lama lagi...bagaimana dengan azam tahun baru ni? Adakah azam tahun 2009 anda sudah tercapai? Ataupun mungkin separuh saja dipenuhi sebaliknya akan dibawa ke tahun hadapan? Haha...boleh lak bawa ke hadapan ek? Tak kisah la..janji impian dan keinginan kita tercapai hendaknya. Apabila bercakap tentang azam baru, impian dan matlamat baru... kelihatan semua orang agak teruja dan tak sabar-sabar hendak melaksanakannya...dan aku tidak terkecuali. Hehehe.. =)) Manusia ni terlalu banyak keinginannya, tapi harus diingat.... "matlamat tidak menghalalkan cara!". Apa-apa yang kita lakukan, mestilah mempunyai batas-batasnya.

Melalui usia remaja...kadang-kala terikut-ikut sangat jiwa muda kita kan? Semua benda nak buat..semua benda nak dicubanya...maklumlah... orang kata "muda hanya sekali"... nanti dah tua, tak merasa... hurm, terpulanglah pada setiap individu untuk mendefinisikan sendiri "masa muda mereka"... semua orang ada hak untuk menentukan hala tuju mereka sendiri.. Aku teringat pesanan abang angkat aku ni... "Jangan ikutkan jiwa muda!". Baiklah abang...saya tak ikut...haha...saya nak merasa gak jiwa muda ni macam mana..haha. Manusia belajar daripada kesilapan...dan mungkin dengan cara melalui pelbagai pengalaman mengajar saya lebih positif dalam mengharungi kehidupan yang berliku ni...=) Korang setuju atau tidak... ada saya kisah??? =p

Opps...tak mau la guna 'saya'..rasa macam formal sangat... Back to "aku" hehe... ok... Aku ada beberapa matlamat nak dicapai untuk tahun baru ni. Tak semua lah untuk dikongsi... as a blogger... some of da story should not be shared to da public, am i rite? haha...lolz... apa-apa je la..malas nak layan.... hihi (adakah aku berubah menjadi sedikit nakal dengan penulisan terbaru aku ni?) xeh...aku ni jenis gila2 cket...so, tolong la faham.... makcik2 kat luar tu pun tau aku ni macamana...memang otai... mereka boleh ketawa berdekah2 dengar lawak aku... huhu... (makcik,bleh saya jadi menantu makcik?) hahaha =0

Kalau orang cakap...tahun baru...mesti kena ada perubahan. Aku kepelikan seketika.. kenapa tahun baru semua nak diperbaharui? Kononnya nak jadi someone yang lain... (mungkin jadi baik cket kot) hihi... Aku teringat kata-kata Chef Wan dalam tv suatu ketika dulu, kalau kita nak berubah, tak payah la nak tunggu tahun baru...esok pun boleh. Apa-apapun, biarlah istiqamah. Jangan hangat2 taik ayam... betul x? Aku rasa semua orang nak berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik dan positif. DAN aku tidak terkecuali... well, whatever is it...aku nak capai beberapa impian yang tergendala sebelum ni...

Antaranya: 1) Mendapatkan sebuah pekerjaan tetap,yakni sesuai dengan jiwa aku. Em, susahnya nak dapatkan kerja sekarang.... kalau berlambak2 pun kontrak... (macam aku sekarang). kawan2 yang masih menganggur dok mengadu kat aku. Ada degree pon x guna... Aku pon berkata... "Relax r...rezeki ada nanti untuk ko... janji usaha. " Degree berguna...sape cakap x guna? meh aku cubit dia... ingat la... kita belajar tinggi, nak tuntut ilmu... dan semestinya Allah suka orang yang menuntut ilmu... dapat kerja or tak dapat belakang kira... sesungguhnya kita beruntung sebab ada degree...ada orang spm pon x lepas... ada juga masa depan dengan adanya pendidikan tinggi ni. Betul x?

2) Ingin berazam menyimpan wang sebanyak mungkin, dan mengurangkan perbelanjaan untuk sesuatu yang agak remeh-temeh. huhu... mahu menjadi lebih berdisiplin dalam misi menabung!


