Tuesday, May 12, 2009

Daripada kisah benar...(touching)

Asslamualaikum wbt...

Aku sengaja ingin berkongsi rasa dan perasaan dengan korang semua laa tentang sebuah kisah yang boleh dikategorikan “cinta sejati” jugak laa…

Aku dikejutkan dengan cerita kawan aku laa tentang kematian teman lelakinya disebabkan kecelakaan jalan raya awal bulan ni…A sangat sedih dengan pemergian teman lelakinya, B. Bagi A, B sangat baik dan mulia hatinya. Aku tengok si A pon jenis yang baik2..(wanita solehah gak la)…sangat la padan dengan si B ni...mereka tak sempat jumpa untuk meraikan bufday si B ni pada date yang sepatutnya...tu yang buat si A terkilan sangat...

Mereka ada perancangan untuk meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius..iaitu ke jenjang pelamin. Dalam masa yang terdekat, dah rancang nak bertunang. Tapi itulah, ketentuan Illahi…jodoh tiada.

Aku tersentak juga bila si A bagitau kisahnya…kalau aku jadi A, aku mesti rasa sebak giler…

“Susah aku nak cari orang macam B..selama ni pon aku berkawan dengan mana2 lelaki...si B sangat lain...,”kata si A dengan nada sayu.

Kami pon berborak2…dia meluahkan rasa…si A cerita dari mula sampai la akhir…

Perkenalan si A dengan B sekejap je…(sehingga si B meninggal=10bulan)

Permulaan citer…si B mesej A untuk berkenal-kenalan…

Si A cam pelik..mana si B dapat nombor dia…

Si B bagitau si C bagitau…

( Si A, teringatkan sesuatu…perkenalannya dengan si C…dalam bas…kenal2 camtu laa..dan bertukar nombor)

Si A tanya si C setelah hampir setahun tak berhubung…

Dengan rasa cam marah gak laa… “kenapa bagi nombor saya pada Si B?”

Si C menjawab, “Saya nampak sesuatu…kekurangan si B ada kelebihannya pada awak…kekurangan awak, kelebihannya ada pada si B”- Lebih kurang la ayatnye..

Waa..cam agensi mencari jodoh lak kan..mungkin ada hikmahnya semua ni…samPai skunk tak tau camne si C ble psiko2 lak…

Dah bermesej2…mereka pon berkawan…si A dan si B ni laa…

Si A ni mempunyai kelulusan lebih tinggi daripada si B…
Pada mulanya, si A memang xmau nak layan sangat laa…

Ntah mengapa tiba2 hati dia terbuka untuk mengenali si B…

Keluarga si A dan si B dah tau pasal ni…

Kiranya cam green light laa…

Punya la baik keluarga si B dengan si A nii…begitu gak la dengan keluarga si A…

Perhubungan mereka direstui…dan mereka pandai menjaga batas2 pergaulan…


Selama si A mengenali si B pada awal2nya…si B tak pulak menceritakan yang dia ni jenis yang baik2 laa…low profile…Si B citer benda yang biasa2…jenis “huhahuha” le jugak…Si A mengetahui si B ni jenis yang baik2 ni pon daripada keluaga si B…si A dapat tau dalam henpon si B ni penuh dengan surah2 dari al quran…(si B suka dengar mp3 surah2 ni) tapi si B tak penah citer pon apa2…Ada satu citer, bila keluar dengan si si A, si B mengajak si A ni berzikir bersama2 dia…si A perasan lagi sesuatu…ada certain zikir yang si A sendiri pon tak berapa nak tau...si B tau…mereka saling melengkapi antara satu sama lain…

Keluarga si B ni mengatakan si B ni baik budaknye…seorang anak yang sangatla berbakti pada keluarga…(bukan nak promote…tetapi kenyataan). Kalau jadi suami, boleh membimbing isteri ke jalan yang baik la…si B ni menjaga kebajikan adik2nya…menjaga ibu bapanya…baik dengan semua orang…walaupun gajinya cket…dia boleh bahagi2kan kepada beberapa bahagian…untuk ibu bapanya, untuk modal bisnes yang dicita2kan sejak dulu lagi dan simpan untuk kawen…Kehilangannya dapat dirasai oleh semua orang di sekeliling even dengan bos tempat bekerja…walaupun bosnya ni cina…bayangkan…masa si B ni meninggal, bos cina dia menangis…terlalu sedih…

Kelihatan wajah si B sewaktu meninggal…mukanya bersih…seolah2 tersenyum…kata ibu arwah…semasa talkin dibaca…burung2 berkicauan seolah2 turut bersama mendoakan arwah…itulah bukti kekuasaan Tuhan…Jelas2 nampak…semoga Allah meletakkan dia di tempat orang2 yang beriman…amin…


p/s: Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut...semua di tangan Allah s.wt...
Kita hanya mampu merancang...doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang2 tersayang di sekeliling k...

1 comments :

  1. CaPiQa said...

    em.. memang sedih. bukan senang nak jumpa lelaki baik mcm si B. mungkin Allah nak beri yang lebih baik. insya Allah..

    semoga arwahnya tenang di sana. al-fatihah..