3) Kalau dah dapat kerja tetap, aku target nak beli rumah atau tanah untuk jaminan masa depan. Mungkin untuk disewakan atau kegunaan sendiri. Setengah orang cakap, "xpayah la kamu beli umah, nanti kawin nanti baru la beli dengan suami". Makcik, tolong la faham... ini aset tau... harga tanah o umah akan naik dan terus naik... baik saya beli sekarang... daripada beli kereta mahal2 yang akan susut nilai... baik beli umah or emas.. yang harganya akan meningkat dan terus meningkat...(pelaburan). So, aku nak nasihatkan kawan2 yang dah ada keje tetap tu, beli la umah k... aset tu... beli keta yang biase2 cukup, keta tu nilainya akan susut jugak... kalo nak merasa pakai honda tp xmampu, beli je saga blm 2... modified cket dah jd honda beb..siyes. aku da survey byk dah...canteek giler... =)

Hah..mesti ada yang ingat azam baru aku ni banyak berbentuk material kan? hurm... sebenarnya, ada je yang bukan berbentuk material....contohnya:

1) Ingin menjaga kesihatan diri sehingga ke tahap paling maksimum... so, kene jaga makan... kurangkan makan seafood (waaa!!! resdung ni) asyik x pantang jea...balun je semua... tula, fina degil! Lebihkan aktiviti yang mengeluarkan peluh... =)

2) Ingin menambahkan berat badan sebanyak 5 kilo! Wish me luck! Nk kene wat pe ek? makan tido pon xgemuk gak... kene minum weight gain kah? =p (skunk ni underweight la)

3) Ingin melakukan aktiviti2 yang lasak yakni menguji tahap ketakutan aku. haha... ada la beberapa aktiviti yang aku takut nak buat sebelum ni, aku nak try wat... (aktiviti yang gayat cket..maklumlah aku takut ketinggian)


dan.... matlamat paling penting..... bersifat peribadi....haha... (antara aku dengan tuhan) dan (antara aku dengan manusia) korang xperlu tau k... =))

so, amacam azam baru korang? share la cket...hihi

Friday, December 18, 2009

Sedar atau tidak...???


Sedar atau tidak…umur aku akan genap 24 tahun pada 2hb februari tahun 2010 ni. Em…takut pun ada…yelah, masih banyak impian yang belum terlaksana. Usia yang mungkin cukup matang bagi seorang wanita…tatkala melepasi usia remaja… tetapi aku rasa gelaran wanita tu belum sesuai lagi untuk aku. Aku terasa seperti aku masih dalam pertengahan antara remaja dan wanita.. hihi… (ye ke???) Melihat orang-orang yang seusia denganku…ada yang sudah bertunang…berkahwin… ada yang sudah beranak-pinak, mempunyai kerjaya yang mantap membuatkan aku terasa sedikit tempiasnya. Suka melihat kebahagiaan mereka…dan aku ingin sekali merasakan kebahagiaan seperti itu. Apa nak buat…rezeki dan jodoh belum ada lagi…=)

Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Think positive! Be mature! Allah s.w.t dah tetapkan semuanya sejak azali lagi…bezanya ialah sejauh mana kita berusaha untuk memperbaik kehidupan kita. Aku yakin dan percaya bahawa Tuhan adil kepada semua makhluknya… Contohnya; ada orang yang miskin harta-benda….tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin A hidup serba kekurangan..tetapi dia punya keluarga dan rakan-rakan yang menyayanginya dan mengambil berat tentang dirinya. Begitu juga dengan situasi si B yang mempunyai kedudukan yang mantap, kerjaya yang ampuh, dikurniakan kemewahan yang tak terhingga..tetapi dia tidak dikurniakan anak… Itulah ketentuan Allah s.w.t… Bersyukurlah! Ada pula yang mempunyai kerjaya yang mantap...kehidupan yang mewah, mempunyai keluarga yang menyayanginya sepenuh hati tetapi sunyi kerana masih belum bertemu jodoh sehingga dia digelar “andartu”. Pelbagai situasi yang berbeza sering kita dengar..dan kita harungi. Apa-apa pun, semua orang mendambakan “kebahagiaan”…”kebahagiaan” mengatasi segala-galanya. Apa gunanya ada wang yang banyak tetapi tidak bahagia? Bagaimana hendak mencapai kebahagiaan? Salah satunya ialah dengan mengamalkan “hidup untuk memberi”.

Pada mulanya, pemikiran aku tidaklah terlalu mendalam tentang statement ni… sejak aku membaca artikel-artikel di dalam majalah Solusi isu nombor 14, membuka mata, hati dan jiwa aku untuk mendapatkan kebahagiaan. Memberi itu lebih baik daripada menerima, betul tak? Buangkan tanggapan bahawa dengan menerima kita akan mendapat lebih sebaliknya memberi akan mengurangkan. “No man becomes rich unless he enriches others”- janganlah kita melihat “memberi” itu dari sudut material semata-mata. Think out of the box! Pemberian boleh berupa ilmu, kasih sayang, perbuatan yang baik, kata-kata hikmah, memberikan kemaafan dan lain-lain lagi. Sehinggakan sedekah dengan hati pun sudah memadai sekiranya kita berniat baik untuk memberi kerana Allah s.w.t. Mungkin aku menyedari hakikat ini melalui kajian aku sendiri. Aku sering mengambil contoh-contoh terdekat untuk dijadikan pedoman. Sebagai contoh, kakak aku. Walaupun dia tidak bekerja, dia rajin bersedekah. Rezeki dia selalu je ada. Konsep sedekahnya luas..bukan dengan setakat material semata-mata. Dia selalu menolong orang, bagi makanan kat jiran-jiran, berkongsi ilmu, menjaga hubungan dengan orang sekeliling. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kebahagiaan kepada orang lain secara tidak langsung. The way she treats me and my family…with lots of love and care… I do believe she deserves the best things in life. Pengorbanan dia untuk berhenti kerja serta-merta dengan alasannya untuk menjaga mak aku semasa sakit dulu membuatkan aku kagum. Sekarang pun dia rajin balik ke Ipoh walaupun tinggal dengan suami di Jeli, Kelantan. And fyi..suaminya muda 15 tahun daripada kakak aku. Itulah jodoh…Tuhan dah tentukan.. =))

Korang pernah tak terfikir akan suatu perkara…. Orang yang memberi hakikatnya lebih gembira daripada orang yang menerima. Mungkin bunyi macam pelik je kan? Yelah.. biasanya kita faham orang yang menerima akan lebih gembira. Contohnya bila dapat hadiah… betul tak? Cuba bayangkan satu situasi ni… contohnya kamu punya anak saudara lelaki yang sangat meminati kartun Ben10. Anak buah kesayangan la katakan. Si Danish (contohnya:anak saudara korang) suka mengumpul aksesori-aksesori Ben10. Danish berkata kepada korang, “Angah, Danish nak sangat seluar dalam Ben10…yang lain semua Danish ada… jam, patung, topi, baju, mainan semuanya Danish ada. Boleh tak Angah belikan?” (Huh, macam takde benda len je si Danish ni nak kan? Hahaha) Korang pun pergilah kedai ke kedai cari benda alah tu…penat sangat-sangat yelah sebab tak jumpa-jumpa…(give up la kejap a.k.a frust sebab tak jumpa la katakan). Nak ditakdirkan suatu cerita, korang ditugaskan menghadiri satu seminar a.k.a kursus la kat satu tempat ni…sebelum balik sempat la p window shoppin’… tiba-tiba korang ternampak ada sebuah kedai ni menjual seluar dalam ben10. Apa perasaan korang masa tu? Mesti excited bagai nak rak sebab tak sabar-sabar nak beli untuk hadiahkan kepada anak buah korang tu kan? Walaupun korang malu gila nak beli, tetapi memandangkan korang sayang sangat kat anak buah korang tu, korang gagahkan diri dengan muka tak malunya beli seluar dalam ben10 tu. Well, aku cakap berdasarkan experience aku…Cuma cerita aku reka atas ni beza sangat la dengan cerita aku. Hehe,,saja-saja nak wat lawak pandai sikit. =p Hakikatnya, aku rasa gembira sangat-sangat mengalahkan anak buah aku masa aku bagi hadiah kat dia… =)) (Kita gembira a.k.a bahagia apabila melihat orang lain bahagia). Kesimpulan yang sangat mudah dan senang untuk difahami. Adakah anda bersetuju atau menyangkal kata-kata aku ni? Huhu…

Ingatlah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”- Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani. Mungkin ada yang berkata… ahh.. aku tak ada apa-apa untuk diberikan.. duit pun tak da… nak bagi ilmu?? Huh..aku ni buta huruf… nak ajak orang buat kebaikan??aku terasa aku ni jahil sangat… INGATLAH! Dengan senyuman itu sedekah… menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah itu sedekah… memberi salam itu sedekah lisan….selain ucapan yang baik dan berlemah-lembut. Puasa sunat=sedekah untuk diri sendiri… mendoakan orang lain itu sedekah… contohnya kalau korang sedang asyik berjalan kaki..tiba-tiba nampak seketul bata besar kat tengah jalan..kemudian korang alihkan bata tu sebab benda tu menghalangi jalan… korang dah dapat pahala sedekah dengan perbuatan… konsep sedekah itu luas wahai sahabatku…

Apakah yang menyebabkan kita enggan memberi??? Orang yang menerima tidak berterima kasih? Tidak mendapat balasan? Tidak adil untuk kita yang berusaha? Bukalah minda seluas-luasnya… Jadikanlah sifat Allah yang pemurah itu untuk kita hayati bersama… =))

P/s: Oleh itu, rajin-rajinlah bersedekah. Pelik seketika tatkala mendengar alasan orang yang bergaji banyak ni cakap, “aku ni mana ada duit… gaji tak cukup…nak bayar itu…nak bayar ini…punyalah kedekut…huhu…duit banyak tak bawak ke mati laa… ada jugak yang jenis berkira-kira… “ko hutang aku rm29.80…duit makan kfc tadi campur dengan bla-bla-bla” si kawan ni kebetulan ada RM29.50 je dalam poket… “weh, aku ada rm29.50 je ni…” “Em, macam ni..ko bagi dulu, esok ko bayar lagi 30sen” aisey… 30sen pun nak berkira…huh! Itu baru kes kedekut dengan orang di sekeliling dia. Yang paling teruk sekali kedekut dengan diri sendiri…walaupun mampu serba-serbi, tetapi masih liat nak keluar duit untuk keperluan diri…. Huh… Renung-renungkanlah…

Nukilan: Feena (“,) + info yang berguna dalam majalah Solusi…

Monday, September 28, 2009

Baju T-SHIRT (MUSLIMAH VERSION)

:: PERHATIAN::

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK ORDER BAJU T-SHIRT MUSLIMAH (LABUH) SILA HUBUNGI SAYA DI EMEL : curiousbaby86@yahoo.com


T-SHIRT (LINING) :: RM35

CODE: 1179
CODE: 1178

CODE: 1176

CODE: 1173

CODE: 1164

CODE: 1153

CODE: 1150

CODE: 1148



T-SHIRT (NON-LINING) :: RM30

CODE: 1147

CODE: 1160

CODE: 1159

CODE: 1158

CODE: 1156

CODE: 1154

CODE: 1149

CODE: 1147

CODE: 1102

::HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN::
::SEKIRANYA TEMPAHAN MELEBIHI 30 HELAI AKAN DIPERTIMBANGKAN PENGURANGAN HARGA::
::T-SHIRT - COTTON::

Saturday, July 11, 2009

Terima Kasih Cinta...

TERIMA KASIH CINTA???

Kadang-kadang perpisahan itu bisa merapuhkan hati ini… tatkala cinta yang hadir seketika membuahkan rasa berbunga-bunga … menyirami jiwa ini dengan rasa dihargai dan disayangi… benar-benar membuatkan diri berada di awang-awangan… tiba-tiba rasa itu telah pergi… pergi dan tidak akan kembali… kedukaan dan kesepian melanda diri…
Adakah ini rasa yang cinta itu benar-benar wujud pada ketika itu? Atau mungkin kasih yang bersifat sementara yang singgah mewarnai kehidupan walaupun hakikatnya… ianya bersifat kekal tetapi terhalang oleh sebab-sebab tertentu?

Antara cinta..persahabatan…sukar diungkapkan? Persahabatan yang terbina membuahkan rasa cinta? Cemburu? Inginkan perhatian sewajarnya? Sedangkan ikatan itu hanya bersifat antara “kau aku?”… Kau dan aku adalah satu…tak kira apa…segala rintahan aku engkau selalu ada….Dengan sifat yang penyayang…selalu mengambil berat… tempat meluahkan segala remukan di dalam hati ini…. Dia selalu ada… menemani…. Tatkala suka dan duka…. Dia selalu ada… untukku… ada ruang kah antara kami??? Ada cintakah antara kami?

Persoalan yang kian menusuk benak fikiranku…cincin di jari kutatap syahdu… saat-saat cincin ikatan suci ini tersarung di jari manis ini… lamunan kuterhenti… adakah dia cinta sejati yang kucari-cari sebenar-benarnya? Di manakah kedudukan dia dalam hatiku? Sedangkan pada masa yang sama… aku masih mengharapkan kasih daripada seseorang yang aku impikan untuk hidup bersamanya… kuingin menghabiskan sisa hidup ini bersama dia… dia… dia yang merupakan sahabatku sejak kecil lagi… tapi.. siapa aku dalam hatinya? Kenapa dia tidak pernah meluahkan rasa seperti apa yang aku rasakan?

Suatu saat…suatu ketika… kulihat sekeping foto yang tercicir daripada koceknya. Kecil sahaja foto itu… Gambar dia bersama seorang gadis… yang bagiku… gadis itu sungguh sempurna... Terkedu aku seketika.. kelihatan mereka seolah-olah kekok bersama...sepadan tetapi lagak seperti orang yang baru hendak bermesra… kubuang rasa tak keruan dalam jiwa ini… aku seolah-olah tak dapat menerima hakikat yang dia sudah berpunya… tanpa memaklumkan hal ini padaku… hancur..lebur hati ini… kupendam perasaan ini… sedalam-dalamnya… Kami kerap bersama… bila pula masanya dia bersama gadis itu? Khayalan mula melanda diri…

Adakah kau rasa apa yang aku rasakan? Atau kau hanya menipu perasaan kau sendiri? Seperti aku???

Aku terima seseorang yang aku sendiri baru hendak mengenali hati budinya… Perkenalan kami tak selama perkenalanku denganmu dahulu… tapi aku yakin… dia dapat membahagiakan aku sebagaimana kau pernah melakukannya dulu terhadapku…
Tapi yang pasti..dia bukan kau… dan aku berharap agar ikatan persahabatan ini tidak terputus di pertengahan jalan… kau bahagia dengan jalan yang kau pilih sendiri… aku dengan jalanku…

Setelah sekian waktu aku tidak ketemu dirinya… Tiba-tiba. aku dikejutkan dengan suatu cerita….Arghhh!!! Dia kemalangan! Tidak! Aku seolah-olah tidak dapat menerima hakikat yang dia akan pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya! Akhirnya, ikatan persahabatan ini terlebur begitu sahaja… Kulihat wajahnya… seolah-olah tersenyum… bersih… hatiku syahdu seketika… tik…tik…air mataku… biar terjatuh dalam hati… mahuku tak penting lagi…Biarku buat bahagiamu… kamu tak tahu rasanya hatiku… saat berhadapan kamu… Kamu tak bisa… bayangkan rasanya… jadi diriku yang masih cinta… Ternyata…perasaan ini benar-benar ada… kulihat dirimu kaku… sekujur tubuh yang tidak bernyawa… tiada lagi kulihat wajah ceriamu… tiada lagi kudengar keriuhan suaramu… tiada lagi tempatku meluahkan rasa… tiada lagi… pergimu membawa segala kenangan yang pernah kita lalui bersama…

Adiknya menyerahkan sesuatu padaku… diari??? Teruja untukku membacanya! Ternyata…namaku sentiasa ada tertulis di setiap helaian diarinya… Gambarku bersamanya digunting kecil supaya termuat di helaian diari itu… Gambar keluarganya juga kelihatan… dan gambar gadis itu! Mataku terpaku pada suatu ayat yang benar-benar menyentuh hati… membuatku ingin menangis semahu-mahunya!

“Telah lama kupendam rasa ini… tapi tak terluah… kerana aku takut… aku takut cinta ini bukan milik kita… aku bimbang jika kau menolak cintaku sebulat-bulatnya… yaa.. aku pengecut! Aku hanya mampu melihatmu…mengatakan sesuatu yang sudah kebiasaan…tetapi bukan dengan luahan hatiku yang sebenar-benarnya…” kulihat fotoku dilekatkan dibawah ayat-ayat ini… Selamat hari lahir, sayang! Kaulah sahabatku… dunia dan akhirat… Aku cinta kamu…"

Sengaja aku membuka helaian diarinya yang bertarikh hari lahirku… Ternyata…dia punya rasa yang aku rasakan… cinta… persahabatan… saling bertukar…. Aku cinta kau juga…tetapi…tidak terlafaz…kita berdua sama saja… Pengecut! Teringat sewaktu kau membuat kejutan sempena hari lahirku dahulu… “cupcakes?” sweetnya… sedap sangat… tak sangka kau sanggup belajar buat cupcakes semata-mata nak hadiahkan sesuatu yang sangat bererti buatku… terima kasih tak terhingga khas daripadaku untukmu…

Tetapi siapakah gadis itu? Kenapa gambar dia juga turut kelihatan???

Dia...gadis pilihan keluarga…seorang gadis yang baik-baik… baik...sepertinya juga…em, lupakan saja... Kami berdua bukan jodohnya….ternyata Tuhan lebih sayangkan dia… semoga rohnya bersemadi dengan aman…dan ditempatkan bersama golongan-golongan yang beriman… amin...

“Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu…tapi aku takut kehilangan cintamu!”

Perginya dia bersama cinta yang tidak terluah….

Aku kembali menyepi untuk sekian lamanya…masih mencari cinta??? Mungkin hati ini tidak terbuka lagi untuk itu… biarlah masa menentukannya… cincin ini sudah kupulangkan… ikatan itu terpaksa aku putuskan… kerana hati ini… bukan untuk dirinya… mungkin suatu hari nanti… apabila cinta itu datang… kembali menyinar… aku terima seadanya…
::This story nothing to do with me at all::

nukilanku: FEENA (^_^)

Monday, June 29, 2009

Mengisi kebosanan...bisnes????

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku sedang melepakkan diri di bilik guru sambil surf internet ni. Maklumlah kelas aku sikit je ari ni..kelas aku yang last habis pun pukul 5 suku tadi. Ya Allah, ngantuk gila ari ni..tak tau la pasal pe.. Macam tak bertenaga je... pekena kacip fatimah ok gak ni..haha=p

Malam semalam tengok Transformers 2..ok la citer tu. Aku prefer yang 1ST punye..even yang 2nd ni penuh dengan aksi. Eh, aksi kah??? Bolehlaa... ni nak tunggu citer Ice Age 3 pulak... tak sabar nak tengok..hehe...=)) Bulan ni, tambah satu komitmen baru aku...iaitu...membayar ansuran kereta..hehe...so, lepas ni..aku kena pandai buat bajet... supaya aku dapat balance dalam semua aspek... cukup wang untuk belanja...simpanan...bayar keperluan2 yang lain... huh! ( jangan mengeluh fina..nanti pendek umur...haha)

Aku ada sesuatu nak luahkan sebenarnya.. tapi aku rasa macam tak sesuai pulak nak share kat sini... tapi tak la terlalu private sangat...hehe... tengokla nanti... kalau rasa nak share... aku share la...huhu..mungkin aku rasa tersangatlah bosan sekarang..tu la aku macam merepek2 je ni... Em, aku rasa cam nak join bisnes laa... tapi aku kena planning betul2... supaya nanti tak la hangat2 tahi ayam je...haha... Sebelum ni pun, abang aku ada utarakan pasal ni... cuma kami tak bagi kata putus je untuk proceed... em...em...so, sekarang...aku tengah mencari lubang2 bisnes yang menguntungkan dan tak menyusahkan sangat... Aku tengok, certain bisnes memang bawak keuntungan besar jugak laa... sampai bila nak makan gaji je kan? Kalau buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa macam ok jugak..tapi mampukah aku??? Workaholic??? Multi-task??? Boleh ke???? Tertanya2 gak pada diri ni.... Mampukah ia mengubah nasib aku seperti orang2 yang telah berjaya dalam perniagaan sekarang ni????

BELUM CUBA BELUM TAHU

Apa yang penting...MENCUBA!!! oK... sekarang aku tengah plan apa yang perlu aku buat...tindakan pertama... "survey dan buat kajian ringkas" ok... Let's do it now!

Em, korang kalau ada idea baik punya...share dengan aku..mana la tau.. kot2 idea korang tu bernas dan menjana pendapatan yang lebih baik...hehe=)

Em, tiada persoalan "aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang".. mungkin ada orang berfikir begitu kan??? Tak salah kita menjana pendapatan lebih... untuk masa depan yang lebih cerah jugak... aku kerja pon kontrak je sekarang..sok2 xda keje... sekurang2nya aku ada back-up... Bagi aku...kalau terlibat dalam dunia perniagaan atau keusahawanan... kerjanya lebih fleksibel...tapi penuh dengan risiko! Betul tak??? Orang yang berjaya...mesti pernah jatuh dan gagal pada permulaannya... kemudian dia bangkit semula dan belajar daripada kesilapan yang lalu... Akhirnya, berkat kesabaran dan ketekunan serta semangat yang tinggi.. golongan ini BERJAYA!

YA.. AKU MAHU MENJADI SEPERTI GOLONGAN ITU!

BERUSAHA! HEHE =))

::FINA OUT::

Tuesday, June 9, 2009

The Climb???



The Climb - Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
Whoaaa Ohwaoooh


I really luv dis song...especially its meaningful lyrics...credit 2 da songwriter...!!!! Actually, it's really happen in da real life of me... "the climb of mine!" Keep on movin...Keep climbin' gal..
It's gonna make me think deeply wat i'm gonna 2 do in my real life... wat is da most crucial matter i've 2 decide n choose... how i can go thru all of da obstacles n barriers in dis journey wif full of challenges...??? how 2 solve da dilemma??? sumtimes, it's knock me down..but i'm hopin' dat i could stand strong n tryin' 2 motivate myself in order 2 b a better person... in life we have to make a decision even sumtimes it's really hurt u a lot n takes time 2 heal da pain... why we do all dis things??? becoz we don't 1 2 hurt other's feeling, rite?
When i keep thinkin' ...i realized dat...we have to make a tough decision 4 ourselves..consider da positive and also da negative sides...all mix...then, make a conclusion... Am I taking da good solution? Follow ur heart...do not bother da others...but don't u ever over da limits... Pray to ur God...To show u da rite path in order 2 keep survive! Dilemma??? Difficulties? Keep ur mind in positive way... Be strong... God will always beside u... as long as u still wif Him... BUT... please do not break da rules!!! Be patient in every singles action u might taken...
The battle of myself begins...yeehaaaa.....=))


Meoww...Meoow...=)


Assalamualaikum wbt...
Atas permintaan adikku Capiqa...Hehe..akak baru upload gambo kucing akak yang semestinya comey n kiut-miut cam akak..haha...hopefully, capiqa suka...nanti2 akak tangkap gambo yang lebih spesifik mengikut terma dan syarat2 yang tertentu. Eh, pe pulak aku merepek ni...,maksud akak...gambar kucing2 tersebut sekor2...beserta namanye sekali..=) ok?
Akak sengaja upload gambo yang agak pelik ni. Sebenarnya...sebenarnya..dragon ball ada 7 biji kesemuanya...eh...merepek lagi..haha=P Em, sebenarnya, gambar ni akak tangkap sebab rasa cam unik je..haha..kelakar tengok anak kucing yang kategori "remaja" ni...masih menyusu lagi tu...xtahan...cian kat adik2 dia yang kecik tu nak nyusu payah...yang remaja tu namanya..Embun dan Mutiara... The latest...3 ekor yang masih kecik2 2..namanya... Capiqa...Capiqi dan Capiqu... Haha..akak men2 lagi la...em...BoBO, BiBi dan BuBU...=) Senang nak ingat...ngeh3...
So, pe lagi...CAPIQA..KOmen...haha....=))